Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

13 May 2011

Kenapa Dr Teo Tak Jadi Petisyen? Jenggg..Jenggg....

Berita Borneo Post semalam akan mengejutkan SS. Calon PKR di DUN Senadin menarik semula hasrat untk menyaman BN dalam petisyen pilhanraya Sarawak yang baru lepas. (Baca berita di sini..) Alasan yang diberika adalah kos yang tinggi dan kemungkinan menang yang tipis berdasarkan kes kes lepas.

Hairan juga kenapa tiba-tiba tak jadi sedang haritu beriya-iya sangat nak bawak kes ke mahkamah pilhanraya. Apa yang terjadi? Adakah PKR dan BN telah strike satu persetujuan? Entah iya entah tidak..entah boya entah katak...

Yang jelasnya Dr Teo telah mengecewakan para penyokongnya yang berhempas pulas berkerja memenangkan beliau. Dah lah Lee Kim Shin menang tipis Hanya 58 undi sahaja. Memang selayaknya  boleh dikira semula. 2 Jam lebih PR/PKR membantah dan berhuru-hara di Stadium tertutup tetapi tidak dilayan.

 Miri bagi tujuan mendesak SPR buat kiraan semula. Tetapi pegawai junior yg mengambil-alih kerja eloklah dijauhkan.

Adakah Dr Teo kesian pada kawan2 lamanya? Adakah Dr Teo tinggalkan petisyen sebab tak larat. Atau apa kes sebenarnya di belakang kita. Dulu semangat berkobar2 sekarang malap langsung.

Sekiranya PAS yg bertanding di Senadin, kenmungkinan besar boleh menang. Sedangkan undi POS BN 1200 tak dapat dikeptcurhs Ya lah tekkkk

Kalau cam tu Dr Teo...next time tak payahlah lagi. DUN Senadin harus dikembalikan kpd PAS. Jgn mengada-ngada bertanding kalau kau tak punya entry. Apa padahnya? Lihat di sini...kalau menggelikan....jangan beli. 



20 March 2011

DUN Bubar Esok - Perang Pilihanraya Sarawak Bermula..


CM Taib Mahmud dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak esok. Maka bermulalah peperangan merebut kerusi DUN Sarawak. BN seperti biasa akan meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi. Kalu dahulu lawan BN boleh diangggap tiada, tetapi sejak pilihanray 2006  dulu, PR telah mula menapak di Sarawak. 

DAP memang sudah bertapak lama dan mempunyai penyokong di kawasan bandar-besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. PKR telah pun ada satu kerusi di DUN Sarawak. PAS telah lahir di Sarawak sejak akhir 90an tetapi kurang mendapat sokongan. Tetapi sejak PRU 2008, PAS Sarawak mula mengorak langkah yang lenih teratur.

Kini PAS Sarawak telah mempunyai kawasan (bahagian) di Kuching, Batang Lupar, Bintulu dan Miri. Dalam pilihanraya 2006, PAS hampir menang di Beting Maro. Cuma kalah 800 lebih undi sahaja. Akhir-akhir ini sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Bahkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pun telah dilancarkan di Miri oleh Timbalan Presiden Pas Ust Nasharudin Mat Isa. Keahlian DHPP di Miri sahaja hampir menjangkau 100 orang dan semakin bertambah menjelang pilihanraya.
Parti Dayak, SNAP pun telah hidup semula dengan keputusan Mahkamah tempoh hari. SNAP adalah parti yang telah lama di Sarawak. Jika PAS, PKR dan DAP berasal dari Semenanjung, SNAP adalah parti tempatan. Hubungan yang mantap antara semua parti-parti dalam PR akan memberi saingan hebat kepada BN.
BN kini perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi. Jika dulu ramai calon BN boleh menang percuma, kini tidak lagi. Berbekalan banyak isu penyelewengan, janji kosong dan tanah NCR, PR akan berpotensi untuk melumpuhkan BN dan seterusnya memegang tampok pemerintahan Sarawak. Rakyat terutamanya yang berada di luar bandar telah mula celik terhadap hak mereka. Janji pembangunan yang dibawa oleh BN saban kali pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi oleh penduduk tempatan.

Sarawak yang sepatutnya lebih kaya dari Selangor dengan hasilbumi dan kekayaan semulajadi adalh negeri ke-4 tercorot miskin dalam Malaysia. Pergilah ke kampung2 disekitar mana bandar, anda akan dapati suasana kehidupan seperti Semenanjung tahun 60an- 70an. Tiada api letrik, tiada air paip dan jalan kampung yang hanya tanah merah. 

Penduduk Sarawak terpaksa membayar harga yang amat mahal dengan mengundim BN.Taraf kehidupan yang dibawah taraf kemiskinan tegar dan kos keperluan harian yang juga mahal. Tidak disyaki lagi semua kekayaan itu dipunggah oleh pemimpin Bn dan kroni mereka. Lihatlah kekayan mereka. Amat melebihi gaji yang mereka terima. Syarikat2 kroni mendapat segala habuan dari pemimpin yang korup.

Kini rakyat Sarawak akan berpeluang untuk mengajar pemimpin2 yang korup ini. Jangan undi lagi BN. Beralihalah kepada Pakatan Rakyat. Contohi Kedah, P. Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak. Mereka berani memangkah kepada perubahan. Undilah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR dan SNAP).

Selamat berkempen dan mengundi kepada perubahan. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


06 February 2011

Melawat Medan Tempur Politik Di Merlimau


Oleh Zulkifli Sulong Gambar Luqman H
MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

(GAMBAR ATAS: Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia)
Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.

Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.
(GAMBAR: Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau)
Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.
(GAMBAR: Bertemu dengan Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau)

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.
Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.
Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.
(GAMBAR: Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau)
Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.
Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.
(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.
Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

29 April 2010

Pembohong Jadi Senator

Ada satu pantun dua kerat yang popular pada zaman Reformasi tapi masih relevan sampai sekarang, yang berbunyi seperti berikut;
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri...

Ezam Mohd Nor pernah mengatakan bahawa dia ada menyimpan 6 kotak dokumen yang berisi maklumat mengenai salah laku para pemimpin UMNO. Tetapi selepas beliau mengkatak ke pangkuan UMNO, beliau mengaku semua itu adalah pembohongan semata-mata. Dalam laporan Malaysiakini hari ini, dia dikatakan menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Maka sahlah dia ni kaki pembohong. Sekarang dilantik pula menjadi Senator. Dan mengikut tradisi UMNO/BN Senator boleh dilantik menjadi Menteri. Dah lama Ezam menunggu untuk jadi menteri. Sekarang semakin dekatlah jawatan menteri dapat kepadanya. Lompat sana sini, dulu maki UMNO dan sekarang maki Anwar dan PKR.

Tak lama lagi pantun di atas akan terrealisasi.... mmmmm ...adoi hai....


.

24 April 2010

Gulu-Gula Pilihanraya Bertaburan Di Hulu Selangor....

Gula-gula pilihanraya Hulu Selangor sedang rancak turun. Semalam Najib tebar rasuah pilhanraya lagi. Bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang kena tipu dek Mat Tyson dulu di bagi RM1000 sorang dan lagi RM49,000 dalam bentuk bank darf. Lepas tu disiksa pulak jiwa mereka dengan janji manis pilhanraya bahawa tanah mereka akan dibayar dengan pampasan sebanyak RM160,000 seekar. Rata-rata tanah yang kena ambil dulu ialah 10 ekar seorang. Dalam kertas semua peneroka tersebut adalah jutawan. Tapi...ada tapinya.... akan dibayar kalau calon BN menang!! Ha ha ha....itulah Najib dan janji manis rasuah politknya.

Begitu juga kepada penduduk Serendah. Kalau mahu UiTM dibangunkan di sana mesti undi BN. Penduduk dihukum kalau tak undi BN, iaitu takkan ada projek UiTM itu. Secara terang pendudul Hulu Selangor diancam dengan tiada pembangunan kalau undi PKR. Sehingga begitu sekali.

Sungguh lapok cara mereka berkempen..tapi mungkin itulah yang memberi undi kepada mereka kerana kebanyakan orang kampung di Hulu Selangor takut ancaman tiada pembangunan datang arah mereka. Mungkin pengundi muda tidak akan terpengaruh kerana mereka lebih berinfomasi...dengan adanya media baru di internet... Tapi kalau baca Utusan Meloya dan Berita Hairan dan menonton TV3suku...maka tak ke manalah mereka....

20 April 2010

Pakatan Sedia Hadapi Sabotaj Dari Dr. Halili

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak melihat kemasukan Datuk Dr Halili Rahmat ke dalam Umno semalam sebagai satu ancaman besar kepada gerak kerja Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Perkara ini sudah dijangkakan lebih awal dan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon adalah pemilihan yang paling tepat.
PAS juga sudah mendapat maklumat lebih awal bahawa Dr. Halili telah mengarahkan penyokong-penyokong setianya menyamar untuk mensabotaj gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor dan kita telah terlebih dahulu bertindak membuka bilik-bilik gerakan disetiap UPU sebagai sokongan kepada jentera PKR.
Gabungan Jentera Pakatan dari seluruh negara tidak mampu dihalang oleh Dr. Halili dan penyokong-penyokong yang membelot kepada PKR. PAS berterima kasih, kerana akhirnya Dr. Halili mengakui identiti sebenarnya, dan ini memudahkan gerak kerja Pakatan di Hulu Selangor.
Untuk gelombang seterusnya PAS akan mengerakkan full enforcement dari setiap negeri, bagi memastikan gerak kerja berganda dapat dilakukan. Beberapa Markas PAS di UPU Hulu Selangor juga dijadikan markas utama bagi memudahkan gerak kerja. Petugas PAS diminta melaporkan diri di markas-markas yang telah ditetapkan, dan menumpukan kerja-kerja kempen mengikut jadual yang ditetapkan.
BN akan terus berputih mata melihat kesatuan erat komponen Pakatan di Hulu Selangor, yang selama ini sering digambarkan mengalami masalah. Hakikatnya jentera BN di Hulu Selangor belum mampu disatukan ekoran pemboikotan ahli-ahli Umno yang tidak puas hati terhadap Najib kerana memberikan kerusi calon kepada MIC.
PAS akan terus memberikan komitmen membantu jentera PKR untuk kebaikan rakyat di Hulu Selangor yang sudah lama diabaikan BN. Walaupun mereka sudah menang 11 penggal di Hulu Selangor dan menguasai tiga DUN hingga ke hari ini, tetapi masih banyak kekurangan dan pembangunan yang gagal dilaksanakan. Setiap kali pilihanraya mereka berjanji, tetapi habis Pilihanraya mereka tidak peduli lagi. Yang pasti janji BN dulu, Kini dan selamanya tetap sama, iaitu pembangunan dan pembangunan. Itu sahaja yang mereka tahu.
PAS yakin, rakyat yang bijak akan pasti menolak BN di Hulu Selangor. Undilah calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sebagai signal bahawa rakyat Hulu selangor benar-benar mahukan perubahan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Allah Suka Pada Orang Yang Bertaubat... Bila Allah Suka Makhluk Semua Suka

Zaid mengaku dia pernah minum alkohol di zaman jahiliahnya. Dan sekarang katanya dah bertaubat. Kita sebagai umat Islam terima dengan baik sangka. beliau dah pergi mengerjakan haji tahun lepas. Itu dah cukup bukti bahawa beliau serius dalam meninggalkan zaman jahiliahnya.


Jangan kita terperangkap dengan mainan UMNO. Serangan peribadi begitu akan memerangkap diri mereka sendiri akhirnya. Awam tahu perangai kebanyakan pemimpin UMNO. Kalau mereka terus-terusan menyerang Dato' Zaid, akibatnya akan kena pada mereka bila masyarakat akan kata 'berkokok hebat tapi ekor bergelumang tahi'. Sebab itu awal-awal lagi Datuk Hishamudin menafikan orang UMNO yang bawak keluar cerita Dato Zaid kaki botol. Takut kena batang hidung sendiri. Bersepah dalam internet gambar dia minum arak. Aku malas nak 'link'kan di sini. Korang carilah sendiri.
Allah suka pada orang yang bertaubat. Manusia bukan maksum macam nabi. Kita memang selalu membuat kesalahan. Ada yang besar dan ada yang kecil. Secara sembunyi atau pun terang-terangan. Hakikatnya memang manusia selalu berbuat dosa. Bila manusia meminta ampun dari Allah swt, Allah akan ampunkan kerana Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


Segala dosa yang terdahulu Allah ampunkan. Jadi orang yang diterima taubatnya umpama budak kecil yang tiada dosa.

"SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. "
Al Baqarah:222

18 May 2009

Eli Wong Ceramah Di Pentas PAS


Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great"
"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.
Komen Sheikh Sambal: Tak lama lagi Eli masuk Islam......InshaAllah.

15 April 2009

Batang Ai: Rungutan Seorang Sahabat Iban

Pagi tadi aku minum dan sarapan dengan Matthew E. Aku panggil dia Matt saja. Dia berbangsa Dayak Laut atau lebih dikenali sebagai Kaum Iban. Kalau Dayak Darat orang panggil Bidayuh.
Memang itulah rutin kami seharian minum pagi di kantin sambil berwacana tentang politik, agama, ehwal semasa dan kesah pengalaman. Pagi ini Matthew agak terganggu oleh satu berita yang didengarnya sendiri dari seorang kawan yang pergi berkempen di Batang Ai semasa PRK di sana. Sambil menyedut rokok seludup yang mudah didapati di bandar Miri, berkati-kati beliau menyumpah Tok Uban dan para pemimpin Iban yang berlongo di bawah kuasanya. Matt sangat marah kerana PKR kalah di Batang Ai pada PRK 7hb April lalu. Matt kata kalau Tok Uban tak tipu dan main duit, sudah tentu PKR menang. Aku iyakan saja luahan hati Matt.
Matt kata beberapa orang kuat PKR tempatan sebenarnya sudah kena beli beberapa hari sebelum hari mengundi. Seorang kawan baik Matt, Richard, orang kuat PKR pergi Batang Ai dengan seorang pemimpin tempatan PKR dari Bintulu . Mereka berdua memandu ke Batang Ai untuk berkempen di kalangan orang-orang rumah panjang di sana. Pemimpin yang dibawa si Richard ni memang selalu ke depan. Pandai bercakap seperti politikus handalan. PRnya baik. Bak kata orang memang boleh jadi menteri kalau PR dapat takluk Sarawak.
Sampai di sana Richard kata, mamat tu pun mula berceramah di rumah-rumah panjang. Tetapi kata Richard ada kelainan sikit rentak tari ceramahnya. Bunyi ceramahnya tak ubah seperti kempen BN. Isi ceramah agak mengiyakan tindak-tanduk kerajaan selama ini. Richard agak keliru. Tetapi oleh kerana dia seperti bodyguard cum driver, dia ikut saja. Mungkin strategi politik fikirnya. Esok harinya mamat pemimpin itu mengajaknya pergi ke sebuah bank dan mengambil duit dalam satu surat besar. Kata Matt, Richard menunjukkan tebal bungkusan duit itu lebih kurang sejengkal. Richard tak pasti berapa tetapi kata Richard pastilah duit itu berpuluh-puluh ribu jumlahnya. Mamat pimpinan tu kata, duit itu adalah peruntukan untuk memberi kemudahan kepada rumah-rumah panjang.
Seronok sungguh Richard. Akhirnya orang-orang miskin di rumah-rumah panjang dapat pampasan dari tanah NCR yang dirampas oleh tokeh-tokeh ladang kelapa sawit.

Selepas mereka berdua mengambil duit itu, terus mamat itu mengajak Richard balik ke Bintulu. Richard fikir mungkin itu atur cara bagaimana wang itu perlu dibelanjakan, bawak ke Bintulu dulu sebelum diserahakan kepada rumah-rumah panjang yang layak. Dia pun pulang dengan mamat tu.

Dalam perjalanan pulang itu dia dibelanja makan dan minum dan duit minyak kereta. Sampai di Bintulu dia menghantar mamat tu ke rumahnya dan dia balik ke rumahnya pula. Beberpa hari berlalu dan 7hb April pun sampai. BN diishtiharkan menang di Batang Ai. Wajah mamat tu tidak pernah kelihatan sejak mereka balik dari Batang Ai. Sangsi Richard tiba-tiba datang dan tahulah dia kini bahawa mamat tu sebenarnya telah dibayar bagi memenangkan calon lawan. Patutlah ceramahnya sangat cenderung kepada BN. Tidak seperti layaknya ceramah seorang ahli pembangkang.
Sejak hari itu Richard benci pada mamat tu kerana mengambil kesempatan untuk membuat duit untuk diri sendiri. Samada Richard marah pada diri sendiri kerana terlampau lurus, tidak nampak peluang dapat duit di depan mata atau kesal kerana mamat tu menyonglap duit rakyat. Begitulah rungutan Matt tentang sahabatnya Richard yang lurus bendul tetapi panas baran. Kisah panas baran Richard ini perlu diceritakan dalam posting lain, insyaAllah.
Matt juga dapat berita bahawa beberapa peti undi di Batang Ai dibawa melaui helikopter dan boat. Yang paling memeranjatkan lagi kata Matt ialah, wakil parti yang bertanding tidak di benarkan mengiringi peti-peti undi yang dibawa ke pusat perjumlahan undi. Matt kata besar kemungkinana peti-peti itu ditukar semasa dalam perjalanan. Tak tahulah aku.

Kalau ikut cara SPR sekarang, perjumlahan undi boleh mengambil masa yang lama. Dengan cara baru ini, undi dikira di UPU disaksikan oleh semua wakil calon. Borang 14 diisi dan di tandatangani oleh semua. Ringkasan jumlah undi dalam Borang 14 inilah yang dibawa kepusat pengiraan undi untuk perjumlahan undi dari semua kawasan. Matt pasti borang 14 ini ditukar dalam perjalanan ke pusat. Entahlah. Aku tak berani kata ya, tapi kondisi ia berlaku memang ada.

Beberapa faktor sebenarnya yang menyebabkan PKR kalah di Batang Ai ;


1. Penduduk Batang Ai adalah orang kampung yang simple. Mereka amat taat kepada pemimpin mereka. Maka bila ketua mereka disogok untuk menyokong BN, yang lain ikut sahaja.


2. Hujan duit mencurah-curah di sekitar rumah-rumah panjang. Bila ada rasa seronok dapat duit itu, pertimbangan awal mereka untuk memangkah PKR dibatalkan. Orang Iban adalah bangsa yang setia dan mengenang budi. Susah bagi mereka untuk membelakangi orang yang menabur budi kepada mereka.


3. Orang Iban suka minum Langkau (sejenis arak tempatan). Semasa tempoh kempen, mereka bukan sahaja dapat minum bahkan dibuat mandi berendam pun boleh. Jadi mereka yang hidup ringkas ini , bila di beri duit dan Langkau, rasa terhutang budi meningkat tinggi. Jadi budi itu dibayarlah seperti yang dikehendaki oleh para pemimpin BN yang turun padang.


4. PKR /PR sendiri berbalah-balah tentang calon yang sesuai dan saling bersaingan untuk menunjuk sapa lebih baik. Akhirnya kerja kempen pun tergendala oleh kerana perbalahan itu.

5. Pemimpin PKR tempatan menjual maruah mereka untuk menyertai BN atau pun berkempen memenangkan BN secara halus. Mana mungkin PKR tidak terjejas jika para pimpinan tempatan sudah beralih kem. Inilah yang terjadi seperti yang dikesahkan oleh Richard kepada Matt.


6. PKR/PR gagal melakukan penerangan yang jelas bagi menangkis tohmahan lawan kerana jentera pilihanraya yang lemah. Lagi pun ada lagi 2 PRK sedang berjalan serentak di Semenanjung. Jentera pusat tebahagi kepada 3. Ini menjadikan PKR/PR sedikit lemah.

Walaubagaimanpun, Batang Ai tetap memberi mesej kuat kepada BN Sarawak bahawa PKR akan memberikan saingan yang sangat hebat dalam PRU DUN akan datang. Apa yang PKR dan PR perlu lakukan adalah meneruskan kempen penerangan dan melakukan jelajah kampung ke kampung, rumah panajng ke rumah panajang untuk memikat hati kaum-kaum di pendalaman Sarawak.

Kepada Matt dan Richard, teruskan perjuangan . Aku pasti kalian akan berjaya akhirnya!!! Takbir!!

24 March 2009

Gantung Harakah, Amuk Polis Dan Ganggu Gugat Majlis PR

UMNO sangat tersepit kini. Dalam kelam kabut menghadapi Perhimpunan Agung yang sarat kontroversi rasuah, pilihanraya kecil yang kritikal dan proses peralehan kuasa yang masih dicurigai, UMNO menggunakan pendekatan yang mereka faham, kekerasan dan sekatan.
Sejak semalam Harakah dan Suara Keadilan telah digantung selama 3 bulan. Arahan KDN itu menggunakan sebab-sebab teknikal sebagai alasan.
Semalam juga telah diishtiharkan bahawa YAB Nizar adalah calon Bukit Gantang. Maka bertambah keecutlah UMNO/BN bila 30,000 orang rakyat menghadiri permashuran tersebut. Dan di Bukit Selambau polis menembak 50 das gas pemedih mata dan pancutan air kepada 5000 rakyat yang berhimpun untuk mendengar ceramah DS Anwar.
Satu sifat haiwan ialah apabila berada dalam keadaan sukar (tersepit, cedera, terperangkap dll) ia akan menjadi garang untuk melepaskan diri atau untuk hidup. Keadaan yang sama sedang berlaku kepada UMNO/BN sekarang....

24 February 2009

PRK DUN Batang Ai: Ujian Untuk Iban Pendalaman.

ADUN Batang Ai, Seri Aman, Sarawak, Datuk Dublin Unting Ingkot telah meninggal dunia awal pagi tadi pada pukul 1.25am disebabkan serangan angin ahmar (stroke). Mendiang Datuk Dublin, 55, adalah Menteri Muda Pertanian Sarawak di dalam kabinet TS Abdul Taib Mahmud.
DS Anwar Ibrahim amat popular di Sarawak. Baru Sabtu lepas PKR mengadakan majlis makan malam di Bintulu. Malam itu hujan lebat dan tempat majlis itu diadakan sangat terpencil, tetapi beribu orang datang dan kebanyakan yang datang adalah orang Iban. Mereka sanggup basah kuyup mendengar pidato DS Anwar dalam hujan lebat. DS Anwar terpaksa memotong pendek pidatonya kerana hujan tersangat lebat dan takut orang ramai yang tidak mahu berganjak itu akan terjejas kesihatan mereka. Ramai yang terpaksa berjalan sejauh 2km kerana jalan terlalu sesak dengan kenderaan yang terpaksa diletak sepanjang di jalan. Begitulah hebatnya kepopularan DS Anwar di Sarawak.
Maka PRK DUN Batang Ai ini akan menjadi satu ujian untuk PKR/PR dan PRS/BN. Ujian untuk melihat apakah trend pengundi pendalaman Sarawak. Samada masih boleh ditipu oleh BN atau mahu berubah kepada PR. Isu-isu seperti tanah NCR, pampasan Empangan Batang Ai yang masih tersangkut, pembalakan haram dan kemiskinan luar bandar adalah antara isu yang akan menghangatkan PRK ini. Ujian ini adalah besar kesan dan akibatnya kerana ini adalah PRK pemanas kepada PRU Negeri Sarawak pada tahun 2010.
Mari sama-sama kita nantikan apa keputusannya.

18 February 2009

Syabas! Elizabeth Wong!

Sememangnya Elizabeth Wong mempunyai jiwa dan prinsip yang hebat. Kesanggupannya meletak jawatan adalah di luar jangkaan suasana politik Malaysia. Beliau tidak melakukan kesalahan sebaliknya kehidupan peribadi beliau dicerobohi. Laporan polis telah dibuat dan sekarang kita menanti tindakan polis untuk menyiasat dan seterusnya membawa samseng yang melakukan kesalahan itu ke muka pengadilan.
Walaupun Liz Wong boleh memilih untuk terus mendokong jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, tetapi untuk menutup mulut pencacai UMNO yang beriya-iya mendesak supaya Liz Wong meletak jawatan. Apa sangatlah kesalahan Liz Wong bila gambarnya diambil semasa dia sedang tidor. Lainlah jikalau dia berposing sakan dalam keadaan yang menjolok mata. Jadi bila Liz Wong sanggup meletakkan jawatan kerana cerita gambarnya tersebar, maka dia telah meletakkan satu precedent bahawa mana-mana ahli politik yang tercalar peribadinya mesti meletak jawatan.

Tercalar peribadi di sini tidak termasuk sesuatu yang berbau seks sahaja tetapi apa juga skandal dari segi undang-undang dan juga moral. Skandal rasuah pemimpin BN terlalu banyak diperkatakan tetapi kenapa mereka tidak mahu letak jawatan. Semalam seorang menteri Jepun baru dikatakan kelihatan mabuk di persidangan antara bangsa mengambil langkah untuk meletak jawatan. Katanya dia baru lepas makan ubat yang menyebabkan mengantuk. Mungkin dia betul tetapi kerana maruahnya telah dipersoalkan, maka dia letak jawatan. Lain pula halnya dengan pemimpin BN. Sah terbabit dalam video lucah pun masih mahu jadi pemimpin. Yang rasuah lagilah berlambak tidak mahu berundur walaupun ada berpuluh laporan Polis dan BPR. Alasannya, selagi tidak didapati bersalah maka selagi itu dia suci.

Liz Wong diceroboh peribadinya, gambar diambil semasa tidor dan disebarkan. Dia tidak melanggar mana-mana undang-undang tetapi kerana tidak mahu menjadi beban kepada parti dan masyarakat maka maka letak jawatan. Satu sifat yang terpuji dan melakar standard peradaban yang perlu diikuti oleh mana-mana ahli politik.

Tetapi iya lah, itu Liz Wongadalah politikus yang berprinsip. Di negara kita ini terlalau ramai politus yang prinsipnya hanya kepentingan diri. Beban bukan untuk dia pikul tetapi orang lain. Dia cuma mahu pikul duit!. Entah bilalah kita boleh jadi macam Jepun atau Korea.



03 February 2009

Tahun Baru Cina, Banjir Dan Bencana Runtuh

Sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak baru-baru ini agak sederhana kerana musim tengkujuh berda dikemuncaknya. Setiap hari hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa tempat. Banjir yang melanda Kuching kali ini adalah yang terburuk sejak 20 tahun dan ada tempat yang dilanda banjir sampai dua kali dalam masa dua minggu.
Walaupun hujan setiap hari, semangat masyarakat Cina merayakan tahun baru mereka tidak luntur. Malam tahun baru, bingit dengan bunyi letupan mercun dan bunya api di sana-sini. 10 minit sebelum dan 30 minit selepas tengah malam langit bergemelarpan dengan pancaran bunga api yang berwarna-warni. Suasana begini tidak kita dapati di Semenanjung kerana implementasi pengharaman mercun dan bunga api lebih ketat. Tidak di Sarawak. Yang hairannya, tidak ada seorang pun kanak-kanak atau orang dewasa dimasukkan ke hospital kerana cedera bermain bunga api. Kalau di semenanjung, waktu dekat hari rayalah banyak berita budak-budak putus jari dan pecah muka kerana bermain bunga api buatan sendiri. Mungkinkah kerana kesan dari pengharaman bunga api menyebabkan budak-budak kita membuat bunga api atau mercun sendiri? Atau memang orang kita kreatif tak bertempat? Suatu kajian perlu dibuat untuk merungkai apa dan kenapa ini berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan.
Dalam suasana sambutan Tahun Baru juga kita dikejutkan dengan 2 bencana tanah runtuh yang berlaku di Miri. Yang pertama meranapkan sebuah stesyen minyak Shell dan 2 orang pekerja mati tertimbus(beberapa hari sebelum raya Cina) dan yang kedua meranapkan 7 buah rumah. Tidak ada kemalangan pada kali kedua itu tetapi 342 orang kampung dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Itu yang berlaku di Miri. Tetapi apa yang berlaku di Perak lebih hebat lagi. Selepas YB ADUN Bota lompat ke PKR, UMNO nampak sangat mahu runtuh. Tiba-tiba pulak 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP hilang. Ribut khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka akan melompat ke BN. Maka Kerajaan PR Perak pula nampak macam mahu runtuh.
Percaturan Najib dan Anwar menggegarkan Perak pada 9 skala Richter. Pada masa tulisan ini dibuat, SPR masih bermesyuarat untuk memutuskan samada perletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering boleh diterima atau tidak. Kalau sah, Anwar menang. Kalau tidak, maka Najib ada peluang untuk meruntuhkan Kerajaan PR Perak jika dia dapat seorang lagi ADUN kaki lompat. Tetapi dalam pada itu, kedengaran juga ada 5 ADUN BN akan melompat ke PR.
Suasana huru hara tidak kurang menariknya di Negeri Sembilan. Menteri Besar N9 Dato' Seri Mohamad Hassan telah memanggil semua ADUN BN berkampung dan meminta mereka memberikan aku janji taat setia kepada BN, Najib dan Pak Lah. Nampaknya suasana runtuh meruntuh panas di N9. Kalau tiada angain masakan pokok bergoyang. Tentu MB N9 sedang dilanda igauan ngeri sekarang ini. Sama-samalah kita tunggu kesudahan Drama Runtuh di Perak dan Negeri Sembilan.

02 February 2009

Kome Mengundi Lagi Yeop....

Malam 31/01 dan siang o1/02 penuh debaran di Perak. 2 ADUN yang 'hilang' dikatakan akan menyertai UMNO bagi bagi merumitkan lagi catur politik Perak. Nampaknya soalan terjawab apabila kedua-dua mereka iaitu Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) menghantar fax kepada speaker DUN Perak untuk meletak jawatan sebagai ADUN petang semalam.
Pujian harus diberikan kepada mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan dan mereka bertindak untuk memelihara maruah diri mereka. UMNO tentunya melongo dengan keputusan itu dan kerajaan PR Perak tentunya lebih bersyukur. Adalah lebih baik Perak mempunyai 2 ADUN yang baru daripada 2 orang yang sedang dituduh di mahkamah. Perjalanan pentadbiran negeri adalah lebih penting dari kerenah mahkamah yang akan dilalui oleh ADUN yang merangkap exco kerajaan negeri.
Pilihanraya Kecil DUN Changkat Jering dan Behrang yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari ini akan menjadi satu lagi peluang untuk UMNO/BN membuktikan bahawa mereka masih relevan dan PR untuk membuktikan bahawa merekalah masa depan Perak.
Pilihanraya Kecil dikedua-dua DUN Perak ini adalah satu lagi petanda kehendak rakyat. Kepada semua pengudi di Changkat Jering dan Behrang, jalankan tanggungjawab anda dan pilhlah dengan bijak.