19 July 2010
25 June 2010
24 October 2009
Program Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz @ Miri 30/10 - 01/11/09
Ceramah Perdana sempena Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009
Tarikh: 30/10/2009
Masa: 8.30mlm
Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Miri
Penceramah: Dato' Abu Hassin Din Al Hafiz
Tajuk: Terampil Dunia, Cemerlang Akhirat
Datanglah beramai-ramai untuk sama-sama mengisi ilmu di dada dan memeriahkan lagi Majlis Penutup Citra Ibadah & Konvokesyen IKBN Miri 2009 kali ini.
.............................
Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan Dato' Abu Hassan mengadakan kuliah atau ceramah,
sila hubungi
Ustaz Ridzuan
019 556 5645
04 June 2009
Mantapkan jati diri dengan ilmu - Ketua Ulama'
| Ditulis oleh Muktamar PAS ke-55 |
| THURSDAY, 04 JUNE 2009 08:08 |
| KUALA LUMPUR - Ulamak diseru agar memiliki jati diri dengan kelengkapan yang mantap seperti ilmu menerusi tarbiyah dan kemahiran untuk menerajui kepimpinan dan perubahan alam parti dan negara. Menurut Ketua Dewan ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd daud Iraqi pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS pusat kali ke-48. "Ulamak biar ada jati diri dan ini perlu kepada tarbiyah dan kemahiran agar tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau mengakui bahawa kemampuan yang dimiliki ulamak adalah berbeza antara satu sama lain. "Kemampuan ilmu yang dimiliki ulamak adalah tidak sama," ujarnya. Namun,beliau tetap menekankan agar para ulamak sentiasa memenuhi dada mereka dengan ilmu pengetahuan. Beliau turut menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa ulamak dalam PAS dipinggirkan. "Dalam PAS tiada masalah ulamak dipinggirkan tetapi sekali sekala jadi begitu kerana kelemahan yang dimiliki oleh ulamak sendiri," katanya lagi. Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa ulamak pelapis hendaklah diperkasakan. "Saya menyatakan bahawa ulamak pelapis ini kelihatan kurang menonjol kerana mereka 'malu alah' dan memberi laluan kepada yang lebih berpengalaman sebagai tanda hormat," demikian tegasnya. |
Empat peranan utama Muslimat - Ustaz Nasharudin
| | | |
| THURSDAY, 04 JUNE 2009 03:19 |
| SHAH ALAM, 4 Jun - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Md Isa berkata, kaum wanita dan lelaki perlu berganding bahu bersama dalam usaha menegakkan agama Allah. Beliau dalam ucapan perasmian Dewan Muslimat kali ke-49 sebentar tadi turut menegaskan bahawa PAS akan terus memperkasa muslimat PAS dan wanita Malaysia keseluruhannya. Menyentuh tentang peranan muslimat, beliau menggariskan empat peranan utama iaitu Wanita muslimah sebagai individu muslim, Wanita muslimah sebagai isteri solehah, wanita muslimah sebagai ibu mithali dan Wanita muslimah sebagai penggerak dan pejuang gerakan. Mengulas soal musawah atau kesamarataan pula, beliau berkata Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bentuk kesamarataan antara wanita dan lelaki. Malah, dalam aspek seperti perlaksanaan ibadah, kewajipan berdakwah, kewajipan menuntut ilmu dan aspek keadilan, maka hak-hak tersebut adalah sama bagi semua wanita dan lelaki. Namun begitu, ada beberapa aspek yang membezakan antara wanita dan lelaki. Sebagai hamba, tegas beliau, wajiblah kita menerima perbezaan tersebut sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti sedia maklum, Timbalan Presiden yang hadir bersama isteri itu turut bertanding mempertahankan jawatannya pada muktamar Pas pusat yang akan berlabgsung esok. |
18 May 2009
Eli Wong Ceramah Di Pentas PAS

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

