Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

26 January 2012

Debat Anwar- Najib

Dalam berita Awani tadi disebut tentang kemungkinan akan ada Debat Anwar - Najib. Gembar aku sekejap. Mana mungkin ini berlaku. Sejak dulu lagi Najib sentiasa mengelak mahu berdebat dengan Anwar. Sejak awal dia naik jadi PM sampai sekarang. Setakat bising dalam Parlimen yang tertutup  boleh la. Itu pun dielak-elakkan juga.

Dalam Parlimen, bila kena hentam oleh Anwar dan rakan-rakan PR, Najib akan dibela oleh kaki kipas sekeliling dia. Ada saja MP Umno yang bangun membela. Kalau tak sempat didalam akan dibawa keluar oleh pencacai seperti Perkosa dan MP katak lompat.

Itulah bila aku terdengar ada debat Anwar - Najib, jadi semacam kaget. Betul ke? Tak sempat nak hadam, dah keluar muka MB haram Negeri Perak Dr Zambry. Katanya debat dalam Parlimen cukuplah. Hehehe...kan aku dah kata! Demokrasi Malaysia di bawah BN/UMNO ni adalah demokrasi yang ditumis dengan ketakutan. Nak debat? Takut eh...Memang Najib perlu takut pun kalau debat tu dibuat di khalayak ramai. Imej yang dipupuk selama ini akan hancur bila kalah hujah dengan Anwar. 

Anwar amat terkenal sebagai ahli pidato yang handal.Sejak zaman universiti sampailah sekarang, aura Anwar sangat mengancam. Bukan sahaja cara penyampaiannya menjadi ikutan bahkan bunyi suaranya pun ditiru. Lihat sahaja anak-anak didik Anwar seperti Ezam, Muhammad Kamil Ayub dan Azmin. Jika diletak Ezm berpidato di balik dinding, nescaya orang akan ingat itu Anwar. Walaupun akhirnya Ezam menderhakai gurunya, tetapi legasi dan pengaruh pemidatoan Anwar jelas berakar umbi dalam jiwanya. Itulah Anwar - ahli pemidato tersohor. Di sini pun Najib dah kalah.

Toksah cerita pasal isi debat. Najib tak boleh menang. Terlampau banyak isu yang tak terjawab. Olehitu, juak-juak Najib akan memastikan Debat Anwar - Najib takkan berlaku. Mereka akan kata debat ini budaya Barat bukan budaya kita (uwekkk!). Di Amerika atau England, PM dan Ketua Pembangkang selalu berdebat dalam TV. Rakyat dapat menilai sendiri kemampuan pemimpin mereka. Olehitu mereka dapat pemimpin terbaik. 

Ada debat antara pemimpin BN dan PR di TV1 dulu. Tapi kini sudah iada lagi sebab BN selalu kalah dalam debat begini.Sebab tak ada hujah yang baik mereka selalu kecundang. Itu baru pemimpin bawahan atau pertengahan. Nak dengar Najib berhujah secara lansung dengan Anwar...? Dalam mimpi mungkin la....

Sheikh Sambal.




15 December 2010

Melayu Islam Berlaga Angkara Orang Luar?

Nota: Di bawah afdalah petikan artikel dari blog Mistifiles oleh Srikandi. Satu bacaan yang sangat menarik dan mengajak pembaca sedar bahawa orang Melayu Islam sedang dilaga-lagakan oleh pihak ke-tiga.... terpulang kepada anda untuk membuat tafsiran sendiri.  - Sheikh Sambal


Sebelum kita mulakan pengembaraan...Srikandi mahu anda sebagai anak-anak Melayu dan yang paling penting seorang yang mengaku Islam jawab pertanyaan ikhlas dari Srikandi.

Lihat dua gambar di atas.Lihat wajah bersih anak-anak bangsa kita ketika masih muda.Adakah perlu memperkenalkan kedua-dua mereka di atas?Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam seperti anda semua.Sudah pasti mereka percaya bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan mereka.Namun sebagai manusia...mereka sudah semestinya tidak akan sunyi dari kesilapan.

Anwar Ibrahim (DS) semasa mudanya adalah anak muda yang penuh karisma.Beliau adalah pemimpin pelajar yang lantang dan setiap ucapannya bernas dan bersemangat.Beliau seorang yang berani dan berfikiran jauh.Melalui pembacaan tentang sejarah politik negara,Srikandi masih ingat Anwar Ibrahim adalah pemuda yang berani mengkritik kerajaan dan juga seorang pemidato terbaik.Ketika dalam kerajaan,beliau telah menabur banyak jasa dalam membangunkan anak bangsa.Betapa manisnya Malaysia ketika diterajui oleh dua orang yang paling unggul ini;Dr. Mahathir (kini Tun) dan beliau,DS Anwar Ibrahim.Ketika itu Malaysia dijoloki sebagai Harimau Ekonomi Asia.

Saya berfikiran positif demi kelangsungan hidup orang Melayu khasnya di Malaysia.

Mengapa kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam 'melacurkan' bakat dan kebijaksanaan beliau ini?Menaburkan pelbagai fitnah terhadap beliau semata-mata dihasuti dengan perasaan cemburu dan dengki yang tidak berkesudahan?Jika beliau benar-benar bersalah,mengapa undang-undang Malaysia membebaskan beliau ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi?Mengapa beliau menang kes saman terhadap penulis (kini Allahyarham) 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?Saya jamin,jika Tun Mahathir masih memerintah,Anwar Ibrahim pasti merengkok dalam penjara ataupun sekurang-kurangnya dikenakan tahanan rumah.

Jika anda melihat tabiat blog-blog politik,masya Allah...betapa hinanya mereka mengeji manusia bernama Anwar Ibrahim ini,tidak terfikirkah implikasinya terhadap anak-anak beliau apabila terbaca semua kebusukan politik ini?Jika di dalam internet sahaja tidak mengapa lagi,namun ada yang merentangkan kain berisi kata-kata menjijikkan terhadap bekas timbalan perdana menteri Malaysia ini.Luar dalam cerita.Betapa malunya saya melihat seorang Melayu beragama Islam 'ditelanjangkan' di hadapan masyarakat sedemikian rupa.Yang 'menelanjangkan' nya ialah orang yang sebangsa dan seagamanya juga.

Adakah kita benar-benar nampak beliau melakukan perbuatan hina sebegitu?Atau kita terikut-ikut rentak sebahagian orang yang hasad dengki tanpa tanya iman masing-masing?Percayalah,di akhirat nanti,jika tuduhan kepada beliau tidak benar...semua manusia yang menuduhnya akan tidak mampu cium bau syurga sebelum dapat kemaafan dari beliau.Tuduhan ke atas beliau amat berat.Na'udzubillah min zalik...amat berat saudara saudari.

Lihat wajah perdana menteri kita...semoga Allah beri hidayat kepada beliau DS Najib Tun Abdul Razak.Ayahnya seorang yang amat besar jasanya kepada orang Melayu.Najib sendiri adalah seorang kanak-kanak cerdas ketika kecil.Sudah pasti beliau mendapat tunjuk ajar dari ayahnya Allahyarham Tun Abdul Razak.Saya tahu beliau ada melakukan kesilapan terutamanya tentang judi bola dahulu.Namun saya doakan beliau dan saya amat berharap semua anak Melayu doakan beliau dapat hidayat supaya IKUT AGAMA BUKAN IKUT PIHAK YANG SOGOKKAN DUIT KEPADANYA.Hancur bangsa Melayu jika sejarah berulang lagi.Ya Tuhan...orang luar amat suka orang Melayu bergaduh sesama sendiri.

Kenapa percaya kepada Wikileak?Dahulu orang Melayu hancur kerana dengar sangat fitnah orang luar.Di mana?Di Kesultanan Melaka.Siapa Raja Mendaliar?Kasihan Tun Mutahir...seluruh keluarganya dibunuh berserta dengan dirinya.Isterinya...anak-anaknya dibunuh kejam oleh Sultan tanpa usul periksa kerana hasutan orang luar.Anda pernah rasa disula?Bayangkan anak isteri anda disula...menangis merintih-rintih di hadapan anda...sambil orang yang dengki khianat kepada anda bergelak ketawa tersenyum-senyum melihat anda separuh gila menangisi peristiwa pahit itu.

Siapa yang 'sula' Anwar Ibrahim dan keluarganya sehingga begitu hina-dina?Orang Melayu yang kena hasutan.Siapa yang jadikan Najib Tun Razak begitu abaikan sejarah bangsa dan agamanya?Orang Melayu yang ketagihkan duit orang luar.Siapa orang luar itu?Siapa lagi kalau tidak Ultrakiasu dan tuannya Christian Zionist.Saya terus terang saudara saudari,sebab saya pernah duduk dalam organisasi yang mengkaji politik tahap global.Macam-macam saya dengar masalah Anwar Ibrahim sejak dari MCKK lagi.Anda tahu tekanan perasaan yang ditempuh oleh Anwar Ibrahim?Masya Allah...amat berat.Amat berat.JIka kini Anwar Ibrahim jadi gila dan benar-benar meliwat di hadapan orang ramai...yang akan tanggung dosa sampai kiamat adalah....anda....anda dan anda yang berharap beliau benar-benar seorang peliwat.

Cubalah jangan jadi hamba 'child's politic'.Guna akal dan iman.Anda tahu bahawa Ultrakiasu bukan sahaja ada dalam DAP tetapi MCA juga.Dua-dua ada penyakit H1N1 ini.Bukan semua orang Cina ada penyakit ini,tetapi kepimpinan kaum Cina bertindak seperti Komunis walau di mana mereka berada.Orang Cina yang tiada atau kurang penyakit ini adalah mereka yang dari kecil duduk berjiran dengan Orang Melayu dan bercampur-gaul dengan mereka.Dari sini timbul rasa persefahaman antara satu sama lain.Orang Cina yang duduk dalam 'ghetto' mereka sendiri memang cenderung dijangkiti 'H1N1'.

Laporan Wikileak tentang Anwar Ibrahim itu berkaitan dengan Singapura dan Australia.Dua-dua negara ini bukanlah entiti yang boleh dipercayai.Siapa yang buat video tarian Pendet dahulu?Mengapa orang Melayu begitu bodoh dalam hal-hal sebegini?Ibarat dua ekor ayam bergaduh,kemudian ada musang datang dan menggalakkan mereka bergaduh dan bergaduh sampai letih...kemudian MUSANG TADI BERSEDIA UNTUK...NGAPPPPPPP!!Padan muka orang Melayu.

Apa yang boleh saya katakan lagi,why are you so stupid??

Kenapa percaya kepada Wikileak?Kenapa percaya kepada Lee Kuan Yew?Apa kata jika selepas ini Wikileak keluar kenyataan "Foto pembunuh Altantuya dirakam..." atau "Ejen Singapura dari Malaysia yang..." adakah parti-parti yang berkenaan seperti mendapat durian runtuh atau peluru berpandu saiz XXL untuk menghentam pihak sebelah sana pula?

Kemudian mereka menghentam,mencemuh dan menghina seorang Melayu beragama Islam bernama Najib Tun Abdul Razak pula.Tadinya ketua pembangkang peliwat.Kini ketua kerajaan pembunuh.Adakah kita merasa membuat kebajikan dengan melabel saudara seagama kita begini?

Adakah kita merasa membuat kebajikan dengan mengubah wajah saudara seislam kita dengan menggunakan 'photoshop' atau seumpamanya kemudian mengaibkan gambarnya,meletakkan pada foto anjing atau pengemis atau 1001 satu cara untuk memalukannya di khalayak?Saya berasa sedih melihat blogger yang masih berfikiran seperti budak-budak walaupun kebanyakan mereka bapak budak.Perkataan bangsat,sundal,jalang,bacul,bahalol dan seumpamanya adalah rencah ramuan blog politik Melayu.Hinanya orang Melayu bila menampilkan diri di Internet dengan budi bahasa yang amat rendah.Sungguh!Mereka berjuang untuk PERUT MASING-MASING bukan atas nama bangsa APATAH lagi agama.

Saya sudah nampak jika fenomena ini berterusan...bangsa yang paling saya sayangi ini akan musnah.Ketika anak isteri kita disula perlahan-lahan...ada orang di belakang tabir yang tersenyum-senyum melihat kita menangis hampir separuh gila menangisi kehancuran bangsa.

Srikandi ingin bertanya kepada anda semua...adakah kita sudah membuat kebajikan dengan melakukan semua pengkhianatan ini?

~Srikandi
I'm angel of history

20 July 2010

Najib Melawat Miri...Usaha FACE SAVING...lor...

Sah lah PRN Sarawak semakin sangat hampir. Najib datang melawat Miri pulak, cuba buat muka baik dengan penduduk Miri. Baru jer...naikkan harga barang keperluan.. sekarang buat silap mata la pulak.. ' Orang Miri jangan risau, Kerajaan Persekutuan akan memberikan perhatian yang terbaik pada Miri...' Uweekkk!!


Lepas kelentong lebih kurang di Permyjaya, Najib akan bergerak pula ke Ulu Baram..buat silap mata kat sana pula. Pastinya nak tabur janji peruntukan bagi Orang Penan sejuk.

"Jib, satu aku nak ingat kat ko, Orang Penan bukan bodoh spt yg ko sangka... siaplah Ulu Baram pun akan hilang dari gengaman ko tak lama lagi... Hantarlah samseng pegi gertak mereka. Rogollah perempuan mereka..namun Penan sudah sedar sekarang bahawa BN hanya bertanam tebu di tepi bibir sahaja."

Najib mungkin telah sedar bahawa Miri akan mengikut Sibu. Dia datang nak ajak warga Miri supaya 'you help me, I help you' lah ni. Tabur duit..silakan..Orang-orang Miri memang menunggu duit turun dari Putrajaya. Memang patut pun. Selama ini habis sumber alam, hasil mahsul Sarawak dikebas oleh kroni Tok Uban dan kuncu-kuncu dari Malaya.. Orang Sarawak nganga sajalah. Bila datang Najib bawak duit..mintak banyak-banyak.

Mintak apa saja. Masjid untuk umat Islam di Senadin dah patut sangat diberi. Si Dawood Mamak ntah hapa yang dibuatnya..Mintak masjid di Senadin macam mintak pada tunggul. Sementara tu, SIB sedang buat projek Gereja Besar di kawasan Kg Melayudi Pujut Padang Kerbau..(depan Boulevard).
Umat Islam Senadin terpaksalah solat Jumaat jauh di Lutong. Kalau Najib tak bagi peruntukan di Senadin...kesianlah teramat pada mereka. Nanti YB Peter Chin mungkin lingkuplah dalam PRU 13 nanti....siaplah nko!

Walau bagaimana pun, kita harap Najib akan beri apa yang sepatutnya pada rakyat Miri. Dan kalau pergi Ulu Baram tu...eloklah pakai kenderaan 4WD...baru dia tahu bagaimana keadaan rakyat yang setia mengundi BN di sini. Kalau nko naik heli kopter gi sana...tak dak can lah jalan dapat turapan ajaib sempena kedatangan PM...Kesianlah lagi pada orang rumah panjang ...yang ditipu dgn janji-janji manis setiap kali pilihanraya datang...

Owwhhh... akhirkata; 'Sarawak maju dalam Malaysia'.. ungkapan yang sungguh memualkan... lihatlah di sekeliling anda...



.
Sheikh Sambal
.


03 March 2010

Apa Perlu Masuk Bila PBB = UMNO

Tak heran lansung. Itu saja komen Sheikh Sambal. Sebab UMNO dengan PBB sama saja. Tingkah laku dan mentaliti sama. Perwatakan dan akhlak pun sama. Sebab tu kita tengok Sarawak masih antara negeri termiskin walaupun negerinya mempunyai hasil mahsul yang lumayan.
Sarawak ada minyak, ada gas, ada balak, ada sawit dan sumber manusia yang murah dan ramai. Tetapi negeri masih mundur. Jangan tengok di bandar-bandar. Tengok kawasan pendalaman. Tak payah pun pergi jauh masuk ke ulu-ulu, cukup sekadar dalam linkungan 30 km dari kawasan bandar. Jalan hanya tanah merah. Kalau musin hujan jadi bubur lumpur dan dalam musim kemarau pula, debu merah naik sampai pucuk kelapa.
Air paip dan api letrik toksah cerita. Air paip ada tapi bukan yang dirawat tetapi air sungai atau air bukit yang diempang. Kadang-kadang air telaga yang dipam. Itulah sumber air mereka. Api letrik pula dari 'genset' itu pun siapa yang berada sikit. Kalau tidak pelita atau lampu minyak gaslah jadi rakan membaca buku buat anak-anak kampung atau rumah panjang.
Sepatutnya kalau diurus dengan baik sumber kekayaan tanah kenyalang ini, seluruh negeri terang benderang dengan lampu neon dan setiap penduduk boleh dapat rumah seorang sebuah.
Sistem jalanraya antara bandar boleh lebih canggih dari Lebuhraya PLUS dan percuma tanpa tol. Setiap anak-anak penduduk dapat bersekolah sampai ke peringkat universiti percuma.
Sebab PBB sama saja dengan UMNO, semua kemudahan itu terlalai. Yang kaya dan senang lenang hanya segelintir golongan elit dan kroni. Kalau di Semenanjung ada UMNOPutra, di Sarawak pula ada PBBPutra lah.
Sebab tu Najib beri jaminan UMNO takkan masuk Sarawak. Apa guna menyusahkan diri bila dah ada orang yang buat kerja macam mereka.

17 October 2009

RON: Rakyat dirOmpak Najib...


RON95 minyak kualiti rendah tapi harga tinggi. Hari pertama ia diperkenalkan, harga terus dinaikkan dari yang dijanjikan RM1.75 kepada RM1.80 sama dengan harga lama RON97. Itulah yang didahulukan oleh Najib, bukan rakyat. KPI harga minyak pula melebihi sasaran. Najib memang handal. 1 Malaysia kena tipu.
Seorang sahabat mengeluh tentang minyak baru RON95 ini. Biasanya masa dia pakai RON97, Proton Perdananya yang dah berusia 15tahun, dapat dipandu sampai 500km dengan tangki penuh. Kini dengan RON95 dia cuma dapat 300km lebih sahaja! @##%%&&**!&*!! Berderai-derai sumpahnya kepada Najib. Dulu dia dapat simpan duit sikit tapi kini dengan RON95, lebih banyak belanja untuk minyak.
Betul juga kata sahabat itu. Penulis sendiri rasa RON95 memang kurang elok. Patutlah penulis rasa berat sejak kereta penulis pakai RON95. Satu hari penulis jumpa RON97 di Stesyen Petronas dekat Columbia Asia, Miri dan isi tangki dengan nya. Barulah rasa ringan bila RON97 masuk enjin kereta penulis. Tapi masalahnya RON97 amat mahal. RM2.05 seliter. 25sen lebih mahal dari RON95. @#$%^%&*&!!! Giliran penulis pulak menyumpah Najib.



Dari forum Autoworld penulis dapati ramai orang komplen pasal RON95 Shell dan Petronas. Depa kata BHP, Caltex dan Esso lebih baik dari Shell dan Petronas. Malang sungguh di Sarawak hanya ada Shell dan Petronas sahaja. Ada yang kata RON 95 BHP lebih dari RON97nya... entahlah..

Yang penulis tau, RON95 (Shell dan Petronas) memang crap! Nak guna RON97 walaupun jauh mahalnya, susah pula nak cari. Sebesar-besar Bandar Miri, cuma ada satu RON97 Petronas (dekat Hospital Columbia Asia) dan ada kawan bagi tau Shell depan Pelita/bawah Bukit Canada ada RON97.
Malaysia adalah pengeluar minyak kualiti terbaik di dunia... (sweet crude) tapi rakyat 1 Malaysia dipaksa pakai minyak kualiti hampeh!
Rakyat Didahulukan (dengan barang tak bermutu) dan Pencapaian (harga mahal) Diutamakan !!








16 September 2009

Dan Satu Lagi Pembaziran Peringkat GABAN!!

Malaysia akan mempunyai kereta lumba F1 dibawah syarikat milik Proton yakni Lotus. PM Najib mengumumkan keputusan ini semalam. Home ground F1 Lotus adalah di Litar F1 Sepang, cukup dengan kilang pembuatan dan pasukan penyelengaraannya sendiri. Lotus F1 ini akan menjadi Pasukan F1 100% di bina dan diselenggara dan di urus oleh rakyat tempatan, kecuali pengurus besarnya oleh oleh Mat Saleh dari Reynould...
Hmmmm... Najib memang pandai membazir... sementara ramai anak Felda dan rakyat pendalaman Sabah Sarawak dan di ulu2 Semenanjung mengikat perut tak berduit beli keperluan asasi Najib sedap2 belanja besar buat F1...Mahathir tentu suka...
Baca berita lanjut di sini...

12 April 2009

ASEAN Summit Batal - Pembaikpulihan Imej Najib Tergendala

Pembatalan ASEAN Summit oleh Kerajaan Thailand betul-betul membuatkan DS Najib kecewa. Selepas kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, pengiktirafan pemimpin-pemimpin ASEAN dan negara-negara sekutu seperti Jepun, Korea, China, Australia, New Zealand dan India yang akan menghadiri ASEAN Summit, amat diharapkan.
Sedikit sebanyak ASEAN Summit sepatutnya dapat mengilatkan imej DS Najib yang bermula sebagai PM Malaysia yang kabur. Dengan bersentuh bahu dan bergambar bersalaman dengan pemimpin-pemimpin dunia tentunya akan menambahkan kredibiliti DS Najib sebagai PM yang diterima oleh Dunia. Maka segala dosa dan karat imej buruk yang dibawanya akan dapat dikikis dengan menggunakan kuasa media yang ada. Malangnya ini tidak berlaku.
DS Najib ketika ditanya oleh pemberita terang-terangan mengatakan kehampaannya terhadap keputusan yang dibuat oleh Thailand. Beliau hanya sempat bertemu dengan Sultan Brunei dan PM Thailand. Juga sempat bertemu dengan PM Singapura secara tidak rasmi. Segala persiapan untuk persembahan di Pattaya masuk bakul sampah! Kini jalan untuk membaiki imej DS Najib lebih sukar.
Walaupun bermula dengan baik yaitu dengan membebaskan 13 tahanan ISA dan membatalkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang perlu dineutralkan di Pattaya. Malangnya ini tidak berlaku.

Kini DS Najib perlu melakukan perkara yang lebih baik dari membebaskan hanya 13 orang tahanan ISA. Imej DS Najib akan naik mendadak jika beliau memansuhkan terus ISA. Skandal Altantunya hanya dapat dibetulkan dalam Mahkamah. Maka DS Najib seharusnya menyaman semua akhbar dan majalah di luar negara yang memfitnah beliau. Perkara ini pernah dilakukan oleh Ku Li bila beliau menyaman sebuah syarikat akhbar di London yang memfitnah beliau tentang pembabitannya dalam Skandal BMF. Ku Li menang dan imej beliau pulih. DS Najib perlu melakukan perkara yang sama untuk membersihakan imej beliau.
Beliau harus membuktikan kabinet baru beliau sebagai benar-benar Kabinet Rakyat. Bukan sekadar laungan perkataan popular sahaja. (Nampaknya perkataan 'Rakyat' sungguh popular sehinggakan BN juga mahu memanupulasikannya).

DS Najib.....Tun Abdul Razak telah membina asas Malaysia yang kukuh. Dalam era Tun M dan Tun Abdullah asas itu semakin terhakis dan semakin lemah. Sebagai penyambung amanat bapa kamu, kukuhkan semula asa Malaysia. Martabatkan Kehakiman, basmi rasuah dan korupsi, kembalikan maruah Bahasa Melayu dan lunaskan keadilan untuk semua. Hanya dengan ini sahaja imej dan maruah kamu akan terbela dan menjadi cemerlang.
Sekadar bergambar dan bersalaman dengan para pemimpin dunia, mahupun sekadar pembebasan 13 orang tahanan ISA bukan caranya. Kami rakyat mahukan lebih dari itu!!



05 April 2009

Najib Pemain Politik Yang Licik.

Buat kecuh sebelum naik. Tahan orang demo. Pancut air asid. Tembak gas pemedih mata. Gantung Harakah dan Suara Keadilan. Biar gamam dan bengang semua musuh dan orang awam. Tu dia Najib sebelum jadi PM dah nak tunjuk belang. Habislah Malaysia kalau orang 'kuku besi' ni jadi PM. Orang semua kaget memikirkan apa yang Najib akan buat bila naik jadi PM. Bayangan Mahathir mula menghantui fikiran.
Tup-tup... hari ni angkat sumpah hari ni juga lepaskan 13 tahanan ISA. Harakah dan Suara Keadilan ditarik larangan dan mula memujuk kaum Cina dengan melawat Sin Chew Daily, cadangan melawat China dan bertemu peniaga Petaling Street.
Tiba-tiba sahaja orang ramai terkesan dengan 'perbuatan baik' Najib. Maka segala media pun mencanai dan menggembang-gemburkan perbuatan baik Najib ini sehebat-hebatnya. Kununnya inilah agenda perubahan yang ditunggu-tunggu.
Walhal sebenarnya Najib adalah seorang politikus yang licik. Masakan tidak. Beliau dengan mudah sahaja mengkensampingkan orang-orang Pak Lah. Tajul Rosli terlucut jawatan pengerusi UMNO di Perak dan Ali Rustam dilarang bertanding Timbalan Presiden gara-gara rasuah politik. Cuma Khairi sahaja yang tak mampu dinyahkannya walaupun Lembaga Disiplin UMNO sudah menjatuhkan hukuman salah pada Khairi. Walaubagaimanapun, orang kuat Khairi, Norza jatuh terhumban.
Pilihanraya kecil di 2 Bukit dan 1 Batang adalah perkara utama dalam jadual Najib. Beliau tentu tidak dilihat sebagai PM yang lemah setelah kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu semasa jadi TPM. Untuk menarik undi orang atas pagar yang ramai telah beralih simpati kepada PR maka Najib pun jalankan gerakan politik di hujung masa pentadbiran Abdullah. Dengan segala zulum dan tekanan dikenakan kepada PR dan penyokongnya rakyat sedikit sebanyak akan menuding jari kepada PM Abdullah kerana beliau adalah kuasa tertinggi. Marah rakyat meluap-luap. Tetapi bila sahaja beliau jadi PM ke-6 maka najib pun buat perkara yang baik-baik yang tak terfikir orang orang ramai sebelum ini (yakni berbanding dengan perbuatan beliau semasa jadi TPM).
Dan ramailah yang termakan dengan 'kebaikan ini' dan ia akan tercerna didalam peti undi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai nanti. Memang Najib adalah politikus yang licik. Apa pula sangkangan dari Anwar untuk meleperkan wibawa Najib? Katanya ada pendedahan besar malam tadi... jangan jadi seperti kotak-kotak Ezam atau 16/9 sudahlah.

Yang jelas sekarang dari segi politik, Najib 1 Anwar 0.