Showing posts with label Unit Amal. Show all posts
Showing posts with label Unit Amal. Show all posts

14 March 2009

YAYASAN AMAL MALAYSIA ( CAWANGAN SARAWAK) - Selamat Berrmuktamar pada 15/03/2009 di Miri.



Tahniah kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak kerana akan mengadakan Muktamar yang julung-julung kalinya di Miri esok 15hb Mac 2009. Jutaan tahniah juga kepada Yayasan Amal Miri kerana menjadi tuan rumah dan penganjur kepada Muktamar Dwi-Tahunan yang pertama ini. Kehadiran Yayasan Amal memang telah amat terasa di Sarawak terutamanya Miri. Ini kerana Yayasan Amal telah berjaya menjalan beberapa aktiviti besar di Sarawak yang mana aktiviti yang alin besar dan impaknya maksima adalah Program Malam Bersamamu Palestin. Program ini merupakan program kemuncak kepada aktiviti-aktiviti Pelancaran Tabung Dana Palestin, Khutbah Jumaat Isu Palestin beserta Qunut Nazilah, Kempen-kempen, Edaran Risalah, Roadshow-roadshow, XPDC Semarak Isu Palestin di Bandaraya Miri dan Training-of-Trainers (ToT).
Yayasan Amal Miri telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM91,200 untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang tertindas di bumi anbiyak Palestin. Wang ini telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin yang diterima daripada masjid-masjid, surau-surau, syarikat-syarikat korporat, sekolah-sekolah, institut-institut, pelbagai badan dan agensi Islam serta individu-individu yang prihatin lagi budiman.
Dengan reputasi yang cemerlang Yayasan Amal Malaysia akan lebih hebat lagi dengan perkembangan yang amat positif di Sarawak. Kebanyakan ahli-ahli Yayasan Amal Sarawak terdiri dari pemuda-pemudi Islam yang sangat komited. Muktamar atau AGM yang pertama bagi Yayasan Amal Malaysia(Sarawak) akan menyaksikan golongan muda mengambil tanggungjawab untuk mengibarkan Panji Islam keseluruh pelusuk Sarawak. Dengan iltizam yang tinggi pemuda-pemudi Yayasan Amal akan berupaya menjadikan da'awah dan amal kebajikan sebagai wadah pengukuh iman dan penyebaran Islam di kalangan orang-orang Sarawak samada muslim ataupun belum.
Muktamar Yayasan Amal Sarawak ini adalah yang pertama tetapi amat dibanggakan bahawa perwakilan dari Kuching, Sibu, Sarikei, Sibu dan tempat-tempat tidak melepaskan peluang untuk turut sama datang memeriahkan muktamar sulung ini.
Mari kita berdoa semuga Muktamar Dwi-Tahunan Yayasan Amal Malaysia (Sarawak ) akan berlansung dengan jayanya dan melahirkan pejuang-pejuang Islam yang ikhlas dan kental jiwa.

SELAMAT BERMUKTAMAR DAN BERAMAL KERANA ALLAH.







09 July 2008

PROTES Kecoh... Unit Amal Yang Salah?

PROTES kecoh Unit Amal yang salah. Begitulah bunyi laporan Malaysiakini versi Bahasa Melayu. Perkara ini dibangkitkan semasa mesyuarat post-mortem Perhimpunan PROTES semalam.
Kenapa Unit Amal pula yang salah bila yang buat hal ialah Carburator Dung.
UnitAmal disalahkan kerana ke semua 700 anggota Unit Amal telah meninggalkan stadium seawal 2.30ptg selepas tidak puas hati dengan persembahan sebuah band Lawan Tetap Lawan. Itu kata laporan dalam media, tapi apakah sebenarnya sebab Unit Amal meninggalkan stadium?
Ketahuilah bahawa Unit Amal adalah sayap kanan Dewan Pemuda PAS yang berprinsipkan Quran dan Sunnah. Lahirnya Unit Amal adalah untuk menegakkan a'mal ma'aruf dan nahi mungkar. Piagam Unit Amal perlu difahami sebetulnya sebelum mudah menyalahkan Unit Amal. Tetapi yang hairannya, yang menuding jari adalah penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat. Tidakkah Dr Hatta dan Aiman Athirah faham tentang prinsip Unit Amal?
Unit Amal tidak akan sama sekali bersengkokol dengan perkara mungkar!. Perhimpunan Protes tempoh hari berselang dengan konsert punk rock. Dari segi falsafahnya mungkin tiada salah punk rock itu, tapi dari segi penyampaian dan perilaku persembahan amat menyalahi tatasusila berugama. Unit Amal bersedia bertugas atas sebab memperjuangkan nasib rakyat atas derita kenaikan harga minyak. Tetapi apabila motif perjuangan itu telah jadi samar di sebabkan oleh perjalanan acara yang tersasar, tiada sebab lagi untuk Unit Amal meneruskan misi.


Amat tidak logik jika Unit Amal bertugas mengawal keselamatan ahli band punk rock yang menjerit-jerit dalam kebisingan muzik mereka. Amat tidak logik lagi kalau Unit Amal menjadi body guards pula kepada penyanyi punk rock yang membontotkan penontonnya dalam ekspresi lagu Mari Nyanyi Menjilat nya. Jika itu berlaku tentulah hilang kredibiliti Unit Amal sebagai badan da'awah Islami. Sudah tentu Unit Amal akan berkubur dalam Mu'tamar Agong Pemuda yang akan datang!.

Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah sepatutnya faham hal ini. Sebagai pengerusi dan sekretariat Protes, kenapa dibenarkan ada unsur-unsur konsert kurang sopan?. Menurut Carburetor Dung mereka sudah memang biasa melakukan ekspresi muzik dan nyanyian mereka begitu. Tidakkah Dr Hatta ambil tahu hal ini? Atau adakah kerana terlampau mahu menyukakan hati PKR dan DAP maka Unit Amal ( baca PAS) boleh melanggar prinsip dan dasar parti?. Dari sumber yang rapat dengan pimpinan Unit Amal Negeri Selangor, saya diberitahu bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Protes, Unit Amal telah memberi amaran bahawa jika ada konsert yang tidak Islamik Unit Amal akan menarik diri. Da'wah telah dijalankan, jadi Dr Hatta dan Jawatankuasa Protes sepatutnya tahu. Salahkan diri sendiri (Jawatankuasa Protes), bukan Unit Amal!.

Secara peribadi saya amat bersyukur kerana Unit Amal telah menarik diri dari Himpunan Protes itu. Jika Unit Amal terus bertugas pada hari itu, nescaya UMNO dan BN pasti berjolikatak hari ini mengeji dan mempersendakan Unit Amal dan PAS, di atas perkara yang memalukan itu.