Showing posts with label Bencana. Show all posts
Showing posts with label Bencana. Show all posts

06 March 2012

PENCEMARAN DISEL, ADA STOP WORK ORDER?

Kejadian tumpahan minyak disel ke dalam Sg Liku yang menyebabkan pencemaran teruk kepada bekalan air kepada 300,000 penduduk Miri amat dikesalkan. 14,000 Liter minyak disel tumpah ke dalam sungai bukan perkara kecik anak. Ia ibarat kes Altantunya pada alam semulajadi. 

Akhbar tempatan dan nasional cuma menyatakan sebuah syarikat pembinaan jalan punya angkara. Kalau syarikat yang bina jalan di Sarawak tidak lain dan tidak bukan adalah Cahaya Mata Sarawak (CMS). Hampir semua projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan CMS atau anak syarikatnya yang sapu. Dan bagaimana sebuah syarikat yang besar begini boleh cuai ditempat yang sangat sensitif, iaitu kawasan tadahan bekalan air ke Loji Air LAKU Miri.

Mana Environmental Impact Analysis (EIA) CMS dalam projek pembinaan jalan di tempat kejadian. Apakah CMS main bulldoze sahajakah? Kalau ada bagaimana tumpahan boleh berlaku begitu mudah. 14,000 liter bukan sedikit. Jumlah ni sama macam satu lori tangki minyak.

Peristiwa ini boleh dikira sebagai satu malapetaka. Dan ia berlaku atas kecuaian pihak syarikat. Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan  Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) harus bertindak. Kalau ikut prosedur biasa, bila ada peristiwa yang mengancam keselamatan awam dan alamsekitar, satu arahan BERHENTI atau STOP WORK harus diperintahkan kepada syarikat yang melakukan kesalahan cuai itu. Siasatan menyeluruh mesti dilakukan supaya perkara yang sama tidak berulang kembali.

Seingga siasatan tamat, syarikat tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan di tempat kejadian. Siasatan mestilah menyeluruh dan tepat. CMS sendiri mesti mengambil tanggungjawab. Sebagai sebuah syarikat konglomerat yang amat besar, peristiwa pencemaran disel ini adalah satu tanda yang amat tidak sihat kepada CMS. Bagi membersihkan namanya dan alamsekitar CMS harus mengadakan siasatan dalaman dan ambil tindakan sewajarnya. CMS juga harus memberikan kerjasama yang baik kepada para penyiasat.

Walauapapun, Stop Work harus keluar dulu, sebelum siasatan besar dilakukan.

Wasalam,

Sheikh Sambal


27 October 2010

Bila Merapi Meletup!

Gunung Merapi meletup 3 kali semalam. Bermula pada jam 6 dengan memuntahkan lahar dan debu volkanik setinggi 1 batu ke udara. Kali ini letupannya lebih kuat dari yang berlaku pada bulan Ogos 2006. Dulu awan panas yang terlempar cuma sekadar masa 7 minit. Tetapi semalam awan dan debu panas menyiksa selama 2 jam.
12 orang setakat ini dilaporkan mati. Kebanyakannya mati di rumah seorang yang dikatakan sebagai 'Penjaga Pintu Spiritual' Gunung Merapi, iaitu Mbah Marijan. Kebanyakan yang mati adalah akibat terbkar oleh hawa panas yang meletus dari Merapi. Rumah Mbah Marijan cuma 2.5km dari puncak Merapi. Kerajaan Indonesia telang memberi amaran kepada penduduk sekitar lereng Merapi supaya berpindah sejak hari Isnin lepas. Ramai yang telah berpindah tetapi ramai juga yang degil kerna yakin dapt menyelamatkan diri dari letusan Merapi. Mbah Marijan yang kununya 'Penjaga Pintu' Merapi masih belum ditemui tetapi ahli keluarganya yang tinggal terus dalam rumah mati diliputi debu gunung berapi.

Inilah padahnya mempercayai perkara karut. Apakah kononnya sebagai 'penjaga' Merapi Mbah itu akan kebal dari bencana. Sesunguhnya Allah akan melimpiaskan bencanaNya tanpa kecuali. Semua akan terababit. Hanya di akhirat kelak, kita semua akan dikelaskan mengikut taqwa dan iman dan amal masing-masing.

Bencana alam sebegini akan berlaku lagi. Kita perlu ambil iktibar bahawa segalanya dalam Kekuasaan Allah Azzawajalla. Tiada daya kita untuk menongkah takdir Allah. Bencana Merapi ini hanya dikira iklan kepada hari Kiamat yang pasti akan berlaku. Tiada siapa akan terlepas.

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah lah kita akan kembali.....


Sheikh Sambal

22 August 2010

Bantuan Segera Untuk Pakistan!



Bilakah Kerajaan Malaysia akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Pakistan. Negara Islam Pakistan adalah negara saudara yang sangat akrab dengan kita. Ramai orang Melayu yang berketurunan Pakistan. Dan ramai orang Pakistan datang mencari rezeki dan menetap di Malaysia, terutamanya Sabah. Malah Ketua Menteri Sabah juga dikatakan berketurunan orang Pakistan.

Sekarang mereka mengalami suasana yang sangat parah. Banjir besar yang melanda mereka merupakan malapetaka yang lebih besar berbnading Tsunamai 2004 dan berbagai gempa bumi yang berlaku selepasnya. 8 juta umat Islam Pakistan telah kehilangan tempat tinggal dan hidup mereka dihimpit sengsara setiap hari. Penyakit taun sedang menular dengan hebatnya kerana sumber air tercemar. Masalah makanan sangat kronik. Air bersih sangat sukar. Kini telah ada yang mati disebabkan oleh kebuluran!
Tadi Sheikh Sambal dengar radio Brunei, mereka telah menubuhkan Tabung Mangsa Banjir Pakistan. Malaysia bila lagi. Soal Palestin kita sangat sensitif. Ya memanglah sepatutnya kerna Baitul Muqaddis adalah tempat ke-3 suci dalam hati orang Islam. Tetapi, bukan Palestin sahaja yang patut kita tengok. Kita adalah umat Rahmatul 'alamin, olehitu, pandangan dan sensitiviti kita haruslah berbentuk global. Lebih2 lebih lagi bila membabitkan saudara seIslam kita.

Kini Pakistan amat memerlukan bantuan. Maerika dan Eropah telah mula memberi bantuan. Bahkan merekalah orang yang pertama datang memberi bantuan, manakala kita masih sibuk dengan berita hu ha hu ha tentang Kelab Putera 1 Malaysia pergi ke Palestin untuk membantu di sana. Pakistan seolah-olah hanya masalah lalat hingggap di hidung yang tidak perlu dilayan sangat, cukup dengan menepis sahaja.

Ayuh, wahai rakyat Malaysia. Bangkit kita menolong saudara kita Umat Islam Pakistan. Mana Yayasan AMAL Malaysia. Mana Lujnah Kebajikan PAS Pusat. Mari kita dulu menjuarai nasib umat Pakistan yang sedang sengsara. Yayasan AMAL Malaysia telah menghantar pasukan tapi hanya kecil-kecilan. YAM harus lebih agresif bergeraka seperti usaha kita di Acheh dulu.

Terlampau banyak yang perlu kita lakukan di Pakistan. Mari sama-sam kita gembeling tenaga dan punca untuk membantu mereka.

06 April 2010

Kebakaran Lagi....


Sejak Februari SS telah mengalami 3 kebakaran. Pada 22Feb, rumah sewa SS terbakar. Kebakaran kecil sahaja tetapi, terpaksa pindah rumah lain sebab tuanrumah perlu membersih dan memperbaiki rumahnya yang rosak. Dia kena cuci seluruh dalaman rumah sebab hitam dek jelaga. Pendawaian perlu dibaiki dan sistem penggera pasang baru. Lampu dan penghawa dingin bahagian bawah rumah memang kena ganti.
 Genap sebulan dari tarikh itu, sekolah anak-anak SS pula terbakar. Bukan sekolah tetapi asrama putera. Blok A tingkat 2, atas sekali, musnah dijilat api. Tingkat 2 tu dihuni oleh pelajar-pelajar tingkatan 1. Kesian budak-budak tu. Baru nak belajar hidup berdikari dah kena uji dengan kebakaran teruk. Nasib baik Blok B tidak terbabit. PIBG dan pihak sekolah memutuskan semua pelajar dipindahkan ke Blok B. Tingkat atas yang memang dikosongkan kini dihuni oleh pelajar-pelajar dari blok yang terbakar. Kesian. Katil semua cukup tetapi almari tak cukup. Jadi buat sementara, simpan baju dalam beg ajalah.
Pada hari ahad lepas, 4/4/10 sebuah rumah dalam kejiranan rumah baru SS di Kpg. Pulau Melayu pula terbakar. Dan inilah kebakaran yang paling teruk sekali. Bomba tak sempat selamatkan rumah itu. Habis tinggal tunggul sahaja. Tunggu Bomba datang dah 30 minit. Api terlampau besar dan cepat maraknya. Tinggal sehelai sepinggang para penghuni rumah tersebut. Khabarnya 22 orang semuanya yang terlibat. Rumah kampung jenis bertiang tinggi yang biasa kita tengok di Sarawak ini. Tapi dah tukar sikit. Bahagian bawah rumah dibuat bilik-bilik juga. Khabarnya kebakaran disebabkan api lilin yang tak dipantau. Tak taulah betul ke tidak. Biarlah pihak polis dan Bomba siasat.
Api kecil-kecil memang kawan. Tapi kalau tersalah kawan dia jadi besar dan makan kawan. Begitulah. SS berdoa semuga semua yang menjadi mangsa api ini supaya redho dengan ketentuan Allah.

21 March 2010

Asrama Putera SMKA Miri Terbakar!!

Pagi tadi semasa Sheikh Sambal sedang menghadiri Konvension ICT dan Pilihanraya PAS Sarawak, Sheikh Sambal dapat satu mesej dari Yang DiPertua PIBG SMKA Miri, Encik Meor Rosazman, tentang kebakaran yang sedang berlaku di Asrama Putera sekolah tersebut. Waktu tu pukul 9.50pagi. Sheikh Sambal bersama-sama dengan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Sarawak), Sheikh Muhtar Suhaili bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa apa yang berlaku.
Ada 3 trak BOMBA telah berada dan sedang memadam kebakaran tersebut semasa kami sampai. Api telah pun dapat dikawal. Cuma ada satu dua tempat saja yang masih bernyala. Bumbung Blok B habis musnah.
Nasib baik kebakaran ini berlaku semasa pelajar-pelajar bercuti. Hari ini adalah hari semua pelajar akan balik ke asrama. Syukurlah ia berlaku semasa tiada pelajar di sana. Asrama ini 3 tingkat dan yang terbakar ialah tingkat teratas sekali, yakni dorm pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalaulah ia berlaku waktu malam semasa pelajar-pelajar sedang tidur, tentu perkara lebih buruk akan berlaku. Syukur...syukur....
Anak Sheikh Sambal ada 2 orang bersekolah di sini. Dorm anak yang lelaki tingkatan 2 tidak terbabit sebab dorm dia di blok bertentangan. Blok perempuan ok, jadi anak sulung Sheikh Sambal boleh teruskan hidup di asrama tanpa gangguan.
Menurut Pengetua, pelajar lelaki yang rumah berdekatan akan berulang dari rumah setiap hari. Yakni, jadi pelajar harianlah. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah seperti Bintulu, Bekenu dan Limbang.
Tak kesah lah. Apa-apa pun yang penting pelajar-pelajar yang terbabit boleh meneruskan pembelajaran mereka. PIBG dan pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar tidak terganggu sangat pembelajaran dan kehidupan mereka.
Hairan... apakah hikmah dan pelajaran yang Allah nak sampaikan kepada kami. Rumah Sheikh Sambal baru terbakar ngam-ngam sebulan yang lalu, yakni pada 22/02. Ini 21/03, asrama anak pula yang terbakar. Semuga Allah jadikan ini sebagai kifarah dan faktor keampunan untuk kami sekeluarga dan warga SMKA Miri am nya.
Kita minta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan darurat untuk membina semula asrama yang rosak. Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. PM Najib dan KM Taib harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit. Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta. Itu sekolah. Bagaimana pula pakaian, buku-buku dan berangan peribadi pelajar tersebut. Kita minta pak-pak menteri ini memberikan bantuan segera kepada mereka.
Mungkin JAIS sebagai jabatan yang bertanggung jawab ke atas sekolah-sekolah agama di Sarawak segera menjadi penggerak kepada proses pembaikpulihan SMKA Miri. Ini sekolah agama. Tempat anak-anak kita belajar Quran dan Sunnah. Cepatlah kita bertindak. Jangan biarkan anak-anak kita menunggu-nunggu bila mereka boleh mengharungi hidup seperti biasa.

Kita ucapkan terima kasih kepada pasukan BOMBA yang bertungkus lumus memadam dan mengawal api dari terus merebak ke Blok A. Juga kepada para guru dan pelajar-pelajar dari Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) SMKA Miri yang menyedari kebakaran tersebut.

Juga kepada PAS Kawasan Miri yang membuat kutipan kilat untuk diserahkan kepada PIBG bagi meringankan penderitaan pelajar-pelajar yang musnah barangan peribadi mereka.



06 October 2009

Bencano Sini...Bencano Sano....!

Minggu lopeh rayo baru ni... memang minggu bencano. Bagi den sendiri, hari rayo ke- 3 ado bencano dalam keluargo...mak sedaro sakit mengojut, masuk sepital wad ICU dan meningal dunio esok eh. Tu bencano kocik dalam keluargo...
Dari bencano kocik tu datanglak bencano bosar. Gompo bumi kek Padang, Sumatera Barat. Lobih 1100 orang sah mati. Tu nangkoo kerajaan. Tak masuk lai yang hilang dan tetimbuih dalam tanah runtuh. Lobih 30 m dalam keno timbuih. Terkubur tak sompek kapan dan mandi... (semugo Allah ampunkan doso mereko...)
Yayasan AMAL Malaysia dah hantar pasukan untuk menolong sedaro maro kito kek sanun. Kerajaan Malaysia pun dah hantar pasukan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat. Semalam misi mencari dan menyelamatkan pun dah ditamatkan sobab dah 6 hari..sumo dianggap matilah tu... Sekarang misi menolong mangso yang hidup pulak.
Tak beberapo jam gompo bumi kek Indonesia, berlakulak gompo dalam Lautan Pasifik yang menyobabkan Tsunami di Samoa, American Samoa dan Tongga. Kemusanahan yang berlaku hampir serupa macam kek Acheh dulu.
Di Filipina Taufan Ketsana membadai Pulau Luzon dan Indochino. Habih Ketsana, datang pulak Taufan Parma bawak banjir dan kemusnahan. Tak habih Parma dah mulo pulak Super Typhoon yangmenghalo ko Taiwan dan Jopun.
India pulak 2, 3 bulan lopeh kemarau ...tup..tup minggu ni, 1juta orang terpakso dipindahkan sobab tompek yang kemarau tu..dah bah pulak!
Ado arang alim ponah bagi tau den , segalo yang menimpo dunio ni adolah sobab dari perbuatan manusia. Kok elok perbuatan manusio mako eloklah hasil eh. Kok buruk tingkah laku tu yang fasad fil ard tu.. mako bencano turun. bilo bencano turun abih semuo kono godam...baik abid atau alim, dongan ahli maksiat sekali kono gulung. Cumo besok kek akhirat, masing-masing poi tompek memasinglah...
Zaman dulu, Allah bagi bencana taraf maksima pado bangso yang engkar. Habih satu kampung atau daerah. Zaman sekarang pun samo gak...banjir bosar, tsunami, gompo, kemarau, tanah runtuh,jerubu, hutan terbakar, atau apo pun, tu sumo balo dari Allah. Ingatan dari Allah supayo manusio balik ke pangkal jalan.
Mano yang dah tersilap buek salah tu mintaklah ampun. Kok nak bertanding lai pun buleh, tapi janganla pulak menipu. Kang turun balo lagi!! Walaupun askar tak bulih poi mngundi cam orang lain, bagilah peluang orang lain bagi penorangan. Ni tak...asyik nak menipu jo kojo!! Aden takut satuyo....kok tsunami turun kek Podiksen.
Kok tak tsunami laut....tsunami undi pado PAS/PR... kan balo tu pado UMNO/BN!! Tak nak balo... SPR jangan cennekel...UMNO jgn main tipu!!

01 September 2009

Selepas Hujan Lebat - Bila Culvert Tak Cukup Menampung Air..

Hati-hati selepas hujan lebat. Jika terlihat ada pusaran air di tepi jalan itu mungkin mala petaka sedang membina. Seperti video klip di atas, walaupun jalan baru dengan culvert baru tetapi bila datang air begitu banyak, kapasiti tidak cukup untuk menampung kemaraan air. Mungkin culvert yang dibina tidak mengikut spesifikasi atau jurutera perunding salah design...

18 August 2009

Bila Topeng Jadi Barang Kawalan...

Kabinet akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan harga yang patut bagi topeng penutup hidung dan mulut dan akan menjadikan topeng itu sebagai barang kawalan. Begitulah hebatnya penangan Selsema Babi H1N1. Topeng dah jadi setaraf dengan gula, roti, beras dan lain-lain bahan keperluan penting masyarakat.

Topeng peunutup hidung/mulut (surgical mask) ini dulu harganya cuma RM0.40 sahaja sekeping, kini melambung tinggi harganya hingga sampai RM5 sekeping. Asalnya babi punya angkara topeng bodo ni pun boleh naik pangkat jadi bahan kawalan. Sehingga menteri-menteri kabinet terpaksa bermesyuarat untuk berbincang bagi mengawal harga dan pasaran topeng ini. Patutlah babi haram dalam Islam...(lihat posting SS tentang Angkara Babi)

Tak lama lagi mungkin akan dilahirlah sebuah syarikat GLC diberikan AP Khas untuk mengimpot topeng dan kerajaan akan memberikan status halal dan dicop 1Malaysia di atas topeng itu. Nama GLC itu mungkin saja "Syarikat Topeng Negara" atau STN. Dan kita tentunya mahu kerajaan berhati-hati terhadap pembelian saham syarikat STN oleh syarikat asing. Kita tidak mahu lagi kes Bernas terjadi pada STN.

Mana tahu Temasek Holding akan beli 50% saham STN. Bukankah liberalisasi yang dicanang PM Najib membolehkan ini berlaku. Kalau Temasek Holding sudah pegang saham yang besar dalam STN apa akan jadi pada kepentingan rakyat Malaysia untuk mendapatkan topeng. Nanti Temasek sesuka hati saja menyekat topeng diimpot masuk Malaysia. Ini boleh sahaja berlaku kerana Singapura kan sentiasa mencari pasal dengan kita.

Bayangkan kalau topeng tak ada atau mencukupi dalam pasaran, nanti lebih ramailah rakyat Malaysia mati kerana terkena virus selsema babi H1N1. Semua disebabkan STN jatuh ke tangan Temasek!. Aduh... mudah sekali Singapura nak ganyang kita!.

Permintaan topeng semakin bertambah dari hari ke hari. perniagaan topeng sangat lumayan. Elok juga STN menjenamakan topeng yang dipasarkannya sebagai Topeng 1Malaysia. Ungkapan 1 Malysia sangat popular sekarang. Tentu sahaja STN akan dapat menjual Topeng 1M dengan mudah. Bayangkan keuntungan yang akan STN dapat. Dengan keuntungan STN nanti, boleh sahaja menaja program melancong sambil belajar menteri ke Disneyland dan Eropah. Belajar bagaimana topeng muka 1M boleh dijual di sana pula. Satu misi MITI yang sangat teruja.

Jika ada saingan dari jenama lain, naikkan saja cukai dan levi. Jenama 1M katalah RM3 tapi jenama lain kan terpaksa dijual pada harga RM8.
(Oh ya... kalau anda ke Bangkok boleh saja mendapatkan topeng jenama yang sama pada harga RM0.40 )

Hai...topeng oh topeng.. angkara selsema babi kini kau berpotensi jadi mesin pembuat duit pula..

Mmmm... siapakah yang akan jadi CEO Syarikat Topeng Negara?? Anda jawab sendiri...





22 July 2009

Gerhana Matahari Melintas Asia


Gerhana Matahari yang terjadi hari ini adalah yang terpanjang masanya dalam kurun ini. Bermula dari Pakistan dan India merentas Benua Asia sehingga ke China dan Jepun dan tamat di kawasan Pasifik.
Dengan tamatnya gerhana hari ini maka terbuktilah bahawa dakwaan yang kononnya gempa bumi besar yang mengakibatkan Tsunami akan berlaku adalah BOHONG sama sekali. Khabar angin tentang Tsunami ini bertiup kencang selama beberapa bulan sebelumkejadian gerhana ini. Ramai orang yang terkesan dengna berita palsu itu sehingga menyebabkan tindakan yang tidak rasianal dilakukan seperti membeli bahan makanan untuk disimpan dan mencari tempat tinggi untuk lari dari tsunami khayalan itu.
Ramai yang tergangsu emosi kerana terlampau risau dan takut tsunami ala Acheh akan berlaku. Anak-anak tidak dibenarkan pergi sekolah kerana takut sekolah akan dilanda tsunami. Ramai yang bermaaf-maafan juga kerana bimbang maut disebabkan tsunami ini.
Seperti yang Sheikh Sambal tulis semalam, semua kebimbangan dan ketakutan ini tidak berasas. Hari jelas gerhana matahari yang kita lihat merentas asia sangat menakjubkan. Ia adalah salah satu tanda kebesaran Allah swt.
Di bawah ini Sheikh Sambal nukilkan gambar-gambar gerhana Matahari yang datang melawat Asia. Sekali lagi gerhana panjang seperti ini akan berlaku pada tahun 2132. Beruntungllah kepada orang-orang yang dapat melihat fenomena ini.





Berbagai-bagai gaya manusia rantau Asia menikmati keindahan fenomena alam ciptaan Allah.
Baby lihat gerhana, Jepun.

Anjing laut pun tak mahu ketinggalan tengok fenomena alam ini.

Sessi penerangan tentang gerhana matahari di China.

Melihat gerhana matahari di Jepun....canggih.

Gaya hensem sami Hindu tengok kebesaran Allah swt.

Awek Filipina, Chipsmore dan Gerhana.... mmmm..

Satu keluarga Melayu Mindanao tidak lepas peluang menikmati pemandangan gerhana. Solat sunat dah buat ke bang...?

Gelagat koporat Seoul dengan gerhana...

Manakala di Thailand... tiada tali, akar pun berguna...


"Ahh... kaca pun kaca lah..." ni di Hoabeng, China.

Menyaksikan gerhana secara berjemaah di Hong Kong...



Cincin permata alam.....

Gerhana di balik minar masjid di Bangladesh.


Penganut Hindu merayakan gerhana dengan mandi dan berdoa di Sungai Ghanges, India.



Melihat gerhana di Beijing.


Nota: Gambar-gambar di atas di petik dari sumber AP dan Reuters

21 July 2009

Tsunami 22 Julai 09 : Dakwaan PALSU!!

Sekarang kecoh satu Sarawak terutamanya di kawasan pesisir pantai Miri dan Bintulu kononnya satu Tsunami besar berlaku di Laut China Selatan. Email dan SMS bertiup kencang bak api semarak memakan lalang kering.
Ramai orang yang terpercaya dengan dakwaan KARUT ini. Ada yang telah menyimpan dan membeli barang makanan dan susu untuk anak2 sebanyak-banyaknya. Ada yang takut mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Kononnya kalau Tsunami berlaku biarlah dihadapi bersama. KALAU NAK MATI BIARLAH BERSAMA! Ya!! Sehingga begitu sekali!!.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."
( al-Qur'an, al-Hujurat ( 49 ) :6 ).
Dari awallagi sejak email Tsunami ini muncul dalam inbox penulis pada awal May 09 dulu, penulis istiqamah menyatakan bahawa ini adalah berita palsu.
Mengapa ia palsu?
1. Kerana ia adalah email yang di'forward'kan banyak kali. Jadi ia tiada kredibiliti.
2. Kerana berupa dakwaan benda akan datang. Hanya Allah swt Ta'ala sahaja yang tahu perkara yang akan datang. Cara email itu ditulis seperti penulisnya adalah tuhan!
3. Saintis terkemuka telahpun menyanggah dakwaan palsu ini.. lihat sini..
4. Cara email ini ditulis hanya dengan tujuan untuk menakut-nakut orang ramai. Orang yang beriman sepatutnya tidak terpengaruhi dengan perkara seperti ini.
5. Dakwaan tersebut adalah berdasarkan gerhana matahari penuh yang akan berlaku besok di China. Tarikan graviti akan berada di tahap maksima dan ketika inilah kononnya akan berlaku gempa bumi besar yang menyebabkan Tsunami... Tahukah anda bahawa gerhana matahari dan bulan berlaku setiap tahun dan tidak pernah pun menyebabkan gempa bumi walaupun kecil. Tarika memang berlaku tetapi hampir tidak dirasai sebenarnya.
Brian Shiro, seorang saintis dan ahli geology, dalam menangkis dakwaan ini mengatakan...
" While researchers have and continue to investigate any (weak, if any) relationship earthquakes have with the tides, the scientific consensus is that great earthquakes cannot be triggered by the very weak tidal forces imposed on them, even when these forces are at their maximum during eclipses. (Tiny earthquakes may sometimes correlate with the tides, but those are never dangerous and certainly not tsunamigenic.) The July 22 prediction is simply speculation and is NOT based on science. This type of hoax preys upon people's fears and spreads unnecessary and perhaps even dangerous false alarm. "
Sheikh Sambal ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak mempercayai dakwaan tsunami palsu ini. Jika anda mempercayainya maka sesungguhnya anda tertipu!!

26 May 2009

Wajah-Wajah Perang Di Pakistan

Graphic showing camps for internally displaced persons in Pakistan and areas worst hit by recent fighting between government troops and Taliban militias.(AFP)
Internally displaced girls, fleeing a military offensive in the Swat valley region, cook outside their family tent at the UNHCR (United Nations High Commission for Refugees) Jalozai camp, about 140 km (87 miles) north west of Pakistan's capital Islamabad May 24, 2009. Street fighting erupted in the main town of Pakistan's Swat valley on Saturday as security forces mounted a new phase of their offensive against Taliban militants, the military said.

Saving his family from the ravages of war. Fleeing the ongoing offences by the military is the only way to safety.
Pakistani displaced people line up as they wait their turn during a food distribution at Chota Lahore Refugee Camp in Swabi, Pakistan, Sunday, May 24, 2009. Hundreds of thousands of Pakistanis have fled fighting between the army and Taliban militants in a northwestern valley, raising the risk that public support could turn against an offensive Washington sees as a must-win battle
An internally displaced boy, fleeing a military offensive in Buner, plays outside his family tent at the International Aid Foundation refugee camp in Swabi district, about 120 km (75 miles) north west of Pakistan's capital Islamabad
An internally displaced girl, fleeing a military offensive in the Swat valley region, holds a pitcher with drinking water at UNHCR (United Nations High Commission for Refugees) Jalozai camp, about 140 km (87 miles) northwest of Pakistan's capital Islamabad May 25, 2009. Pakistani soldiers were moving from house to house on Monday as they battled militants in the main town in the Swat valley and were expected to take at least a week to secure it, the military said
Will there be food left for us??
Pakistani displaced children wait their turn during a food distribution at Jalozai refugee camp in Peshawar, Pakistan
Pakistani displaced children run behind a truck a they try to get their ration, during a food distribution at Jalozai refugee camp in Peshawar, Pakistan, Monday, May 25, 2009.
A resident of Pakistan's troubled Valley of Swat, Shahida Bibi, 23, who fled fighting in her hometown, shows her photograph which reads 'before an accident', in a house of her relatives in Rawalpindi, Pakistan on Friday, May 22, 2009. Bibi badly burnt her face and hand during a bomb striking her home, turning everything to ashes last year. Bibi complains that she cannot close her eyes due to stress and finds it difficult to have a peaceful night's sleep. (AP Photo/B.K.Bangash)

>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Perang ini adalah perang untuk memenuhi tuntutan Amerika. Inilah janji Obama bila beliau jadi Presiden AS, bahawa bala tentera AS akan bertumpu ke Afghanistan dan Barat Laut Pakistan untuk memusnahkan Taliban (Tentera Islam yang berserban hitam).
Nampaknya tidak perlu AS melepaskan tenteranya di sana tetapi Pakistan sendiri mengerahkan tentera untuk memerangi rakyat sendiri di Swat dan kawasan sekitarnya. Dengan hanya gula-gula bantuan kewangan, Presiden Asif Ali Zardari bergegas pergi membunuh orang Islam di Lembah Swat. Berjuta orang awam terpaksa lari menyelamatkan diri. Pasarana dan ladang musnah.
Mahukah AS memberi duit untuk membangunkan semula kawasan yang musnah? Alasan yang akan digunapakai adalah jika pasarana dan ladang dibina semula, Taliban akan kembali meengambil kesempatan.
Rakyat marheinlah yang sengsara. Kanak-kanak Pushton (penduduk peribumi kawasan sempadan Pakistan Afghanistan) telah lama menderita dihimpit kemiskinan dan kini ditambah lagi dengan bala bencana perang di Lembah Swat pula.
Sejahat-jahat Presiden Musharaf dulu pun tidak pernah memerangi rakyat sendiri secara besar-besaran.. India pasti tersenyum senang kerana kaum yang boleh menyusahkannya jika perang Pakistan-India meletus, sedang diperangi oleh bala tenteri sendiri.
Yayasan AMAL Malaysia harus menghantar sukarelawan segera untuk membantu pelarian yang semakin parah untuk meneruskan kehidupan mereka.
Sheikh Sambal