Showing posts with label Perbelanjaan Negara. Show all posts
Showing posts with label Perbelanjaan Negara. Show all posts

19 February 2011

Senang Je Nak Capai 'Negara Berpendapatan Tinggi' = Saman Berbunga!

Salah satu cara paling senang untuk meningkatkan pendapatan negara ialah pungut duit dari rakyat. Selain cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, GST dan macam-macam lagi, saman adalah alat paling efektif untuk menambah pendapatan negara.

Kerajaan Najib sangat faham tentang sikap orang-orang Malaysia. Mereka suka memandu ke sana ke mari. Pemilik kereta di Malaysia pula adalah antara peratus yang tertinggi di dunia.Bila memandu kereta tentu ada perlangagaran undang-undang yang sedia banyak. Dari yang besar seperti perlukan lesen memandu sampailah kepada perkara kecil seperti memakai talipinggang keledar di tempat duduk belakang.

Kini Rejim Najib telah jumpa lagi satu cara untuk menaikkan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Saman. Beberapa hari lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menyatakan Kerajaan akan MENYELARASKAN kadar kompaun bermula pada 1 Mac 2011. Biasanya bila selaras maksudnya kadar akan naik. Bukan itu sahaja, kalau lambat bayar, saman itu akan meningkat jumlahnya. Macam skim bunga pinjaman Ah Long Bukit Beruntunglah.

Seperti biasa kerajaan akan menggunakan alasan yang lunak untuk menjustifikasikan kenaikan kadar baru tersebut. Katanya "matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya". Hahahaha..... kelakar sungguh. Siapa percaya ini maka dia mesti percaya Kak Rosmah masih dara.

"Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai." katanya. Kata aku pula, "dah orang tak cukup duit nak belanja dapur, yuran sekolah, duit minyak dan bil api dan air, camana nak bayar saman ekor dan macam2 jenis  yang berjela-jela!"

"Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar," katanya di sini hari ini. Makan nasi dengan saja cari kesalahan orang sama ke Datuk? Orang makan nasi nak hidup, kau cari salah orang nak menginiaya orang (membunuh cara perlahan-lahan)

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Tu dia...tanpa malu-malu lagi Rejim Najib menekan orang ramai. Mentang2lah pemilik kereta di Malaysia berjuta-juta, sedikit kenaikkan dan ditambah pula dengan KADAR BUNGA yang tinggi, senanglah Malaysia jadi Negara Berpendapatan Tinggi.

Negara lain capai taraf pendapatan tinggi dengan berniaga dan bekerja lebih baik dan bijak mengatur kewangan, tapi Najib ambik jalan mudah jer...nak ambik duit pertukaran asing payah, ambil jer duit rakyat! 

Cara terbaru;  saman yang berbunga!! 



Sheikh Sambal



08 January 2011

Jambatan Baru ke Piasau Camp & Pulau Melayu.. ok , Jambatan ASEAN...ko

JKR sedang rancak membina jambatan baru dari Piasau ke Pulau Melayu, Miri,  untuk menggantikan Jambatan Shell yang telah tua tapi masih berupaya. Memang patut sangat jambatan tua ini diganti kerana
 1. memang umurnya dah tua,
 2. terlalu rendah untuk para nelayan dari Piaasau Utara berulang alik ke Muara sungai Miri.
 3. waktu puncak jambatan ni sesak.

Telah tiba masanya kerajaan mengambil alih laluan ke Pulau Melayu ini. Dengan kepesatan pembangunan Miri, jambatan yang sedia ada semakin tidak berupaya menanggung jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan satu lorong ini. Penggunaan jambatan yang sedia ada juga terhad kepada kereta dan lori kecil sahaja. Saiz dan kapasiti jambatan Shell ini tidak mampu untuk menampung lori besar dan berat. JIka penduduk Pulau Melayu atau Piasau Camp memerlukan penggunaan lori besar, mereka terpaksa melalui Jambatan Lutong yang 3 kali ganda jauh perjalanannya ke Bandar Miri.

Kontraktor yang membina jambatan baru ini nampaknya Shin Yang lagilah. Begitulah lagaknya di Miri ni. Kalau ada sahaja projek kerajaan, maka Shin Yang sahajalah akan menang. Menurut rungutan (repekan?) orang-orang Miri, masuk tahun 2020 nanti, Shin Yang lah yang menjadi majikan kepada penduduk bumi Miri ini. Mahu taknya, halakan sahaja mata anda maka anda akan lihat pengaruh (baca: projek) di mana-mana!.

Kita tak kisah kalau Shin Yang buat, tetapi haruslah pada harga yang manasabah dan bermutu. jangan jadi seperti Jambatan Asean yang merentasi Batang (sungai besar; hic!) Baram. Dah sepuluh tahun  lebih Jambatan Asean tol RM10 pergi balik.Memang cekik darah Shin Yang kat sini. Dah kerajaan bagi tanah pada Shin Yang tapi masih tamak nak tekan TOL pada para pengguna. Memanglah majoriti penggunanya Orang Brunei yang datang ke Miri untuk membeli-belah, tapi tetap menyiksa poket rakyat tempatan.

Satu lagi penyakit Jambatan Asean Kuala Baram ni, pukul 12 tgh malam dia tutup. Tak ke haru. Ada kampung sebelah seberang sana tu. Kampung Masjid. Kalau ada darurat orang sakit atau ibu nak bersalin, kan ke susah. Perahu tambang pun tak ada malam2 buta. Pernah ada kes orang sakit tenat mati kerana tak dapat dibawa ke hospital. Nak ke Brunei, sempadan tutup, nak ke Hospital Miri, jambatan pula ditutup. Mati je lah. Ni Taib kena jawablah di akhirat esok. Kalu Taib surh Shin Yang buka pasti jambatan tu buakak...Shin Yang ngan Taib kan kamcheng!

Kita mahu pembangunan tetapi bukan yang menyakitkan rakyat. Kita mahu pembangunan yang menguntungkan rakyat. Kalau beribu ekar tanah diberi pada tokeh besar sebab buat jembatan, apa salahnya rakyat guna jembatan secara percuma.

Bila lagi tokeh-tokeh besar mahu menolong rakyat jelata yang selama ini menyokong perniagaan mereka. Satu lagi, JANGAN SEKALI-KALI TERFIKIR NAK PASANG PONDOK TOL di Jambatan Baru Piasau-Pulau Melayu!!

I rest my case.

Sheikh Sambal

20 July 2010

Najib Melawat Miri...Usaha FACE SAVING...lor...

Sah lah PRN Sarawak semakin sangat hampir. Najib datang melawat Miri pulak, cuba buat muka baik dengan penduduk Miri. Baru jer...naikkan harga barang keperluan.. sekarang buat silap mata la pulak.. ' Orang Miri jangan risau, Kerajaan Persekutuan akan memberikan perhatian yang terbaik pada Miri...' Uweekkk!!


Lepas kelentong lebih kurang di Permyjaya, Najib akan bergerak pula ke Ulu Baram..buat silap mata kat sana pula. Pastinya nak tabur janji peruntukan bagi Orang Penan sejuk.

"Jib, satu aku nak ingat kat ko, Orang Penan bukan bodoh spt yg ko sangka... siaplah Ulu Baram pun akan hilang dari gengaman ko tak lama lagi... Hantarlah samseng pegi gertak mereka. Rogollah perempuan mereka..namun Penan sudah sedar sekarang bahawa BN hanya bertanam tebu di tepi bibir sahaja."

Najib mungkin telah sedar bahawa Miri akan mengikut Sibu. Dia datang nak ajak warga Miri supaya 'you help me, I help you' lah ni. Tabur duit..silakan..Orang-orang Miri memang menunggu duit turun dari Putrajaya. Memang patut pun. Selama ini habis sumber alam, hasil mahsul Sarawak dikebas oleh kroni Tok Uban dan kuncu-kuncu dari Malaya.. Orang Sarawak nganga sajalah. Bila datang Najib bawak duit..mintak banyak-banyak.

Mintak apa saja. Masjid untuk umat Islam di Senadin dah patut sangat diberi. Si Dawood Mamak ntah hapa yang dibuatnya..Mintak masjid di Senadin macam mintak pada tunggul. Sementara tu, SIB sedang buat projek Gereja Besar di kawasan Kg Melayudi Pujut Padang Kerbau..(depan Boulevard).
Umat Islam Senadin terpaksalah solat Jumaat jauh di Lutong. Kalau Najib tak bagi peruntukan di Senadin...kesianlah teramat pada mereka. Nanti YB Peter Chin mungkin lingkuplah dalam PRU 13 nanti....siaplah nko!

Walau bagaimana pun, kita harap Najib akan beri apa yang sepatutnya pada rakyat Miri. Dan kalau pergi Ulu Baram tu...eloklah pakai kenderaan 4WD...baru dia tahu bagaimana keadaan rakyat yang setia mengundi BN di sini. Kalau nko naik heli kopter gi sana...tak dak can lah jalan dapat turapan ajaib sempena kedatangan PM...Kesianlah lagi pada orang rumah panjang ...yang ditipu dgn janji-janji manis setiap kali pilihanraya datang...

Owwhhh... akhirkata; 'Sarawak maju dalam Malaysia'.. ungkapan yang sungguh memualkan... lihatlah di sekeliling anda...



.
Sheikh Sambal
.


19 July 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: BN = BARANG NAIK

Penyelarasan Semula Subsidi: Sebuah Puisi...
Nasrudin Hassan At Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter. Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas, naik harga 10 sen satu kilo, maka satu tong naik RM 1.40. Justeru, tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram.

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo.

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara, sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat.

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap. Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan.

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak. Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya. Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka. Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu, bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati.

6. Ingat, rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini, Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [untuk setiap 40 liter] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini, kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu.

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya. Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara. Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil, di darat mahupun laut.

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara.

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat. Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO, kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan.

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang, mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka.

12. Tidak mustahil, ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik, meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka. Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri, menyeludup dan sebagainya. Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral.


Nasrudin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda PAS

04 March 2010

Satu Lagi Kes Janji Gula-Gula Pilhanraya!!

Where’s the proposed Ba Kelalan project?
Borneo Post Online
March 4, 2010, Thursday
BA KELALAN: Lun Bawangs in Ba Kelalan are wondering when the government will actually start their micro hydro-electric project.

POSER ON MICRO-HEP: Tadam (right) and Frederick show pictures of the pipes that are supposed to be used for the micro-hydro electric project in Ba Kelalan.


They have waited long for the project but it has not taken off. The project which is meant to benefit about 1,000 Buduk Nur and Long Langai villagers, was approved by the federal government to ease their dependence on diesel generators.
That is well and fine, but today the village development and security committee (JKKK) of Buduk Nur is unhappy because the contractor has yet to turn up in the highlands.
A member of the JKKK, Tadam Arun, said the government has allocated a big fund for the project and it should have taken off by now.
Accompanied by chairman of Sarawak Lun Bawang Association chiarman, Frederick Lalung Ngilo, he said optimism has turned into suspicion and scepticism in the two villages.

“What we saw are only pipes piled up in our area but there has been no signs of work starting and the villagers want to know what the problems are,” he said.

The villagers are willing to undertake it on ‘gotong-royong’ (voluntary communal) basis if the contractor is unwilling to proceed with the project.
Tadam, who is also PBB Ba Kelalan Youth secretary, said locals have yearned for the project for years so the delay was heart-breaking to them.
Electricity and roads have topped the list of their requests to every top government official.
He pointed out that the proposed mini hydroelectric dams at Kampung Buduk Nur and Long Langai are regarded as a lifeline and hence have long been part of the development plans for them.
The area also has a primary school and health clinic which could be powered by the micro-HEP dams.
Tadam also pointed to the water piping system which has failed since June last year. It has yet to be rectified. Locals are currently depending on their old gravity-feed water supply systems.
=======================
Sheikh Sambal dah banyak kali kata, janji projek hanya gula-gula kepada penduduk kampung. Janji macam-macam projek pembangunan dan infrastruktur, tunjuk sikit kerja seperti hantar paip, cacak tiang dan kumpul batu-bata. Selepas itu senyap. Ke mana duit peruntukan pergi kita pun tak tahu. Mungkin ini sebahagian daripada kes ketirisan 60% projek kerajaan yang di laporkan oleh SPRM Sarawak beberapa bulan dulu.
Kes di Ba Kelalan ini adalah kes biasa yang kita boleh dapat dari banyak tempat di kawasan pendalaman. Tunggulah sehingga musim pilihanraya sekali lagi baru ada kerja sikit. Selepas BN menang, tinggalah projek terbengkalai sehingga datang musim pilihanraya baru. Sementara itu, mana-mana projek yang boleh disonglap, songlaplah dulu!....
(Baca juga entri terdahulu pasal janji-janji pilihanraya)
.
.

02 February 2010

Gaji Naik......Rasuah Turun?

Utusan Online
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.
Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.
Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.
Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.
Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat ‘durian runtuh’ melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.
Hishammuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara itu esok.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, anggota polis berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai kanan akan menerima kadar gaji dan elaun yang tinggi melalui skim gaji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Laporan itu menyebut, skim gaji baru itu telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan disokong oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi tidak menafikan atau menidakkan laporan tersebut sebaliknya enggan memberikan ulasan lanjut.
“Jika apa yang dilaporkan akhbar itu benar, benar lah. Jika tidak benar, maka tidaklah.
“Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggulah sidang akhbar yang akan diadakan.
“Perkara itu (kenaikan gaji dan elaun) masih dalam perbincangan dengan pegawai-pegawai,” katanya.

......>>>>>>>>>>>>>..........<<<<<<<<<<<<<.........

Apasal gaji sarjan ke atas saja naik? Kenapa gaji konstabel biasa tidak naik? Walhal konstabel tulah yang jadi kaldai buat kerja. Kalau gaji sarjan dulu RM890 sebulan gaji kopral dan lans kopral berapa? Gaji konstabel biasa pasti lebih lebih lagi murah. Patutlah abang polis selalu dikatakan buat 'operasi' cari makan. Gaji tak cukup untuk tampung kehidupan di Malaysia raya ini.
Hishamudin a.k.a Kerismudin sepatutnya menaikkan juga gaji polis dari Inspektor ke bawah bukan dari Sarjan ke atas. ASP, DSP, KPN dan tah hapa-hapa lagi pangkat polis di atas nun dah tentunya bergaji besar. Lagi sekali inilah hadiah Kerajaan BN kepada abang-abang polis yang selalu jadi kaldai tunggangan.
Pantang ada demo aman sikit, polis di kerah 'jaga' keamanan. Yang ramai 'bergadai nyawa' adalah Inspektor ke bawah. Dengan kereknya mereka akan mencota mana-mana pendemo yang berani sanggah mereka. Tup-tup yang naik gaji ialah Sarjan ke atas.Yang tukang kejar orang 'jahat' tu gaji dok tahap tu jelah.
Sudah sampai masanya polis pangkat bawahan ini dinaikkan gaji mereka di atas tahap miskin. Setiap konstabel biasa patut dapat gaji minima RM1500.00 sebulan. Dengan cara ini maka akan kuranglah 'operasi cari makan' para polis-polis ini.

Jangan nak nafikan. Polis mintak rasuah tepi jalan adalah rahsia yang terbuka. Semua orang tahu. Sampaikan pantang saja ada 'roadblock' orang ramai dah mula menyangka itu polis (atau JPJ) sedang cari makan. Padahal mungkin saja mereka sedang dalam 'hot pursuit' penjahat yang dikehendaki.
Sebab apa polis (atau JPJ) terpaksa 'cari makan' tepi jalan? Sebab kesempitan hidup. Gaji kecik. Duduk bandar. Belanja besar. Anak-anak sekolah. Semua mau pakai duit. Usaha iman di dalam jabatan pula kurang. Dosa rasuah macam lalat hinggap di pipi saja. Kipas-kipas lari. Buat lagi.

Oleh sebab gaji naik hanya untuk sarjan ke atas saja, maka kehidupan polis biasa takkan berubah. Bahkan akan bertampah teruk keran moral jadi rendah disebabkan tak dapat kenaikan gaji seperti bos-bos yg pangkat besar. Maka 'cari makan' tepi jalan akan berjalan seperti biasa demi untuk mengisi perut dan keperluan hidup.

Najib perlu adil dengan seluruh jentera kerajaan. Upah yang perlu diberi juga pada orang bawahan. Jangan kira orang yang berpangkat sahaja.! Selagi itu tidak berlaku...ungkapan Satu Malaysia itu hanyalah pemanis mulut sahaja, nafasnya tetap busuk.



.


.


07 January 2010

Polis Peranchis Nak Cuba Pula...

Harakahdaily:
KUALA LUMPUR, Jan 6: French police may soon ask Prime Minister Najib Razak to give his statement over the Malaysian government’s purchase of Scorpene submarines from a French firm, in which deal a whopping commission of RM540 million had allegedly been paid to a crony of his.
According to online news portal FreeMalaysiaToday, two lawyers from France arrived in Malaysia three weeks ago to discuss the police report that is due to be lodged in Paris soon.
“All documents including newspaper cuttings and reports regarding the murder of Altantuya and the Scorpene submarines have been given to them,” the news portal quoted an unnamed source as saying.
A tale of corruption and sex, Altantuya Shaaribuu was a Mongolian translator, whose body was found blown up by military-grade explosives in a jungle clearing in Malaysia in 2006. She is alleged to have acted as a go-between – a modern-day Matahari – for Najib’s associate Abdul Razak Baginda in the billion ringgit submarines deal.
Razak Baginda has admitted that Altantuya was his former lover, while a private investigator P Balasubramaniam has stated in a statutory declaration that she had also been Najib’s mistress at one time. So far Najib has denied ever knowing Altantuya.
The commission paid by Armaris – the vendor of the submarines - was allegedly paid into an account belonging to one of Razak Baginda’s firms.According to the news portal, the report would be lodged with the Paris police because the Malaysian police and the Malaysian Anti-Corruption Commission had not taken any action to investigate the swirl of allegations against Najib, even though he was the Defence Minister at the time when the submarines were bought.
********************
Polis Malaysia pun tak mampu nak siasat. Sekarang Polis Peranchis pula nak cuba. Cubalah...kalau cukup berani. Apalah budak Peranchis tu boleh buat selain dari membuat bising sahaja. Pasukan Keselamatan Malaysia yang hebat (cth; seorang sarjan dan laskar udara pun boleh lenyapkan enjin jet..) pun tak dapat buat apa. inikan pula budak-budak Peranchis tu.
Pergi baliklah. Buat minyak wangi dan fesyen baju terbaru lebih menguntungkan dari sibuk-sibuk buat kacau 1 Malaysia.
Sheikh Sambal :]
.

AG Jangan Buat Lawak Antarabangsa Kes Enjin Hilang

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) meminta agar Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail tidak membuat lawak antarabangsa dalam kes kehilangan dua unit enjin Jet Pemintas F-5E milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang bernilai RM100 juta.Demikian kata Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.
PAS melihat, kata Idris, pendakwaan dua orang tertuduh melibatkan anggota TUDM, Sarjan N. Tharmendran dan Pengarah Syarikat K. Rajandran Prasad sebagai melepaskan batuk ditangga dan tidak serius.
Katanya, PAS yakin bahawa ada lagi pihak-pihak lain yang terlibat tetapi tidak didakwa. Ini kerana, kes ini melibatkan kehilangan dua unit enjin Jet yang besar bukannya kehilangan dua biji telur ayam atau gula-gula Hacks.
Adalah mustahil kes yang boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah antarabangsa hanya melibatkan dua orang sahaja, katanya.
"Mustahil bagi N. Tharmendran membawa keluar dua enjin ini tanpa dibantu oleh sesiapa. Adalah tidak logik bahawa semua dokumen pelupusan enjin berkenaan hanya diketahui oleh beliau sahaja," katanya.
Bagi beliau, TUDM mempunyai ramai anggota yang menjaga stor logistik dan tempat enjin berkenaan disimpan. Maka, adalah mustahil jika enjin ini boleh dikeluarkan dari kawasan TUDM yang dikawal rapi secara berseorangan tanpa kerjasama pihak yang lebih tinggi pangkatnya dari Sarjan ini.
PAS berharap agar AG dan Polis dapat mengemukakan pihak-pihak lain yang terlibat kerana kes ini amat memalukan Angkatan Tentera Malaysia dan imej negara ini. AG harus bertanggungjawab untuk memastikan mereka yang terlibat, termasuk Menteri (jika ada) dibawa kemuka pengadilan, katanya.
.

06 January 2010

Kalau Sarjan Hebat...Jeneral & Menteri?

Sheikh Sambal tak dapat menahan rasa kagum dan haibah terhadap seorang sarjan yang didakwa melesapkan Enjin F5E milik TUDM (lihat laporan UM). Memang Sarjan tersebut berhak diberikan tabik spring 3 kali!!
Berita malam tadi sungguh mengujakan dan memeranjatkan SS. Terasa bangga pula jadi rakyat Malaysia yang mempunyai orang-orang yang hebat begini.
Kita tak cakap soal hukum hakam di sini, cuma tentang kebolehan dan keupayaan seorang pegawai pangkat rendah yang mampu mengeluar dan menjual 2 Enjin Jet F5E yang berharga RM50m setiap satu.

Hal begini jika diikutkan perlu izin bertulis dari berbagai pihak daripada ATM/TUDM dan badan-badan kerajaan yang berwajib. Bagaimana pula tentang LOGISTIK dan peraturan dan prosedur yang ketat (kerana ia melibatkan keselamatan negara) yang perlu diatasi. Sarjan tersebut berupaya melakukannya semua ini tanpa disedari. Hanya selepas setahun lebih bila Menteri Pertahanan yang baru mendedahkan tentang kehilangan 2 enjin jet ini.

Sekarang disyaki enjin-enjin tersebut berada di Uruguay. Uruguay bukan dekat seperti Seberang Takir atau Semenyih. Uruguay nuuun.. di Benua Amerika Selatan, di sebalik dunia Malaysia ni. Kalau kita tengahari sana tengah malam! Apa cerita?

Hebat!. Sungguh hebat sarjan itu bersama dengan kawannya seorang pengarah syarikat. Dua orang saja dah berupaya menghilangkan RM100juta harta negara!! Dari segi keupayaan, hamba mahu tabik spring lagi terhadap sarjan dan kawanya itu. Tabik! Tabik! Tabik!
Sheikh Sambal terfikir pula, kalau sarjan kita dah macam tu, bagaimana pula keupayaan yang pangkat-pangkat atas lagi. Kapten, Leftenan, Kolonel, General dan Menteri?? Berapa banyak lagi yang boleh lesap tanpa kita sedari?

Malaysia Boleh!! Semua Boleh!!

Ya Allah.... Selamatkan Malaysia....
.
UPDATE

PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN

.

.

11 December 2009

Pendapatan Petronas Berkurangan, Ekonomi Negara Terkesan!

Parlimen Malaysia,
10hb Disember 2009
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.

Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara. Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.

Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.

Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008. Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.

Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.

Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.

Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara. Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:

1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.

3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.

4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT


.

04 December 2009

60% Bocor Dan SPRM

.................. from Aniletto'blog...........
The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has reportedly detected government projects in Sarawak where up to 60 per cent of the funding was diverted.
“Based on the investigations the Sarawak MACC carried out on specific and real cases (projects), only about 40 per cent of the allocations were spent while the remaining 60 per cent is ‘bocor’ (leaked out),” MACC deputy chief commissioner (prevention) Zakaria Jaffar was quoted as saying.
These projects included roads, low-cost houses and mosques.
According to the
Borneo Post:
Zakaria pointed out that while some projects were poorly completed, there were others that never took-off although payment was made.
“When we talk about development projects in the state, there are many cases of fake claims, whether it involves the officers or the contractors,” Zakaria pointed out.
He also told reporters that there were instances whereby contractors got allocations from members of parliament (MPs) and assemblymen for the same projects.
He explained that a project might cost about RM15,000, but the contractor would bid for that amount from both the MP and the assemblyman, thus the contractor would earn 100 per cent profit.
And the MPs and assembly members didn’t know about this?
So how is the MACC going to eliminate this?





Komen Sheikh Sambal:

Apa tindakan Kerajaan Sarawak dan Malaysia bila SPRM Sarawak mengishtiharkan 60% peruntukan pembangunan negeri Sarawak tidak sampai ke sasaran? Yang buat kenyataan bukan ADUN DAP atau PKR yang selalu buat kacau dalam Persidangan DUN Sarawak. Kenyataan ini dibuat oleh Ketua SPRM Sarawak. Bukan calang-calang orang. Pastinya orang SPRM tidak bertindak membuta tuli selepas kejadian Teoh Boon Hock.
SPRM biasanya sangat lembab dan tutup mata dalam banyak kes membabitkan orang-orang BN. Kes Rafidah dan Khir Toyo sampai sekarang senyap sunyi. Bila dah terlalu lama maka kes jadi seperti NPL (non performing loan) dan diwrite-off sahaja. Tetapi bila kes membabitkan orang-orang Pakatan Rakyat, tanpa banyak songel SPRM akan melompat menyiasat, sehingga membawa padah pada yang disiasat walaupun hanya sebagai saksi.
Hairan juga kita bila tak semena-mena SPRM Sarawak mendedahkan tentang penyelewengan peruntukan untuk Negeri Sarawak. Macam tak percaya pula. Samada SPRM dah berubah atau sebenarnya ada agenda dari atas. Kalau dah berubah baguslah. Malaysia akan menjadi lebih baik dengan rasuah mengarah ke sifar tetapi kalau ini adalah perancangan politik kotor (political maneuvering) untuk populariti atau kekuasaan, maka jadilah ia sebagai solekan luar sahaja.
Rasuah takkan hilang malah bertambah kerana SPRM bukan bandan yang bear-benar bebas tetapi hanya tunggangan kepada sang penguasa.
Semalam ada pula berita seorang orang kanan seorang menteri BN disiasat SPRM kerana hidup mewah melebihi gaji manusabah. Segala harta kena sita dan dibekukan. Okay, tapi jangan sekerat jalan sahaja. Siasat juga yang lain-lain. Jangan cuma musuh politik sahaja digempur tetapi semua sekali.
Kalau SPRM meloncat untuk menyiasat Tok Guru dalam kes sponsor haji dan perlantikan menantu jadi CEO syarikat kerajaan, SPRM juga wajib juga menyiasat semua tajaan perjalanan dan 'melancong sambil belajar' para menteri dan orang kuat kerajaan. Itu baru adil dan telus. Contoh paling baik kes Khir Toyo dengan lwatan Disneylandnya.
Sedikit sebanyak usaha SPRM untuk memperbaiki maruah yang tercalar harus disokong. Tetapi ia harus dilakukan secara berterusan. Kalau cuma bermusim untuk meningkatkan 'rangking' , Malaysia tak akan berubah. Nanti adalah lagi kes seperti PKPZ dan 60% bocor. Kesian kita rakyat Malaysia dan para pembayar cukai...

16 September 2009

Dan Satu Lagi Pembaziran Peringkat GABAN!!

Malaysia akan mempunyai kereta lumba F1 dibawah syarikat milik Proton yakni Lotus. PM Najib mengumumkan keputusan ini semalam. Home ground F1 Lotus adalah di Litar F1 Sepang, cukup dengan kilang pembuatan dan pasukan penyelengaraannya sendiri. Lotus F1 ini akan menjadi Pasukan F1 100% di bina dan diselenggara dan di urus oleh rakyat tempatan, kecuali pengurus besarnya oleh oleh Mat Saleh dari Reynould...
Hmmmm... Najib memang pandai membazir... sementara ramai anak Felda dan rakyat pendalaman Sabah Sarawak dan di ulu2 Semenanjung mengikat perut tak berduit beli keperluan asasi Najib sedap2 belanja besar buat F1...Mahathir tentu suka...
Baca berita lanjut di sini...

16 June 2009

Jalan-Jalan Yang Berturap 'Janji' - Pakej Rangsangan Apa??

Pergilah mana kampung di luar Miri. Kampung Muhibbah contohnya sudah 3o tahun menunggu jalan kampung itu ditar. Dari jalan besar Miri - Bintulu ada banyak jalan menyimpang masuk ke kampung-kampung dan rumah panjang keadaannya masih teruk. Jalan masuk ke Rumah Panjang Lepung Ajai yang baru terbakar baru-baru ini, hanya ditinggalkan tidak berturap sudah sekian lama. Batu grewel dihampar tunggu untuk diturap dengan tar tunggu punya tunggu jalan yang berbatu itu pun menjadi semakin parah. Penduduk sekitar jalan terpaksa berperang dengan debu setiap hari. Bila hari panas debu naik bagai jerebu. Bila hujan jalan becak tidak keruan. Sekali datang pilihanraya berkoyan-koyan janji ditabur untuk membina jalan yang sempurna bagi kegunaan orang kampung. Tetapi janji hanya tinggal janji. Begitulah bertahun-tahun. YB berganti YB tapi jalan kampung masih 'berturap' janji menteri.
Mana pakej stimulus pertama dan kedua?.
PM Najib kata "sehingga 5 Jun lalu, sebanyak RM1.4 bilion dibelanjakan untuk menyiapkan 10,979 projek yang turut melibatkan projek-projek kecil seperti menaik taraf dan baik pulih jalan luar bandar, jambatan, sekolah dan hospital membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta"
Dan PM Kata lagi, ".. program penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (PIAS) bernilai RM173 juta bagi 2,686 projek di Sabah dan Sarawak yang secara langsung membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan kualiti hidup rakyat luar bandar di kedua-dua negeri berkenaan"
Wah.. megah sungguh PM Najib berkokok dalam Parlimen mengatakan rakyat bertuah dapat faedah rangsangan ekonomi. Tapi tak nampak pun di Sarawak ni. Seperti yang penulis katakan tadi, pergilah ke kawasan pendalaman di luar kota besar seeperti Miri, Bintulu dan Sibu. Bukan dalam sangat pun, keluar sahaja dari kawasan bandar dalam 20km nampaklah jalan-jalan kampung persis laluan balak. Barbatu grawel dan berdebu dan ada juga jalan tanah merah.
Projek menurap semula jalan Miri-Lutong baru sahaja siap. Sejak 6 Bulan lepas penduduk bandar Miri terpaksa bersesak kerana kerja-kerja memotong dan menurap semula jalan besar Miri - Lutong yang masih dalam keadan baik. (Lihat tulisan SS berkenaan isu ini) Itulah yang hairannya. Jalan yang masih cantik Miri-Lutong tiba-tiba dikorek lapisan atas dan diturap semula tetapi jalan-jalan kampung yang sangat mendambakan turapan tar, masih berbatu grawel dan berdebu. Tidak ada rasionalnya projek itu kecuali tujuannya untuk memerah peruntukan rangsangan ekonomi tanpa perlu bersusah-payah masuk ke kampung-kampung dan pendalaman. Mana perginya janji politikus tempatan dan nasional.
Tak lama lagi musim pilihanraya DUN Sarawak. Kita akan lagi sekali berpesta dengan janji-janji bakal YB dan menteri. Harapan rakyat marhaen untuk kehidupan yang lebih baik hanya jadi mainan bibir kempen pak menteri.

29 April 2009

Mengapa tidak ikhlas bayar cukai pendapatan?

oleh Ahmad Lutfi Othman
Wed Apr 29, 09 11:37:15 am MYT - Harakah

30 April, Khamis adalah hari terakhir menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2008 dan kemudiannya membayar sejumlah wang selepas pengiraan tertentu kepada negara. Melalui media, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memberi penerangan secukupnya, termasuk iklan TV, tentang keperluan setiap warganegara yang layak membayar cukai pendapatan untuk berbuat demikian tepat pada masanya.
Denda tidak serah borang

Saya sendiri pernah didenda ekoran tidak prihatin untuk mengisi borang taksiran kerana merasakan belum layak membayar cukai. Sehubungan itu, banyak juga wang yang terpaksa dilunasi, walaupun dibenarkan secara berjadual, hanya kerana kecuaian menyerahkan borang taksiran.

Walaupun diuar-uarkan wang pembayar cukai merupakan antara hasil terbesar pendapatan negara, dan akan dibelanjakan untuk pembangunan bagi kesejahteraan semua, namun realitinya, hasil titik peluh rakyat itu gagal diuruskan dengan berhemat dan beramanah.

Bayangkan, bagaimana sakit hatinya pembayar cukai - yang sebahagiannya terpaksa mengikat perut untuk menjelaskan tepat pada masanya - apabila melihat atau mengetahui dana awam dibazirkan untuk tujuan-tujuan tidak berfaedah, malah lebih teruk lagi seolah-olah diagihkan sesama kroni bagaikan sekumpulan penyamun membahagikan wang rompakan.

Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan apa jua istilah yang semaksud dengannya seperti tidak dapat disekat lagi walaupun BPR sudah bertukar menjadi SPRM, perdana menteri beralih tangan sambil menjanjikan usaha memerangi salahguna kuasa akan dipergiatkan sampai ke lubang cacing.
Mungkin sebab itu, bertambah ramai masyarakat kelas menengah, yang tentunya terdiri daripada pembayar cukai, tidak dapat lagi menyembunyikan rasa amarah terhadap pemerintah apabila wang poket mereka bagai dirompak di tengah jalan pada siang hari. Jalan mudah bertindak, seperti pernah dinasihati Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, adalah dengan menggunakan peti undi semasa hari pilihan raya.

Dana awam dirompak

Sepanjang 20 tahun menjadi wartawan, saya melihat sendiri dana awam disalahgunakan secara sewenang-wenangnya, dengan jumlah yang cukup besar. Melalui prosedur yang sah, wang pembayar cukai yang dicurahkan kepada projek-projek pembangunan 'dihanguskan' tanpa segan silu.

Nilai projek, misalnya membekal dan memasang paip air di Selangor, yang sepatutnya tidak melebihi RM40 juta, dengan mudah ditingkatkan kosnya menghampiri RM100 juta. Kos jalan merentasi sawah di Tanjong Karang - yang tidak diketahui mengapa ia perlu dibina, dan diberikan kepada kontraktor yang disenarai-hitamkan - bernilai lebih RM93 juta sedangkan taksiran sebenar sepatutnya tidak melebihi RM50 juta pun.

Begitu juga dengan projek mengecat dan mengindahkan sebuah sekolah, yang subkontraktornya hanya diperuntukan RM120,000 tetapi nilai sebenar melebihi RM200,000. Saya tidak bercakap tentang sebuah sekolah tetapi ia melibatkan ratusan sekolah di seluruh negara. Projek membina sebuah istana, kos awalnya melebihi RM1,100 juta tetapi selepas didedahkan oleh Harakah, boleh pula diturunkan kepada sekitar RM600 juta.

Laporan Ketua Audit

Kita juga belum lupa Laporan Ketua Audit Negara 2006, antara lain mendedahkan bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Belum lagi diambil kira kos membina enam kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, ketika Dato' Seri Najib Menteri Pertahanan yang pada awalnya bernilai RM5.35 bilion, ditambah kepada RM6.75 bilion tanpa sebarang justifikasi. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan RM943.46 juta kepada kontraktor disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kontraktor yang dipilih juga didapati tidak layak!

Rasanya tidak perlu kita dibebankan dengan lebih banyak fakta. Ia sudah cukup untuk membuktikan wang pembayar cukai tidak diuruskan dengan cermat, sebaliknya dieksploit untuk memperkayakan diri dan suku-sakat. Hatta wang yang diguna untuk kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jalan raya juga dibazirkan dengan cara yang langsung tidak bertanggungjawab. Justeru, bila tiba waktu membayar cukai, ia terpaksa dilunasi dengan begitu berat hati.

Perlunya media bebas

Oleh itu, saya sentiasa menekankan agar media kita bebas untuk melaporkan segala kepincangan kerajaan terutama dalam menguruskan dana awam. Agensi pencegah rasuah mestidiperkasa dan bergerak independen tanpa kongkongan pemerintah, khususnya Perdana Menteri. Undang-undang antikorupsi harus mampu mencegah amalan rasuah yang kini semakin sofistikated. Penubuhan Ombudsman yang menyiasat pengaduan awam harus disegerakan.

Ketua Audit Negara pula mesti dilengkapkan dengan kemudahan yang mencukupi dan sumber kewangan bebas agar ia tidak menjadi seperti "pencuri memilih anjing penjaga". Jawatan itu mesti disandang oleh tokoh berintegriti tinggi dan bertanggungjawab dengan Parlimen. Selain itu, pendedahan harus disusuli tindakan perlu termasuk membawa ke muka pengadilan. Barulah nanti rakyat ikhlas membayar cukai ...Hrkh

29 March 2009

Apa Rasionalnya Projek Turap Semula Di Jalan Miri-Lutong?

Jika anda memandu kereta dari Bandar Miri ke Lutong anda akan jalan dual-carriageway Miri - Lutong sedang di scrape-out dan diturap semula. Biasanya sesebuah jalan akan diturap semula apabila ia telah rosak, berlopak-lopak dan tidak rata lagi. Jalan Miri-Lutong memang masih elok dan cantik. Yang hairannya bermuala dari bulan Januari lalu, scraper machine mula membuat kerja-kerja scraping dari bulatan Seberkas ke bulatan GK supermarket. Setiap orang yang penulis temui merasa hairan kenapa jalan yang masih elok dan cantik di scrape dan di turap baru? Apakah rasionalnya kepada kerja-kerja ini?
Apakah kerana untuk menghabiskan peruntukan dari stimulus ekonomi buat saja apa kerja janji boleh membuat tuntutan bayaran? Dan buat kerja yang senang sahaja dalam kawasan yang mudah dari segi logistik dan perhubungan? Jadikan alasan ada sedikit lubang dan rekah di tepi jalan Miri - Lutong sebagai justifikasi untuk meng'scrape' semuanya dan diturap baru?
Inilah nama membazirkan duit rakyat dan menzalimi rakyat yang lebih memerlukan jalan yang baik di kawasan luar bandar. Seorang sahabat penulis yang berasal dari sebuah kampung di Niah, terpaksa membeli sebuahh 4WD Hilux kerana kereta Wira nya rosak disebabkan meredah jalan kampung yang teruk. Sahabat ini amat kesal melihat jalan yang cantik di Miri di'repair' sedang jalan masuk ke kampungnya amat memerlukan perhatian dari JKR. Alangkah baiknya duit yang dibelanjakan untuk membayar kerja-kerja penurapan semula jalan di Miri-Lutong digunakan di Niah sana.
Sesungguhnya banyak lagi jalan-jalan di pendalaman memerlukan pembaikkan atau dibuat baru. Tetapi nampaknya syarikat kroni penyelenggaraan jalanraya di Sarawak hanya berminat untuk membuat kerja di kawasan yang mudah dan menuntut pembayaran dari bajet kerajaan. JKR dan kerajaan nampaknya hanya menurut sahaja. Kesian sungguh rakyat Sarawak.

24 February 2009

Pada Kapitalis Tuhan Ialah Duit

Semasa Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh hendak menurunkan tarif air atau sekurang-kurangnya mengekalkan tarif sekarang, para kapitalis (rujuk golongan koporat) tidak mahu tunduk dan mahu meneruskan rancangan mereka untuk menaikkan tarif air mengikut perjanjian konsesi. Begitulah yang berlaku sekarang.
Kerajaan PR Selangor cuba mengambil alih empat pemegang konsesi air termasuk semua aset mereka-empangan, kilang rawatan air dan sistem perpaipan. Ini adalah untuk memastikan harga air tidak naik dan rakyat tidak tambah tertekan dengan kenaikan baru. Harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor sebanyak RM5.71 tidak mahu diterima oleh Puncak Niaga dan geng-geng kapitalisnya.
Adakah tawaran ini terlalu rendah atau ada tawaran baru yang lebih menarik? Di sinilah pula Kerajaan Persekutuan datang menjengah dengan sifatnya sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) . Baru-baru ini SPAN telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan berunding terus dengan para pemegang konsesi air untuk mengambil alih. Kerajaan Selangor mahu mengambil alih kerana mahu mengawal harga dan kualiti air tetapi kita sangat curiga dengan niat SPAN.
Dulu kerajaan ambil alih MAS tapi harga bukan ikut pasaran tetapi ikut harga yang Tajuddin ambil dulu. Maknanya geng kapitalis ini tidak akan rugi. Inikah yang akan berlaku dengan isu air di Selangor?. Kerajaan Persekutruan yang penuh dengan otak kapitalis UMNO takkan membiarkan mereka dan kroni mereka rugi. Bahkan untung besar. Yang rugi hanya pembayar cukai dan rakyat jelata. Ini cara otak kapitalis.
Kapitalis walau di mana mereka berada atau apa juga warna kulit mereka, tujuan mereka hanya untuk membuat untung. Segala yang lain tidak penting. Bagi kapitalis DUIT adalah TUHAN.

20 December 2008

IJN: AKU SOKONG SIME DARBY KALAU...

Institut Jantung Negara (IJN) yang dimiliki 99% oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan mahu dijual kepada Sime Darby Bhd. (lihat sini) YB Mahfuz menyanggah hasrat kerajaan untuk menjual IJN, tapi aku sokong. Aku sokong kalau kerajaan dan Sime Darby bersetuju dengan syarat-syarat di bawah;
1. Cas yang dikenakan kepada pesakit mesti lebih murah dari sekarang. Kita lihat ramai orang yang tidak berkemampuan terpaksa merayu kepada orang ramai untuk membantu menampung kos perubatan ke atas ahli keluarga mereka. Aku selalu mendapat emel yang diforward oleh rakan-rakan, siap dengan gambar yang menyanyat hati, rayuan untuk menampung kos pembedahan dan perubatan yang berpuluh malah beratus ribu ringgit. Jadi, kalau Sime Darby nak beli IJN, masalah kos yang meroket tinggi ini perlu diatasi. Sime Darby yang selama ini memerah untung dari tanahair kita sepatutnya memberi semula kepada masyarakat. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab sosial mereka, menolong pesakit jantung yang tidak mampu.
2. Kerajaan mesti memastikan IJN menjadi pusat penyelidikan perubatan jantung yang ulung selepas Sime Darby mengambil alih. Jika ini tidak dipersetujui oleh Sime Darby, maka batalkan saja segala rundingan. Kalau dulu kerajaan mengutamakan penyelidakan jantung, kini Sime Darby meti meningkatkan lagi usaha itu. Jika gagal berbuat demekian, tendang Sime Darby keluar. Kerajaan mesti pastikan ada klausa dalam perjanjian jual beli yang membolehkan kerajaan mengambil alih semula IJN jika Sime Darby tidak melakukan seperti yang kita mahu.
3. Kebajikan para pekerja perubatan mestilah diutamakan. Ini termasuklah para doktor, jururawat, juruteknik dan semua orang yang bekerja dalam IJN. Gaji mereka ditanggung oleh Sime Darby termasuk kebajikan tanggungan mereka. Kadar gaji semestinya mengikut kadar pasaran kini. Malah, Sime Darby mesti memastikan para pekerja IJN mendapat rawatan percuma di IJN.

Itu saja syarat aku. Kalau Sime Darby setuju, aku SOKONG 100 peratus pembelian IJN dari Kementerian Kewangan Diperbadankan.

22 October 2008

KWSP Kena Lanyak Lagi!

RM5b nak kena lanyak lagi untuk menyelamatkan saham syarikat2 yang 'undervalued'. Bukan main besar lagi jumlah itu. 5 ribu juta = 5,000,000,000.00...itu bilang dengan ringgit, kalau rupiah? Jenuhlah!
Aku bengang setiap kali syarikat besar ada masalah duit KWSP jugak yang di kobok! Nanti bila syarikat tu semua dah sihat, harga barang atau perkhidmatan depa tak juga turun. Lagi mau naik ada. Contoh TNB dan pemegang konsesi lebuhraya. Masa depa sakit kita rakyat dok bantu, bagilah kat depa duit simpananhari tua kita. Tapi bila dah sihat, tangan kita depa pulas suruh bayar itu dan ini.

KWSP baru naik sikit bagi dividen tahun lepas. Tapi rasanya tahun ni, dividen kita turun baliklah nampaknya. Kita dipaksa mencarum dalam KWSP tapi tidak diberi kuasa untuk menentukan apa kita boleh buat dengan duit itu. Seeloknya, dalam panel pelaburan KWSP ada wakil dari pencarum untuk bersuara. Dia mungkin boleh dilantik dari persatuan pengguna atau NGO atau orang akademik. Penal pelaburan KWSP itu akan menentukan polisi dan arah tentunya pelaburan yang dibuat. Jika kerajaan memerlukan bantuan KWSP, ia perlu melalui proses pengesahan dari panel tersebut. Dengan cara ini sahaja dapat membendung pengambilan sesuka hati oleh pihak kerajaan untuk membela syarikat2 kroni yang sakit.

Dulu masa menaikkan harga petrol kerajaan mendakwa dapat menjimatkan RM4b dan duit itu akan dilaburkan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam Malaysia. Tapi sampai sekarang kita tak nampak sistem pengangkutan awam kita meningkat mutunya. Kemalangan jalan raya tak reda-reda pun. Ramai yang mati disebabkan oleh faktor jalabraya yang merbahaya!.
Jadi mana perginya RM4b dulu. Ghaib! Ada yang kata dah dimakan dek harga minyak dunia yang melambung. Ada gak yang kata dah kena tibai dek kaki sapu dalam gomen. Yang tentunya kita rakyat melopong sambil bayar tol, minyak, beras, gula , ikan dll dengan harga yang lebh mahal. Daripada bagi RM5b tu pada syarikat yang dah memang kaya, kenapa tidak diberikan pada rakyat marhein. Dengan cara menggunakan duit itu untuk membendung kenaikan harga barang keperluan. Naikkan jumlah subsidi untuk barangan ruji kita. Kuranglah sikit penderitaan kita nanti. Tapi itu cuma tinggal harapan sajalah......



21 October 2008

Kemahiran Berunding Kita Lemah?

Brazil beli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta sebuah. Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang. Begitulah bunyi laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan(AMK) semalam.
Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas. Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
Laporan polis telah dibuat dan kerajaan juga telah menyerahkan kes pembelian ini untuk diteliti oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi memperhalusi isu pembelian Eurocopter EC-725 itu bagi menggantikan helikopter Nuri. Biarlah siasatan dibuat, kalau salah hukum dan kalau tidak lepaslah.
Kita sebenarnya patut belajar dari Eurocopter dan Brazil. Eurocopter sebagai penjual memang seboleh-bolehnya cuba membuat keuntungan sebanyak mungkin. Kalau dengan Brazil dia untung sedikit tetapi transaksinya dengan Malaysia Eurocopter nampaknya untung besar. Brazil pula amat pandai dalam dalam tawar menawar. Brazil beli 50 buah helicopter dengan harga RM4 bilion bersama dengan pemindahan teknologi berbanding dengan Malaysia 12 buah pada harga RM2 bilion tanpa ada apa-apa keuntungan timbal balik.
Kedua-dua Eurocopter dan Brazil mempunyai negotiation skill yang hebat. Kenapa Malaysia amat kurang dalam skill ini. Banyak transaksi antarabangsa kita membuat kita kelihatan bodoh. Baru-baru ini Sime Darby rugi lebih RM80juta dalam urusan menjual minyak sawit ke China. Dulu kita pernah beli jet pejuang tapi tersadai kat padang pasir. Kita tempah kapal perang dengan syarikat dalam negeri pun boleh rugi. Bayar dah berlebih tapi siapnya idak.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Kalau kemahiran berunding kita lemah, kita pernah melarikan Guthrie dari bawah batang hidung mat salleh London dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Itu bukan kecil anak punya kemahiran. Mat salleh pun terlelan. Itu bukti orang kita memang pandai berunding.
Jadi bukanlah kemahiran berunding yang kita lemah sebenarnya. Ada perkara lain yang kita lemah dan menyebabkan kita membayar lebih dari yang sepatutnya. Apakah perkara itu? Hah...itulah yang AMK cuba cungkil dan PAC patut siasat.