Showing posts with label Istana. Show all posts
Showing posts with label Istana. Show all posts

23 March 2010

Konon Hina Istana: Antara PR Dengan BN

Di Dewan Rakyat DSAI dituduh hina Agong dan Sultan Perak (lihat sini) Di DUn Selangor pula Awang Selamat dan akhbar UMNO Utusan Malaysia pula didakwa berlaku biadab kepada Sultan Selangor (lihat sini). Kedua-dua tempat ini adalah tempat yang mulia dan andaian penghinaan juga kepada institusi yang mulia. Tapi apa beza antara kedua-dua peristiwa ini?
Di Dewan Rakyat, DSAI mempertikaikan prosedur penyediaan titah Baginda YDP Agong. Memanglah akhirnya jadi titah baginda tetapi ia ditulis dan disediakan oleh kerajaan BN. Secara halus pula menyebabkan baginda membaca dan minta rakyat contohi PM Najib. Inilah yang didakwakan bahawa DSAI hina Agong.
Di DUN Selangor pula, satu usul akan dibangkitkan untuk mengecam Utusan dan Awang Selamat kerana mengkritik Sultan Selangor kerana membatalkan kehadhiran baginda merasmikan mesyuarat agong pertama PERKASA (baca: perkosa..hic!).


Kelmarin, menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Awang Selamat didakwa membayangkan bahawa kesediaan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir di mesyuarat agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Sabtu ini - walaupun sibuk- adalah lebih baik daripada keputusan Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran baginda di majlis itu.
Kalau kita tengok komplen DSAI ialah tentang prosedur penyediaan titah baginda YDP Agong. Bukan secara lansungnya mengkiritik baginda YDP Agong. Tetapi Awang dan Utusan secara terang membidas Baginda Sultan Selangor dan memuji Tun M. Bukankah Tun M juga yang menjadi pencetus krisis istana dengan kerajaan dulu pada hujung tahun 1980an. Sehingga Sultan-Sultan Melayu dijatuhkan maruah, dicerca sebegitu rupa media cetak dan eletronik dalam konspirasi untuk menghilangkan imuniti pihak Istana. Tun M dan UMNOlah punya kerja. Sekarang PERKASA, yang didalangi UMNO pula bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Institusi Istana kunun.


Apa yang berlaku di Perak seperti itulah julung-julung kalinya konon rakyat menyanggah Sultan. Bukankah rakyat meminta hak mereka untuk memperbaharui mandat kerajaan Negeri Perak. Bukannya mahu meminggirkan Istana atau meruntuhkan Istana. Tidak sama sekali. Dengan berbuat begitu sebenarnya Istana akan lebih sayang dan disanjungi rakyat jelata.


Eh...yang hairannya, yang berlaku di Terengganu sampai maki YDP Agong, "Natang" tu PERKASA tak bela? Begitu yang berlaku di Perlis, bila UMNO sanggah Sultan kerana Istana Perlis tak perkenankan Shahidan, PERKASA tak berdemo pun. Oh..mungkin masa tu PERKASA belum lahir lagi. Jadi dia tak boleh dipersalahkan. He he he.... tapi orang kuat dalam PERKASA tu semua ada depan mata Istana masa tu kan...


Pun begitu, Ibrahim Ali dan PERKASA tak nak buat demo bantah Utusan dan Awang Selamat kah? Marahlah kepada Awang Selamat dan Utusan kerana menghina Sultan Selangor. Tapi...Oh tak iya...manalah PERKASA mahu, dah Sultan tak mahu datang majlis dia...takkan hidung tak mancung, nak sorong-sorong pipi pula...tahu pula malu.


Ohya.....gerai Melayu diroboh di Labu, negeri Sembilan (lihat sini) sebab nak bagi laluan pada Program JUARA Umno, PERKASA lupa nak berdemokah? Atau sebab kat Negeri Sembilan ni Melayu punya gerai bukan mamak Melayu punya gerai. AAhhh..yang sebenarnya PERKASA cuma alat UMNO. Apa-apa saja yang boleh buat rakyat kepada benci Kerajaan PR dia akan tunggang habis-habisan. Tapi bila Kerajaan UMNO/BN yang buat kerja, senyap menikus macam tak dak telur!.... Chit! Pooodah!!



..

07 August 2009

Demo Jalanan Termahal Atau Peluang Untung Yang Dilucutkan??

Dah beberapa hari Sheikh Sambal tak kemaskinikan blog ini. Tiada alasan apa-apa cuma terlampau banyak fikir dalam kepala hingga tak tau mana satu yang nak ditulis, jadi langsung tak tertulis.

Hari ini SS nak tulis apa yang terbuku dalam kepala SS.

Menteri Wilayah Raja Nong Chik kata Demonstrasi pada hari sabtu lepas adalah yang termahal, iaitu menjangkau RM200 juta. OOoomak aaaaii....!!! Banyak tu! Kalau bagi SS sure tak payah kerja sampai 7 keturunan.

Soalan pertama datang ke kepala otak SS ialah... dari mana Raja Nong Chik dapat jumlah tu? Hari Sabtu demo, hari Ahad dah bagi anggaran RM200juta. Buat anggaran memang boleh tapi biarlah yang 'berpelajaran' (educated estimate). Biar ada asas sikit seperti jumlah kedai yang tutup, kerugian yang dihadapai dan berapa lama masa ia berlaku.

Apa yang sebenarnya Raja Nong nak buat ialah mensensasikan kerugian yang kononya disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Betul apa yang SS fikir... selepas Raja Nong keluarkan statement begitu, semua media dalam Malaysia mensensasikan isu rugi RM200 sebagan-bagannya.

Maka adalah Persatuan Penjaja UMNgok meenghantar memorandum kepada PM agar bisnis mereka dilindungi dari demo jalanan. Ada juga UMNgok pelawak yang memfailkan tuntutan kerugian beratus juta kepada penganjur demo. Bodo!!

Sebenarnya Demonstrasi Jalanan boleh dan akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnis di tempat demo itu dijalankan, dengan syarat lembu-lembu kepala merah ditambat di balai-balai. Jangan kasi keluar.

Jika polis menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan secara benar (bukan tembak pemedih mata, pancut air berkamikal, tangkap orang sana-sini dll..) semua bisnis di sekitar KL akan mendapat keuntungan besar berbanding dari hari biasa!!.

Bgaimana ini mungkin. Ha ha...begini...

Pada hari itu para pendemo dari segenap pelusuk negara datang ke KL. Katalah 100 ribu orang datang. Katalah setiap seorang akan berbelanja untuk makan minum sebanyak RM10. Maka bisnis makan minum/restoran di KL akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1juta.

Perhimpunan aman ini sepatutnya bermula pada pukul 2ptg dan selesai memberi memorandum di Istana Negara pada pukul 4ptg. Ok. Akan ada kesesakan lalu lintas sebab jalan dari TAR ke Istana akan ditutup. (Di sinilah polis sepatutnya memainkan peranan bagi mengurangkan kesesakan dengan mengarah tafik ke jalan-jalan alternatif). Tetapi KL memang dah biasa sesak...disebabkan jalan tutup oleh macam-macam festival di KL sana.

Seusai demo dan penghantaran memorandum pada pukul 4 ptg ke manakah orang-orang yang datang untuk berdemo itu pergi? ha ha...betul. Tentulah mereka akan bertaburan di seluruh KL untuk membeli-belah. Kan bulan raya dah nak dekat, maka masa inilah sesuai untuk membeli-belah barang-barang dan pakaian untuk persiapan hari raya.
Katalah 80,000 yang datang orang Melayu dan setiap seorang akan membelanjakan RM100 untuk membeli belah persiapan raya. Maka, RM8juta nilai transakasi akan berlaku. Itu RM100, kalau RM500 ringgit, amacam? Sudah tentu Indon yang jual kain di Arked TAR tu tersenyum sampai ke telinga. Sudah tentu mereka minta lagi banyak demo diadakan di tempat mereka!!.

Bagaimana pula teksi, bas dan LRT? Sudah tentu semuanya akan mendapat tempias daripada 100,000 pendemo yang datang ke KL.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak kedai ditutup awal kerana takut terkena pancut dan gas pemedih mata lembu kepala merah. Juga takut kedai mereka dijadikan tempat perlindungan oleh mereka yang lari dari buruan lembu-lembu tersebut. Jadi siapakah yang sebenarnya menyebabkan kerugian kepada para peniaga di sekitar Kuala Lumpur? Lembu atau pendemo?

Dan bukankah Najib dan kerajaan BN/KDN yang mengarahkan polis bertindak ganas pada hari tersebut. Maka merekalah yang patut disaman bukan GMI atau mana-mana organisasi atau individu yang menyertai demo pada hari Sabtu, 1 Ogos lepas. Pendemo itu hanya datang untuk menghayati hak demokrasi mereka sambil membeli-belah di Kotaraya Kuala Lumpur.

I rest my case....
Sheikh Sambal.

10 March 2009

Jawaban Kepada Dilema Sultan

Keputusan untuk mengamankan Negeri Perak sekarang terletak dalam tangan Sultan Azlan Shah. Di dalam keadaan biasa Sultan akan dinasihatkan oleh MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Tetapi sekarang Perak bukan dalam keadaan biasa. Di Perak ada 2 orang MB yang mempunyai hujah dan alasan mengatakan mereka masing-masingnya adalah MB. Tetapi MB mana yang boleh mengadap Sultan dan Sultan boleh mengambil nasehatnya untuk membubarkan DUN.
YAB Nizar telah dipecat oleh Sultan tetapi dubuat diluar DUN. Ramai pakar perlembagaan (Undang-Undang Tubuh Negeri Perak) mengatakan pemecatan itu tidak sah. Maka YAB Nizar masih MB dan mendapat sokongan majoriti rakyat Perak.
YAB Dr. Zambry pula telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi MB setelah Sultan pasti pada budibicaranya bahawa Dr. Zambry telah mempunyai sokongan majoriti DUN. Maka Sultan Perak sekarang berada di dalam dilema di mana siapakah yang boleh dijemput datang mengadap untuk menamatkan polemik politik Perak.
Suasana politik di Perak semakin meruncing. Hanya pembubaran DUN sahaja yang dapat mengembalikan keamanan politik di Perak. Kembalikan kepada rakyat Perak untuk menentukan kepada siapa mandat baru perlu diberi. Perak perlukan mandat yang jelas dari rakyat untuk menamatkan suasana kacau di sana.
Malangnya Sultan perlukan nasihat MBnya. Dr. Zambry sedang digantung dari DUN oleh Speaker DUN Sivakumar. Bagaimana dia mampu untuk memanggil sidang DUN jika dia tidak dapat masuk ke DUN? Bagaimana pula Dr Zambry dapat menemui Sultan untuk tujuan itu? Lagipun walaupun boleh, mahukah Dr Zambry mengadap untuk membubarkan DUN. Yakni, menghabiskan riwayatnya sendiri sebagai MB. Jadi kesimpulannya Dr Zambry tidak akan dapat dan tidak akan mahu untuk memebubarkan DUN.
YAB Nizar pula sedang berusaha untuk mengadap Sultan untuk meminta perkenan agar DUN dibubarkan berdasarkan ketetapan yang dicapai di dalam Sidang DUN Tergempar bawah pokok (yang mana sidang itu diputuskan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh). Apa 'legal standing' yang YAB Nizar ada. Katalah, Sultan insaf akan keadaan di Perak dan mahukan DUN dibubarkan dan mahu rakyat memberi mandat baru kepada sesiapa yang rakyat suka. Tetapi, bolehkah Sultan membubarkan DUN tanpa nasihat MB?. Menerima YAB Nizar mengadap bermakna Sultan mengiktiraf MB Nizar yang telah dipecatnya. Bagaimana itu mungkin?. Jelas, Sultan Perak sekarang berada dalam dilema.
Cuma satu cara dan ini memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan Baginda Tuanku. Sultan perlu memanggil kedua-dua MB YAB Nizar dan Dr Zambry datang mengadap dalam satu mesyuarat tertutup. Dari mesyuarat itu Sultan boleh mengambil keputusan untuk membubarkan DUN kerana baginda telahpun mengambil nasihat dari MB (pastilah salah seorang mereka dalam mesyuarat tertutup itu adalah MB yang sah). Dengan cara ini maruah Sultan terpelihara dan kuasa sebenar dikembalikan kepada rakyat untuk memilih siapa yang patut memerintah Perak. Wallahua'lam.

07 February 2009

Undang-Undang Sah,,, Moral & Kebijaksanaan???

Sultan Perak telah menggunakn peruntukan dalam undang2 tubuh Perak bahawa jika seseorang menteri besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli-ahli dewan undangan negeri, maka beliau boleh menggunakan budi bicara untuk melantik seorang MB baru yang mendapat sokongan majoriti dari ahli-ahli yang berhormat. Begitulah yang terjadi baru-baru ini.
Saya tak mahu mengulas kesahihan perlakuan Sultan dari segi undang-undang kerana interpretasi undang-undang tersebut hebat didebatkan oleh pengamal undang-undang dari berbagai pihak. Ada yang mengatakan Sultan betul dan ada yang mengatakan Sultan bertindak diluar bidang kuasanya. Oklah, mari kita anggap tindakan Sultan adalah betul dari segi undang-undang.
Ya mungkin betul di segi undang-undang (legally correct) tetapi adakah betul dari segi keadilan (fairness) dan moraliti dan kebijaksaan? Baginda telah memanggil kedua-dua pihak untuk menyembahkan kes masing-masing dan dengan persembahan dari DS Najib dan DS Nizar, Sultan memutuskan DS Nizar lucut jawatan dan BN boleh membentuk kerajaan baru.
Adilkah sebuah kerajaan ditentukan oleh 3 orang ADUN yang melompat menjadi BEBAS? Arahtuju erjuta-juta rakyat Perak ditentukan oleh 3 orang yang tiada pendirian lagi. (Apakah ideologi dan pendirian parti bebas???) Dan pula, 2 dari 3 orang itu adalah orang yang tercalar peribadinya dengan kes rasuah (termasuk rasuah seks).
Kerajaan BN yang baru itu tertubuh dengan 'kemasukan' (sokongan mesra) dari ADUN yang ada kes mahkamah. Jika mereka didapai bersalah, apa akan jadi kepada kerajaan baru itu. Begitu juga kronologi kemasukan mereka ke golongan BN juga mengundang seribu satu persoalan. Cerita mereka dicolek, hilang beberapa hari tanpa dapat dihubungi oleh ahli keluarga dan pejabat MB sangat mencurigakan. Tiba-tiba muncul untuk menafikan mereka menandatangani surat perletakan jawatan ADUN secara sukarela. Cerita-cerita mereka disimpan di rumah Najib dan disgok RM50j untuk melompat harus disiasat. Semestinya berita-berita ini samapai ke istana dan dari segi moralnya menubuhkan kerajaan dengan peristiwa yang sarat dengan cerita skandal politik sangat tidak molek.
Bubarkan DUN dan adakan semula pilihanraya adalah pilihan yang ada di depan Sultan. Berikan mandat kepada rakyat jelata untuk rakyat memilih semula siapa kerajaan yang mereka mahu. Perak pasti akan lebih aman jika kerajaan baru dipilih semula oleh rakyat. Semua pihak akan berpuas hati. Itulah pilihan yang lebih bijaksana. Sultan boleh berlepas tangan dan kredibiliti istana tidak akan tergugat. Malah sultan akan lebih disanjung dan dihormati. Tetapi menerima BN sebagai kerajaan baru dengan beralihanya 3 orang ADUN yang melompat, jelas telah membawa kepada huru hara dan cemuhan kepada istana. Mungkin puak UMNO akan lebih sayang kepada Sultan kerana memberi mereka jalan mudah tetapi UMNO bukan majoriti rakyat Perak.
Kajian yang dibuat oleh seorang penganalisis (Dr Hasbullah kalau tak silap) di kalangan rakyat jelata, sebaik sahaja kemelut Perak terjadi, mengatakan bahawa 98% rakyat mahukan pilihanraya diadakan semula. Itulah kehendak rakyat Perak, tetapi ia gagal direalisasikan oleh istana. Maka terjadilah peritiwa hitam Jumaat 6 Feb.
Ada pengajaran dari peristiwa ini tentunya. Emosi dan kesabaran rakyat ada batasnya dan Jebat moden boleh muncul bila dinafikan haknya.

Justify Full