Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

09 July 2012

Seloka Hati Panas... (khas buat sang penguasa)

Lama sudah tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi,
Dah lama tidak celoteh panjang,
Kununnya sibuk dengan kerja parti?

Buah keranji dalam perahu,
Bawa sekilo tak cukup juga,
Hebahkan maklumat supaya tahu,
Bahaya umno tak kira siapa..

Rumah panjang banyak pintu,
Tuai rumah senyum meleret,
Datang ziarah nak beri tahu,
Mari berubah menolak penipu...

San Miguel dan Petron pilihan dia,
Untungnya banyak tidak terkira,
Hasil usaha restu ayahanda,
Kantung gemuk hati gembira..

Pendalaman Sibuti jalannya teruk,
Hujan jadi bubur panas berabuk,
Peruntukan gomen ada buat jalan masuk,
Jalan tak jadi poket sendiri taruk..

Bila PBB/BN berjanji manis belaka,
Lima tahun sekali datang tunjuk muka,
Bila dah menang balak kena kerja,
Marahlah Penan.."aku hantar gengster"

Rumah si miskin menitik airmata,
Rumah Sang YB mahligai dalam kota,
Rakyat merintih kasihan dipinta,
'Kalau kau taukeh baru aku bela' YB kata..

PRU 13 tak lama lagi tiba,
Perang sudah mula mari siap sedia,
Isu memang banyak ada sini sana,
Yang penting maklumat sampai pada semua....


Sheikh Sambal
08-Julai-2012
23:57hrs



29 March 2011

DUN Senadin, Pujut & Piasau (Parlimen Miri)

Angin PRN Sarawak semakin kencang. Pemilihan siapa jadi calon kini sedang hangat bertiup di kedua-dua pihak. PR masih berebut kerusi di beberapa tempat. BN juga tidak kurang menarikya. Parti komponen BN dan PR saling cuba meletakkan calon masing2 dalam DUN yang diminati.

Parlimen Miri mengandungi 3 DUN. Senadin, Pujut dan Piasau yang masing-masing disandang oleh YB Lee Kim Shin, YB Andy CHia dan YB George Chan yang semuanya dari Parti SUPP. Dengar khabar ketiga-tiga YB ini akan mempertahankan kerusi masing-masing. Eloklah tu...esok boleh tahu langit tinggi ke rendah..

PR hampir pasti akan selesai masalah pembahagian kerusi. Kita harap setiap anggota PR akan punya satu kerusi setiap parti. Walaubagaimanapun, kita serahklan kepada kebijaksanaan Majlis Presiden untuk menentukan siapa yang akan menggodak ketiga-tiga YB BN di Miri.

Apa yang perlu sekrang kempen dirancakkan. Tolong menolong sesama komponen PR. BN amat takut dengan kesepakatan PAS, DAP dan PKR. Biarkan mereka terketar dengan kesatuan PR. PAS telah dapat diterima bukan sahaja masyarakat Melayu tetapi oleh kaum Tiong Hua dan Dayak (Iban, Melanau, Orang Ulu  dan Bidayuh)

DUN Senadin , Pujut dan Piasau akan bergegar dalam PRN ke-10 Sarawak ini. Kebiasaan yang lalu di mana BN akan menang mudah sudah berlalu. Ini dapat dilihat dengan kekerapan pemimpin BN tertinggi datang 'melawat' Miri semenjak dua menjak ini...

Mari Berubah...kepada kerajaan baru..Kerajaan PR Sarawak.

25 March 2011

PAS Lawan BN di Senadin!

SMS dari Ustaz Nasha petang tadi menggembirakan Warga PAS Miri. Kini pasti sudah PAS akan meletakkan calonnya di DUN N65 Senadin. Da para duat nampaknya dimakbulkan Allah yang Maha Esa.

Sheikh Sambal turut bersyukur dengan kemenangan pertama ini, iaitu meletakkan calon PAS di kubu BN. Ramai juga akan bersyukur dengan perkembangan ini. Tentunya pencinta Islam di daerah sini. DAP pun telah berjanji akan turut berkempen untuk memenagkan calon PR/PAS. Penduduk Senadin pastinya kini berpeluang untuk memberi mandat kepada PAS/PR untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak. 

PAS sejak 2 tahun lepas telah turun ke lapangan di DUN Senadin. Menjenguk keperitan penduduk di Tudan, Kg. Sealine, Kg Wireless, Permyjaya, Kg Muhibbah & Kg Masjid Kuala Baram. Mereka ini kebayakannya mengundi BN apda pilihanraya ke 9 pada 2006. Janji BN untuk meningkatkan taraf hidup mereka hanya tinggal janji.  Jurang kemiskinan mereka amat jauh dibandingkan dengan para taukeh di Luak Bay.

Taib dan BN/SUPP kini akan digegarkan oleh PAS/PR di Senadin. Jentera PAS/PR telah memulakan langkah perjuangan. Kemenangan adalah pasti. Jika menang undi wakil kita akan jadi YB. Kalau kalah undi pun masih menang juga di sisi Allah dan PAS akan lebih dikenali di Negeri Kenyalang ini.

Para pejuang, ayuh kita ke medan. Ini perang pilihanraya. Ini jihad kita. Kalau kta mati dalam jihad ini, mati kita mati SHAHID.

 Sheikh Sambal.

20 March 2011

DUN Bubar Esok - Perang Pilihanraya Sarawak Bermula..


CM Taib Mahmud dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak esok. Maka bermulalah peperangan merebut kerusi DUN Sarawak. BN seperti biasa akan meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi. Kalu dahulu lawan BN boleh diangggap tiada, tetapi sejak pilihanray 2006  dulu, PR telah mula menapak di Sarawak. 

DAP memang sudah bertapak lama dan mempunyai penyokong di kawasan bandar-besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. PKR telah pun ada satu kerusi di DUN Sarawak. PAS telah lahir di Sarawak sejak akhir 90an tetapi kurang mendapat sokongan. Tetapi sejak PRU 2008, PAS Sarawak mula mengorak langkah yang lenih teratur.

Kini PAS Sarawak telah mempunyai kawasan (bahagian) di Kuching, Batang Lupar, Bintulu dan Miri. Dalam pilihanraya 2006, PAS hampir menang di Beting Maro. Cuma kalah 800 lebih undi sahaja. Akhir-akhir ini sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Bahkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pun telah dilancarkan di Miri oleh Timbalan Presiden Pas Ust Nasharudin Mat Isa. Keahlian DHPP di Miri sahaja hampir menjangkau 100 orang dan semakin bertambah menjelang pilihanraya.
Parti Dayak, SNAP pun telah hidup semula dengan keputusan Mahkamah tempoh hari. SNAP adalah parti yang telah lama di Sarawak. Jika PAS, PKR dan DAP berasal dari Semenanjung, SNAP adalah parti tempatan. Hubungan yang mantap antara semua parti-parti dalam PR akan memberi saingan hebat kepada BN.
BN kini perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi. Jika dulu ramai calon BN boleh menang percuma, kini tidak lagi. Berbekalan banyak isu penyelewengan, janji kosong dan tanah NCR, PR akan berpotensi untuk melumpuhkan BN dan seterusnya memegang tampok pemerintahan Sarawak. Rakyat terutamanya yang berada di luar bandar telah mula celik terhadap hak mereka. Janji pembangunan yang dibawa oleh BN saban kali pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi oleh penduduk tempatan.

Sarawak yang sepatutnya lebih kaya dari Selangor dengan hasilbumi dan kekayaan semulajadi adalh negeri ke-4 tercorot miskin dalam Malaysia. Pergilah ke kampung2 disekitar mana bandar, anda akan dapati suasana kehidupan seperti Semenanjung tahun 60an- 70an. Tiada api letrik, tiada air paip dan jalan kampung yang hanya tanah merah. 

Penduduk Sarawak terpaksa membayar harga yang amat mahal dengan mengundim BN.Taraf kehidupan yang dibawah taraf kemiskinan tegar dan kos keperluan harian yang juga mahal. Tidak disyaki lagi semua kekayaan itu dipunggah oleh pemimpin Bn dan kroni mereka. Lihatlah kekayan mereka. Amat melebihi gaji yang mereka terima. Syarikat2 kroni mendapat segala habuan dari pemimpin yang korup.

Kini rakyat Sarawak akan berpeluang untuk mengajar pemimpin2 yang korup ini. Jangan undi lagi BN. Beralihalah kepada Pakatan Rakyat. Contohi Kedah, P. Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak. Mereka berani memangkah kepada perubahan. Undilah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR dan SNAP).

Selamat berkempen dan mengundi kepada perubahan. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


10 March 2011

Pilihan Raya Negeri Sarawak - April!

Sah dah! Semalam (9/3) pembantu SPR telah dilantik dengan rasminya dan mereka akan mula bertugas pada 25/3 ini. Maknanya, awal April lah PRU Sarawak. Takkanlah buat lantikan sekarang tapi pembantu SPR ini akan menunggu sampai Jun baru nak setel pilihan raya. Tentulah cepat lantik cepat kerja cepat siap. Maka khabar angin yang mengatakan 9 April adalah tarikh pilihan raya DUN Sarawak semakin sah.

Janggut Bang Taib pun semakin panjang. Memang begitulah setiap kali hendak menentukan tarikh pilhan rayaBang Taib akan simpan janggut. Macam tanda dunia nak kiamat.SImpan janggut tu macam alamat besarlah, selain dari pak-pk menteri sibuk turun kampung dan hutan bertanya khabar.

Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lepas pun bengkeng semacam jer Bang Taib. Tu pun satu lagi petanda besar. Dah biasa pilhan raya macam makan kacang sambil tabur pada ayam bagi ayam makan sebelum tangkap sembelih. Behitulah pilhan raya Sarawak sebelum ini. Rakyat digula-gulakan sebelum mereka dikerah undi BN dann selepas itu dah menang mampus pi lah kat hang! Tanah NCR pun kena rampas. Kununya untuk kemajuan rupanya untuk kembungkan poket sendiri dan kroni.

Kalau baca Borneo Post dan klebanyakan akhbar Cina, PAS akan bertanding di 6 kawasan. Inilah kali pertama PAS akan meletakkan calon di 6 kawasan DUN, yakni, Stupong (Kuching), Sebuyau, Sadong Jaya, Beting Maru, Jepak (Bintulu) dan Senadin (Miri). Walaupun PAS dikira parti baru di Sarawak, tetapi gerak kerja mereka terutamanya di Senadin dan Jepak, amat memberansangkan. Setiap minggu ada sahaja orang besr PAS yang datang. Lepas sorang, sorang. Ada yang datang berkumpulan dan ada juga yg datang solo. PAS tempatan tetap memberikan layanan yang sepatutnya, yakni, menggunakan mereka yang datang untuk menjadi penceramah di masjid-masjid, surau-surau, tempat2 awam dan juga di ceramah umum.

Kalau Bang Taib mengishtiharkan tarikh pilhan raya pada bila-bila masa pun sekarang, PAS dan jenteranya sudah bersedia.Pakatan Rakyat telah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah pembahgian tempat bertanding dan calon.calon. Di Miri, setakat ini DAP mmenyatakan hasrat beliau untuk bertanding di semua kawasan DUN termasuk Senadin. Dari segi gerakerja akar umbi PAS memang mantap di Senadin tetapi DAP pula mantak dalam gerakerja poltik. Hanya wibawa calon-calon sahaja yang akan menentukan parti mana yang akan bertanding. PAS ada 6 bakal calon yang terdiri dari peguam, peniaga, jurutera dan juga calon wanita. Keputusan akhir akan ditentukan oleh mesyuarat peringkat negeri.

Kita tak kesahlah sapa yang bertanding nanti. Yang pentingnya satu lawan satu. Kita tak akan bagi BN menag percuma. Kita akan bagi mereka sakit dalam pilhan raya kali ini.

Cukup-cukuplah tu Bang Taib. Rakyat dah meluat dah... udah lejuk dah...!! Rakyat Sarawak mahu Ketua Menteri baru selepas pilhan raya DUN kali ini dan dia bukan orang BN...amiinn...


Sheikh Sambal.

06 October 2010

Masa Untuk Berubah...Orang Sarawak, Pangkah Biar Betul!

Masanya telah amat dekat. Orang Sarawak semakin punya kekuatan untuk berubah. Tok Uban akan meleraikan teka-teki pilihanraya negeri tak lama lagi. Khabar angin yg bertiup kencang menyatakan bulan sebelas selepas perhimpunan agung Umno. Seerentak dgn DUN Galas. Mungkin. Paling tidak Taib rasa orang Kelantan segan sikit nak tolong PR Sarawak sbb sibuk di Galas, Gua Musang. Kenapa selepas Perhimpunan AGung Umno? Sbb Najib nak kempen dgn mantap selepas perhimunan agungnya. Juga selepas pembentangan Bajet 2011, sbb Najib akan htr byk gula-gula sebagai peluru kapur ke Sarawak.

Silakan...mari kau bawak segala peluru kapur atau ori. Pasukan PR sudah bersedia utk menentang BN/PBB habis-habisan di Sarawak ini.

Tadi dalam Berita TV3, Menteri Kerjaraya Syaziman, sibuk tabur gula-gula pada masyarakat sekitar Bandar Miri. Jalan-jalan raya sekitar Bandar Miri katanya byk yg teruk berlubang dan tak sempurna. Maka turunlah duit dari kayangan utk menurap semula jalan-jalan yang teruk tu. Untunglah orang yg duduk bandar. Dah ada jalan raya elok, dicantikkan lagi. Mayarakat di kampung-kampung sekitar Miri spt Bekenu, Bakong, Lambir, Kuala Baram dan Kelulit, pakailah jalan tanah merah berlumpur waktu musim hujan dan berdebu pada musim panas.

Nampak sangat cuba mengula-gula orang-orang Cina di Bandar Miri. Tu takut SUPP kalah lah tu. Peruntukan yang sepatutnya pergi membina prasarana di kawasan pendalaman yg hidup dhaif,digunakan untuk kepentingan politik sempit BN. Woi, Syaziman, ko pergilah naik kereta masuk kampung. Kalau pakai Viva lagi bagus...biar tercabut tayar tu. Jangan naik helikopter. Kang yang ko nampak hanya balak dan RM jer.....(eh..hutan pun byk dah gondol ...mana ada balak lagi...hu hu hu)

Tentukanlah keutamaan. Bukan buat projek maggi mee saja. Ini tidak...bila nak pilihanraya barulah nak bawak kemudahan dan kemajuan ke tempat2 yg dulu tak pernah ko pikir pun. Pasang janji banyak-banyak. Biar orang kampung tertunggu-tunggu bila sebenarnya janji akan tertunai...cerita pasal janji pilhanraya BN memang terer..tengok entri lama saya di sini

Letih dan sedih melihat kekurangan dan kedhaifan kawasan pendalaman..Bumi Kenyalang Yang Bertuah  ini....tapi Bandaraya nya jalan dah elok diturap lagi.....demi mengambil hati...orang SUPP...


Sheikh Sambal

09 August 2010

Chua Soi Lek terlampau

Nasrudin Hassan 


Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah. 

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar. 

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka. 

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah. 

Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata, "di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara". 

Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana Umno dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi. 

Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini. 

Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka. 

Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism. 

Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus Umno walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam, tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

11 May 2010

Sibu: Masanya Nak Mintak Macam-Macam

Inilah masanya penduduk Sibu akan mendapat berbagai imbuhan dan janji manis. Pak Menteri itu dan ini sibuk merasmi sana dan sini. Ada saja jabtan kerajaan membuat majlis yang mesra rakyat. Tiba-tiba Pak Menteri menjadi terlalu penyayang dan lumayan pemurahnya. Ada saja sumbangan untuk apa saja persatuan.
Dan baru kita ketahui rupa-rupanya kerajaan ada banyak duit.

Naik taraf Lapangan Terbang Sibu RM150j(sini), projek tebakan banjir RM1b(sini), sumbangan RM500k kepada SMKA Sibu dan berbagai lagi. Itu belum kira berbagai projek 'mee segera' di sekitar Parlimen Sibu. Tak sempat sebut nak apa dah nak bagi. Mana prosedur biasa yang sepatutnya diikut? Demi untuk menang maka gula-gula pilhanraya ditabur sini sana. Ada-ada saja 'keperluan rakyat yang didahulukan'.
Ini maknanya kerajaan kita memang kaya tapi rakyat akan dapat menikmatinya kekayaan dengan segera bila  ada pilihanraya. Adakah kita perlu menunggu wakil rakyat kita mati baru dapat macam-macam? Kenapa tunggu wakil rakyat mati dulu baru janji-janji pilhanraya dulu disegerakan?

Oh ya... sekarang juga masanya kita akan lihat ramai ahli parti pembangkang baru sedar mereka rupanya salah sokong. Ada saja ahli parti pembangkang hantar borang mahu menyertai BN. Dulu tak sedar salah sokong ...sekarang baru nampak perjuangan pembangkang tidak membawa makna. Apa yang dia nampak sebenarnya? RM? Maka berbondong-bondonglah ketua itu ketua ini dan pengikutnya masuk BN (sini).

Patutnya rakyat Sibu buat macam saranan Tok Guru di Kelantan. "Bagi duit ambik, bagi kain pakai tapi undi tetap PAS!" Apa saja yang diberi ambil dan nikmatilah kerana itu memang rakyat punya, tetapi undilah untuk perubahan. Majoriti orang Sibu ialah orang Cina. BN bukan pilihan orang Cina di mana-mana sekarang. maka BN akan membuat berbagai janji dan sumbangan untuk mendapatkan undi kaum ini. Mereka kini anak emas, jadi jangan lepas peluang...


Sheikh Sambal.

28 April 2010

ANALISIS PRK P094

Artikel ini aku kutip dari Blog Dr Hamirdin. Satu analisis yang menarik untuk dibaca dan diambil ikhtibar darinya. Semua rakan PR perlu meniliti kelemahan (dan kekuatan) dari peristiwa PRK Hulu Selangor untuk dijadikan sebagai panduan kepada 'peperangan' yang lebih besar pada PRU ke-13 nanti. Dan PRK yang paling dekat ialah PRK Sibu, Sarawak. Harap PR ambil perhatian....

...........>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<................

Assalamualaikum,
Sebagai kumpulan yang telah terbiasa dengan kekalahan dalam pilihanraya raya, saya rasakan tiada apa apa kejutan yang berlaku dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor. Cuma analisis yang dibuat ini adalah daripada rakan, dan diharap pihak rakan yang lain perlu melihatnya sebagai teguran, bukan kutukan.

Hulu Selangor adalah tempat tradisi calon India, jadi kita perlu raikan keadaan ini. Sekiranya PKR meletakkan seorang calon orang India warganegara Malaysia, [di sini saya gunakan istilah Indsia bermaksud orang India warganegara Malaysia, berbeza dengan orang India di India dan lain lain] maka masyarakat Indsia akan ada representasi dalam parlimen, samada BN menang atau pun PR yang menang. Ini tidak diraikan oleh PKR.
Sebahagian masyarakat Indsia memberikan ketaatan mereka kepada MIC. Yang tidak memberikan ketaatan mereka kepada MIC memberikan pula ketaatan kepada Hindraf. Apa yang diperlukan oleh PKR ialah mendapatkan restu daripada Hindraf agar calon yang mereka letakkan, yang bukan terdiri daripada orang Indsia, direstu oleh Hindraf ini, dan dengan itu undi kumpulan ini boleh pergi kepada PKR.

Sudah tentu untuk mendapatkan restu ini, Hidraf akan meletakkan harga, tetapi, kalau kemenangan ingin diraih, maka kemenangan tersebut perlu dibayar dengan harga. Kadang kadang harga itu mahal, tetapi semuanya boleh dirunding semula selepas kemenangan dicapai.



Apabila Hindraf tidak memberi restu, maka PKR tidak dapat undi secukupny daripada kelompok yang menentukan menang atau kalah.

Jentera pilihanraya PKR juga adalah lemah. Jentera pilihanraya yang kuat ialah jentera PAS. yang tidak memerlukan pelincir kewangan dan gigih bekerja. Tidak memberi kepercayaan penuh kepada jentera PAS untuk membantu gerakerja adalah satu sifat ego yang merugikan.

Perlu diingat, PKR tidak punya jentera yang mantap. Tetapi PKR punyai pengundi. PAS punyai jentera yang mantap, tetapi pengundi yang terhad. DAP juga tidak punya jentera pilihanraya, tetapi punyai pengundi yang sedia mematuhi isyarat pemimpim mereka. Jelas, ketiga komponen ini saling memerlu antara satu dengan yang lain. Oleh itu, central command perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan ini dan bersedia menggunakan apa yang ada ditangan.

Menangani prk sebuah kawasan parlimen memerlukan jentera yang ramai. Ditolak prk Permatang Pauh, ini adalah satu satunya prk parlimen yang ditandingi oleh PKR, dan jelas, kelompongan dari segi tenaga kerja menggugat peluang untuk menang. Apabila perkampungan pengundi Cinsia (saya gunakan istilah ini untuk orang Cina warganegara Malaysia) dikepung oleh ganster BN, central command PRK tidak punyai tenaga untuk menuetralkan keadaan, dan dengan itu, sebahagian pengundi Cinsia tidak keluar mengundi kerana tidak mahu menyusahkan diri berhadapan dengan gangster BN.



Bagaimana pula dengan jentera PKR yang dineutralkan oleh BN dengan menghulurkan wang kepada mereka? Inilah yang menjejaskan prestasi pada hari pembuangan undi.


.

23 March 2010

Konon Hina Istana: Antara PR Dengan BN

Di Dewan Rakyat DSAI dituduh hina Agong dan Sultan Perak (lihat sini) Di DUn Selangor pula Awang Selamat dan akhbar UMNO Utusan Malaysia pula didakwa berlaku biadab kepada Sultan Selangor (lihat sini). Kedua-dua tempat ini adalah tempat yang mulia dan andaian penghinaan juga kepada institusi yang mulia. Tapi apa beza antara kedua-dua peristiwa ini?
Di Dewan Rakyat, DSAI mempertikaikan prosedur penyediaan titah Baginda YDP Agong. Memanglah akhirnya jadi titah baginda tetapi ia ditulis dan disediakan oleh kerajaan BN. Secara halus pula menyebabkan baginda membaca dan minta rakyat contohi PM Najib. Inilah yang didakwakan bahawa DSAI hina Agong.
Di DUN Selangor pula, satu usul akan dibangkitkan untuk mengecam Utusan dan Awang Selamat kerana mengkritik Sultan Selangor kerana membatalkan kehadhiran baginda merasmikan mesyuarat agong pertama PERKASA (baca: perkosa..hic!).


Kelmarin, menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Awang Selamat didakwa membayangkan bahawa kesediaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir di mesyuarat agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Sabtu ini - walaupun sibuk- adalah lebih baik daripada keputusan Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran baginda di majlis itu.
Kalau kita tengok komplen DSAI ialah tentang prosedur penyediaan titah baginda YDP Agong. Bukan secara lansungnya mengkiritik baginda YDP Agong. Tetapi Awang dan Utusan secara terang membidas Baginda Sultan Selangor dan memuji Tun M. Bukankah Tun M juga yang menjadi pencetus krisis istana dengan kerajaan dulu pada hujung tahun 1980an. Sehingga Sultan-Sultan Melayu dijatuhkan maruah, dicerca sebegitu rupa media cetak dan eletronik dalam konspirasi untuk menghilangkan imuniti pihak Istana. Tun M dan UMNOlah punya kerja. Sekarang PERKASA, yang didalangi UMNO pula bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Institusi Istana kunun.


Apa yang berlaku di Perak seperti itulah julung-julung kalinya konon rakyat menyanggah Sultan. Bukankah rakyat meminta hak mereka untuk memperbaharui mandat kerajaan Negeri Perak. Bukannya mahu meminggirkan Istana atau meruntuhkan Istana. Tidak sama sekali. Dengan berbuat begitu sebenarnya Istana akan lebih sayang dan disanjungi rakyat jelata.


Eh...yang hairannya, yang berlaku di Terengganu sampai maki YDP Agong, "Natang" tu PERKASA tak bela? Begitu yang berlaku di Perlis, bila UMNO sanggah Sultan kerana Istana Perlis tak perkenankan Shahidan, PERKASA tak berdemo pun. Oh..mungkin masa tu PERKASA belum lahir lagi. Jadi dia tak boleh dipersalahkan. He he he.... tapi orang kuat dalam PERKASA tu semua ada depan mata Istana masa tu kan...


Pun begitu, Ibrahim Ali dan PERKASA tak nak buat demo bantah Utusan dan Awang Selamat kah? Marahlah kepada Awang Selamat dan Utusan kerana menghina Sultan Selangor. Tapi...Oh tak iya...manalah PERKASA mahu, dah Sultan tak mahu datang majlis dia...takkan hidung tak mancung, nak sorong-sorong pipi pula...tahu pula malu.


Ohya.....gerai Melayu diroboh di Labu, negeri Sembilan (lihat sini) sebab nak bagi laluan pada Program JUARA Umno, PERKASA lupa nak berdemokah? Atau sebab kat Negeri Sembilan ni Melayu punya gerai bukan mamak Melayu punya gerai. AAhhh..yang sebenarnya PERKASA cuma alat UMNO. Apa-apa saja yang boleh buat rakyat kepada benci Kerajaan PR dia akan tunggang habis-habisan. Tapi bila Kerajaan UMNO/BN yang buat kerja, senyap menikus macam tak dak telur!.... Chit! Pooodah!!



..

PAS Makin Menyengat Di Sarawak

PAS ada di sini. Sarawak sekarang sudah semakin meriah dengan adanya PAS. Miri dah ada Pejabat PAS. Dulu parti ini sangat asing. Kini ia dah mula menjadai buah mulut penduduk tempatan. Bukan setakat orang biasa, tetapi YB dan golongan atasan pemerintah BN.
Rasa gusar semakin terasa. Gerak kerja parti ini nampaknya semakin giat. Baru-baru ini telah diadakan Konvension ICT dan Pilihanraya. Kerja kebajikan pun banyak dilakukan. Pendekata, masyarakat sudah mula mengenali PAS.

Walau siapa pun bertanding untuk PR di Miri atau di mana-mana kawasan Sarawak ini, PAS akan memberikan impak dan kerjasama yang besar.

Bila dah ada alternatif begini maka ramailah orang yang dah bosan dengan status quo setempat, beralih kepada PAS dan PR. Hubungan erat PAS dan PKR juga DAP terutamanya di Miri, menyaksikan sambutan orang-ramai yang berbondong-bondong kepada parti alternaif ini. Sayugia, dengan isu-isu panas seperti tanah NCR dan kemudahan asas, PAS & PR kini menjadi penjuara kepada rakyat.

Juara rakyat bukannya setakat buat pesta suka-sukaan tetapi mendepani masalah dan menanganinya.


PAS kini sudah berjejak di Sarawak, yang tinggal lagi ialah menduduki DUN arawak bersama PR.


Sila lawat http://pas-miri.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut.


.


03 December 2009

Makhal Sakhti: Bukan Tempat Mu Dengan BN

Makkal Sakhti pecah dua
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Baru dua bulan lalu Makkal Sakthi dilancarkan oleh Perdana Menteri, namun hari ini Makkal Sakthi sudah berpecah dan sebahagian dari pemimpin parti itu mendesak presiden mereka, R S Thanenthiran meletakkan jawatan.Ketika dilancarkan dahulu, pilihan raya kecil Bagan Pinang hampir berlangsung. Dengan perhimpunan besar para penyokong Makkal Sakti itu, pengundi India di Bagan Pinang mendapat dorongan untuk menolak parti yang mereka undi pada pilihan raya Mac 2008 lalu.Hasilnya, PAS kalah teruk dalam pilihan raya kecil tersebut.
(Gambar: Perdana Menteri dan Thanenthiran semasa majlis pelancaran parti Makkal Sakti menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang)
Kini, R S R S Thanenthiran didesak oleh lebih 15 dari 27 anggota Jawatankuasa Pusat partinya agar melepaskan jawatannya.Kumpulan pendesak ini pula dipimpin oleh timbalannya, A Vathemurthy. Dalam sidang medianya hari ini, Vathemurthy mendakwa, mereka tidak mahu Thanenthiran memimpin mereka lagi.“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti. Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy dalam sidang medianya hari ini.Menurut beliau, mesyuarat AJK Pusat partinya dijadualkan malam ini dan usulnya adalah untuk menggugurkan Thanenthiran.Tetapi Setiausaha Agung, R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi, beritahu Vathemurthy kepada wartawan.
.................
Pening la Najib...baru nak mengayat kaum India dah mula kena penyakit berpuak-puak. Ni mesti berjangkit dari MCA. UMNO baru kebah, Makhal Sakhti (MS) yang baru lahir dah kena! Geng MS ni pun satu hal...apa yang depa terkinja-kinja nak join BN ni entah. Nak ganti MIC la tu.. GE13 nanti tentu dapat jadi calon sebab MIC dan PPP dah tak boleh diharap.
Najib ingat dah boleh menang besar bila MS masuk geng Mesra BN...tapi nampaknya..letih la pulak melayan perpecahan dalaman MS. MCA belum selesai datang pula masalah MS. INi tentu ada hikmah kepada perjuangan rakyat!
Kepada Kaum India semua, Sheikh Sambal ingin sarankan cukuplah kena tipu oleh BN... mari bersama kami kuatkan Pakatan Rakyat. Sertailah mana2 parti dalam PR. Lagi bagus kalau join Kelab Penyokong PAS.
Makhal Sakhti sebenar ialah bersama PR/PAS...kerana PAS untuk Semua!!

12 October 2009

Masa Untuk Muhasabah Diri...

PAS masuk ke Bagan Pinang sebagai underdog. BP ialah kubu kuat UMNO. Dulu UMNO menang dengan majoriti 2,333 undi. Satu tugas yang amat besar untuk PAS menang. Tapi bila keluar keputusan semalam UMNO memperolehi 8,013 undi manakala PAS cuma mendapat 2,578 undi. UMNO menang dengan majoriti 5,435 undi.
Bukan setakat menang tapi UMNO menang besar. Nampaknya pengundi BP termakan jugak dengan konsep 1 Malaysia Najib. Kempen PR mencanai calon BN kaki rasuah tak ada kesan. Penduduk BP mungkin banyak termakan dengan budi Isa. Ditambah pula dengan duit tunai dan janji manis BN.
PAS masuk Bagan Pinang sebagai underdog tapi berlagak seperti juara. Ini pun menyumbang kekalahan PAS. Betulkah PAS Pusat turun tapi tak mengendahkan PAS tempatan... ini satu dakwaan yang penulis baca dari Malaysia Today.
Banyak lagi dakwaan mengatakan PAS dan PR sangat tidak teratur (disorganised lot). PAS fikir mereka boleh jalan tanpa DAP dan PKR. Ada yang kata selepas 4 hari penamaan calon barulah ada mesyuarat bersama dengan DAP dan PKR. DAP dan PKR buat kerja sendiri-sendir tanpa pandu dari PAS. Betul PAS bertanding tapi mana PRnya? Itulah antara faktor dan dakwaan sebab-sebab kekalahan PAS di BP.
Pada penulis, eloklah PAS kalah di BP. Biar ini jadi wake-up call untuk PAS muhasabah diri. Jangan disebabkan kemenangan lalu, kita masih mabuk tak tentu arah. Syok sendiri, ingakkan rakyat sayang kita.
PAS dan PR patut buat kerja untuk menag hati rakyat, seperti yang BN/UMNO sedang buat sekarang. Kita ada 4 negeri untuk dijadikan model dan modal untuk berkempen dalam PRU 13 nanti. Kalau PR masih nak beramuk dan masih berbulan madu, jagnan harap PRU 13 kita akan menang. Silap-silap Kelantan pun hilang!!
Sekarang adalah masa terbaik untuk muhasabah diri dan buat kerja pikat hati rakyat. Jangan susahkan mereka....

16 September 2009

Apa Jadi PR Di Sarawak...?

Pada hari Isnin lepas Sheikh Sambal sempat menghadiri satu pertemuan yang bersejarah antara parti-parti pembangkang di Sarawak; DAP, PKR, SNAP dan PAS. Pertemuan ini adalah julung-julung kalinya berlaku di dalam politik Sarawak. Objektif mesyuarat bersepadu itu ialah untuk menubuhkan satu pakatan antara semua parti pembangkang di Sarawak sama seperti yang berlaku di Semenanjung.
Perbincangan berlaku dengan baik dan mesra sekali. Walaupun semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat baik baik, tetapi DAP berkeras dengan pendirian bahawa PR Sarawak hanya boleh wujud selepas persetujuan dicapai dalam pembahagian kerusi. PKR, SNAP dan PAS bagaimanapun sepakat setuju bahawa pembahagian kerusi boleh dibincangkan selepas PR Sarawak ditubuhkan. Jika ditolak DAP memang PR Sarawak boleh wujud tetapi apalah gunanya jika DAP tidak ikut serta kerana DAP mempunyai kekuatan yang padu di kawasan-kawasan bandar.
Sebenar DAP dan PKR perlu menyelesaikan masalah yang telah lama berlegar. Masing-masing sering berperang di dalam media. Stumbling Block kepada penubuhan PR Sarawak adalah kedua-dua parti tersebut. Perlu ada tolak ansur antara kedua2 mereka. Ada 71 kerusi DUN dalam Sarawak. DAP dan PKR masing-masing memegang 6 dan 1 kerusi yang dimenangi dalam PRU Sarawak pada tahun 2006. PKR kemudian menambah dengan kemasukan YB Gabriel Adit ke dalam PKR menjadikan PKR mempunyai 2 ADUN.
DAP nampaknya lebih degil dari PKR. Ini mungkin kerana mereka mempunyai YB yang ramai dalam DUN. Jadi semestinya ada rasa kerek di kalangan mereka. Olehitu PKR perlulah menunjukkan sedikit rasa hormat tentang itu. Jangan ingat PKR menang besar di Semenanjung maka PKR perlu berselera besar juga di Sarawak. DAP juga jangan besar kepala. Okaylah mereka ada ramai ahli DUN tetapi mereka perlu menghormati kekuatan yang ada pada PKR kerana PKR dapat diterima oleh berbagai lapisan masyarakat sedangkan DAP walaupun parti majmuk, hanyalah dilihat sebagai parti bangsa Cina.
PAS dan SNAP mungkin mempunyai pengaruh dan hasrat masing-masing dan tidak berapa bertindih dengan DAP dan PKR. PAS melihat kawasan yang majorit orang Melayu Islam dan SNAP pula lebih kepada kerusi yang majoriti Bumiputra Bukan Islam. PAS dan SNAP boleh dilihat sebagai penyejuk diantara PKR dan DAP.
Walaubagaimanapun seeloknya PR Sarawak perlu dibentuk secepat mungkin. Dalam kenyataan akhbar selepas mesyuarat bersama yang diadakan, semua parti tersebut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Bersama yang kerap. Mesyuarat akan datang akan dianjurkan oleh DAP dalam masa 2 bulan lagi. Semangat untuk bersama memang telah terpahat cuma sedikit usaha lagi melicinkan pakatan ini.
Hanya perbincangan dan perjumpaan yang kerap dan mesra akan dapat menolong untuk merialisasikan tertubuhnya Pakatan Rakyat Sarawak. Janganlah disebabkan ego dan kerek ahli politik DAP dan PKR menyebabkan rakyat Sarawak terlepas peluang untuk membebaskan diri dari cengkaman Taib Mahmud/BN.
..SS..

19 August 2009

Tok Guru...Saman Jangan Tak Saman!!

TGNA belasah Utusan Melaysia(UM) lagi sekali sebab salah lapur. Harakahdaily melapurkan bahawa TGNA berkata kenyataan beliau telah diputar belit oleh UM. Ha.. ha.. ha.. dah memang kerja UM putar belitkan kenyataan sapa saja yang tak sehaluan dengan UBN.
Eloknya kalau TGNA atau sapa saja dari PR jangan jemput UM bila buat press conference. Sebab dah tentu apa yang saja kenyataan yang patut dilapur disembunyikan dan yang mana boleh diputarbelit akan dimainkan segaban-gabannya. Itulah UM.

Takkan TGNA tak tau, Kan hanya beberapa minggu yang lalu baru UM minta maaf secara terbuka pada TGNA sebab salah lapur. Kini nampaknya sekali lagilah UM terpaksa menyiarkan permintaan maaf kepada TGNA di muka depan akhbarnya.

Memang dasar UM dan UBN tak tahu malu. Olehkerana sekarang adalah musim PRK Permatang PAsir, maka UBN perlukan satu isu hangat untuk dijadikan peluru. Maka kenyataan kononya "Ahli UMNO Tak Masuk Syurga" itu akan menolong untuk mendapatkan undi dari kalangan orang Melayu di Permatang Pasir. Selain itu, isu ini mahu digunakan oleh UBN untuk menutup pekong calon UBN yang sudah terbuka!.

Maaflah UBN, sebab pengundi Permatang Pasir tak bodoh. Pengundi zaman IT kini punyai banyak maklumat. Kalau nak menang eloklah bermain secara adil. Kalau kamu adil wahai UBN, harapan untuk menang tetap ada.

20 July 2009

Peranan Harakah Mengalih Arah...

Semalam Sheikh Sambal(SS) berpeluang melawat seorang pakcik, yang SS pangil Pak Usu. Beliau pencen pegawai kerajaan dan seorang ketua masyarakat setempat. Beliau bukan sahaja di hormati oleh masyarakat setempat, malah mendapat kepercayaan dan dipandang tinggi oleh penguasa politik tempatan. Malah menurutnya Pak Menteri sendiri secara spontan melantiknya menjadi pengerusi JKKK di hadapan orang-orang kampung bila beliau menyakinkan Pak Menteri tersebut tentang sebab-sebab mengapa undinya merosot pada pilihanraya DUN Sarawak yang lepas.

Rumah beliau adalah bilik gerakan BN/PBB semasa pilihanraya dan menjadi pusat aduan tentang hal-hal setempat. Jika Pak Menteri datang ziarah kawasan wajib singgah di rumahnya. Bak kata orang kamchenglah Pak Menteri ni dengan Bang Aji (panggilan mesra Pak Menteri dengannya) ni.

Apa yang Sheikh Sambal nak ketengahkan di sini ialah minda Pak Usu ni yang tak terpengaruh dengan media mainan BN. Semua isu semasa yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar dan TV tidak diterimanya bulat-bulat. Beliau akan membuatpenilaian sendiri setelah membaca atau mendapatkan berita dari pihak yang satu lagi.

Walaupun bukan ahli PAS atau Keadilan, akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Siasah yang terbaru sentiasa sahaja ada di rumahnya. Bila berbicara dengannya tentang hal-hal semasa, kata-katanya seperti Tok Guru. Dengan SS beliau mengaku bahawa jiwanya PAS tetapi luarannya nampak seperti orang Pak Menteri.

Pak Usu SS ni juga ketua kumpulan Dikir (Zikir Marhaban) kampungnya. Setiap minggu mereka berlatih berdikir di rumahnya. Ahli kumpulan Dikirnya semua orang PBB, tapi itu dulu masa mula-mula tubuh kumpulan Dikir 4 tahun lepas. Kini, katanya pada SS, semua mereka adalah pemangkah PR.

Begitulah Harakah memainkan peranan memberi penerangan kepada rakyat. Kata Pak Usu, jika semua orang baca Harakah, insyaAllah BN akan runtuh dalam PRU akan datang. Benarlah kata Pak Usu tu. Kawan-kawan kumpulan Dikirnya yang semuanya dulu penyokong kuat Tok Uban kini telah beralih arah. Bukan senang menukar mind set orang tua, tapi Pak Usu dengan hujah Harakahnya telah dapat menambahkan undi kita.

SS rasa biarlah dia bergerak dikalangan masyarakt BN totok di sana. Sebagai figure head dengan Minda Harakahnya, tentu sekali beliau amat berguna dapat mengalih arah Votes Base mereka.

Takbir!!

11 June 2009

1 Malaysia Keliru...

Muktamar PAS yang baru lalu banyak impaknya. Satu Malaysia tahu Ustaz Nasharudin Mat Isa menang tapi undi tak sampai 50 %. Gabungkan undi Husam dan Abang Mat, Usta Nasha kalah. Jadi boleh dikatakan majoriti ahli PAS tidak pro Ustaz Nasha (atau pro-perundingan/muqabalah dengan UMNO). Impaknya, TGHH dan Ustaz Nasha walaupun menang tetapi tentangan terhadap idea berbincang yang boleh membawa kepada Kerajaan Perpaduan amat besar dalam PAS. Kalau dilihat dalam dunia siber sekarang, rata-rata bloggers tidak tertarik dengan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. PAS bukan parti autokratik dan bodek. Apa yang Presiden kata semua mesti kata ya. Dan ya lah yang diangguk oleh semua, supaya habuan tak lari dan nama terpilih lagi. PAS bukan begitu. PAS ikut demokrasi dan mesyuwarah.
Presiden dan AJKnya jangan sewenang-wenang mahu Kerajaan Perpaduan. Hari ini sebut Kerajaan Perpaduan, hari esok Murshidul kata karut!. Timbalan Presiden yang baru dilantik semula kata TGNA bukan suara PAS. Ada betulnya. TGNA bukan suara PAS tapi TGNA rohnya. Pangkat TGNA ikut cakap orang putih ialah 'Spiritual Leader'. Cakap Melayu, Spirit ialah Roh. Leader pula Ketua. Ha ha... cakap TGNA memang bukan suara rasmi PAS tetapi kata-katanya mempengaruhi Roh PAS. Bila TGNA kata KARUT...maka akan jadi karutlah cadangan itu bila tak diterima oleh segala roh dalam PAS.
1 Malaysia keliru dengan konsep Kerajaan Perpaduan lontaran Dato Presiden. Yang pasti PAS takkan membelakangkan PKR dan DAP dalam PR. Itu jelas daripada ucapan-ucapan para pemimpin di Muktamar yang baru lalu. Idea Kerajaan Perpaduan telah dikemukan oleh Dato' Presiden beberapa bulan sebelum itu tetapi ditarik semula kerana ahli-ahli tidak dapat terima. Ditambah pula ada cerita perjumpaan senyap-senyap geng Timbalan Presiden dengan Paklah. PR bergegar. Maka TGHH tarik semula idea Kerajaan Perpaduannya.
Tapi dalam Muktamar baru-baru ini keluar lagi isu yang sama. Benar..kalau ia berlaku pun hampir mustahil kerana terlalu idealistik seperti yang cuba dihurai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog Cina Islam. Suasana yang ada sekarang tidak sesuai dengan Pas mahu berpadu dengan PR dan BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Ramai orang bukan Islam yang mengundi PAS tempoh hari mengundi PAS semata-mata benci kepada UMNO. Mereka bukan sayang PAS. Jadi bila PAS dilihat oleh mereka seperti mahu bergabung dengan UMNO, maka kita akan saksikan penghijrahan mereka semula kepada mengundi BN. Bukan kerana mereka sayangkan BN tetapi mereka jadi keliru dan takut pada PAS.
Apa yang PAS perlu lakukan sekarang ialah 'damage control'. Dari segi organisai PAS keluar dengan hebat dari Stadium Melawati, Shah Alam. Muktamar yang terhebat pernah dianjurkan. Tiada perpecahan dalam parti. Pertandingan merebut jawatan tertinggi parti habis dalam stadium sahaja. PAS memang semakin kuat dan mantap nampaknya.
Tetapi pimpinan tertinggi kini perlu menjelaskan sejelas-jelasnya tentang Kerajaan Perpaduan. Satu Malaysia keliru dengan konsep ini. Ia terlalu tinggi dan idealistik untuk digapai oleh ahli-ahli PAS. Ahli-ahli PR lebih-lebih lagilah.
Jika PAS tak mampu memberikan penjelasan yang terang benderang....maka lebih baiklah simpan sahaja fail Kerajaan Perpaduan itu, itu pun kalau sayang tak mahu mengtongsampahkannya.

11 May 2009

'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS


Harakahdaily Monday
May 11, 09 10:34:05 am MYT
MARANG, 11 Mei (Hrkh) ? Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ada batasnya.
Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, baru-baru ini mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma?ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.
Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.
"Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara).
"kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa," katanya yang dipetik daripada laman web peribadi beliau.
Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.
"Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, Umno ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada.
"Kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!"jelasnya.
Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan Umno dan BN dan meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.
Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.
"Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,
"Kita akan lalu, 'membujur lalu melintang patah', akan tiba masanya,"tegasnya.
Katanya PAS akan mengajar Umno yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan umatnya sendiri. - azm _
..................................
Apo maksud TGHH ni. Tengok sekali imbas macam dah nak perang. Tapi ana rasa ini perang saraf TGHH. Maka akan bersilatlah mat-mat UMNO. Kita tengok reaksi depa. Nak di apakan TGHH...ISA, akta Hasutan.. UMNO perlu ingat bahawa segala macam akta2 Draconian yang ada dalam Malaysia sekarang tidak akan dapat melenyapkan semangat perjuangan rakyat. Bila ada kezaliman, naluri manusia akan menentang. Apa yang berlaku di Perak adalah satu kezaliman dan kenyataan TGHH adalah naluri rakyat yang terzalim.
Sabar PAS dan rakyat jelata memang ada batasnya...kita tunggu PRU ke 13. Di situ sabar rakyat akan terbatas. Tapi jika zulum dah melampau-lampau maka apa yang jadi seperti negara-negara jiran kita boleh berlaku. Tak payah tunggu PRU13. Kezaliman yang tak tertahan akan membawa rakyat ke jalanan untuk menuntut keadilan. Waktu itu sabar amat tipis dan cepat tersejat. Waktu itu kuasa rakyat akan menunjukkan taringnya!!.
Sheikh Sambal.
16 Jamadil Awal 1430H

22 April 2009

Toyota CAMRY Baru Untuk Di Lelong!!

Kerajaan *(Haram) Perak akan melelong semua Camry yang baru dibeli untuk kegunaan Exco Kerajaan PR yang baru dirampas. Begitulah bunyi kenyataan yang penulis dengar dalam berita radio pagi tadi.
Semua Camry itu masih berbau kedai dan sekarang akan dilelong. Apa rasionalnya kereta baru akan dilelong kita tidak tahu. Hanya Zambry dan konco-konconya sahaja yang tahu. Setiap kereta akan dilelong dengan harga pemula sebanyak RM148k.

Biasanya kerajaan akan melelong kereta milik krajaan yang sudah berumur, di mana penyelenggaraannya mungkin mendatangkan masalah kepada kerjaaan. Tetapi melelong kereta yang baru dibeli oleh kerajaan yang sah adalah membingungkan. Apakah kerajaan exco kerajaan PR pernah duduk di dalam kereta-kereta itu maka ia sekarang menjadi jijik untuk dipakai oleh exco (haram) yang baru?. Bukankah akan berlaku pembaziran bila Kerajaan Perak terpaksa pula membeli kereta baru untuk kegunaan para exconya.

Dalam keadaan ekonomi yang meruncing di mana setiap perbelanjaan harus dilakukan dengan ketat, Kerajaa Perak ahu membazir pula!. Apalah salahnya mereka menggunakan kereta-kreta tersebut. Toyota Camry adalah kereta yang sangat baik dan lebih jimat dari Proton Perdana. Apakah kerana dendam maka duit rakyat sekali lagi disalahgunakan? Dr Zambry perlu berlaku lebih matang dari ini. Peerbuatan begini bukan lakunya seorang Menteri Besar!!





07 April 2009

Selamat Mengundi di 2 Bukit 1 Batang

Jalankan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia. Berbagai usaha dan kempen telah dibuat kini giliran para pengundi pula melakukan tugas mereka. InsyaAllah kputusan dari ketiga-tiga tempat ini ditunggu dengan debaran oleh seluruh rakyat Malaysia. Di Batang Ai adakah Anwar dan PKR dapat diterima oleh masyarakat Iban pendalaman. Di Bukit Gantang pula merupakan referendum rakyat terhadap kesahihan Kerajaan Negeri Perak. Siapa sebenarnya yang rakyat mahu, DS Nizar atau Dr Zambry. Bukit Selambau pula adalah ujian setakat mana penerimaan PR terutamanya PKR di kalangan masyarakat. Ia juga adalah ujian kertas litmus kepada pengaruh Mahathir.
Kesemua tiga tempat ini adalah juga menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadapa PM yang baru. Adakah gimik 'masuk pintu'nya menjadi? Marilah sama-sama kita nanti keputusan malam ini.

Nota: Kalau keputusan lambat keluar maknanya PR dah menang!