Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

19 December 2010

Parlimen Udang Balik Batu

Kecoh di Parlimen baru2 ini seperti ada perancangan besar. Isu APCO digunakan untuk menggantung DSAI dan 3 MP Pembangkang. Kurang 4 MP Pembangkang bermakna majoriti 2/3 BN dalam Parlimen telah kembali. PRU ke-13 adalah PRU yang yang penting bagi PR dan BN. Ia umpana hidup dan mati bagi BN dan bagi PR pula merupakan suatu 'make or break'.

Persepsi masyarakat nampak cenderong kepada PR akan menduduki Putrajaya selepas PRU13. Dari risikan BN keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk. Mereka ketakutan sekarang. Realiti di negeri-negeri simpanan tetap mereka sangat tidak menyebelahi mereka.

Taib Mahmud di Sarawak sedang digoncang kuat oleh PR. Terlalu bayak isu dan liabiliti Kerajaan Taib Mahmud. Ada saja isu baru keluar sekarang . Paling baru hangat dari oven sekarang ialah isu tanah Pulau Bruit yang dirampas dari NCR penduduk kepada syarikat kroni dan kes jual tanah di Sri Aman. Semua isu-isu ini menjadikan deposit tetap BN di Sarawak kian kering.

Memandangkan Sarawak dan Sabah (yg tak kurang isu korup BN) sekarang tidak lagi boleh diharap, BN terpaksalah menggunakan alat-alat kerajaan untuk memastikan PRU13 menang bagi mereka. Maka lagu persempadanan semula akan dinyanyikan pula. Tetapi untuk mempersempadanan semual kawasan pilihanraya memerlukan kelulusan dari Parlimen. Dengan mejoriti mudah tidak boleh mengubah akta persempadanan pilihanraya. Maka terpaksalah dikurangkan jumlah MP Pembangkang.

Maka cara yang paling licik ialah dengan menggantung keahlian MP. Bila 4 orang MP Pembangkang tidak dapat hadir di Parlimen, maka BN sdapat semula 2/3 majoriti mereka. Dengan majoriti lebih 2/3 mereka boleh meminda apa saja undang-undang yang mereka suka; salah satunya ialah Persempadanan Semula. Bila kawasan pilihanraya dirombak , maka UMNO/BN akan memastikan mereka dalam 'advantage' untuk menang. Ini Simpanan Tetap mereka sebenar....menipu!


Dengan sempadan yang baru nanti BN/UMNO akan pastikan calon mereka mendapat kemenangan mudah. Begitulah terjadi dalam PRU11. Waktu Sheikh itu Sambal bergiat di Semenanjungt. BN sedar Bangi yang majoriti Melayu berpelajaran termasuk dalam Parlimen Hulu Langat dan Sg. Chua yang majoriti penduduk Kaum Cina pula dalam Parlimen Serdang. Waktu itu majoriti Melayu menolak BN/UMNO kerana Kes Sodomi 1, maka mereka memasukkan Bangi ke dalam Parlimen Serdang yang majoritinya Kaum Cina.

Kaum Cina pula menyokong kuat BN/UMNO (atas sebab ekonomi). Maka mereka memasukkan Sg Chua ke dalam Parliemn Hulu Langat yang asalnya bermojoritikan Melayu. Dengan taktik persempadanan semuala itu, dengan mudah mereka mencairkan undi Melayu di Parlimen Hulu Langat dan Serdang. Dan mereka pun menang dengan mudah di ke dua-dua kawasan parlimen tersebut. Walau bagaimanapun, pada PRU 12 Kaum Tiong Hua menolak BN/UMNO/MCA maka Ke 2-2 Kawasan Parlimen Serdang dan Hulu Langat jatuh ke tangan PR.

Kini BN/UMNO mahu menggunaklan taktik yang sama dengan mengadunkannya dengan Undi POS baru dan Hantu. Hanya inilah saja cara mereka dapat memastikan PRU 13 milik mereka. Undi kawasan bandar dan Kaum Cina tidak ada lagi untuk mereka. Undi Melayu Felda masih ada tetapi semakin gonjang dengan pendedahan demi pendedahan olah ANAK. Undi dari Sabah dan Sarawak pula tak boleh diharapkan lagi.
Maka undi tipu sajalah yang ada. Dan BN sangat nmahir dalam bab tipu undi pilihanraya.

Hanya kuasa rakyat dengan izin Allah sahaja yang dapat mematahkan muslihat mereka. Bawaklah 10 ribu pengundi baru dalam suatu kawasan, tetapi kalau semua rakyat berpakat menolak, maka akan tertolaklah mereka. Para pujang Pakatan Rakyat harus berusaha lebih kuat untuk menyanggah usaha muslihat BN ini.

Rakyat Sarawak yang SS lihat sekarang rata-rata berazam untuk mendapat CM baru dalam pilihanraya negeri yang akan datang (selewat-lewatnya bulan April 2011). Golongan muda terutamanya sangat menolak kepimpinan Taib se-kroni.

Ayuh mari kita tolong mereka merealisasikan azam dan impian mereka. Daftarlah menjadi pemilih kepada yang belum dan kepada mereka yang telah berpindah ke Sabah dan Sarawak, cepat-cepatlah menukarkan tempat mengundi mereka.

UNDILAH PAKATAN RAKYAT (PAS/DAP/PKR/SNAP). PENCENKAN TAIB DARI KERUSI KM.

Sheikh Sambal.

12 December 2010

1100 Kampung Wi-Fi @ Sarawak/Sabah

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang telah memaklumkan bahawa 600 kampung di Sarawak dan 500 di Sabah akan dibekalkan dengan kemudahan jalurlebar percuma. (lihat sini) Apa maknanya kepada perjuangan Pakatan Rakyat di Sabah/Sarawak? Ya..ini sebenarnya berita baik. Lebih kampung terbuka kpd internet adalah lebih baik kerana orang2 kampung akan  mudah mendapat berita dari pihak bukan BN/kerajaan.

Walaupun dari segi alawiyatnya, kemudahan Wi-Fi bukanlah perkara utama yg patut dianjurkan kerajaan di kawasan kamung dan pendalaman Sabah/Sarawak. Kebanyakan kawasan ini sebenarnya lebih mendambakan kemudahan prasarana yg lebih baik seperti jalanraya bertar, air paip dan tenaga letrik, bukan WIFI. Tapi dah Joseph Salang nak bagi, ambik saja. Dari situ nanti, bila orang kampung celik dan tahu mereka selama ni kena tipu, (dari pendedahan dalam internet spt blog Sarawak Report) mereka akan mengalih sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Dan bila ini berlaku, BN akan cuba mengambil hati mereka dengan membawa lebih banyak 'actual development' kepada orang-orang kampung.

Sheikh Sambal sangat gembira dgn perkembangan terbaru ini. Bagilah Wi-Fi pd sebanyak kampung yang boleh. Walaupun kampung yang ko bagi Wi-Fi tu tak ada letrik. Ha ha ha....hentamlah. Pakai genset pun tak apa..janji orang-orang kampung di Sabah/Sarawak akan lebih tahusiapa yang tipu mereka selama ini. 

Kampung Wi-Fi....hmmmm...way to go Malaysia!!

05 November 2010

Analisis PRK Galas & Batu Sapi

Menang Galas dan Batu Sapi: BN kini merapatkan jurang dengan 5-8
MerdekaReview
Nov 04, 2010 07:02:38 pm

Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar, sementara merampas kerusi DUN Galas dari PAS-Pakatan Rakyat, dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan pada hari ini. Kemenangan 2-0 ini semestinya memberangsangkan pemimpin dan penyokong BN, setelah sekian lama diselubungi kesuraman sejak dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan PR kepada 5-8, dalam 13 PRK yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Majoriti 6,359 undi di Batu Sapi

Di Batu Sapi, calon PBS-BN, Linda Tsen Thau Lin meraih 9,773 undi, menang dengan majoriti 6,359 undi. Ansari Abdullah dari PKR memperolehi 3,414 undi, mengatasi calon SAPP Yong Teck Lee yang hanya mendapat 2,031 undi. Bagaimanapun, jumlah undi Ansari Abdullah dengan Yong Teck Lee hanya 5,445 undi, iaitu 914 undi lebih kurang daripada undi majoriti. Di samping itu, terdapat 372 undi rosak mengikut perkiraan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jumlah pengundi berdaftar Batu Sapi adalah 25,582 orang, terdiri daripada 15,099 orang bumiputera Islam (59.02%), 689 orang bumiputera (2.69%), 9,737 orang Cina (38.06%) dan kaum lain 57 orang atau 0.22%. Peratus mengundi pada hari ini mencatat 61.47%, atau 15, 774 orang, agak dekat dengan 61.45% pada PRU ke-12. Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, 61.45% pengundi tampil melaksanakan tanggungjawab mereka. Edmund Chong Ket Wah dari BN meraih 9,479 undi, mengalahkan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi. Mendiang Edmund Chong meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 9 Oktober 2010.

PRK Galas: Undi PAS menurun

Sementara di Galas, calon UMNO-BN Abdul Aziz Yusoff memperolehi 5,324 undi, menewaskan calon PAS-PR Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi. Dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, Allahyarham Chek Hashim Sulaima (PAS) berjaya meraih 4,399 undi, menewaskan Saufi Deraman (UMNO-BN) dengan majoriti 646 undi. Allahyarham Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010, memberi laluan kepada PRK ke-12 selepas PRU ke-12. Di Galas, jumlah pengundi berdaftar seramai 11,553 orang, terdiri daripada 7,125 orang Melayu (61.67%), 2,317 orang Cina (20.06%), 1,839 orang asli (16.35%), 185 orang India (1.6%), 10 orang bumiputera Sarawak (0.09%) dan kaum lain-lain 27 orang atau 0.23%). Peratus mengundi adalah setinggi 83%, iaitu 2% lebih tinggi daripada PRU ke-12. Menurut perkiraan DAP, undi Cina yang diperolehi PAS menurun kira-kira 2% hingga 3.5%. Malah, undi yang diperolehi PAS jelas berkurang berbanding PRU ke-12, seandainya dibaca dari perbezaan antara menang dengan majoriti 646 undi, dengan kalah 1,190 undi - membawa kepada kehilangan 1,836 undi, mengikut perkiraan kasar.

BN bangkit dari tsunami politik?

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat (PR), untuk satu jangka yang agak panjang selepas PRU ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila PR memenangi dua PRK selepas PRU ke-12, iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN. BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada 7 April 2009. Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Najib Razak yang baru mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan, memandangkan dua PRK yang berlangsung serentak, iaitu Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah) kekal dalam genggaman PR. Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam PRK Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009. Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui UMNO-BN apabila tewas sekali lagi di PRK Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Undi Melayu kembali ke UMNO?

Bagaimanapun, UMNO-BN hampir mengecapi kemenangan dalam PRK Manek Urai pada Julai 2009, apabila berjaya menghakis undi majoriti PAS dari 1,352 ke 65 undi, tetapi tetap gagal untuk menembusi kubu PAS. BN hanya berjaya menikmati manisan kemenangan pertamanya di Semenanjung Malaysia, melalui Mohd Isa Samad apabila mempertahankan DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar pada Oktober 2009. Sejak itu UMNO-BN kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah balik ke pangkuan UMNO. Dakwaan ini diperkukuhkan apabila BN merampas kerusi parlimen Hulu Selangor dari PKR-PR, pada April 2010. Namun, kegembiraan ini tidak kekal lama, apabila DAP-PR mencipta keajaiban dengan merobohkan kubu BN di Sibu, Sarawak sebulan kemudian. Kini, BN berjaya merampas DUN Galas, sementara mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar. Keputusan ini sekurang-kurangnya melegakan BN di Sabah, sementara merunsingkan PR di Semenanjung Malaysia. Kemenangan BN pada malam ini lantas mengundang spekulasi bahawa pilihan raya umum kilat mungkin diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.