05 April 2009

Ada PRK, Banyaklah Projek Mee Segera!!

Projek Mee Segera sudah jadi kebiasaan bila ada PRK di sesuatu tempat. Dulu semasa di Ijok penulis sendiri lihat dan alami bagaimana BN menggunakan segala jentera kerajaan membuat berbagai-bagai projek infrastruktur untuk rakyat setempat. Turap jalan sampai ke pelusuk ulu estet, lampu isyarat untuk kemudahan kanak-kanak sekolah dan juga lampu jalan di serata simpang. Itu di Ijok.
Kini perkara yang sama berlaku di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. (contoh sini). Amat malanglah kepada rakyat yang wakil rakyat masih hidup. Bukan kerana apa, kalau mati wakil rakyat atau letak jawatan, barulah rakyat dapat berbagai kemudahan yang sepatutnya dinikmati selama ini.
Apa pun alasan kerajaan BN, yang sebenarnya semua projek mee segera ini adalah semata-mata untuk memancing undi rakyat. Mana ikhlasnya itu belakang kira. Yang penting menang PRK.
Walaubagaimanapun, semua pengundi di PRK ikut cakap TGNA. Bagi duit ambik, bagi kain pakai tapi bila undi undi PAS!!

Takbir!!

No comments: