Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

20 July 2009

Peranan Harakah Mengalih Arah...

Semalam Sheikh Sambal(SS) berpeluang melawat seorang pakcik, yang SS pangil Pak Usu. Beliau pencen pegawai kerajaan dan seorang ketua masyarakat setempat. Beliau bukan sahaja di hormati oleh masyarakat setempat, malah mendapat kepercayaan dan dipandang tinggi oleh penguasa politik tempatan. Malah menurutnya Pak Menteri sendiri secara spontan melantiknya menjadi pengerusi JKKK di hadapan orang-orang kampung bila beliau menyakinkan Pak Menteri tersebut tentang sebab-sebab mengapa undinya merosot pada pilihanraya DUN Sarawak yang lepas.

Rumah beliau adalah bilik gerakan BN/PBB semasa pilihanraya dan menjadi pusat aduan tentang hal-hal setempat. Jika Pak Menteri datang ziarah kawasan wajib singgah di rumahnya. Bak kata orang kamchenglah Pak Menteri ni dengan Bang Aji (panggilan mesra Pak Menteri dengannya) ni.

Apa yang Sheikh Sambal nak ketengahkan di sini ialah minda Pak Usu ni yang tak terpengaruh dengan media mainan BN. Semua isu semasa yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar dan TV tidak diterimanya bulat-bulat. Beliau akan membuatpenilaian sendiri setelah membaca atau mendapatkan berita dari pihak yang satu lagi.

Walaupun bukan ahli PAS atau Keadilan, akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Siasah yang terbaru sentiasa sahaja ada di rumahnya. Bila berbicara dengannya tentang hal-hal semasa, kata-katanya seperti Tok Guru. Dengan SS beliau mengaku bahawa jiwanya PAS tetapi luarannya nampak seperti orang Pak Menteri.

Pak Usu SS ni juga ketua kumpulan Dikir (Zikir Marhaban) kampungnya. Setiap minggu mereka berlatih berdikir di rumahnya. Ahli kumpulan Dikirnya semua orang PBB, tapi itu dulu masa mula-mula tubuh kumpulan Dikir 4 tahun lepas. Kini, katanya pada SS, semua mereka adalah pemangkah PR.

Begitulah Harakah memainkan peranan memberi penerangan kepada rakyat. Kata Pak Usu, jika semua orang baca Harakah, insyaAllah BN akan runtuh dalam PRU akan datang. Benarlah kata Pak Usu tu. Kawan-kawan kumpulan Dikirnya yang semuanya dulu penyokong kuat Tok Uban kini telah beralih arah. Bukan senang menukar mind set orang tua, tapi Pak Usu dengan hujah Harakahnya telah dapat menambahkan undi kita.

SS rasa biarlah dia bergerak dikalangan masyarakt BN totok di sana. Sebagai figure head dengan Minda Harakahnya, tentu sekali beliau amat berguna dapat mengalih arah Votes Base mereka.

Takbir!!

06 August 2008

Harakah: Lebih Kerap Lebih Bagus??

Mulai 15 Ogos ini Harakah, akhbar kesayangan ramai samada ahli PAS atau tidak, akan kembali dengan cetakan 2 kali seminggu, iaitu edisi Jumaat dan Isnin. Apa yang membuat kerajaan berubah hati untuk membenarkan Harakah terbit 8 kali sebulan. Selama ini 2 kali sebulan pun puak-puak UMNO tak tidur malam.? Iya ke?

Janganlah cepat termakan dengan 'jasa baik' Hamid Albar ini. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana penerbitan Harakah 2 kali atau 8 kali sebulan sebenarnya tidak banyak memberi impak lagi. Kalau ia dilakukan 10 tahun dahulu impaknya memang besar dari sekarang kerana dulu cuma ada Harakah. Sekarang telah banyak akhbar politik pro-pembangkang seperti Siasah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain tersebar di seluruh negara, dengan penerbitannya berselang-seli dengan Harakah. Jadi dalam kata lain cuma selang beberapa hari ada saja edisi baru akhbar politik yang terbit. Penambahan Harakah kepada 8 kali sebulan sudah tentunya akan memeriahkan lagi suasana laporan politik tanahair tetapi dengan kesan yang sedikit.

Akhbar politik edisi internet seperti Harakahdaily, Tranungkite, Malaysia Today, Malaysian Insider dan beribu-ribu blogs (tidak ketinggalan Sambal Tumis) dalam internet telah banyak melakar perjalanan politik tanahiar. Tidak dinafikan impak berita internet telah secara lansung menjadi faktor besar kepada kekalahan BN dalam PRU12 yang baru lalu. Jadi dalam suasana berita politik dari sebelah pembangkang yang dapat dicapai dengan mudah oleh khalayak, penerbitan Harakah 2 kali seminggu takkan banyak memberi kesan kepada warga kota dan kawasan sekelilingnya.

Mungkin ada lebih impak kepada warga luar kota tapi ia bergantung kepada pengedaran dan harga Harakah senaskah. Kalau pengedaran kurang berkesan, tidak ramai orang akan dapat membaca Harakah. Begitu juga harganya. PAS perlu menurunkan harga Harakah. Jika harga RM 2.50 senaskah masih diteruskan, bermakna sebulan seseorang pembaca Harakah perlu berbelanja sebanyak RM20.00 sebulan. Satu jumlah yang besar dalam keadaan rakyat Malaysia tercari-cari sumber ekonomi tambahan untuk menampung kenaikan kos seharian. Benar kos operasi dan kos penerbitan telah naik tetapi pengurusan Harakah perlu mencari jalan supaya harga Harakah diturunkan. Mungkin akhbar sisipan 'Fikrah' dalam Harakah perlu dibuang atau dijadikan satu edisi Harakah yang lain.

Ingin saya berikan ingatan buat pihak pengurusan Harakah, bahawa pengisian Harakah perlu lebih berwibawa. Berita yang dibawa oleh Harakah mestilah tuntas dan berauthority. Jika Harakah dibiarkan menyiarkan cerita-cerita pojok dan berbau mala-fide, ia akan jatuh ke tahap akhbar hiburan yang cuma menyelitkan cerita-cerita gosip politik yang tidak dapat dipercayai. Pasukan editorial mesti memastikan berita-berita dalam Harakah adalah benar dan berlandas perkara-perkara yang haq.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian serius oleh pengurusan Harakah ialah iklan-iklan yang disiarkan di dalam Harakah. Olehkerana iklan adalah sumber utama pendapatan setiap penerbitan, kawalan yang longgar akan menyebabkan iklan-iklan yang tidak sesuai akan tersiar. Harakah adalah lidah rasmi PAS, gerakan Islam di Malaysia. Olehitu, iklan-iklan yang disiarkan mesti menepati syara' dan hukum Islami, bukan iklan-iklan yang meronton nafsu shahwat dan khurafat!.

Walaubagaimanapun, TAHNIAH diucapkan kepada Harakah kerana telah berjaya menjadi akhbar politik yang berpengaruh dan kini dengan kekerapan 2 kali seminggu diharap Harakah akan menjadi lebih hebat dalam membimbing minda rakyat. TAHNIAH WA MABRUK!!