Showing posts with label kerabat. Show all posts
Showing posts with label kerabat. Show all posts

14 September 2010

Daulat Tuanku Sultan Yang Baru

Sheikh mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana mendapat seorang Sultan yang baru, yang amat disenangi oleh rakyat jelata. Walaupun Sheikh Sambal bukan rakyat Kelantan tetapi tumpang gembira dengan lipatan baru sejarah Kesultanan Kelantan. Memang susurgalur ke arah perlantikan Tengku Faris menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 penuh dengan liku kontroversi tetapi sememangnya berbaloi. Baginda adalah seorang yang dilihat berjiwa rakyat dan berkelakuan begitu juga.

Mana Sultan atau Tengku Mahkota atau Raja Muda yang berani baca khutbah? Juga imamkan solat hajat rakyat di stadium. Memakai jubah biasa dan bergaul bersama jelata di masjid dan pekan-pekan. Turun bertanya khabar kepada rakyat yang dirundung mungkin biasa dilakukan oleh mana sultan tetapi cerita rakyat mengatakan baginda turun menolong nelayan tua menarik pukat seorang diri tanpa diketahui oleh oleh orang tua tersebut adalah keajaiban.

Beruntunglah rakyat Kelantan mendapat Sultan yang benar2 berjiwa rakyat dan berguru dan dinasihati oleh seorang Tok Guru yang tawadhuk dan tinggi ilmunya. Semuga Negeri Kelantan bertambah makmur di bawah naungan Baginda Sultan yang baru.

Allahu akbar! Daulat Tuanku!

04 December 2009

Tuanku, Mesej Semakin Jelas....

IPOH 3 Dis. - Polis hari ini mengesahkan lokasi sebenar seorang lelaki didakwa mengguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada malam Sabtu lalu, berlaku di Kelab Golf Diraja Perak di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Azisman Alias berkata, laporan yang menyebut kejadian itu berlaku di Kelab Lumba Kuda Perak sebelum ini adalah tidak benar.
Menurut beliau, lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu telah dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan mengaku salah di atas perbuatannya.
Menurut Azisman, mahkamah menetapkan tarikh hukuman ke atas lelaki itu dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda awam," katanya di sini.
>>>>>>>>>>>>>>>
Semakin jelas mesej yang tersirat. Rakyat mahukan Kerajaan Perak yang stabil dan kuat dan Sultan yang prihatin kepada kehendak rakyat. Jika ada seorang yang berani mencacatkan gambar Sultan Perak maka pasti ada ramai yang lain yang membuku dalam hati mahukan Tuanku Sultan bertindak membubarkan DUN Perak dan memberikan rakyat pilihan untuk menentukan siapa yang patut memerintah mereka.
Selagi kehendak rakyat tidak dilayan selagi itu rakyat tidak berpuas hati. Nanti akan ada lagilah orang berani menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada Sultan dengan bermacam-macam cara. Jangan sampai keterlaluan sudahlah....
.

21 May 2009

Update Cerita Anak RPK - Ujian Dari Langit.

Membaca posting terbaru dari RPK sebentar tadi membuat saya berfikir. Ujian Allah datang dalam banyak cara. RPK berjuang menentang rasuah, korupsi dan apa saja yang zalim. Di kala perjuangannya berpuncak, datang ujian yang menguji segala prinsip yang dipegangnya. Seorang anak lelakinya, Raja Azman, yang telah meninggalkan keluarga sewaktu masih sekolah menengah rendah dan memilih hidup sendiri telah telah ditangkap polis kerana mencuri.
Menurut RPK bliau telah diberikan peluang untuk membebaskan anaknya dan isu itu disenyapkan jika dia sanggup negotiate dengan pihak polis. Itulah ujiannya. Jika RPK menerima syarat itu dan bayar apa yang patut tentu anaknya akan bebas dan namanya akan terhindar dari dimalukan. Maka akan jadi hipokritlah RPK. Cakap berdegar-degar hapuskan rasuah tapi diri sendiri terpalit.
Maka RPK memilih untuk tidak mengadaikan prinsip yang diperjuangkannya. Dan RPK terpaksa menghadapi kemelut dimalukan serata dunia oleh perbutan anaknya. Nampaknya, RPK telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya. Jika tidak calang-calang orang menghadapi keadaan begini, sudah tentu memilih untuk menutup kea'iban keluarga dan bayar saja berapa pihak itu minta.
Semalam Sheikh Sambal telah menulis mencurigai penangkapan Raja Azman dan pengakuannya atas kesalahan mencuri. Hari ini, berita itu sah setelah membaca artikel RPK yang meminta maaf pada bangsa kerana kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.
Memang kita terkesan dengan peristiwa ini tetapi nampaknya sekali lagi RPK menunjukkan jalan lurus yang patut diambil oleh setiap pejuang kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit, ia sebenarnya adalah ubat yang paling mujarab. Syabas RPK. Teruskan usaha murni anda. Raja Azman, semuga ini menjadi titik tolak menuju ke kebaikan.

17 February 2009

Darah Lebih Pekat Dari Air

Semua media cetak dan elektronik bising mengutarakan laungan UMNO yang menuduh YAB Nizar dan para penyokongnya derhaka. Tidak kiralah berapa banyak kali UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu tetapi isu 'derhaka' PR akan dicanang oleh mereka sampai bila-bila. Ini kerana UMNO akan dapat kelebihan politik (polical milage) dari isu ini. Mereka berkata begitu semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja.
Apa yang penulis nak kemukakan adalah perihal Kerabat Di Raja lain seperti Selangor dan Kedah tampil mempertahankan perilaku Sultan Perak. Bak kata peribahasa Inggeris, "Blood is thicker then water". Sultan Selangor bertitah murka kepada pihak yang menentang Sultan Perak dan Persatuan Kerabat Di Raja Kedah pula telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyelar pihak yang tidak setuju dengan Sultan Azlan Shah. Ini pun boleh difahami kerana Sultan mestila mempertahankan Sultan yang lain.
Tetapi apabila Raja Petra Kamarudin (RPK) juga tampil mempertahankan Sultan Perak, maka kita sedikit terkejut kerana RPK biasanya akan mendaulatkan Perlembagaan dan Undang-Undang lebih dari segala-galanya. Sekarang tahulah kita sungguh-sungguh bahawa sememangnya DARAH ITU LEBIH PEKAT DARI AIR.

21 November 2008

Anak Raja: Melayu vs Arab

Kita hairan kenapa orang hollywood suka sangat berinteraksi dengan kerabat Di Raja negara-negara orang Islam. Semalam saya telah menulis tentang bagaimana Michael Jackson di saman oleh anak raja Bahrain untuk duit yang dilaburkan baginda bagi kegiatan seni Micheal. [lihat sini]
Jika Micheal memperbodohkan anak raja Arab, di negara kita berlainan pula. Di sini anak raja kita pula mengenakan hero-hero hollywood. Dari laporan yang saya petik dari The Malaysian Insider, anak raja Negeri Sembilan, Tunku Imran dan syarikat Petra Group (syarikat kerabat Kelantan) telah disaman pula oleh Bruce Willis untuk mendapatkan kembali duit sebanyak USD900ribu dari jumlah pelaburan beliau sebanyak USD2juta untuk satu perusahaan usahasama yang tidak menjadi.

Saya tidak berminat untuk mengulas tentang aktiviti usahasama ekonomi anak-anak raja ini. Apa yang saya nak utarakan di sini ialah kehebatan anak raja kita berbanding anak raja Arab. Anak raja kita dapat berjuta-juta dollar dari orang-orang glamor hollywood manakala anak raja Arab pula hilang berjuta-juta dollar kepada mereka. Siapa lebih terer Arab atau Melayu? Lu pikirlah sendiri!!