Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

28 April 2012

Jangan Sekat Perhimpunan BERSIH 3.0



Pihak kerajaan sepatutnya jangan menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 yang
akan diadakan serentak ke seluruh negara pada 28hb April 2012 nanti
kerana mereka hanya DUDUK BANTAH bukannya bergerak seperti perhimpunan
sebelumnya. Jangan sekat kebebasan rakyat nanti buruk akibatnya.

Seperti kata perumpamaan "Jangan dihalang air yang mengalir dari
gunung (ulu) ke kuala sungai kerana apabila air penuh ianya akan
melimpah ke kawasan lain yang boleh mengakibatkan banjir besar". Kalau
kerajaan menyekat kebebasan rakyat seperti yang dibenarkan oleh
perlembagaan ini akan memburukkan imej sistem demokrasi Negara
Malaysia di peringkat antarabangsa.

Apa salahnya mereka berhimpun sambil duduk selepas cukup masa sudah
pasti mereka semua akan balik dan mencari makanan dan minuman. Secara
tidak langsung ini akan menjana ekonomi atau memberi keuntungan kepada
peniaga-peniaga.

Kepada pihak keselamatan pula mereka hanya perlu menjaga keselamatan
dan mengawal lalu lintas agar semua urusan berjalan seperti biasa
tanpa sebarang gangguan.

Kita juga mendesak pengerusi SPR & timbalannya meletak jawatan
sekiranya mereka berdua memang ahli kepada parti pemerintah.
Disebabkan mereka lebih condong kepada parti pemerintah maka usaha
rakyat untuk membersihkan sistem PRU13 akan menemui kegagalan.

Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada penjawat awam maka
mereka perlu meletak jawatan secara terhormat dan gantikan mereka
dengan orang yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebab
apabila mereka yang diamanah untuk menjaga kepentingan awam mereka ini
lebih condong kepada mana-mana parti politik ini akan menyebabkan
berlaku berat sebelah atau pilih kasih dalam melakukan sesuatu perkara
yang melibatkan kepentingan awam.

Hanya mereka yang suka melakukan kerja-kerja kotor saja yang tidak
suka BERSIH sebab ini akan menghalang mereka dari terus melakukan
kerja-kerja kotor selama ini.

Semoga pihak kerajaan dapat bertolak ansur dan jangan menghalang
rakyat dari menyuarakan perasaan mereka secara aman. Berlaku adillah
untuk semua agar rakyat negara ini akan hidup aman dan harmoni.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

27 April 2012

BERSIH 3.0 !

BERSIH 3.0 ! 
Rakyat turun menunjuk rasa..
Telah berdekad ditipu sang penguasa
Pilihanraya yang adil amat didamba
Daftar pemilih kotor tercela
Undi Pos disalah guna
Akses ke media lansung tiada
Rasuah pula jadi budaya

Ini kali ke-3 kita minta
BERSIHkan sistem pilihanraya!
8 tuntutan mesti dikira!
BERSIH! BERSIH! BERSIH!
BERSIHkan negara kita
dari perasuah dan penguasa gila!!

Almurady
Miri, 27hb April 2012

01 July 2011

KUNING vs MERAH


Warna Kuning sangat dihormati oleh orang Melayu. Warna Kuning warna diraja. Lambang keagungan raja-raja Melayu. Tak seperti warna merah yang hanya layak dipijat seperti karpet merah, warna Kuning dipakai dibadan atau dibuat pengikat atau pembalut sesuatu yang sangat berharga.

Maka warna Kuning itulah yang dijadikan warna perjuangan rakyat untuk mendapatkan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia ini. Kerana warna Kuning warna yang menggambarkan keagungan keadilan yang diperjuangkan. Pilihanraya yang adil dan telus akan melahirkan kepimpinan negara yang dimahu rakyat jelata. Pemimpin yang benar-benar dipilih rakyat bukan dengan cara penipuan atau manipulasi sistem pilihan raya yang ada. 

BERSIH 2.0 berpangkal dengan warna Kuning. Dengan tekat untuk  membersihkan sistem pilihanraya kita maka BERSIH 2.0 mengajak para pencinta keadilan turun menunjuk rasa bahawa sistem yang ada perlukan pembaikan. Perhimpunan rakyat dalam BERSIH 2.0 bukan untuk menghuru-harakan negara tetapi sebaliknya. Seperti warna Kuning yang kita agungkan, begitulah juga sistem pilihanraya yang kita dambakan. Sistem yang agung yang dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat bukan untuk towkey, bini atau penasihat antarabangsa( hic).

Yang marah sangat dengan warna Kuning adalah dari golongan merah sahaja. Lambang merah Umngok hanya membawa erti kaki panas baran yang sentiasa berdengki. Rakyat mahu berhimpun secara aman tetapi golongan merah inilah sedaya upaya menahan dan menghalang ia dari berlaku. Apabila tak tertahan oleh aliran rakyat yang membuak, maka dihantarlah si kepala merah untuk membuat onar.

Si Kepala Merah inilah yang menjadikan huru-hara. Kalau mereka ini tidak menyepak dan menyembur dan menembak, perhimpunan tentunya menjadi suatu yang santai dan seronok. Para peniaga pastinya akan untung besar dengan kedatangan para PELANCUNG TEMPATAN ke Kuala Lumpur. Mak Menteri Ng Yen Yen yang kebingungan menari rentak si merah umngok kata negara akan rugi RM1 bilion. Entah mana diceduk perkiraan itu entahlah. Agaknya tuan Merah yang sedang marah pada rakyat itu yang mengajar..patutlah bangang semacam..

Seperti karpet merah, golongan merah ini patut dipijak sahaja dalam PRU13 nanti.....kalau rakyat bersatu menghumban mereka, sudah tentu manipulasi sistem pilihanraya yang mereka pegang akan terurai..

Marilah kita pakai baju Kuning Bersih. Tanda kita daulatkan Raja kita. Tanda kita cintakan keadilan sejagat.


Sheikh Sambal
1:35am 1julai2011