Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

30 August 2010

Hati-Hati Berbuka Di Hotel!

Utusan Malaysia 18/8/10 melaporkan bahawa 70% hotel-hotel sekitar Lembah Kelang yang tidak mempunyai Sijil Halal JAKIM menawarkan BUFET RAMADHAN yang bercampur arak dalam hidangan makanan mereka. Lihat laporan di sini.

Ini amat mengerikan kerana Bufet Ramadhan amat popular di seluruh negara dan perkataan BUFET RAMADHAN itu sendiri membawa tanggapan bahawa semestinya makanan yang disediakan itu halal. Maklumlah kan makanan untuk Orang Islam berbuka puasa. Bila Orang Islam makan mestilah halal. Itu diketahui oleh semua orang. Malangnya kebanyakan hotel-hotel ini tidak memperdulikan sensitiviti pelanggan-pelanggan Muslim mereka. Contaoh terbaik adalah sos yang dicampur arak kononnya untuk menambah perisa (lihat sini).

Gambar di atas sekadar hiasan.
Pemantauan dari pihak JAKIM nampaknya telah membongkar isu halal ini. Tahniah kepada JAKIM kerana lebih agresif sekarang. Sepatutnya dari dulu lagi JAKIM berlaku garang begini.

Bufet Ramadhan menjadi kegilaan semenjak tahun 1990an. Bulan Ramadhan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh hotel-hotel dan kelab-kelab untuk membuat banyak duit dengan menyediakan perkhidmatan berbuka puasa kepada orang ramai. Kebanyakan tempahan bufet ini dibuat oleh syarikat-syarikat untuk meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan Muslim mereka.

Kambing golek, antara hidangan yang amat popular dalam Bufet Ramadhan.
Bufet Ramadhan tumbuh seperti cendawan tetapi pemantauan kesucian serta kehalalan makanan yang disediakan amat kurang. Maka hotel-hotel yang hanya mengira kantung mereka tidak memperdulikan soal halal haram makanan yang disediakan. Yang penting hanya keuntungan dari kegilaan orang ramai mengisi perut setelah seharian berlapar dan dahaga.

Sejak Akta Halal yang akan diperkenalkan diwar-warkan, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seperti terpanggil untuk menjadi lebih garang dalam pemantauan Sijil Halal. Akta Halal belum lulus tetapi boleh pula guna Akta Perihal Dagangan 1972. Adapun akta yang boleh diguna.... Kenapa tak pakai dari dulu?
Orang Putih kata 'better late than never' Semuga dengan lulusnya Akta Halal tak lama lagi, usaha membenteras makanan tidak halal disajikan kepada orang-orang Islam dapat dibuat dengan lebih kerap dan teratur. Pemakaian satu sahaja logo halal iaitu dari JAKIM juga akan memberi impak yang besar kepada kepatuhan para pengeluar makanan dan perkhidmatan di negara ini. JAKIM akan lebih bertaring untuk bertindak ke atas sesiapa saja yang mempamirkan logo halal selain dari logo halal rasmi JAKIM.

Syabas JAKIM .

21 July 2010

Sushi King: We Are Not a HALAL Restaurant.

(Below is an email I received from Sushi King recently, regarding my enquiry about their Halal status.. - SS)

Dear Sir,


Thank you for your email. For your information, we are not a Halal
restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim
us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal
Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

We hope that this clarifies.


Thank you.



Warmest Regards,

Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200
Website: http://www.sushi-king.com/

21 January 2010

Percubaan Untuk Menghalalkan Liwat

Usaha seorang pesalah untuk menghalalkan liwat gagal di Mahkamah Rayuan semalam. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kesalahan liwat termaktub dalam Perlembagaan maka usaha pesalah tersebut untuk mencabar undang-undang itu ditolak. (Lihat berita di sini)
Apa yang membuat SS terkejut dan tergamam ialah pesalah tersebut ialah seorang lelaki Melayu berumur 39 tahun. Dan pastinya Islam sebab dia Melayu (ikut definasi Perlembagaan). Beliau telah didapati bersalah kerana meliwat seorang budak lelaki sebanyak 22 kali dan telah dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun dengan 22 kali sebatan.
Hujah pesalah dan peguamnya ialah larangan liwat melanggar hak peribadi dan kesaksamaan jantina (gender). Maka larangan ini bersalahan dengan Perlembagaan yang menjamin hak asasi dan kesaksamaan jantina.
Adus...! Dah salah taubatlah. Bukannya cuba pula cabar Perlembagaan kata perbuatan itu adalah hak peribadi dan ia dilakukan suka sama suka. Ini bukan kes lelaki dengan perempuan. Ini lelaki dengan lelaki dan yang lebih parah ialah ia dilakukan oleh lelaki dewasa terhadap budak bawah umur! Dia nak jadikan Malaysia ini seperti Amsterdam, orang jantan boleh kahwin sesama sendiri. Hatta nak kahwin dengan anjing pun boleh!? Jahil jenis apa orang ini. Peguamnya pun Melayu dan sanggup pula ambil kes karut.
Kalaulah kita pakai undang-undang Syariah, mahukah agaknya dia cabar juga Mahkamah kata liwat adalah soal hak peribadi dan patut dihalalkan. Mahkamah Syariah (dalam ertikata sebenar bukan ala Malaysia) berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Gugur luluh iman kalau begitu.
Apa nak jadi dengan umat Islam di Malaysia tercinta ini. Peguam mana yang nasihatkan mamat tu. Kau dah nak kena penjara dan sebat 22 kali, maka anggaplah sebagai kifarah dan minta ampun dan bertaubatlah kepada Allah swt. Habiskan masa dalam penjara untuk memohon ampun bukan cari jalan bagaimana mahu lepas di dunia ini....



.
Sheikh Sambal

p/s: Mana mungkin Mahkamah Malaysia halalkan liwat, confirm gugurlah kes Anwar Ibrahim dengan sendirinya.

.
.

23 December 2009

Halal "Bak Kut Teh": Pada Pati, Tidak Pada Nama

KUALA LUMPUR, Malaysia – A Malaysian government-backed campaign to popularize a well-known ethnic Chinese soup by making a version that avoids pork and fulfills Islamic dietary rules sparked criticism Tuesday by activists who fear it will confuse Muslims.
A halal version of "bak kut teh," a herbal broth traditionally made with pork ribs, was introduced at a Tourism Ministry food fair last weekend to promote local cuisine. The new version contains chicken, seafood or vegetables instead of pork, which Islam prohibits.
However, some Muslims object to the use of "bak kut teh" to identify the revamped recipe, saying the name is synonymous with pork among people in Muslim-majority Malaysia and neighboring Singapore, where the dish is beloved by the ethnic Chinese community.
"Bak kut teh" means "meat bone tea" in a Chinese dialect, but the meat is generally understood to be pork.
"This will cause misunderstanding among the public. It might even lead some Muslims to wonder whether it is all right to eat pork," said Ma'mor Osman, secretary general of the Malaysian Muslim Consumers Association.
The association plans to send a complaint to the Tourism Ministry, urging it to find a new name for the halal version, Ma'mor told The Associated Press.
The Department of Islamic Development, a government group that oversees Islamic policies, reportedly said it won't allow the dish to be formally certified as halal if it continues to be named "bak kut teh."
Islamic authorities are worried that Muslims will wrongly assume that the soup's pork version is suitable for consumption, the department's deputy director, Lokman Abdul Rahman, told the Utusan Malaysia newspaper.
Tourism Ministry officials who could comment on the matter were not immediately available. The ministry has spearheaded many culinary promotion efforts this year, hoping to project Malaysia as a travel destination for a wide variety of unique dishes.
By SEAN YOONG,Associated Press Writer - Tuesday, December 22

************************

Apahal Menteri Pelancungan sibuk nak promosi Bak Kut Teh(BKT) halal? Tiada dalam kamus, BKT halal. Memang sah BKT itu sejenis hidangan sup herba daging babi. Kalau pun ditukar dagingnya kepada ayam atau kambing atau seafood, ia bukan BKT lagi. Harus diletak nama lain, bukan BKT halal. Kalau BKT halal, samalah macam kita tukar nama 'Kambing' jadi 'Babi Halal'. Bukankah itu pelik pada tahap gaban!

Tau lah Menteri Pelancungan tu etnik Cina dan mungkin niatnya baik untuk memperkenalkan BKT yang digilai orang kaum Cina dalam versi halal. Tapi dia perlu fahami persepsi orang Melayu pada apa saja yang berkait dengan babi tetap dipandang jijik. Walaupun JAKIM mungkin boleh memberikan sijil halal oleh sebab ingredientnya halal, namanya pada orang Melayu Islam tetap 'tidak halal'.

Cipta saja nama lain. Herba yang digunakan boleh saja sama dan isinya boleh jadi ayam atau kambing atau makanan laut. Letak saja nama 'Sup 1 malaysia'. Pasti PM Najib suka. KPI Ng Yen Yen pasti dapat markah A++.
Begitu juga nama hidangan di hotel 5 bintang yang banyak sudah menterbalikkan maksud dan makna sebenar sesuatu makanan yang asalnya adalah haram. Contohnya, Turkey Bacon (Bacon Ayam Belanda), Chicken Ham dan Beef Hamburger. Bacon dan Ham adalah nama-nama bahagian daging babi. Bukankah pelik jadinya bila daging halal diberikan nama babi!!

Halal mungkin pada patinya bukan pada nama!

Aduss!! Lalu meloya pulak tekak Melayu aku ni!!!

Uwweekkk!! Uwwekkk!! Uwwekk!!


.

02 October 2009

SIS Kian Melampau !!

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undfang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :
a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpersepsi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .
..
Ustaz Nasaruddin Tantawi
..
..
..

16 September 2009

ISU ISTERI MENUNTUT HAK KWSP

Isu KWSP semakin hari semakin panas. Kini ada pula beberapa persoalan berkaitan hak wang KWSP jika pencarum telah meninggal dunia. Berikut adalah antara persoalan dan jawapan. Moga perkongsian ini dapat membantu anda memahami serba sedikit berkaitan akaun KWSP anda.
SOALAN:
Arwah suami telah meninggal dunia pada bulan Februari lalu.Kami telah dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.Saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa.Arwah suami telah meninggalkan beberapa harta termasuk wang caruman KWSP.Apa yang menyedihkan, ibu bapa mertua telah mengeluarkan semua wang denganalasan saya dan anak-anak tidak berhak menerima wang KWSP tersebut.Ini kerana arwah suami telah menamakan ibunya sebagai penama terhadap wang caruman.Saya ingin tahu hak saya dan anak-anak terhadap wang KWSP dan harta-harta lain.
Ibu Tunggal,
Klang, Selangor.
JAWAPAN:
Perundangan Islam secara jelasnya telah menggariskan panduan bagaimana seseorang boleh membahagikan hartanya. Pembahagian harta bergantung kepadatatacara pembahagian dan berlandaskan hukum syarak dan undang-undang.
Secara lazimnya apabila ada ahli keluarga yang meninggal dunia,sudah tentu kita dihadapi dengan persoalan pembahagian harta pusaka. Pengurusan harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yangberhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi membantu isteri arwah untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri.Antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasadi antara ahli waris.
Merujuk kepada fatwa dan amalan semasa, wang simpanan si mati dalam KWSP adalah diiktiraf sebagai harta pusaka. Pengiktirafan tersebut adalah melalui Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000 iaitu wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP maka wang itu adalah milik si mati. Maka wang milik si mati adalah harta pusaka.
Walaupun ibu mertua dinamakan sebagai penama untuk mengeluarkan dan menerima wang itu, wang yang diterima hendaklah dibahagikan kepada waris mengikutfaraid. Fatwa Kebangsaan juga memutuskan penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan si mati) mengikut hukum faraid.
Antara prosedur KWSP yang ditetapkan adalah dengan memberi peringatan kepada penerima seperti berikut: "Bagi ahli yang beragama Islam, penerima waran ini adalah sebagai wasiatau pentadbir dan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mentadbir danmembahagikan simpanan KWSP ahli mengikut undang-undang Islam (faraid)."
Bagi orang Islam, penamaan yang dilakukan di dalam akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak. Penama diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.
Secara dasarnya, wang simpanan yang dikeluarkan oleh Penama dikehendaki menandatangani suatu aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid. Kegagalan mematuhi aku janjiitu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan menurut undang-undang boleh diambil terhadap Penama itu.
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu mertua sebagai penama untuk membahagikan harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak. Jelaslah di sini bahawa puan adalah salah seorang waris yang berhak terhadap harta-hartapusaka arwah. Maka, puan boleh menuntut wang caruman KWSP bagi kepentingan puan dan anak-anak.
Selain itu, puan juga berhak untuk menuntut harta lain seperti harta sepencarian terhadap harta-harta arwah. Tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan selepas perceraian atau selepas kematian mana-mana pihak. Puan berhak menuntut harta tersebut sebagai harta sepencarian walaupunpuan tidak bekerja.Tuntutan terhadap harta sepencarian boleh dilakukan pada bila-bila masa tiada had masa yang ditetapkan. Tetapi, sebaik-baiknya dituntut dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarangkomplikasi.Bagaimana?
Moga info berkaitan isu KWSP diatas menjadi panduan buat anda. Anda juga boleh dapatkan ebook kami di sini:
dipetik dari email
En Razif Yusof

29 January 2009

Ayam AA Tidak Halal!!

Jabatan Agama Islam Perak telah melakukan pemeriksaan terhadap Ayam AA pada 1hb November 2008 dan mendapati bahawa ayam-ayam AA tidak disembelih mengikut hukum syarak, iaitu tidak putus dua urat marih. Selama ini nampaknya Ayam AA menjual bangkai di pasaran dalam bentuk nuggets, cicken fingers dll.
Kepada sesiapa yang dah terbeli, eloklah diberi kepada kucing sahaja. Kepada sesiapa yanga dah termakan, apa nak buat...mintak ampun aja lah...











24 December 2008

White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal

December 23 @ 22:30:00 MYT
Oleh msgediks"

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-
Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)

"Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari."
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam
mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya
ialah:-

25 November 2008

PPIM Jangan Jadi Alat!

Penulis sangat terperanjat dan sedih dengan tindakan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyokong agar undang-undang zalim ISA dikekalkan di Malaysia ini. Semalam PPIM bersama-sama dengan 32 NGO Melayu (yang membentuk Majlis Pemuafakatan Ummah atau PEWARIS) berarak Wisma Sejarah ke Balai Polis Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.

Presiden PPIM Datuk Dr. Ma'amor Osman yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat. "ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam.

Sangat menyedihkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Islam sangat lantang juga memperjuangkan akta zalim ISA. Tidak tahukah Dr. Maamor dan PPIM bahawa orang Islamlah yang paling lama di kurung tanpa bicara dalam kem tahanan Kemunting? Sepatutnya Dr. Maamor memperjuangkan nasib para tahanan Islam yang telah di tahan tanpa bicara ada yang sudah merengkok di sana selama 8 tahun. Sedarkah Dr. Maamor bahawa bukan sahaja orang yang kena tahan sahaja merana, keluarga mereka juga sangat terseksa. Ada anak-anak mangsa ISA yang terpaksa berhenti sekolah kerana terlalu miskin disebabkan pencari rezeki atau 'bread winner' mereka diambil dari mereka.
Nasib penjenayah yang dipenjarakan mungkin lebih baik dari segi 'ketidakpastian' kerana mereka telah dibicarakan di mahkamah dan mereka tahu apa salah mereka dan berpapa lama mereka di penjara. Berlainan dengan tahanan ISA kerana mereka tidak pernah dibicarakan secara adil di mahkamah dan mereka ditahan tanpa ada had waktu. Terpulang kepada Menteri Dalam Negeri untuk melepas atau terus menahan mereka. Ketidaktahuan mengenai sampai bila mereka ditahan itulah yang menyeksakan. Jika benar mereka yang ditahan itu mengancam negara, ayuh bawa mereka ke mahkamah untuk diadili.
Islam adalah agama yang sangat adil dan Dr Maamor sangat arif tentang hal ini. Mengapalah tidak diperjuangkan agar mangsa-mangsa ISA itu dapat keadilan?.
Apa yang saya nampak, PPIM kini telah dijajah oleh UMNO untuk meneruskan agenda politik perkauman mereka. Dengan ISA mereka mahu menyekat kehendak rakyat Malaysia untuk mendapatkan keadilan. Sesiapa sahaja yang dilihat boleh menggugat keselamatan mereka maka ISA akan digunakan. Mungkin ISA ada baiknya tetapi keburukannya jauh lebih teruk. Seperti arak, arak ada kebaikannya yakni boleh digunakan sebagai bahan perubatan tetapi keburukannya sangat besar sehingga Allah mengharamkannya dan dihukumkan najis. Sehingga begitu sekali.
ISA merosakkan institusi suci keluarga, menghalang keadilan, menyekat da'wah, menyiksa para tahan secara fizikal dan mental, menyeksa ahli keluarga mangsa sehingga ada ibu yang terpaksa bekerja sebagai GRO untuk menampung perbelanjaan mereka anak beranak dan berbagai lagi perkara buruk yang timbul disebabkan oleh ISA. Jika memakai konsep yang sama, keburukan lebih banyak dari kebaikan, maka penulis menegaskan disini bahawa ISA itu HARAM.
Olehitu sebagai sebuah organisasi Islam, PPIM juga patut mengharamkan ISA dan bukan membenarkan diri menjadi alat dan bersubahat.


13 November 2008

Menasabkan Anak Kepada Suami Ibu Sekalipun Perkahwinan Kurang Daripada Enam Bulan

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud Fatwa:
Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.

Senario:
Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.

Antara Asas Alasan:
Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Kebaikan Fatwa Ini:
Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Kesannya:
Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.


Yang benar,

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
http://drmaza.com/home/