22 April 2009

Toyota CAMRY Baru Untuk Di Lelong!!

Kerajaan *(Haram) Perak akan melelong semua Camry yang baru dibeli untuk kegunaan Exco Kerajaan PR yang baru dirampas. Begitulah bunyi kenyataan yang penulis dengar dalam berita radio pagi tadi.
Semua Camry itu masih berbau kedai dan sekarang akan dilelong. Apa rasionalnya kereta baru akan dilelong kita tidak tahu. Hanya Zambry dan konco-konconya sahaja yang tahu. Setiap kereta akan dilelong dengan harga pemula sebanyak RM148k.

Biasanya kerajaan akan melelong kereta milik krajaan yang sudah berumur, di mana penyelenggaraannya mungkin mendatangkan masalah kepada kerjaaan. Tetapi melelong kereta yang baru dibeli oleh kerajaan yang sah adalah membingungkan. Apakah kerajaan exco kerajaan PR pernah duduk di dalam kereta-kereta itu maka ia sekarang menjadi jijik untuk dipakai oleh exco (haram) yang baru?. Bukankah akan berlaku pembaziran bila Kerajaan Perak terpaksa pula membeli kereta baru untuk kegunaan para exconya.

Dalam keadaan ekonomi yang meruncing di mana setiap perbelanjaan harus dilakukan dengan ketat, Kerajaa Perak ahu membazir pula!. Apalah salahnya mereka menggunakan kereta-kreta tersebut. Toyota Camry adalah kereta yang sangat baik dan lebih jimat dari Proton Perdana. Apakah kerana dendam maka duit rakyat sekali lagi disalahgunakan? Dr Zambry perlu berlaku lebih matang dari ini. Peerbuatan begini bukan lakunya seorang Menteri Besar!!





No comments: