Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts
29 October 2011
01 August 2011
Puasa Mengikut Cara Rasulullah s.a.w
Posted on Sunday, July 31 @ 08:40:59 PDT Oleh: zharifjenn
Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu.
Rasulullah s.a.w Bersahur
Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)
Rasulullah Menyegerakan Berbuka
Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum. Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim: Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian. Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h: Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya. Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata: Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.
Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya: Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.
Tidur Qailulah
Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam. Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.
Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa. Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani: Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala) Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa". Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.
Memberi Makan Orang Yang Berpuasa
Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w. Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut: Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).
Doa Ketika Berbuka Puasa
Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban: Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi... Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam. - Sumber : zharifalimin blog
Ramadhan: meletakkan Islam dan perintah Allah mengatasi segala kepentingan
Posted on Sunday, July 31 @ 09:06:39 PDT Buletin Online
Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.
Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya. Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita. Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri. Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT. Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”. Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita.
Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT. Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam.
Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah. “Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”. Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan. Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW. Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini. Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”. Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan. Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian, selamat berpuasa. Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS
31 July 2011
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Sheikh Sambal mengucapkan kepada semua sahabat dan pengunjung, selamat berpuasa dan beramal ibadat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.
Mari kita perbanyakkan membaca Al Quran pada Ramadhan ini. Juga zikirrullah dan solat malam. Bulan Ramadhan juga menjanjikan byk godaan makanan yang berbagai jenis muncul di Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan, olehitu, berwaspadalah. Jagalah puasa kita betul-betul jgn sampai kita cuma dapat lapar dan dahaga sahaja.
Selamat Berpuasa kepada semua. Ramadhan Mubarak!!
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa (Al Baqarah : 183)
Mari kita perbanyakkan membaca Al Quran pada Ramadhan ini. Juga zikirrullah dan solat malam. Bulan Ramadhan juga menjanjikan byk godaan makanan yang berbagai jenis muncul di Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan, olehitu, berwaspadalah. Jagalah puasa kita betul-betul jgn sampai kita cuma dapat lapar dan dahaga sahaja.
Selamat Berpuasa kepada semua. Ramadhan Mubarak!!
09 May 2011
TS Khalid Ibrahim & Yayasan AMAL...Kesah Cinta Yang Lama
Pada sabtu lepas SS diberi kesempatan oleh Tuhan Semesta Alam untuk menyertai Mesyuarat Agong Perwakilan Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia(YAM) kali ke-10 di Pusat Dakwah Serantau, di Sg Merab, Bangi/Sepang, Selangor. YAB MB Selangor datang untuk merasmikan mesyuarat agong ini. (Lihat laporan Presiden di sini..)
Barulah SS tau yg MB kita ni sebenarnya dah lama bersama dengan YAM. Sejak sebelum masuk politik lagi. Dari ucapannya dia menceritakan bagaimana dia disapa oleh YAM dan bersyukur kerana itu. Seorang CEO Guthrie, satu syarikat perladangan gergasi Malaysia dan juga orang nombor wahid PNB, turun ke bawah memberi khidmat di Acheh selepas Tsunami dan gempa bumi. Rela tidur dipangkin yang layak untuk Benggali jaga gudang walaupun disuakan hotel berbintang-bintang.
![]() |
| MB Selangor TSKI sedang memadahkan ucapan perasmian. Gambar kecil ialah Tn Hj Hussin Ismail Pengerusi YAM sedang memberikan ucapan alu2an. |
Komitmen TS Khalid Ibrahim (TSKI) luhur 100%. Itu yang SS dapat simpulkan. Beliau adalah Penasihat YAM sejak dulu lagi. Sebelum dia MB. Sebelum dia bersilat dalam arena politik. TSKI dah berkecimpung dalam usaha dakwah dan kemanusiaan YAM. Semuga dengan naungan TSKI sebagai MB Selangor, YAM akan terus maju dan maju.
Objektif penubuhan YAM akan mudah tercapai dengan nasihat dan naungan seorang Menteri Besar. Pusat Dakwah Serantau (PDS) tempat di mana mesyuarat agong YAM dilansungkan, akan lebih maju lagi. Lokasi tetap PDS yang akan dibina di Kg Abu Bakar Baginda, lebih 2 km dari tempat yg disewa sekarang. MB nampaknya sangat senang hati dan akan membantu sedaya muingkin. Sedaya mungkin bagi seorang MB amat
berat timbangya kalau banding dengan daya kita.
Peruntukan RM100k utk menyiapkan projek Rumah Anak2 Yatim di Acheh yang terbengkalai, dijanjikan peruntukan segera. Manakala konvensyen untuk mengumpulkan semua NGO Kebajikan Gerakan Islam & Da'awah Antarabangsa, diarahkan oleh YAB MB untuk disegerakan dibuat dan dianjurkan di Selangor. Pengerusi YAM lega bila mendengar saranan MB itu sbb memang salah satu usaha YAM adalah untuk menyatukan semua NGO Gerakan Islam agar bergabung dan bergerak dalam satu badan koordinasi. Konvensyen ini akan mempercepatkan perkara mulia ini tercapai.
Mari kita sama-sama doakan agar YAB MB TSKI akan terus mengepalai Negeri Selangor dan seterusnya memberi khidmat kepada YAM, demi gerak kerja dakwah di Pulau Borneo ini....
Semuaga Allah memberkati segala usaha jerih pedih YAB MB Selangor dalam YAM. Semuga Allah memberkati semua usahanya dan semuga Allah kurniakan kesejahteraan dan kemuliaan.
Amin Ya Rabbil A'lamin...
21 December 2010
Melayu Islam Dan Melayu Syiah
Melayu sememangnya Islam. Sejak Pendakwah Ahlul Bayt datang ke Nusantara mengembangkan da'awah seawal abad ke-9 dan terus rancak dalam abad ke-12, 13 dan seterusnya. Orang-orang Arab datang berda'awah sambil berdagang di Nusantara secara berterusan di daerah bumi Timur ini dan kemuncaknya atas perintah Sharif Makkah, seorang Sayyid dihantar ke Samudra Pasai lalu mengislamkan Raja Pasai ketika itu. Maka bermula zaman kegemilangan Islam di Alam Nusantara. Orang Melayu Samudra (kini Sumatra) berbondong-bondong memeluk Islam.
Tak lama kemudian Raja Melaka pula memeluk Islam juga di tangan seorang pendakwah Ahlul Bayt yang mendarat di perlabuhan pantai Melaka. Maka Melayu Melaka dan segenap daerah jajahannya pun memeluk Islam. Tatkala Islam Islam tidaklah asing sangat keran orang Islam telah ada bermestaution di Melaka dan Kepulauan Melayu.
Orang-orang Arab yang datang dari Hadhramaut kebanyakannya adalah keturunan Sayidina Ali dari jujuran Al Hussein. Mereka berpegang kepada Mazhab Imam Shafie kerana Imam Shafie sendiri adalah ahlul bayt (ibu beliau cucu Hassan Bin Ali Bin Abu Thalib) dan sangat bersimpati dan kasih pada ahlul bayt. Maka Mazhab Shafie pun berkembang ke Nusantara. Jadilah Melayu Islam mazhab Shafie.
Kedatangan gelombang Ahlul Bayt yang pertama berjaya menukar agama datuk nenek Orang Melayu dari kepercayaan anamisme bercampur Hindu dan Budha kepada Islam. Sebatilah Islam dalam masyarakat Melayu dengan gelombang ahlul bayt yang pertama berasimilasi dalam masyarakat Orang Melayu sehinggakan ramai Orang Melayu yang berketurunan ahlul bayt tapi tidak sedar akan hakikat itu kerana sebati dan mesranya darah Melayu dan Arab bercampur dalam tubuh Bangsa Melayu. Reduplah Tanah Nusantara ini dengan ramainya keturunan Nabi berkembang biak tanpa mereka sedar.
Itulah sebatinya makan beratus-ratus tahun. Sebab itulah kadang-kadang kita nampak Orang Melayu macam ada iras-iras Arab tetapi hidungnya kembang... :) Satu-satunya bangsa di dunia yang mempunyai wajah yang berbagai ialah Bangsa Melayu. Dan satunya-satunya bangsa di dunia yang takrifan bangsa dan Islam itu sama ialah Bangsa Melayu. Bila sebut Melayu dia pasti itu Islam dan bila sebut Islam dia itu Melayu.
Olehkerana rapatnya orang Melayu dengan golongan ahlul bayt, mereka boleh dikira syiah dalam ertikata pencinta keluarga Nabi s.a.w. Tetapi mazhab mereka tetap Shafie kerana Imam Shafie pernah berkata dia rela dianggap Syiah kerana cintanya dia kepada Ahlul Bayt. Begitulah Orang Melayu. Syiah Melayu tidak sampai kepada mentuhankan Sayidina Ali. Syiahnya orang Melayu adalah kerana sayang pada Nabi dan Keturunannya.
Memang banyak syiah yang melampau. Di daerah Timur Tengah dan Benua Asia Selatan melampunh Syiah sesat. mereka sesat kerana jahil dan dhaif. Mengikut sahaja apa kata Pir atau Tok Guru mereka yang punya agenda tersendiri. Juga tidak dinafikan Orang Melayu pun ramai begitu. Kalau tidak masakan ajaran Ayah Pin dan Hasan Anak Rimau boleh berkembang.
Rata-rata Syiah Melayu majoritinya adalah atas sayang dan kasih mereka kepada Ahlul Bayt bukan atas fahaman Syiah Rafidhah yang melampau. Kerajaan nak pantau, pantau yang melampau ini. Tetapi kalau setakat mendengar ceramah di dalam surau atau rumah, apakah rasionalnya mahu ditangkap dan dizalimi. Mereka bukannya berdemo merusuh di jalanan menghentam diri sampai berdarah-darah. Mereka bukan juga pengebom berani mati yang menyusup ke PWTC. Syiah Melayu cuma mendengar ceramah dan menangisi kezaliman ke atas apa yang terjadi pada cucu-cicit Nabi s.a.w
15 December 2010
Melayu Islam Berlaga Angkara Orang Luar?
Nota: Di bawah afdalah petikan artikel dari blog Mistifiles oleh Srikandi. Satu bacaan yang sangat menarik dan mengajak pembaca sedar bahawa orang Melayu Islam sedang dilaga-lagakan oleh pihak ke-tiga.... terpulang kepada anda untuk membuat tafsiran sendiri. - Sheikh Sambal
Lihat dua gambar di atas.Lihat wajah bersih anak-anak bangsa kita ketika masih muda.Adakah perlu memperkenalkan kedua-dua mereka di atas?Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti anda semua.Sudah pasti mereka percaya bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan mereka.Namun sebagai manusia...mereka sudah semestinya tidak akan sunyi dari kesilapan.
~Srikandi
I'm angel of history
Sebelum kita mulakan pengembaraan...Srikandi mahu anda sebagai anak-anak Melayu dan yang paling penting seorang yang mengaku Islam jawab pertanyaan ikhlas dari Srikandi.
Lihat dua gambar di atas.Lihat wajah bersih anak-anak bangsa kita ketika masih muda.Adakah perlu memperkenalkan kedua-dua mereka di atas?Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti anda semua.Sudah pasti mereka percaya bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan mereka.Namun sebagai manusia...mereka sudah semestinya tidak akan sunyi dari kesilapan.
Anwar Ibrahim (DS) semasa mudanya adalah anak muda yang penuh karisma.Beliau adalah pemimpin pelajar yang lantang dan setiap ucapannya bernas dan bersemangat.Beliau seorang yang berani dan berfikiran jauh.Melalui pembacaan tentang sejarah politik negara,Srikandi masih ingat Anwar Ibrahim adalah pemuda yang berani mengkritik kerajaan dan juga seorang pemidato terbaik.Ketika dalam kerajaan,beliau telah menabur banyak jasa dalam membangunkan anak bangsa.Betapa manisnya Malaysia ketika diterajui oleh dua orang yang paling unggul ini;Dr. Mahathir (kini Tun) dan beliau,DS Anwar Ibrahim.Ketika itu Malaysia dijoloki sebagai Harimau Ekonomi Asia.
Saya berfikiran positif demi kelangsungan hidup orang Melayu khasnya di Malaysia.
Mengapa kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam 'melacurkan' bakat dan kebijaksanaan beliau ini?Menaburkan pelbagai fitnah terhadap beliau semata-mata dihasuti dengan perasaan cemburu dan dengki yang tidak berkesudahan?Jika beliau benar-benar bersalah,mengapa undang-undang Malaysia membebaskan beliau ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi?Mengapa beliau menang kes saman terhadap penulis (kini Allahyarham) 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?Saya jamin,jika Tun Mahathir masih memerintah,Anwar Ibrahim pasti merengkok dalam penjara ataupun sekurang-kurangnya dikenakan tahanan rumah.
Jika anda melihat tabiat blog-blog politik,masya Allah...betapa hinanya mereka mengeji manusia bernama Anwar Ibrahim ini,tidak terfikirkah implikasinya terhadap anak-anak beliau apabila terbaca semua kebusukan politik ini?Jika di dalam internet sahaja tidak mengapa lagi,namun ada yang merentangkan kain berisi kata-kata menjijikkan terhadap bekas timbalan perdana menteri Malaysia ini.Luar dalam cerita.Betapa malunya saya melihat seorang Melayu beragama Islam 'ditelanjangkan' di hadapan masyarakat sedemikian rupa.Yang 'menelanjangkan' nya ialah orang yang sebangsa dan seagamanya juga.
Adakah kita benar-benar nampak beliau melakukan perbuatan hina sebegitu?Atau kita terikut-ikut rentak sebahagian orang yang hasad dengki tanpa tanya iman masing-masing?Percayalah,di akhirat nanti,jika tuduhan kepada beliau tidak benar...semua manusia yang menuduhnya akan tidak mampu cium bau syurga sebelum dapat kemaafan dari beliau.Tuduhan ke atas beliau amat berat.Na'udzubillah min zalik...amat berat saudara saudari.
Lihat wajah perdana menteri kita...semoga Allah beri hidayat kepada beliau DS Najib Tun Abdul Razak.Ayahnya seorang yang amat besar jasanya kepada orang Melayu.Najib sendiri adalah seorang kanak-kanak cerdas ketika kecil.Sudah pasti beliau mendapat tunjuk ajar dari ayahnya Allahyarham Tun Abdul Razak.Saya tahu beliau ada melakukan kesilapan terutamanya tentang judi bola dahulu.Namun saya doakan beliau dan saya amat berharap semua anak Melayu doakan beliau dapat hidayat supaya IKUT AGAMA BUKAN IKUT PIHAK YANG SOGOKKAN DUIT KEPADANYA.Hancur bangsa Melayu jika sejarah berulang lagi.Ya Tuhan...orang luar amat suka orang Melayu bergaduh sesama sendiri.
Kenapa percaya kepada Wikileak?Dahulu orang Melayu hancur kerana dengar sangat fitnah orang luar.Di mana?Di Kesultanan Melaka.Siapa Raja Mendaliar?Kasihan Tun Mutahir...seluruh keluarganya dibunuh berserta dengan dirinya.Isterinya...anak-anaknya dibunuh kejam oleh Sultan tanpa usul periksa kerana hasutan orang luar.Anda pernah rasa disula?Bayangkan anak isteri anda disula...menangis merintih-rintih di hadapan anda...sambil orang yang dengki khianat kepada anda bergelak ketawa tersenyum-senyum melihat anda separuh gila menangisi peristiwa pahit itu.
Siapa yang 'sula' Anwar Ibrahim dan keluarganya sehingga begitu hina-dina?Orang Melayu yang kena hasutan.Siapa yang jadikan Najib Tun Razak begitu abaikan sejarah bangsa dan agamanya?Orang Melayu yang ketagihkan duit orang luar.Siapa orang luar itu?Siapa lagi kalau tidak Ultrakiasu dan tuannya Christian Zionist.Saya terus terang saudara saudari,sebab saya pernah duduk dalam organisasi yang mengkaji politik tahap global.Macam-macam saya dengar masalah Anwar Ibrahim sejak dari MCKK lagi.Anda tahu tekanan perasaan yang ditempuh oleh Anwar Ibrahim?Masya Allah...amat berat.Amat berat.JIka kini Anwar Ibrahim jadi gila dan benar-benar meliwat di hadapan orang ramai...yang akan tanggung dosa sampai kiamat adalah....anda....anda dan anda yang berharap beliau benar-benar seorang peliwat.
Cubalah jangan jadi hamba 'child's politic'.Guna akal dan iman.Anda tahu bahawa Ultrakiasu bukan sahaja ada dalam DAP tetapi MCA juga.Dua-dua ada penyakit H1N1 ini.Bukan semua orang Cina ada penyakit ini,tetapi kepimpinan kaum Cina bertindak seperti Komunis walau di mana mereka berada.Orang Cina yang tiada atau kurang penyakit ini adalah mereka yang dari kecil duduk berjiran dengan Orang Melayu dan bercampur-gaul dengan mereka.Dari sini timbul rasa persefahaman antara satu sama lain.Orang Cina yang duduk dalam 'ghetto' mereka sendiri memang cenderung dijangkiti 'H1N1'.
Laporan Wikileak tentang Anwar Ibrahim itu berkaitan dengan Singapura dan Australia.Dua-dua negara ini bukanlah entiti yang boleh dipercayai.Siapa yang buat video tarian Pendet dahulu?Mengapa orang Melayu begitu bodoh dalam hal-hal sebegini?Ibarat dua ekor ayam bergaduh,kemudian ada musang datang dan menggalakkan mereka bergaduh dan bergaduh sampai letih...kemudian MUSANG TADI BERSEDIA UNTUK...NGAPPPPPPP!!Padan muka orang Melayu.
Apa yang boleh saya katakan lagi,why are you so stupid??
Kenapa percaya kepada Wikileak?Kenapa percaya kepada Lee Kuan Yew?Apa kata jika selepas ini Wikileak keluar kenyataan "Foto pembunuh Altantuya dirakam..." atau "Ejen Singapura dari Malaysia yang..." adakah parti-parti yang berkenaan seperti mendapat durian runtuh atau peluru berpandu saiz XXL untuk menghentam pihak sebelah sana pula?
Kemudian mereka menghentam,mencemuh dan menghina seorang Melayu beragama Islam bernama Najib Tun Abdul Razak pula.Tadinya ketua pembangkang peliwat.Kini ketua kerajaan pembunuh.Adakah kita merasa membuat kebajikan dengan melabel saudara seagama kita begini?
Adakah kita merasa membuat kebajikan dengan mengubah wajah saudara seislam kita dengan menggunakan 'photoshop' atau seumpamanya kemudian mengaibkan gambarnya,meletakkan pada foto anjing atau pengemis atau 1001 satu cara untuk memalukannya di khalayak?Saya berasa sedih melihat blogger yang masih berfikiran seperti budak-budak walaupun kebanyakan mereka bapak budak.Perkataan bangsat,sundal,jalang,bacul,bahalol dan seumpamanya adalah rencah ramuan blog politik Melayu.Hinanya orang Melayu bila menampilkan diri di Internet dengan budi bahasa yang amat rendah.Sungguh!Mereka berjuang untuk PERUT MASING-MASING bukan atas nama bangsa APATAH lagi agama.
Saya sudah nampak jika fenomena ini berterusan...bangsa yang paling saya sayangi ini akan musnah.Ketika anak isteri kita disula perlahan-lahan...ada orang di belakang tabir yang tersenyum-senyum melihat kita menangis hampir separuh gila menangisi kehancuran bangsa.
Srikandi ingin bertanya kepada anda semua...adakah kita sudah membuat kebajikan dengan melakukan semua pengkhianatan ini?
~Srikandi
I'm angel of history
03 September 2010
Kenapa Masjid Negeri Sarawak Tak Pasang Pembesar Suara Luar?
![]() |
| Masjid Negeri Sarawak, Petrajaya, Kuching. Dibelakang tu ialah Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara. |
Setiap kali aku pegi solat Jumaat di Masjid Negeri @ Petrajaya, Kuching, aku pasti kecewa. Masjid ini sangat besar dan luas kawasannya tapi pembesar suara luar tidak dipasang. Kemudahan itu ada. Pandang ke atas dan anda akan dapati setiap penjuru masjid ada speaker besar. Tak tahulah apa yang ditakuti oleh pengurusan masjid sehingga tidak berani untuk memasang pembesar suara ini. Bukan masjid ini di tengah-tengah bandar atau pun di kelilingi oleh perumahan penduduk bukan Islam, kalau itu yang ditakutkan. Masjid India di tengah-tengah Bandaraya Kuching tu pun pasang speaker luarnya semasa solat Terawih. Ini Masjid Negeri Sarawaklah! kenapa ada kekangan? Kalau rosak speaker luar tu takkan dah 3 tahun aku solat di sana tak baiki-baiki lagi...? Heran sungguh...!
Jadi azan dan khutbah hanya dapat didengari dalam ruang dewan solat sahaja. Di kawasan wudhuk tak dengar, di kawasan belakang hujung masjid pun tak dengar. Padahal ramai para hadhirin Jumaat duduk di sana. Bila tak dengar khutbah jawabnya mereka berborak sakanlah. Orang tua macam tu, budak-budak apatah lagi...
Satu lagi yang aku tengok, walaupun dalam ruang dewan solat masih ada orang tua ganyut yang suka berborak sesama mereka semasa khatib sedang membaca khutbah. Aduh...kalau budak-budak aku tak heran tapi bila orang tua bergurau senda, mahu rasanya aku pelangkung kepalamereka....
Kepada pengurusan Masjid Negeri, tolonglah pasang pembesar suara di seluruh pelusuk masjid supaya semua orang yang datang dapat mendengar azan dan khutbah.....
02 September 2010
Berbuka di Kpg Bedup, Sg Buluh, Serian
Sheikh Sambal berpeluang mengikut rombongan Ahli Kariah Masjid Al Muhajirin Matang Jaya, Kuching untuk berbuka puasa di sebuah kampung Saudara Kita Bidayuh Muslim di Serian. Kampung Bedup, Sg. Buluh, Serian terletak lebih kurang 10km dari Bandar Serian. Perjalanan dari Bandaraya Kuching memakan masa lebih kurang 1 jam.
| Surau An Nur, Kampung Bedup, Sg Buluh, Serian. |
Masyarakat Bidayuh ini mula menganut Agama Islam sekitar tahun 70an dan 80an dahulu. terutamanya semasa Tun Abdul Rahman Yaakob menjadi KM Sarawak. Tun Rahman memang bayak jasa dalam mengembangkan Islam di kalangan masyarakat pribumi Sarawak. Di bawah Pertubuhan Dakwah Islamiah Bukan Kerajaan (NGO)yang dinamakan sebagai Angkatan Nahddatul Islam Bersatu atau ringkasnya BINA pada 3 Mei 1968 M, Tun Rahman telah mengembling sumber yang ada untuk mengislamkan ramai suku kaum Dayak di Sarawak.Kini BINA telah bertukar menjadi HIKMAH (Harakah Islamiah).
| SS bersama dengan penduduk kampung sedang menunggu waktu berbuka. |
Salah satu kaum yang menyambut dakwah BINA ialah Kaum Bidayuh di Kg Bedup, Sg Buluh ini. Ada 3 kampung di sini. Hanya satu sahaja kampung Bidayuh Muslim. Ada lebih kurang 40 buah rumah dengan lebih kurang 150 orang penduduk. Masuk sahaja ke Kg Bedup, kita akan nampak sebuah surau berdiri megah. Surau AnNur. Di sinilah tempat masyarakat Islam bersosial. Ada sebuah KAFA juga dibina disebelah surau ini. Anak-anak kampung belajar fardhuain di sini. Seorang ustaz ditugazkan mengajar anak-anak kampung.
| Muslimah Masjid Al Muhajirin sedang bermesra dengan kaum ibu Kg Bedup sambil menunggu waktu iftar. |
Dibandingkan dengan Kg Hj Taha di Bakong, Miri dan Kg Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei - Kg Bedup jauh lebih baik. Jalan masuk ke kampung sudah ditar dan kemudahan api letrik dan air paip juga ada. Mungkin sebab Kg Bedup ini dekat dengan Kuching.
| Anak-anak muda Kg Bedup - penerus dakwah Islamiah di kalangan penduduk Bidayuh. |
Sheikh Sambal sembat berbual mesra dengan Imam no.2 Surau An Nur, Hj Zakaria selepas solat teraweh. Beliau masuk Islam bersma seluruh keluarganya sekitar tahun 80an. Menantu beliau berkahwin dengan seorang ustaz dan anak beliau juga lulusan agama. Beliau tinggal di kampung sebelah di mana rumah beliau dikelilingi oleh rumah-rumah orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai masalah dengan keadaan itu kerana rata-rata penduduk di sini bersaudara.
| Ustaz Md Ahir, sedang memeberi tazkirah kepada jemaah. |
Dalam tazkirah sebelum solat terawih oleh Ustaz Md Ahir,Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Islam Sarawak, menekankan agar penduduk Islam menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat bukan Islam agar ia menjadi dakwah dan sumber hidayah untuk lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam. Nampaknya itulah yang sedang dilakukan oleh Hj Zakaria dan ahli kariah Surau An Nur.
| Hj Zakaria (berjanggut putih), Imam No 2 Surau An Nur |
Semuga Kg Bedup menjadi kampung contoh Bidayuh Muslim di Sarawak ini dan Islam tersebar luas di kalangan Kaum Dayak. Sama-samalah kita doakan.
Sheikh Sambal.
22 Ramadhan 1431
30 August 2010
Hati-Hati Berbuka Di Hotel!
Utusan Malaysia 18/8/10 melaporkan bahawa 70% hotel-hotel sekitar Lembah Kelang yang tidak mempunyai Sijil Halal JAKIM menawarkan BUFET RAMADHAN yang bercampur arak dalam hidangan makanan mereka. Lihat laporan di sini.
Ini amat mengerikan kerana Bufet Ramadhan amat popular di seluruh negara dan perkataan BUFET RAMADHAN itu sendiri membawa tanggapan bahawa semestinya makanan yang disediakan itu halal. Maklumlah kan makanan untuk Orang Islam berbuka puasa. Bila Orang Islam makan mestilah halal. Itu diketahui oleh semua orang. Malangnya kebanyakan hotel-hotel ini tidak memperdulikan sensitiviti pelanggan-pelanggan Muslim mereka. Contaoh terbaik adalah sos yang dicampur arak kononnya untuk menambah perisa (lihat sini).
![]() |
| Gambar di atas sekadar hiasan. |
Pemantauan dari pihak JAKIM nampaknya telah membongkar isu halal ini. Tahniah kepada JAKIM kerana lebih agresif sekarang. Sepatutnya dari dulu lagi JAKIM berlaku garang begini.
Bufet Ramadhan menjadi kegilaan semenjak tahun 1990an. Bulan Ramadhan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh hotel-hotel dan kelab-kelab untuk membuat banyak duit dengan menyediakan perkhidmatan berbuka puasa kepada orang ramai. Kebanyakan tempahan bufet ini dibuat oleh syarikat-syarikat untuk meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan Muslim mereka.
![]() |
| Kambing golek, antara hidangan yang amat popular dalam Bufet Ramadhan. |
Bufet Ramadhan tumbuh seperti cendawan tetapi pemantauan kesucian serta kehalalan makanan yang disediakan amat kurang. Maka hotel-hotel yang hanya mengira kantung mereka tidak memperdulikan soal halal haram makanan yang disediakan. Yang penting hanya keuntungan dari kegilaan orang ramai mengisi perut setelah seharian berlapar dan dahaga.
Sejak Akta Halal yang akan diperkenalkan diwar-warkan, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seperti terpanggil untuk menjadi lebih garang dalam pemantauan Sijil Halal. Akta Halal belum lulus tetapi boleh pula guna Akta Perihal Dagangan 1972. Adapun akta yang boleh diguna.... Kenapa tak pakai dari dulu?
Orang Putih kata 'better late than never' Semuga dengan lulusnya Akta Halal tak lama lagi, usaha membenteras makanan tidak halal disajikan kepada orang-orang Islam dapat dibuat dengan lebih kerap dan teratur. Pemakaian satu sahaja logo halal iaitu dari JAKIM juga akan memberi impak yang besar kepada kepatuhan para pengeluar makanan dan perkhidmatan di negara ini. JAKIM akan lebih bertaring untuk bertindak ke atas sesiapa saja yang mempamirkan logo halal selain dari logo halal rasmi JAKIM.
Syabas JAKIM .
12 August 2010
Kelantan Lancar Matawang Syariah Dinar, Dirham
KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.
Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)
Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.
Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.
Berita Gembira Dari Ulu Kota!!
![]() |
| Gambar bulan awal bulan Julai 2010: Masih dalam pembinaan. |
Kita sama-sama doakan mudah-mudahan Allah menjadikan Surau Al Azhar ini sebagai titik bermulanya Sinar Islam gemilang di kawasan pendalaman Sarawak. Walaupun telah ada beberapa surau dibina oleh kerajaan di kawasan Saudara Baru, tetapi Surau Al Azhar AMAL ini punyai signifikan tersendiri. Ia merupakan hasil pungutan sedkah dari umat Islam sekitar Bintulu, Miri dan Kuching dan tempat2 lain juga.
Pembinaannya diselenggara oleh AMAL, HIKMAH dan JAIS, tetapi masyarakat tempatanlah yang banyak memberikan tenaga kerja dan keringat. Kontraktor telah bertukar dua kali, di mana kedua-duanya adalah terdiri dari Orang Iban tempatan yang belum Islam.
Lawatan dan pengurusan AMAL, terutamanya dari Pengerusi AMAL Sarawak, Sdr Muhtar Suhaili dan Ustaz Ibrahim selaku Pengurus Projek, amat membanggakan. Semuga kita dapat lagi menjayakan projek yang seumpamanya di tempat penginapan Saudara Kita (Baru) yang lain..yang banyak berselerak di pendalaman Sarawak ini.
Tahniah kepada Sdr Azhar dan seluruh penduduk Kampung Saudara Kita, Ulu Kota, di atas kurniaan Allah ini. Semuga surau ini akan dimeriahkan seperti yang sepatutnya. Kita percaya dan berharap, 2 pelajar dari kampung ini, yang dihantar ke Pusat Tarbiah BISMIC di Bangi, Selangor akan balik dan meneraju Surau Al Azhar AMAL di Ulu Kota sebagai Pusat Penerangan Islam di rantau sana. Amin...Amin..Amin.. Ya Rabbil A'lamin..
08 July 2010
Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara (Updated With Photos)
Hujung minggu lepas 2 - 4 Julai 2010 Sheikh Sambal (SS) bersama dengan Sheikh Muhtar(SM) (Pengerusi AMAL Sarawak), Sdr Shukrani (Miri) dan Sdr Nuzul (Kuching) telah menjalankan satu expisi ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei untuk memantau pembinaan Surau Al Azhar AMAL, Kpg Saudara Kita, Ulu Kota.
SS, Muhtar dan Shukrani bertolak dari Miri pada pukul 8mlm dan sempat singgah di Mardhiah Resort (dulu; Villa Mardhiah) Bintulu untuk solat Ishak. SM sempat tengok bola Brazil kena dek benam Belanda.
Menunggu sarapan pagi @ gerai makan atas pasar.
Perjalanan ke Sarikei berjalan lancar dan samapai di sana pukul 4pg, terus ke Masjid Sarikei. Dulu masa expidisi yang lepas masjid ini hanya buka bila dah dekat waktu subuh tapi kalai ini Masjid Sarikei terang benderang dan ada beberapa orang sedang bermunajat dan qiam. Wah... hebat ahli qariah sini. Kami rehat sekejap sebelum mempersiapkan diri untuk berqiam dan solat subuh.
Sdr Nuzul naik coach dari Kuching dah sampai awal lagi dan berehat di King's Inn. Selepas Subuh dan rehat dalam sejam kami bersarapan bersama Sdr Azhar yang telah menunggu di Sarikei bersama anak dan anak buahnya (Jeffri dan Abd Rahman). Azhar adalah dalam rangka ke Kuching dan Kula Lumpur untuk menghantar anak2nya itu belajar di BISMIC, Darul Tsaqafah, BB Bangi. Program BISMIC ini adalah program untuk melatih para da'i dari Sabah& Sarawak. Semuga Jeffri dan Abd Rahman akan menjadi da'i yang ikhlas dan cemerlang.
Selesai sarapan kami membeli barang2 keperluan untuk dibawa ke Ulu Kota, spt lauk pauk, beras dan minyak diesel. Lebih kurang pukul 8pg kami bertolak ke pendalaman Ulu Kota. Anak2 Azhar tinggal di Pejabat Hikmah, Sarikei sementra menunggu Azhar kembali semula esoknya untuk meneruskan perjalanan ke Kuching.
Bila masuk di dalam dan sampai di jalan 'Tahap 3', kami ditunjukkakn oleh Azhar untuk menggunakan jalan baru, yang baru di tolak 3, 4 hari lepas. Kerajaan sedang membina jalan baru ke Ulu Kota. Eh... jangan lega dulu. Ini bukan jalan baru macam jalan PLUS. Ia cuma jalan tanah merah/jalan balak yang baru dibuka. Hanya 4WD saja yang dapat lalu. Sekarang musin hujan.Musim tersangkut lah...
Sepanjang jalan ke dalam hujan mencurah-curah. Alhamdulillah, Hilux SM gagah membelah jalan baru yang kurang berbukit-bukit spt jalan yang selalu kami pakai. Jalan baru ini jauh sikit tapi lebih rata. Tapi sebab baru di tolak dan tak di'compact', tentunya akan menjadi bubur dalam musim hujan begini....
Sampai di Bukit AMAL (nama asal Bukit Alum tapi kami tukar nama sebab bukit inilah yang paling mencabar) pukul 10pg. Hujan lebat masih berterusan. Tuai Banduk yang memiliki rumah di kaki Bukit AMAL tidak kelihatan. Setelah melepaskan qada hajat, kami mahu meneruskan perjalanan tetapi Azhar menasihatkan agar jalan kaki sahaja sebab Bukit AMAL terlalu licin dan berselut disebabkan baru sahaja ditolak 'lipan' (buldozer). Walaubagaimanapun SM seperti biasa yakin Hiluxnya akan berjaya mendaki bukit tersebut.
Doa dibaca dan minyak pun ditekan. Hilux SM meluncur naik tetapi tersekat tak sampai suku ketinggian. Hujan masih lebat mencurah. Kami mengundur kembali ke bawah dan mencuba sekalai lagi. Aduh...cubaan kalai kedua hanya berjaya naik 2 inci depan sikit dari cubaan yang pertama. Azhar mengulangi nasihatnya. SS, Nuzul dan Shukrani terkomat kamit berdoa dan berzikir memohon nusrah Allah. SM mengundur sedikt dan mencuba kali ke-3 dan kali itu maju 3 meter ke depan tetapi tak semena-mena Hilux menggelongsor kebelakang dan hampir masuk ke parit. Hujan masih lebat mencurah.
| Kan dah terpuruk...SM sedang memikirkan hujah untuk menjawab bidasan SS |
SM cuba untuk bergerak kembali ketengah jalan tetapi hanya roda berpusing kuat tanpa kereta bergerak ke hadapan. Yang pastinya ia semakin dekat mahu terperosok ke parit. Kami turun untuk memeriksa keadaan Hilux dan betullah kata Azhar kita terpaksa berjalan kaki sahaja ke kampung beliau. Untuk ditalak keadaan amat berbahaya sebab kalau kereta Hilux itu membidaskemabali boleh menyebabkan si penolak tersepit antara kereta dan dinding bukit. Ngeri...kalau berlaku.
| Nasib tak masuk parit tu...kalau tak kena pakai kren la pulak... |
SS dan Azhar turun ke kaki bukit untuk meminta tolong daripada Motor Grader yang parking di sebelah rumah Tuai Banduk, tetapi malangnya operator mesin tersebut tiada di rumah kongsinya. Nampaknya memang terpaksa sungguh menapak ke Kpg Saudara Kita.
| Menapaklah jawabnya...sebab licin, selipar dan kasut tak dapat pakai.....batu-batu kecil tajam menanti kaki-kaki mulus sang pengembara... |
Dalam hujan yang makin berusai, kami hanya memngambil barang2 yang perlu dan meninggalkan yang lain untuk meneruskan penapakan ke kampung Azhar. Hujan pun berhenti. Bukit AMAL diseliputi kabus (awan) di puncaknya. SS dan Sdr Nuzul (geng slow) rilek-rilek berjalan mendaki bukit yang amat tinggi dirasa sambil cuba untuk tidak jatuh tergelincir kerana selut yang licin. Parit kecil di tepi jalan memberikan gerip yang baik sebab tak ada selut melekat di situ, dan itulah laluan yang kami gunakan untuk menuju puncak. Azhar yang memikul bekalan ayam dan ikan telah jauh ke hadapan. Shukrani dan SM yang muda belia pun laju mendaki meninggalkan SS dan Sdr Nuzul jauh melayan kaki.
| Hui...jauh tu..kena tinggal.. |
Sampai setengah bukit perut pula memulas minta dikosongkan. Melilau SS mencari port yang sesuai. Terjumpa tempat yang strategik dalam hutan ditepi jalan di situ fauna dan flora mengucapakan terima kasih yang termamat kerana mendapat baja percuma. Dapat juga SS melakukan sunnah istinjak dengan daun-daun kayu di situ. Selepas berbasa basi dengan belukar di situ, SS pun bergegas mencari parit untuk bersuci secara Melayu...(bukan sekadar bilas sahaja...)
SS dan Nuzul teruskan pendakian dengan setiap sepuluh langkah berhenti melayan pinggang sambil ambil gambar dan borak2 santai. Sedikit demi sedikit lama-lama sampailah kami berdua di Kpg Saudara Kita dan disambut oleh SM yang dah agak bosan berehat. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dalam perjalanan (pendakian) kami juga terserempak dengan dua 'lipan' yang sedang belerja menolak tanah. Jalan lama yang sudah kerasmenjadi' loose material' menyebabkan kereta 4WD yang tak punya tayar bunga kasar (offroad) akan tentunya mengalami nasib seperti Hilux hitam SM yang ditinggalkan di nun bawah sana... SM rupanya dah meminta pertolongan dari operator Lipan tersebut untuk menarik keretanya nanti. Kunci dah diberi bersama doa gar keretanya jangan 'lari' :)
Indahnya hidup di kayangan.....
Walaupun letih dan pinggang merayu minta diurut, Sheikh Nuzul tetap memberikan senyuman manis kepuasan...Indahnya alam ciptaan Ilahi....
Selepas berbasa basi bersama suadara mara Azhar kami berehat sebentar sebelum menuju ke air terjun bukit untuk mandi. Anak air bukit ini terletak tidak jauh disebelah lembah belakang Surau Al Azhar yang sedang dibina. Nak sampai ke situ agak mencabar juga dengan jalan menyusur denai dilereng bukit. Salah pijak boleh jatuh masuk gaung....
Kami mandi di situ. Air sejuk menyegarkan. Paip buluh yang dibelah tengah mencurahkan air tanpa henti. Badan letih menjadi segar walaupun kaki masih berdenyut-denyut. Kami berwudhuk di situ dan balik ke rumah Azhar untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Jam waktu itu sudah pukul 2 ptg.
Hujan yang telah berhenti tadi menyambung mencurahkan rahmatNya. Sambil menikmati lauk manok (ayam) masak sup kicap berempah, SM mencadangkan untuk memanggil kontraktor surau, Encik Sylvester & Camung, untuk dipanggil dari Rumah Banduk. Sdr Ishak volunteer untuk berjalan ke 'rumah panjai' untuk memanggil mereka. Kali ni, oleh kerana, tiada kereta, lawatan ke Rumah Banduk tidak dimasukkan dalam aturcara lawatan. Cukuplah tadi dah berjalan mendaki dan menurun bukit.Esok nak kena jalan lagi..
| Senyaman air bukit begitulah nyaman hati ini...semesra bumi yang disirami |
Sylvester dan Camung datang selepas Solat Asar. Kami berbincang hangat di tapak projek. Kualiti kerja yang agak cincai dan lambat tmengakhiri perbincangan yang disambung di dalam rumah Azhar dengan pemberhentian kontrak Sylvester. Camung yang kali ini banyak berbahasa Inggeris dalam perdebatannya (rupanya bila dia mabuk, dia cakap omputih...) akhirnya juga setuju untuk berhenti dan menerima bayaran habis kerja sebanyak mana yang ada, sebanyak RM10,050.00. Perjanjian henti kontrak pun ditanda tangani oleh semua pihak disaksikan oleh Azhar selaku Ketua Kaum Islam Iban di situ dan Sdr Nuzul.
![]() |
| Surau Al Azhar AMAL yang sepatutnya siap pada bulan ini tetapi terbengkalai kerana masalah barang dan kontraktor |
Semasa SS dan SM melawat tapak bersama kontracktor, Sdr Nuzul mengambil kesempatan untuk mengajar para muallaf di situ membaca Fatihah dan Surah Al Kautsar. Ini untuk memudahkan mereka solat kepada Petara Allah. Anak2 yang selalu mewarnai kedatangan kami ke Ulu Kota, kali ini tidak ada di rumah. Mereka duduk di asrama sekolah dan tidak dapat balik ke rumah mereka pada kali ini. Kalau mereka ada, salah satu program ialah mengajar budak2 ini membaca Al Quran.
Di sebelah malam, selepas tazkirah oleh SM dan Tuan Nuzul, makan malam pun dihidang. Habis makan borak2 sekejap dan tepat pukul 9.27mlm enjin diesel genset pun dipadamkan. Awal orang sini tidur. Sebelum tidur, Sdr Nuzul menawarkan 'insect repellant' untuk di sapu pada badan yang terdedah kepada Sang Nyamuk yang cukup berkeliaran di sana. SS agak skeptikal tetapi layan juga. Ternyata kali ini kaki SS yang biasanya menjadi favorite hisapan Sang Nyamut tidur nyenyak tanpa gangguan menggaru sana sini. Ingat tu, next time kita pergi Ulu Kota mesti bawa insect repellant untuk keselamatan kulit anda.
Selepas gelap kami pun tidur sambil termimpi-mimpi mendaki gunung dan bukit bukau...sungguh mengerikan.... Pagi sebelum subuh waktu dinihari, kami bangun untuk berqiam meraikan kedatangan ke Ulu Kota.
Selepas Tazkirah Subuh dan minum kopi bujang kami pun memulakan perjalanan pulang. Waktu ketika itu lebih kurang pukul 6.45pg. Hujan sepanjang malam, malam tadi rupanya masih mengekalkan momentumnya bawa ke pagi.
![]() |
| Buah kundur? Di tanam oleh orang tempatan di tepi jalan ke rumah panjang. |
Seperti biasa Sdr Nuzul dan SS melayan kaki berlambat-lambat mendaki dalam berjalan pulang. Ramai juga para ibu bapa dari rumah panjai menemani anak2 mereka untuk pergi ke Simpang Empat (tempat menunggu kendaraan 4WD) untuk pulang ke asrama sekolah mereka di Pakan. Kesian SS melihat mereka.Terpaksa bertungkus lumus meredah selut dengan berkaki ayam untuk kembali ke sekolah... Semua group yang SS dan Nuzul nampak jauh dibelakang sebentar tadi telah memotong kami tanpa kelihatan letih.
Dah 24 jam kami terputus dengan dunia luar. Celcom yang dulu sarat dengan 'sales gimmick' mengatakan bahawa Celcom ada di mana2 ternyata salah. Ulu Kota jauh dari rungan lingkup roaming Celcom.. Tapi dalam perjalanan pula ada di kawasan2 puncak tertentu mendapat 3-5Bar signalnya. SS ambil ksempatan untuk menalipon keluarga yang ditinggalkan di Miri. Mungkin Celcom perlu merealisasikan apa yang dijanjikan dulu secepat mungkin.
| Orkid liar yang banyak tumbuh di sepanjang jalan - SS ada bawak balik anak dia nak cuba tanam...idup ke tak? |
Sampai sahaja kami di Kaki Bukit AMAL, kereta Hilux SM tidak kelihatan. Aiks...takkan dah cabut kata hatiku.. Rupa2nya SM Azhar dan Shukrani pergi ke Rumah Panjai Alum untuk berunding dengan kontraktor baru bagi menyiapkan projek Surau Al Azhar yang terbengkalai. Kak Duraini yang datang menemani Nur Shuhana (anaknya yang telah masuk Islam bersama2 dengannya) untuk kembali ke sekolah memberitahu SS dan Nuzul bahawa SM dan lain2 telah pergi ke Rumah Alum untuk berbincang.
| Ada 'penjaga' di tepi jalan masuk ke rumah Panjai Alum |
SS dan Nuzul pun terus berjalan ke Rh Alum. Sampai di sana, rupanya SM telah pun selesai berunding bersama Sdr Mambang ak MgPili kontraktor baru yang akan memperbaiki dan menyiapkan surau tersebut. SS rasa yang ini lebih berwibawa dari yang dulu. Sekurang2nya beliau mempunyai kenderaan 4WD untuk memudahkan pengankutan kuli dan barang2 serta dia berbincang dalam bahasanya sendiri :).
![]() |
| Penyerahan kontrak baru kepada Sdr Mambang Ak MgPili untuk menyiapkan Surau Al Azhar |
Perjanjian pun di meterai dan separuh bayaran dibuat sebagai 'advance' pun dibayar oleh SM kepada Mambang dengan menggunakan cek. Tarikh siap ialah 31 August 2010. Kalau lebih cepat lebih bagus...
Kami pun keluar dari Ulu Kota pada pukul 9.30pg dengan berbekalkan Perjanjian Baru dengan Kontraktor yang baru... Semuga kita belajar dari kesilapan-kesilapan yang dahulu... Perjalan balik baim sahaja. Sdr Nuzul bersama Azhar dan 2 orang anaknya menaiki bot express ke Kuching.
SS, Shukrani dan SM meneruskan perjalan balik ke Miri melalui Jembatan Lanang. Semalam Shukrani membawa kami (yang tidur masa tu)melalui Jambatan Durin. Jauh..tapi jalannya cantik sikit. Kami selamat sampai ke Miri pada pukul 7malm. Singgah di Masjid Luak untuk solat Maghrib dan jamak Ishak.
Otot-otot kaki yang masih sakit terperanjat , berjaya juga akhirnya sampai ke rumah menemui keluarga tercinta.. ALHAMDULILLAH...
.
Sheikh Sambal.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)










