05 April 2009

Najib Pemain Politik Yang Licik.

Buat kecuh sebelum naik. Tahan orang demo. Pancut air asid. Tembak gas pemedih mata. Gantung Harakah dan Suara Keadilan. Biar gamam dan bengang semua musuh dan orang awam. Tu dia Najib sebelum jadi PM dah nak tunjuk belang. Habislah Malaysia kalau orang 'kuku besi' ni jadi PM. Orang semua kaget memikirkan apa yang Najib akan buat bila naik jadi PM. Bayangan Mahathir mula menghantui fikiran.
Tup-tup... hari ni angkat sumpah hari ni juga lepaskan 13 tahanan ISA. Harakah dan Suara Keadilan ditarik larangan dan mula memujuk kaum Cina dengan melawat Sin Chew Daily, cadangan melawat China dan bertemu peniaga Petaling Street.
Tiba-tiba sahaja orang ramai terkesan dengan 'perbuatan baik' Najib. Maka segala media pun mencanai dan menggembang-gemburkan perbuatan baik Najib ini sehebat-hebatnya. Kununnya inilah agenda perubahan yang ditunggu-tunggu.
Walhal sebenarnya Najib adalah seorang politikus yang licik. Masakan tidak. Beliau dengan mudah sahaja mengkensampingkan orang-orang Pak Lah. Tajul Rosli terlucut jawatan pengerusi UMNO di Perak dan Ali Rustam dilarang bertanding Timbalan Presiden gara-gara rasuah politik. Cuma Khairi sahaja yang tak mampu dinyahkannya walaupun Lembaga Disiplin UMNO sudah menjatuhkan hukuman salah pada Khairi. Walaubagaimanapun, orang kuat Khairi, Norza jatuh terhumban.
Pilihanraya kecil di 2 Bukit dan 1 Batang adalah perkara utama dalam jadual Najib. Beliau tentu tidak dilihat sebagai PM yang lemah setelah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu semasa jadi TPM. Untuk menarik undi orang atas pagar yang ramai telah beralih simpati kepada PR maka Najib pun jalankan gerakan politik di hujung masa pentadbiran Abdullah. Dengan segala zulum dan tekanan dikenakan kepada PR dan penyokongnya rakyat sedikit sebanyak akan menuding jari kepada PM Abdullah kerana beliau adalah kuasa tertinggi. Marah rakyat meluap-luap. Tetapi bila sahaja beliau jadi PM ke-6 maka najib pun buat perkara yang baik-baik yang tak terfikir orang orang ramai sebelum ini (yakni berbanding dengan perbuatan beliau semasa jadi TPM).
Dan ramailah yang termakan dengan 'kebaikan ini' dan ia akan tercerna didalam peti undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai nanti. Memang Najib adalah politikus yang licik. Apa pula sangkangan dari Anwar untuk meleperkan wibawa Najib? Katanya ada pendedahan besar malam tadi... jangan jadi seperti kotak-kotak Ezam atau 16/9 sudahlah.

Yang jelas sekarang dari segi politik, Najib 1 Anwar 0.


No comments: