Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

20 March 2011

DUN Bubar Esok - Perang Pilihanraya Sarawak Bermula..


CM Taib Mahmud dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak esok. Maka bermulalah peperangan merebut kerusi DUN Sarawak. BN seperti biasa akan meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi. Kalu dahulu lawan BN boleh diangggap tiada, tetapi sejak pilihanray 2006  dulu, PR telah mula menapak di Sarawak. 

DAP memang sudah bertapak lama dan mempunyai penyokong di kawasan bandar-besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. PKR telah pun ada satu kerusi di DUN Sarawak. PAS telah lahir di Sarawak sejak akhir 90an tetapi kurang mendapat sokongan. Tetapi sejak PRU 2008, PAS Sarawak mula mengorak langkah yang lenih teratur.

Kini PAS Sarawak telah mempunyai kawasan (bahagian) di Kuching, Batang Lupar, Bintulu dan Miri. Dalam pilihanraya 2006, PAS hampir menang di Beting Maro. Cuma kalah 800 lebih undi sahaja. Akhir-akhir ini sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Bahkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pun telah dilancarkan di Miri oleh Timbalan Presiden Pas Ust Nasharudin Mat Isa. Keahlian DHPP di Miri sahaja hampir menjangkau 100 orang dan semakin bertambah menjelang pilihanraya.
Parti Dayak, SNAP pun telah hidup semula dengan keputusan Mahkamah tempoh hari. SNAP adalah parti yang telah lama di Sarawak. Jika PAS, PKR dan DAP berasal dari Semenanjung, SNAP adalah parti tempatan. Hubungan yang mantap antara semua parti-parti dalam PR akan memberi saingan hebat kepada BN.
BN kini perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi. Jika dulu ramai calon BN boleh menang percuma, kini tidak lagi. Berbekalan banyak isu penyelewengan, janji kosong dan tanah NCR, PR akan berpotensi untuk melumpuhkan BN dan seterusnya memegang tampok pemerintahan Sarawak. Rakyat terutamanya yang berada di luar bandar telah mula celik terhadap hak mereka. Janji pembangunan yang dibawa oleh BN saban kali pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi oleh penduduk tempatan.

Sarawak yang sepatutnya lebih kaya dari Selangor dengan hasilbumi dan kekayaan semulajadi adalh negeri ke-4 tercorot miskin dalam Malaysia. Pergilah ke kampung2 disekitar mana bandar, anda akan dapati suasana kehidupan seperti Semenanjung tahun 60an- 70an. Tiada api letrik, tiada air paip dan jalan kampung yang hanya tanah merah. 

Penduduk Sarawak terpaksa membayar harga yang amat mahal dengan mengundim BN.Taraf kehidupan yang dibawah taraf kemiskinan tegar dan kos keperluan harian yang juga mahal. Tidak disyaki lagi semua kekayaan itu dipunggah oleh pemimpin Bn dan kroni mereka. Lihatlah kekayan mereka. Amat melebihi gaji yang mereka terima. Syarikat2 kroni mendapat segala habuan dari pemimpin yang korup.

Kini rakyat Sarawak akan berpeluang untuk mengajar pemimpin2 yang korup ini. Jangan undi lagi BN. Beralihalah kepada Pakatan Rakyat. Contohi Kedah, P. Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak. Mereka berani memangkah kepada perubahan. Undilah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR dan SNAP).

Selamat berkempen dan mengundi kepada perubahan. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


06 April 2010

Surat TGNA kpd Nga Kor Ming..... Buat Peringatan Pada Yang Lupa...

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009



YB Encik Nga Kor Ming

EXCO Kerajaan Negeri Perak

Pejabat EXCO Negeri Perak

30000 Ipoh

PERAK DARUL RIDZUAN.





Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera





Yang Berhormat,



Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”



Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.



Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.



Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.



Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.





* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *





(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Menteri Besar Kelantan

Merangkap

Mursyidul Am PAS