Showing posts with label Emas. Show all posts
Showing posts with label Emas. Show all posts

26 August 2011

Emas & Perak: Pelindungan Harta Anda

Seminggu dua ni kita melihat harga emas telah meroket naik dari $1600/oz ke $1800/oz. Kalau tengok pula carta kenaikan emas sejak 10 tahun dahulu, sememangnya harga emas naik bagaikan Roket Appollo 11 menuju bulan. Bagaimana pula dengan Perak? Bukan Perak Dr Zambri. Kalau Perak si Zambri tak naik naik pun. Dia curi ikut pintu belakang ada.
Logam perak telah mula meroket pada tahun lepas sekitar bulan June - Julai. Dari $15/0z sekarang harga perak adalah sekitar $40/oz. lebih dari 100% kenaikan. Memang garang!!

Kelantan buat dinar dan dirham sejak tahun 2007. Ramai orang yang tak paham tentang emas dan perak memperolok-olokkan Kelantan. Ada yang sanggup kata Kelantan mahu kembali ke zaman gelap (dark ages). Memang bodo abis pandangan itu. Dah tak mengaji pasal hadis tentang dinar dan dirham, mana nak paham. Dah tu ngutuk Tok Guru kata kolot nak balik ke zaman kuno pakai matawang dinar dan dirham.

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."  (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Hehehe..sajala bagi hadis Bahasa Inggeris. Biar mamat mana yang kata dinar dirham tu kuno tercengang-cengang sikit. Paham tak? Kalau tak paham pergi ambik kamus  tu.

Masanya amat dekat. Ekonomi dunia akan hancur tak lama lagi. Tanda-tandanya semakin terang. Dolar Amerika semakin kuyu disebabkan pencetakan yang tak terkawal. Pantang ada sedu ekonomi Federal Reserves akan cetak bertrilion-trilion duit dolar Amerika. Inilah senjata Yahudi untuk mengawal dunia.

Kalau Bush Cassidy terpaksa menggadai nyawa untuk merompak keratapi, puak Soros dan sekutu Zionis hanya perlu 'membayar' segala komoditi dunia dengan 'kertas tandas' bak kata Tun Mahathir. Amerika cetak duit dia dan bayar pada Malaysia untuk ambik kita punya bijih, minyak, kelapa sawit dan balak. Mereka dapat barangansebenar (komoditi) yang boleh digunakan untuk memajukan negara mereka, kita dan dunia dapat kertas aku-janji untuk nilai yang tertulis.

Maka kita peganglahlah duit kertas Amerika tu. Sekali duit Amrika jatuh harga, apa jadi dengan nilai duit yang kita pengang. Sepatutnya boleh beli Mercedes sekarang boleh beli kancil sahaja, padahal jumlahnya tak menurun. Yang turun ialah kuasa membeli.


Itulah yang terjadi pada Zimbabwe 2 tahun lepas. Robert Mugabe perkosa negeri dia sampai bankrab. Rakyat nak beli 3 biji telur terpaksa bawa duit kertas dolar zimbabwe pakai kereta tolak. 100 billion dolar Zimbabwe untuk 3 biji telur. Bayangkan....

Jangan ingat itu hanya boleh berlaku tempat lain. Malaysia tak boleh berlaku. Sebenarnya negara kita pernah melalui pengalaman pahit ini. Pernah baca  atau diberitahu tentang duit pokok pisang zaman Jepun? Berguni-guni duit zaman Jepun ini dibuanmg orang jadi sampah sebab tak bernilai. Sapa yang seronok simpan duit kertas Jepun tu dulu menangis tak berlagu bila simpan jadi kosong nilai!!

Perkara ini akan terjadi pada akhir zaman. Nabi dah sebut dah. Maka memang ia akan terjadi dimana satu apa pun tak bernilai kecuali dinar dan dirham (emas dan perak).

Untuk menyelamatkan harta kita eloklah menukar simpanan kita kepada logam mulia emas dan perak. Samada barang kemas atau jongkong emas dan perak tetap berharga dan akan jadi barangan yang didambakan oleh dunia. Tukar ASB anda yang tak tentu hukum hakamnya itu kepada emas dan perak.

Kepada sesiapa yang mahu melakukan pertukaran ini atau mahu membeli emas dan perak sekarang, sila talipon ana 0133640105.


Sekian.


19 August 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, 18 August 2010 at 16:07

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."


Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

17 August 2010

Kaedah Penggunaan Emas : Penyimpan Nilai Terbaik!

Salam sejahtera,
Pertama sekali kaedah ini hanya utk mereka yang mempunyai emas jongkong sahaja sebab Ar-Rahnu hanya terima emas fizikal, bukan emas dalam buku akaun seperti GIA atau Maybank Gold Investment.


Ok, mari lihat senario ini; saya memerlukan wang untuk membiayai perbelanjaan membuat grill tingkap, pintu dan sebagainya yang memerlukan belanja kira-kira RM3,500. Since saya tidak mempunyai cash, saya menggunakan emas 50 gram yang ada ditangan utk dipajak gadai di Agrobank supaya memperolehi cash di tangan.

So saya pergi ke Agrobank, setelah bersetuju dengan nilai pajakan sebanyak 60% daripada nilai marhum emas tersebut maka saya pun memperoleh cash di tangan sebanyak RM3,780.

Setelah itu saya pun menyelesaikan urusan bayaran grill rumah. Settle part bayaran grill rumah. Lega!~

Persoalannya, kenapa saya nak pakai teknik pajak gadai, kenapa tidak apply loan sebanyak RM5,000 dengan bank yang menyediakan pinjaman peribadi?
Untuk persoalan ini saya mempunyai beberapa jawapan:
  1. Saya nak cash cepat, so bawa emas fizikal ke Agrobank tak sampai setengah jam dah dapat pinjaman. Tak perlu sign boss/ketua jabatan, tak perlu cop or bawa slip gaji. Hanya bawa ketul emas & sijil ketulenan. 
  2. Nilai pinjaman saya kecil, kalau loan bank kemungkinan interest tinggi atau tak di approve langsung.. (fuh masalah ni)..
  3. Tak nak mengamalkan Riba

Biasanya kalau kita buat personal loan, yang untung adalah semestinya pihak bank disebabkan caj interest mereka kita bayar lebih dari pinjaman kita.. At the end of contract kita sendiri boleh kira (12 bulan x RM*** x ** Tahun)..

So dipendekkan cerita, berikut adalah kiraan pajak gadai rate emas 999.9 di Agrobank (setiap bank yang ada Ar-Rahnu mempunyai rate mereka sendiri.. Nak tahu berapa rate, call dulu bank).. Bukak kalkulator anda:



Berdasarkan rate daripada Agrobank;


So daripada kiraan ini, bayaran balik untuk tempoh 11 bulan (Agrobank 6+3+2 bulan), saya hanya perlu membayar RM381.44 termasuk dengan upah simpan untuk menebus balik emas 50 gram saya tadi. (RM4,195.80 bahagi 11 bulan)

So, mana untungnya???


Untungnya adalah, takkan dah lupa kot setahun emas naik secara purata dalam 30% setahun..

Kalau berdasarkan kiraan nilai emas semasa Public Gold iaitu RM6,900 (semasa membeli) x 30%… Nilai emas akan meningkat kepada RM8,970.00!!!~ Walaupun kita bayar balik bulan-bulan tambah dengan upah simpan seolah-olah kita rugi bukan? Tapi hakikatnya kita still untung!`

Pelik bukan, walaupun dlm keadaan berhutang pun nilai emas kita tetap naik.. Setelah menebus balik emas, kita dapat emas yang nilainya dah bertambah sebanyak 30% !!! Best tak simpan emas?? Bestttttt…….

p/s: kita bandingkan kalau kita loan RM4,000 daripada bank A… Dengan kadar caj 5-6% setahun maybe total yang kita perlu bayar adalah RM4,200 sahaja.. Tapi setelah itu, kita tak dapat apa pun.. Sekadar berjaya membayar hutang.. =)

Tapi dengan emas, setelah membayar sepenuhnya tebus balik emas.. Kita dapat balik emas yang nilainya 30% lebih daripada asalnya… Kalau tolak kos upah simpan sekali pun kita still untung 25% sebab kenaikan harga emas =)

Dah decide nak beli emas sekarang? Sila hubungi saya segera.. Stok Gold Bar 20g, 50g & 100g available.. SMS or call saya di talian 013-3640105 atau tinggalkan komen anda di sini..

Terima kasih

 
(Artikel dipetik-cedok dari Public Gold Sarawak )
 

12 August 2010

Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar, Dirham

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.