03 April 2009

NAJIB PM KE-6 ( Ya Allah... Selamatkan Malaysia)

Sah! Najib PM Malaysia Yang Ke-Enam. Ramai yang berharap mimpi ngeri ini tak akan jadi kenyataan. Hari ini ia bukan igauan yang ditakuti tetapi kenyataan yang penuh berapi. Ramai yang mengharap YDP Agong akan menggunakan kuasa perlembagaannya dan melantik seorang PM dari ahli Parlimen yang disokong oleh majoriti. Harapan tinggal harapan YDP Agong lebih bijaksana dari itu. Jika Baginda melakukan apa yang Sultan Perak lakukan maka Malaysia boleh terjerumus ke dalam kancah kacau bilau dan mungkin juga perang saudara.
Baiklah, Najib kini telah jadi PM. Apa kata kita beri dia peluang sehingga PRU ke-13. Kita cabar Najib kembalikan Malaysia kepada Kemakmuran dan Sistem Pentadbiran yang mumtaz. Jika korupsi masih berleluasa dan sistem pentadbiran termasuk kehakiman yang parah maka, Najib akan kita ganyang pada PRU 13 nanti.

Memang Najib pnuh dengan skandal. Altantunya, Scorpene, Eurocopter, 'dealing and wealing' di Kmentah dan berbagai lagi. Walaubagaimanapun segala dakwaan ini tidak dapat disangkutkan kepadanya. Sementelah Najib dah jadi PM Malaysia, apa kata kita biar dia mentadbir shingga PRU13, selepas itu baru kita ganti dengan seorang PM yang bersih berkilat (Apa kata kita siapkan YAB Nizar untuk itu....)


Wasalam,

Sheikh Sambal

3 Mac 2009

No comments: