Showing posts with label puisi maut. Show all posts
Showing posts with label puisi maut. Show all posts

09 July 2012

Seloka Hati Panas... (khas buat sang penguasa)

Lama sudah tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi,
Dah lama tidak celoteh panjang,
Kununnya sibuk dengan kerja parti?

Buah keranji dalam perahu,
Bawa sekilo tak cukup juga,
Hebahkan maklumat supaya tahu,
Bahaya umno tak kira siapa..

Rumah panjang banyak pintu,
Tuai rumah senyum meleret,
Datang ziarah nak beri tahu,
Mari berubah menolak penipu...

San Miguel dan Petron pilihan dia,
Untungnya banyak tidak terkira,
Hasil usaha restu ayahanda,
Kantung gemuk hati gembira..

Pendalaman Sibuti jalannya teruk,
Hujan jadi bubur panas berabuk,
Peruntukan gomen ada buat jalan masuk,
Jalan tak jadi poket sendiri taruk..

Bila PBB/BN berjanji manis belaka,
Lima tahun sekali datang tunjuk muka,
Bila dah menang balak kena kerja,
Marahlah Penan.."aku hantar gengster"

Rumah si miskin menitik airmata,
Rumah Sang YB mahligai dalam kota,
Rakyat merintih kasihan dipinta,
'Kalau kau taukeh baru aku bela' YB kata..

PRU 13 tak lama lagi tiba,
Perang sudah mula mari siap sedia,
Isu memang banyak ada sini sana,
Yang penting maklumat sampai pada semua....


Sheikh Sambal
08-Julai-2012
23:57hrs



19 October 2010

UmNgok Di Sana, Tok Uban Di Sini...Sama2 Berdebar...

Kompani Shin Yang bertambah kaya,
Semua bisnis dia nak sapu,
DUN Sarawak bubar bila-bila saja,
Sebaik Tok Uban dapat restu.

Perhimpunan UmNgok sudah bermula,
Penuhlah hotel di Bandaraya,
Masa perwakilan mengada-ngada,
Ucapan berapi potong kepala.

Si Bibir Merah bertukang karut,
kLadi Pertama punya Pak Turut,
Habis rakyat mengikat perut,
Untuk mencapai kemajuan mencerut.

Tok Uban makin kelam kabut,
Batang Rajang membauat kalut,
Sampah balak membawa takut,
Isu pilihanraya yang paling siut.

UmNgok berbahas dalam dewan,
Tok Uban diharap memberi harapan,
Simpanan Tetap harapkan pulangan,
Tetapi PR yang lebih mampan.

Pesaka kata PR pengacau,
Rakyat Sarawak takkan hirau,
Biarkan tokeh mencekau-cekau,
Hasil negeri yang sangat Ho Liaw..

PAS DAP PKR dan SNAP
Mencuba nasib dalam jerangkap,
Haraplah rakyat berhati tetap,
Undi yang jujur buang yang kurap..


Sheikh Sambal

12 April 2010

Kita.......dan Mentari

Mentari berlabuh
Di ufuk Barat
pada kita
Tapi terbit pula di ufuk Timur
pada mereka..
Begitulah rasa manusia
Tentang alam fana...
hanya melihat diri
sendiri..

Tidak pada Mentari..
cahayanya beri pada alam...
tiada kenal pada Timur atau Barat
sinar meluas untuk semua
hingga ke hujung waktu
tiada jemu




Sheikh Sambal
12 April 2010 /
27 Rabiul Akhir 1431


.

09 April 2010

Ingin Ku Tulis Sebuah Puisi Merdu (Buat Ummi Tercinta)

Telah lama tergenang di hatiku
Sebuah puisi merdu untukmu
Tapi pena tiada mahu bertamu
Lalu ku pendam beku sehingga kini
Walau Ku tahu dikau selalu singgah di sini
Di sudut kalbuku, menulis nota rindu
Lalu ku balas dengan puisi merdu
Yang tiada tertulis
Hanya tergenang di situ
Di hatiku
Usahlah kau jemu menjenguk lagi
Menulis nota di pintu hati
Akan ku balas dengan puisi
Pada menyatakan rindu ini
Sebuah puisi merdu
Untukmu...



Ali Almurady
24 Rabiul Akhir 1431
9 April 2010

08 April 2010

APCO UMNO.....UMNO APCO Hey!

Kal se Malaysia Parlimen mey,
UMNO APCO bohot dajlij hey,
Isko APCO Isko UMNO,
APCO ke maksud UMNO ta?
Dono APCO orr UMNO baraber hey?
Mey pata nahi...
Bas bas... UMNO orr APCO
Dono log
Wapas chalo!!
Mera watan...
dono sika NAHI!!!!


Sheikh Sambal
8 April 2010

.

06 April 2010

Sudah Tapi Belum....

Mata Belum mengantuk
Tapi otak sudah
Tidur...

Minda
Belum penat
Tapi ingatan sudah
Kabur...

Hati
Belum pasrah
Tapi jiwa sudah
Menyerah....

Kalahkah?

Menangkah?

Pulang pada Tuhan...




Sheikh Sambal
06 April 10

10 November 2009

Sajak Untuk Nur

Nur
Pertama kali
Ku lihat kau di raya lalu
Senyum terukir di balik remos keningmu
Tiada tangis kau ...
Dalam ribaku
Ya Nur...
Panggilku kau mahu...
Lembut namamu begitu..
Tajam matamu di redup mansu
Jauh menikam kalbuku
Memahat rindu
Ya Nur....
Ya Nur....
Ya Nur....
.
.
.
Almurady
22 Zulkaedah 1430
10 Nov 2009

08 October 2009

Darah Pejuang di Bagan Pinang


Sememangnya merah darah pahlawan,
Mengalir panas di Bagan Pinang
Demi kalimah yang satu..
Biar tersembur darah wira
Parti Islam tetap dijunjung dipertahan jua..

Datanglah samseng !
Datanglah 3 jalur mega !
Bawalah besi, belantan dan senjata
Darah merah biar mengalir
Hatta nyawa pejuang wangsa
Islam tetap wahid tempatnya

Walaupun kau tetak
Kau pancung putus!
Pejuang akan terus cekal
Membawa bendera kalimah
Biar tegak menongkah langit Bagan Pinang..

Amuklah samseng berjalur-jalur
Bawa olehmu perang tempur
Parti Islam kan tetap menang
Atas korban darah merah pejuang
yang mengalir di Bagan Pinang....
....


Sheikh Sambal
19 Shawal 1430


07 June 2009

Sajak Altantunya Oleh Bang Mat Sabu

'Atantuya'
oleh Hj Mohammad Sabu
yang dideklamasikan semasa Wacana Seni di Shah Alam pd 5/6

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah...

27 May 2009

Mari Berkaraoke! Rock Serrrabai....

Aku dapat rock serabai ni dari seorang kawan. Rasanya elok diletak di sini untuk hiburan sahabat-sahabat dan para pengunjung yang pening dengan suasana politik dan demokrasi tanahair. Angaplah ini sebagai satu 'escapism' sahaja. Kepada rakan-rakan Tamil jangan ambil hati, sekadar gurauan manja.

Makhal Sakhti!!

06 March 2009

Pantun Untuk Sultan

Ayam Belanda kenyang berdiri,
Cuba berkokok tubi-bertubi,
Kumam Baginda mengenang negeri,
Huru hara akibat dua MB.

Legam sungguh bagai dibakar,
Senyum sedikit nampaklah gigi,
Sudah keruh negeri terbiar,
Belumkah DUN dibubar lagi?

Mandat rakyat izin keramat,
Sultan menambah tinta rasmi,
Pilhanraya umum rakyat munajat,
Mengapa Sultan tidak berbunyi?



Sheikh Sambal
6 Mar 09

04 February 2009

Katak O Katak .....

Katak O Katak
Kenapa Engkau Lompat?
Macamana Aku Tak Lompat,
Duit Panggil Aku, Duit Panggil Aku...

09 December 2008

SELAMAT HAGHI GHAYO KORBAN

Kalau dilipek sebosar kuku,
kalau dibontang sebosar alam.....

Kok ilang dicaghi,
kok hanyut dipinteh,
kok tenggolam disolam..

Datang biar nampak muko,
kok poie biarlah nampak belakang.....

Jauh dihimbau,
dokek digamit,
seuntai salam sejombak kato,
dogup bicagho menghisik ghaso,...

Maaf juo kami pinto,
di haghi ghayo nan mulio..

Salam ghayo korban,
untuk semuo.....

07 November 2008

Langkah Pertama ...Warkah Untuk Abu Aiman

Langkah pertama
itu langkah keramat
membawa kalimat dalam niat
penuh rahmat
Langkah kedua
mengisi ruang
biar penuh biar jenuh
mengajar diri dengan tawajuh
Langkah ketiga berjalan terus
ilmu ditimba dicerna diguna
disebar merata
biar ada manfaat ada makrifat
pupuk minda masyarakat
biar semua mendapat
berkat.

Sheikh Sambal
8 zulkaedah 1429

26 August 2008

Permatang Harapan

Padamu ku sandarkan harapan
dalam doa dan munajat Ilahi
bersama titis keringat dan airmata pejuang
menjunjung segunung harap
mengandar sejuta rayu
minta islah para menteri
minta diringan derita petani

Padamu jelata memandang
menunggu reformis penuh janji
tiada lagi rasuah dan korupsi
rangsanglah ekonomi
ringankan derita si miskin
untuk mencari sesuap nasi

Permatang Pauh
dengar sini
hari ini
hari kau berjanji
untuk mengubah harapan
kepada realiti
angkatlah
anakmu jadi Perdana Menteri


almurady
24 shaaban 1429

02 July 2008

Poi Parlimen Naik Basikal - Apo Nak Di Kato

Alahai...Ahli Parlimen PR telah memulakan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh PM dan TPM, iaitu berbasikal ke Parlimen. Itulah cara yang terbaik untuk mula mengubah cara hidup. Dalam keadaan harga minyak dan berbagai barang keperluan melonjak langit, berbasikal ke mana-mana patut dijadikan budaya. Badan sihat udara pun jadi nyaman. Tiada lagi asap kenderaan yang menyesakkan paru-paru. Untuk ahli-ahli parlimen itu, ini aa lagu untuk depa....





Poi Parlimen Naik Basikal
Tongah Hari Tongah Paneh
Apo Dayo Minyak mahal
Apo Nak Di Kato

Kalau Buleh Nak Jadi Perdano Menteri
Minyak Petrol Semuo Free



Sawah leba terbiar banyak
Air pili mahal sekali
Sunyi sopi takdo oghang
Apo nak dikato

Kalau boleh nak bising-bising
Macam dalam... Parlimen

Tanak nasik bogheh siam
Ghogo eh mak Ai..mahal sekali
Bogheh tempatan takdo lai
Apo nak dikato

Ramai oghang dah makan ubi
Kek Sungai Petani...

Minyak mentah melambung tinggi
Petronas untung BANYAK sekali
Tapi petrol takdo subsidi
Apo nak dikato

Ramai oghang dah jalan kaki
Poket kosong tak do baki....

by: SambalTumis


26 May 2008

Pulau Batu Putih ; Maruah Yg Terguris

Kau sekadar hamparan batu
di tengah laut selat
putihmu mengilau mata
para nelayan yang mencuba nasib
di tengah semudera


Hamparan batumu
menyimpan seribu rahsia
sejarah Melayu dan Kesultanan Johor-Riau
mungkinkah di atas batu itu
Sultan Mahmud mengail gelama....


Betapa pada batuan itu tersandar
sebuah maruah bangsa
yang di injak rumah api Pedra Branca
bagi Benggali Putih tiada beda
hanya pulau batu tiada warga


Namamu Pulau Batu Putih
seputih ombak melanggar hamparanmu
setia kau menunggu laut membumbung awan
dibiar tanpa sedar oleh
anak bangsamu


Dan tiba tiba
tersentak anak bangsamu
setelah beratus tahun kau di situ
hanyut kau dari genggaman


Pergi kau tanpa titis darah pejuang
lolos bolos di celah jejari penguasa
menggenggam tanpa tenaga
ada ringgit di balik kata?


Kini Pedra Branca namamu terjuih
bukan lagi Pulau Batu Putih
kan tiada lagi si pengail gelama
walaupun darah keramat anak raja
hanya tinggal rugu tangis selamanya...
di atas MARUAH bangsa yang terguris.....