Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

23 March 2010

Ada Tangan Luar Yang Mendalang!

TS Musa Hassan kata ada pihak ketiga yang pandai-pandai arah polis buat itu ini. Betul ke? Baru sedar sekarang? Dulu pantang berdetik sikit orang UMNO polis terus melompat. Maka banyaklah ceramah parti pembangkang kena kacau dek polis. Alasannya ketenteraman awam. Anihnya bila dibawak ke mahkamah tak ada satu pun polis menang. Kes Mat Sabu ceramah di N9 dulu, buang kes. Akta Polis yang digunkan tak boleh pakai, sebab memang tak menganggu ketenteraman awam pun. Ceramah dalam premis persendirian.
Begitulah yang berlaku di Hulu Langat semasa Sheikh Sambal bergiat di sana dulu. Berapa kali polis datang kacau ceramah Pas yang dibuat di markas dan kawasan persendirian. Semuanya kerana ada orang ketiga yang tak senang PAS berceramah. Lalu polis pun dikerah untuk pergi kacau. Suasana aman jadi tak aman bila polis pula menunjuk terer.

Dalam pada itu kes jenayah yang berleluasa sana-sini terbiar tak selesai. Kes Nurin sampai sekarang tak selesai. Rompak dan samun semakin menjadi. Polis disibukkan dengan tekanan pihak ketiga. Siapa mereka ini. KDN perlu jawab, jangan beretorik melampau sangat. Jangan cakap saja. Tolong basmi pihak ketiga ini!!!

04 March 2010

Lawak Musa: Polis Tiada Kaitan Dengan Parti Politik

Polis tiada konspirasi dengan parti politik - Musa
04/03/2010 3:51pm
PULAU PINANG 4 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.
"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional.
Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang. -
Bernama
*************************
Malam tadi SS borak-borak dengan seorang pemerhati politik yang sangat rapat dengan ramai poliTIKUS BeEND. Kami borak pasal Kes DSAI dan kes-kes ramai ahli politik lain. Maklumat yang SS dengar amat berlainan dari lawak Musa. Tapi, ialah cakap kuda dengan penunggang mana sama. RPK tentu gelak pecah perut. Hurrmmmm...... :{)=
.

02 February 2010

Gaji Naik......Rasuah Turun?

Utusan Online
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan akan mengumumkan kadar baru gaji dan elaun anggota polis berpangkat sarjan ke atas, yang mampu meningkatkan taraf hidup anggota pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok.
Melalui skim gaji dan elaun baru tersebut, pegawai polis berpangkat inspektor dijangka menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula bakal menikmati imbuhan lebih RM2,000 sebulan.
Kenaikan terbesar melibatkan inspektor baru yang akan menerima gaji permulaan RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini, di samping kenaikan beberapa imbuhan lain seperti elaun rumah dan elaun sara hidup.
Pemegang diploma dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500. Gaji pangkat sarjan sebelum ini ialah RM890.
Peningkatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2009. Dengan pengumuman kenaikan itu, kesemua anggota dan pegawai terlibat bakal mendapat ‘durian runtuh’ melalui bayaran tunggakan bermula tarikh tersebut.
Hishammuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara itu esok.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, anggota polis berpangkat sarjan, inspektor dan pegawai kanan akan menerima kadar gaji dan elaun yang tinggi melalui skim gaji baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Laporan itu menyebut, skim gaji baru itu telah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan disokong oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan PDRM.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi tidak menafikan atau menidakkan laporan tersebut sebaliknya enggan memberikan ulasan lanjut.
“Jika apa yang dilaporkan akhbar itu benar, benar lah. Jika tidak benar, maka tidaklah.
“Saya tidak boleh ulas lanjut. Tunggulah sidang akhbar yang akan diadakan.
“Perkara itu (kenaikan gaji dan elaun) masih dalam perbincangan dengan pegawai-pegawai,” katanya.

......>>>>>>>>>>>>>..........<<<<<<<<<<<<<.........

Apasal gaji sarjan ke atas saja naik? Kenapa gaji konstabel biasa tidak naik? Walhal konstabel tulah yang jadi kaldai buat kerja. Kalau gaji sarjan dulu RM890 sebulan gaji kopral dan lans kopral berapa? Gaji konstabel biasa pasti lebih lebih lagi murah. Patutlah abang polis selalu dikatakan buat 'operasi' cari makan. Gaji tak cukup untuk tampung kehidupan di Malaysia raya ini.
Hishamudin a.k.a Kerismudin sepatutnya menaikkan juga gaji polis dari Inspektor ke bawah bukan dari Sarjan ke atas. ASP, DSP, KPN dan tah hapa-hapa lagi pangkat polis di atas nun dah tentunya bergaji besar. Lagi sekali inilah hadiah Kerajaan BN kepada abang-abang polis yang selalu jadi kaldai tunggangan.
Pantang ada demo aman sikit, polis di kerah 'jaga' keamanan. Yang ramai 'bergadai nyawa' adalah Inspektor ke bawah. Dengan kereknya mereka akan mencota mana-mana pendemo yang berani sanggah mereka. Tup-tup yang naik gaji ialah Sarjan ke atas.Yang tukang kejar orang 'jahat' tu gaji dok tahap tu jelah.
Sudah sampai masanya polis pangkat bawahan ini dinaikkan gaji mereka di atas tahap miskin. Setiap konstabel biasa patut dapat gaji minima RM1500.00 sebulan. Dengan cara ini maka akan kuranglah 'operasi cari makan' para polis-polis ini.

Jangan nak nafikan. Polis mintak rasuah tepi jalan adalah rahsia yang terbuka. Semua orang tahu. Sampaikan pantang saja ada 'roadblock' orang ramai dah mula menyangka itu polis (atau JPJ) sedang cari makan. Padahal mungkin saja mereka sedang dalam 'hot pursuit' penjahat yang dikehendaki.
Sebab apa polis (atau JPJ) terpaksa 'cari makan' tepi jalan? Sebab kesempitan hidup. Gaji kecik. Duduk bandar. Belanja besar. Anak-anak sekolah. Semua mau pakai duit. Usaha iman di dalam jabatan pula kurang. Dosa rasuah macam lalat hinggap di pipi saja. Kipas-kipas lari. Buat lagi.

Oleh sebab gaji naik hanya untuk sarjan ke atas saja, maka kehidupan polis biasa takkan berubah. Bahkan akan bertampah teruk keran moral jadi rendah disebabkan tak dapat kenaikan gaji seperti bos-bos yg pangkat besar. Maka 'cari makan' tepi jalan akan berjalan seperti biasa demi untuk mengisi perut dan keperluan hidup.

Najib perlu adil dengan seluruh jentera kerajaan. Upah yang perlu diberi juga pada orang bawahan. Jangan kira orang yang berpangkat sahaja.! Selagi itu tidak berlaku...ungkapan Satu Malaysia itu hanyalah pemanis mulut sahaja, nafasnya tetap busuk.



.


.


31 December 2009

Polis & Pesta Tahun Baru

Polis di Pulau Pinang akan turun padang untuk mengawal orang ramai yang berpesta sakan menyambut tahun malam ini. Polis tidak mahu peristiwa ahli RELA kena belasah oleh kaki parti (party revellers) semasa sambutan malam Krismas 24 Disember lepas. Dalam peristiwa itu beberapa anggota RELA telah dibelasah dengan topi keledar oleh pemuda-pemuda liar yang berseronok meraikan malam Krismas.
Itulah semangat Satu Malaysia, merayakan semua hari besar semua kaum dan berseronok membelasah polis dan RELA semua kaum.
Kali ni Polis dan RELA tak rela diperbudakkan oleh geng mabuk pesta ini. 4000 anggota Polis telah bersiap sedia untuk menggempur kalau mereka berani kacau Polis.
Siapa yang ajar budak-budak ni bertindak ganas? Minuman keras dan tapak pesta telah tersedia. Mereka pun gunalah. Bila dah mabuk, apa pun mereka berani buat. Nasib baik tak mati anggota RELA hari tu.
Malam ini pesta tahun baru ada di merata pelusuk tanahair. Letihlah polis dan RELA. Jangan sibuk jaga orang sedang berpesta sehingga keselamatan rakyat lain tergugat. Seperti dulu, bila polis sibuk mengacau dalam perhimpunan aman di ibukota, tempat lain tertinggallah. Maka sang perampok dan peragut berpesta juga.
Pada orang-orang yang mahu berpesta malam ini ingatlah sikit. Janganlah sampai menyusahkan orang lain. Kalu kamu nak minum jangan tempat awam. Pergi minum tempat yang Tuhan tak nampak!. Nanti bila mabuk taklah menyusahkan orang lain.!!
Kepada abang-abang Polis dan RELA bertugaslah dengan adil dan saksama. Janganlah Perhimpunan BERSIH sahaja kamu siram air asid, perhimpunan pesta-pestaan ini pun elok disiram mamat-mamat yang mabuk dan tak tentu akhlak tu!!

07 August 2009

Demo Jalanan Termahal Atau Peluang Untung Yang Dilucutkan??

Dah beberapa hari Sheikh Sambal tak kemaskinikan blog ini. Tiada alasan apa-apa cuma terlampau banyak fikir dalam kepala hingga tak tau mana satu yang nak ditulis, jadi langsung tak tertulis.

Hari ini SS nak tulis apa yang terbuku dalam kepala SS.

Menteri Wilayah Raja Nong Chik kata Demonstrasi pada hari sabtu lepas adalah yang termahal, iaitu menjangkau RM200 juta. OOoomak aaaaii....!!! Banyak tu! Kalau bagi SS sure tak payah kerja sampai 7 keturunan.

Soalan pertama datang ke kepala otak SS ialah... dari mana Raja Nong Chik dapat jumlah tu? Hari Sabtu demo, hari Ahad dah bagi anggaran RM200juta. Buat anggaran memang boleh tapi biarlah yang 'berpelajaran' (educated estimate). Biar ada asas sikit seperti jumlah kedai yang tutup, kerugian yang dihadapai dan berapa lama masa ia berlaku.

Apa yang sebenarnya Raja Nong nak buat ialah mensensasikan kerugian yang kononya disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Betul apa yang SS fikir... selepas Raja Nong keluarkan statement begitu, semua media dalam Malaysia mensensasikan isu rugi RM200 sebagan-bagannya.

Maka adalah Persatuan Penjaja UMNgok meenghantar memorandum kepada PM agar bisnis mereka dilindungi dari demo jalanan. Ada juga UMNgok pelawak yang memfailkan tuntutan kerugian beratus juta kepada penganjur demo. Bodo!!

Sebenarnya Demonstrasi Jalanan boleh dan akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnis di tempat demo itu dijalankan, dengan syarat lembu-lembu kepala merah ditambat di balai-balai. Jangan kasi keluar.

Jika polis menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan secara benar (bukan tembak pemedih mata, pancut air berkamikal, tangkap orang sana-sini dll..) semua bisnis di sekitar KL akan mendapat keuntungan besar berbanding dari hari biasa!!.

Bgaimana ini mungkin. Ha ha...begini...

Pada hari itu para pendemo dari segenap pelusuk negara datang ke KL. Katalah 100 ribu orang datang. Katalah setiap seorang akan berbelanja untuk makan minum sebanyak RM10. Maka bisnis makan minum/restoran di KL akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1juta.

Perhimpunan aman ini sepatutnya bermula pada pukul 2ptg dan selesai memberi memorandum di Istana Negara pada pukul 4ptg. Ok. Akan ada kesesakan lalu lintas sebab jalan dari TAR ke Istana akan ditutup. (Di sinilah polis sepatutnya memainkan peranan bagi mengurangkan kesesakan dengan mengarah tafik ke jalan-jalan alternatif). Tetapi KL memang dah biasa sesak...disebabkan jalan tutup oleh macam-macam festival di KL sana.

Seusai demo dan penghantaran memorandum pada pukul 4 ptg ke manakah orang-orang yang datang untuk berdemo itu pergi? ha ha...betul. Tentulah mereka akan bertaburan di seluruh KL untuk membeli-belah. Kan bulan raya dah nak dekat, maka masa inilah sesuai untuk membeli-belah barang-barang dan pakaian untuk persiapan hari raya.
Katalah 80,000 yang datang orang Melayu dan setiap seorang akan membelanjakan RM100 untuk membeli belah persiapan raya. Maka, RM8juta nilai transakasi akan berlaku. Itu RM100, kalau RM500 ringgit, amacam? Sudah tentu Indon yang jual kain di Arked TAR tu tersenyum sampai ke telinga. Sudah tentu mereka minta lagi banyak demo diadakan di tempat mereka!!.

Bagaimana pula teksi, bas dan LRT? Sudah tentu semuanya akan mendapat tempias daripada 100,000 pendemo yang datang ke KL.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak kedai ditutup awal kerana takut terkena pancut dan gas pemedih mata lembu kepala merah. Juga takut kedai mereka dijadikan tempat perlindungan oleh mereka yang lari dari buruan lembu-lembu tersebut. Jadi siapakah yang sebenarnya menyebabkan kerugian kepada para peniaga di sekitar Kuala Lumpur? Lembu atau pendemo?

Dan bukankah Najib dan kerajaan BN/KDN yang mengarahkan polis bertindak ganas pada hari tersebut. Maka merekalah yang patut disaman bukan GMI atau mana-mana organisasi atau individu yang menyertai demo pada hari Sabtu, 1 Ogos lepas. Pendemo itu hanya datang untuk menghayati hak demokrasi mereka sambil membeli-belah di Kotaraya Kuala Lumpur.

I rest my case....
Sheikh Sambal.

17 July 2009

The Wrath Of The "Powerful"

Yesterday the setpol for Selangor Exco Ean Ean Yong Hian Wah was found death at SPRM Selangor. He was taken to the SPRM office for questioning regarding the accusation of misuse of state government fund for ADUN among the PR legislators.

Now let our police carry out the proper investigation to find out what realy happened to the late Teo Beng Hock, 30.


There is something fishy about the whole episode. The sudden spates of investigations came after Khir Toyo and his gang were suspended from the DUN with all benefits of an ADUN revoked during the suspension time which is from 6 to 12 months.


ADUN and MP have allocations from the government to distribute in the constituency in the interest of the rakyat welfare. RM500k is allocated to each ADUN every year. The money shall be used to help the communities the serve regardless of political inclination or class.


Misappropriations of the fund happen and investigation must be conducted and if found guilty, the person or persons in charge must be penalised. However, selected prosecutions must not be practised.


If SPRM wants to investigate, do go ahead but investigate also the various reports submitted by the opposition during the Khir Toyo era. Why only now the SPRM (formerly BPR) acts so promptly to reports but previuoly did not. What happen to the many documents submitted by one Ahmad Lotfi accusing Khir Toyo corrupt practices.


Wah... when Khir Toyo and his men were sentenced to 6-12 moths suspension, suddenly SPRM swing into action to start investigation on PR Wakil Rakyat. Was SPRM acted on demand of revenge by certain quarters??


Let us be fair, Mr SPRM. Please continue your investigations on the PR ADUNs but also open your investigation on the fund distributions during Khir Toyo MB terms. From what we gathered when PR took over the Selangor state government in March 2008, the funds were nearly finished. In 3 months RM500k allocations for each ADUN were nearly dried up. In 3 months!. BN ADUNS must be very efficient in distributing these monies, yeah!.


SPRM must not let themselves to be a tool for UMNO to get even on the PR. Is this UMNO revenge?


There is a very good read from Malaysia Today. Check out what happend according to RPK report.






21 May 2009

Update Cerita Anak RPK - Ujian Dari Langit.

Membaca posting terbaru dari RPK sebentar tadi membuat saya berfikir. Ujian Allah datang dalam banyak cara. RPK berjuang menentang rasuah, korupsi dan apa saja yang zalim. Di kala perjuangannya berpuncak, datang ujian yang menguji segala prinsip yang dipegangnya. Seorang anak lelakinya, Raja Azman, yang telah meninggalkan keluarga sewaktu masih sekolah menengah rendah dan memilih hidup sendiri telah telah ditangkap polis kerana mencuri.
Menurut RPK bliau telah diberikan peluang untuk membebaskan anaknya dan isu itu disenyapkan jika dia sanggup negotiate dengan pihak polis. Itulah ujiannya. Jika RPK menerima syarat itu dan bayar apa yang patut tentu anaknya akan bebas dan namanya akan terhindar dari dimalukan. Maka akan jadi hipokritlah RPK. Cakap berdegar-degar hapuskan rasuah tapi diri sendiri terpalit.
Maka RPK memilih untuk tidak mengadaikan prinsip yang diperjuangkannya. Dan RPK terpaksa menghadapi kemelut dimalukan serata dunia oleh perbutan anaknya. Nampaknya, RPK telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya. Jika tidak calang-calang orang menghadapi keadaan begini, sudah tentu memilih untuk menutup kea'iban keluarga dan bayar saja berapa pihak itu minta.
Semalam Sheikh Sambal telah menulis mencurigai penangkapan Raja Azman dan pengakuannya atas kesalahan mencuri. Hari ini, berita itu sah setelah membaca artikel RPK yang meminta maaf pada bangsa kerana kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.
Memang kita terkesan dengan peristiwa ini tetapi nampaknya sekali lagi RPK menunjukkan jalan lurus yang patut diambil oleh setiap pejuang kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit, ia sebenarnya adalah ubat yang paling mujarab. Syabas RPK. Teruskan usaha murni anda. Raja Azman, semuga ini menjadi titik tolak menuju ke kebaikan.

19 May 2009

Anak RPK Pencuri?....Tak Masuk Akal Aku!!

Berita gempar hari ini antara lain ialah anak Raja Petra Kamarudin, Raja Azman 32, mengaku bersalah di Mahkamah Majestrit kerana mencuri. Tak dengar pun beliau kena tanggap tiba-tiba dah di dakwa di Mahkamah. Dalam Buletin Utama tadi dikatakan beliau tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
Kita tidak mengira siapa. Undang-undang adalah untuk keadilan. Jika benar beliau bersalah, jatuhkanlah hukuman. Soalannya kenapa beliau tidak diwakili oleh seorang peguam? Kita pasti ramai peguam di luar sana yang mahu memberikan pembelaan kepadanya jika diminta. Tapi kenapa beliau tidak ada peguam? Sengkek sangatkah keluarga beliau yang dikira masih ada talian kuat dengan Istana Selangor?
Kita amat curiga dengan perkembangan ini. Ayah beliau, RPK, sangat tajam mengkritik kerajaan dan jentera nya terutama jabatan Polis. Boleh dikira Ketua Polis Negara telah menjadi musuh nombor wahid RPK bila beliau menulis tentang kebejatan PDRM. Adakah peristiwa mutakhir ini adalah usaha pihak tertentu untuk memaksa RPK balik ke Malaysia dan mengahadapi segala tuduhan terhadap beliau di Mahkamah?
Air muka Raja Azman dalam Buletin Utama tadi nampak seperti orang yang amat bingung. Hah? Apa yang telah berlaku semasa soalsiasat polis? Turning over? Kita pernah dengar cerita turning over di Mahkamah tidak lama dulu. Munawar dan adik angkat Anwar Ibrahim pernah juga mengaku di Mahkamah atas kesalah diliwat Anwar.
RPK adalah seorang yang berprinsip tinggi. Sifat dan sikapnya memusuhi jenayah amat ketara. RPK dapat didikan itu dari ayahnya Raja Kamarudin Bin Raja Tun Uda. Logiknya pastilah didikan yang sama terturun sama ke atas anaknya pula. Ialah.... dalam setandan kelapa pasti ada yang komeng dan tak menjadi. Tapi sifat yang buruk begitu akan terhebah dengan sendirinya bila RPK jadi popular. Tapi tak pernah pula kita dengar cerita buruk anak-anak RPK. Ah... mungkin yang ini pandai simpan rahsia...entahlah... umur 32 tahun jadi pencuri jalanan? (a common thief? can't really buy that!)

Apanak jadi dengan dunia?....... :(

24 March 2009

Gantung Harakah, Amuk Polis Dan Ganggu Gugat Majlis PR

UMNO sangat tersepit kini. Dalam kelam kabut menghadapi Perhimpunan Agung yang sarat kontroversi rasuah, pilihanraya kecil yang kritikal dan proses peralehan kuasa yang masih dicurigai, UMNO menggunakan pendekatan yang mereka faham, kekerasan dan sekatan.
Sejak semalam Harakah dan Suara Keadilan telah digantung selama 3 bulan. Arahan KDN itu menggunakan sebab-sebab teknikal sebagai alasan.
Semalam juga telah diishtiharkan bahawa YAB Nizar adalah calon Bukit Gantang. Maka bertambah keecutlah UMNO/BN bila 30,000 orang rakyat menghadiri permashuran tersebut. Dan di Bukit Selambau polis menembak 50 das gas pemedih mata dan pancutan air kepada 5000 rakyat yang berhimpun untuk mendengar ceramah DS Anwar.
Satu sifat haiwan ialah apabila berada dalam keadaan sukar (tersepit, cedera, terperangkap dll) ia akan menjadi garang untuk melepaskan diri atau untuk hidup. Keadaan yang sama sedang berlaku kepada UMNO/BN sekarang....

09 February 2009

Pesta Laporan Polis

Utusan Online melaporkan 34 laporan polis dibuat terhadap Karpal Singh dan DS Nizar oleh berbagai pihak yang mendakwa Karpal dan DS Nizar derhaka kepada Sultan Perak. Pihak polis berjanji akan mensiasat perkara itu. ''Polis memberi jaminan akan membuat siasatan bagi memastikan kes tersebut dapat diselesaikan segera,'' kata Ketua Polis Negeri, Datuk Zulkifli Abdullah kepada Utusan Malaysia.
Maka bertambahlah tugas PDRM. Laporan polis terhadap UMNO yang menderhaka terhadap Sultan Terengganu dulu masih belum selesai, kini datang lagi 34 laporan polis berkenaan perkara derhaka kepada Sultan. Kalau ikut first come first serve rule, siasatan polis terhadap derhaka UMNO di Terengganu mestilah diselesaikan dulu. Precedent sudah ada di Terengganu maka mudahlah polis Perak menyiasat.
Polis mesti berlaku adil. Jangan kerana UMNO semua halal tetapi bila Pakatan semua jadi haram!!.

13 January 2009

Nak Jaga Keselamatan Ke Apa?

Berita dari Harakahdaily mengatakan anggota polis ditambah lagi 2ooo menjadi kesemuanya 12ooo anggota polis dalam satu bandar Kuala Terrengganu. Bunyinya macam Polis pulak yang nak pergi mengundi. Ataupun seperti ada projek besar polis dalam PRK Kuala Terengganu ini. Seramai itu polis tentunya menambahkan lagi gawatnya suasana di KT. Pengempen dari BN dan PR pun dah bersesak-sesak, polis pulak tumpang sekaki.

Kita faham tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan. Pilihanraya kecil kali ini adalah penentu arah tuju politik kedua-dua belah pihak. Tetapi seramai itu polis yang dikerah nampak seperti KPN 'overdo' apa yang sepatutnya. KT pernah ada pergeseran dengan polis dalam insiden Batu Burok. Sedikit sebanyak dendam masih ada di antara kedua belah pihak. Kita takut ada provokasi yang boleh meletuskan suasana huru-hara.

Orang-orang Malaysia adalah bangsa yang matang. Amat susah bagi kita untuk merusuh tidak tentu pasal. Kita bukan Ghana atau Zimbabwe. Waima, Indonesia sama sekali. Pantang ada sedikit provokasi maka akan turun berduyun-duyun kejalanan membawa parang dan kapak. PDRM sepatutnya kenal benar dengan mentaliti orang kita. Jadi apa perlunya anggota polis seramai itu untuk menjaga satu bandar yang tidak sebesar mana dalam satu pilhanraya kecil yang rutin sifatnya.

PR komited untuk menjaga keamanan dan begitu juga kata BN. Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan akan ada huru-hara. Jadi apa perlunya jumlah yang terlalu ramai. Kadar jenayah di merata tempat dalam negara ini meresahkan kita. Adalah lebih produktif untuk polis kita dikerah untuk menyifarkan kadar jenayah dari menebeng di tempat-tempat mengundi yang disesakkan dengan kehadhiran mereka.