Kedah memang parah dengan gejala sosial begitu juga dengan negeri-negeri lain. Tetapi Kedah agak terhadapan dengan usaha untuk menangani gejala sosial yang hebat melanda negeri itu. Alhamdulillah dengan usaha Ustaz Kamaruddin dari Urusetia Tangani Gejala Sosial Negeri Kedah(UNGGAS) berbagai program di atur untuk mengatasi bala ini. LANDAS (Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-Isu Sosial) adalah salah satu program yang giat dijalankan. Aktivis LANDAS dilatih untuk mendekati golongan remaja secara berhikmah dengan nasihat dan kasih sayang. Dengan usaha apa yang terdaya semuga ALLAH akan memberikan taufiq dan hidayah kepada golongan yang bermasalah ini.
Saya mempersilakan rakan-rakan bloggers dan pengunjung untuk melihat apa aktiviti amal ma'aruf dan nahi mungkar yang dibuat oleh LANDAS.
Lihat di sini.. http://urusetialandas.blogspot.com/
Mungkin negeri-negeri lain boleh melaksanakan usaha yang sama atau usahasama dengan Kedah untuk mengatasi masalah gejala sosial di sana.
No comments:
Post a Comment