Memang itulah rutin kami seharian minum pagi di kantin sambil berwacana tentang politik, agama, ehwal semasa dan kesah pengalaman. Pagi ini Matthew agak terganggu oleh satu berita yang didengarnya sendiri dari seorang kawan yang pergi berkempen di Batang Ai semasa PRK di sana. Sambil menyedut rokok seludup yang mudah didapati di bandar Miri, berkati-kati beliau menyumpah Tok Uban dan para pemimpin Iban yang berlongo di bawah kuasanya. Matt sangat marah kerana PKR kalah di Batang Ai pada PRK 7hb April lalu. Matt kata kalau Tok Uban tak tipu dan main duit, sudah tentu PKR menang. Aku iyakan saja luahan hati Matt.
Matt kata beberapa orang kuat PKR tempatan sebenarnya sudah kena beli beberapa hari sebelum hari mengundi. Seorang kawan baik Matt, Richard, orang kuat PKR pergi Batang Ai dengan seorang pemimpin tempatan PKR dari Bintulu . Mereka berdua memandu ke Batang Ai untuk berkempen di kalangan orang-orang rumah panjang di sana. Pemimpin yang dibawa si Richard ni memang selalu ke depan. Pandai bercakap seperti politikus handalan. PRnya baik. Bak kata orang memang boleh jadi menteri kalau PR dapat takluk Sarawak.
Sampai di sana Richard kata, mamat tu pun mula berceramah di rumah-rumah panjang. Tetapi kata Richard ada kelainan sikit rentak tari ceramahnya. Bunyi ceramahnya tak ubah seperti kempen BN. Isi ceramah agak mengiyakan tindak-tanduk kerajaan selama ini. Richard agak keliru. Tetapi oleh kerana dia seperti bodyguard cum driver, dia ikut saja. Mungkin strategi politik fikirnya. Esok harinya mamat pemimpin itu mengajaknya pergi ke sebuah bank dan mengambil duit dalam satu surat besar. Kata Matt, Richard menunjukkan tebal bungkusan duit itu lebih kurang sejengkal. Richard tak pasti berapa tetapi kata Richard pastilah duit itu berpuluh-puluh ribu jumlahnya. Mamat pimpinan tu kata, duit itu adalah peruntukan untuk memberi kemudahan kepada rumah-rumah panjang.
Seronok sungguh Richard. Akhirnya orang-orang miskin di rumah-rumah panjang dapat pampasan dari tanah NCR yang dirampas oleh tokeh-tokeh ladang kelapa sawit.
Seronok sungguh Richard. Akhirnya orang-orang miskin di rumah-rumah panjang dapat pampasan dari tanah NCR yang dirampas oleh tokeh-tokeh ladang kelapa sawit.
Selepas mereka berdua mengambil duit itu, terus mamat itu mengajak Richard balik ke Bintulu. Richard fikir mungkin itu atur cara bagaimana wang itu perlu dibelanjakan, bawak ke Bintulu dulu sebelum diserahakan kepada rumah-rumah panjang yang layak. Dia pun pulang dengan mamat tu.
Dalam perjalanan pulang itu dia dibelanja makan dan minum dan duit minyak kereta. Sampai di Bintulu dia menghantar mamat tu ke rumahnya dan dia balik ke rumahnya pula. Beberpa hari berlalu dan 7hb April pun sampai. BN diishtiharkan menang di Batang Ai. Wajah mamat tu tidak pernah kelihatan sejak mereka balik dari Batang Ai. Sangsi Richard tiba-tiba datang dan tahulah dia kini bahawa mamat tu sebenarnya telah dibayar bagi memenangkan calon lawan. Patutlah ceramahnya sangat cenderung kepada BN. Tidak seperti layaknya ceramah seorang ahli pembangkang.
Sejak hari itu Richard benci pada mamat tu kerana mengambil kesempatan untuk membuat duit untuk diri sendiri. Samada Richard marah pada diri sendiri kerana terlampau lurus, tidak nampak peluang dapat duit di depan mata atau kesal kerana mamat tu menyonglap duit rakyat. Begitulah rungutan Matt tentang sahabatnya Richard yang lurus bendul tetapi panas baran. Kisah panas baran Richard ini perlu diceritakan dalam posting lain, insyaAllah.
Matt juga dapat berita bahawa beberapa peti undi di Batang Ai dibawa melaui helikopter dan boat. Yang paling memeranjatkan lagi kata Matt ialah, wakil parti yang bertanding tidak di benarkan mengiringi peti-peti undi yang dibawa ke pusat perjumlahan undi. Matt kata besar kemungkinana peti-peti itu ditukar semasa dalam perjalanan. Tak tahulah aku.
Sejak hari itu Richard benci pada mamat tu kerana mengambil kesempatan untuk membuat duit untuk diri sendiri. Samada Richard marah pada diri sendiri kerana terlampau lurus, tidak nampak peluang dapat duit di depan mata atau kesal kerana mamat tu menyonglap duit rakyat. Begitulah rungutan Matt tentang sahabatnya Richard yang lurus bendul tetapi panas baran. Kisah panas baran Richard ini perlu diceritakan dalam posting lain, insyaAllah.
Matt juga dapat berita bahawa beberapa peti undi di Batang Ai dibawa melaui helikopter dan boat. Yang paling memeranjatkan lagi kata Matt ialah, wakil parti yang bertanding tidak di benarkan mengiringi peti-peti undi yang dibawa ke pusat perjumlahan undi. Matt kata besar kemungkinana peti-peti itu ditukar semasa dalam perjalanan. Tak tahulah aku.
Kalau ikut cara SPR sekarang, perjumlahan undi boleh mengambil masa yang lama. Dengan cara baru ini, undi dikira di UPU disaksikan oleh semua wakil calon. Borang 14 diisi dan di tandatangani oleh semua. Ringkasan jumlah undi dalam Borang 14 inilah yang dibawa kepusat pengiraan undi untuk perjumlahan undi dari semua kawasan. Matt pasti borang 14 ini ditukar dalam perjalanan ke pusat. Entahlah. Aku tak berani kata ya, tapi kondisi ia berlaku memang ada.
Beberapa faktor sebenarnya yang menyebabkan PKR kalah di Batang Ai ;
Beberapa faktor sebenarnya yang menyebabkan PKR kalah di Batang Ai ;
1. Penduduk Batang Ai adalah orang kampung yang simple. Mereka amat taat kepada pemimpin mereka. Maka bila ketua mereka disogok untuk menyokong BN, yang lain ikut sahaja.
2. Hujan duit mencurah-curah di sekitar rumah-rumah panjang. Bila ada rasa seronok dapat duit itu, pertimbangan awal mereka untuk memangkah PKR dibatalkan. Orang Iban adalah bangsa yang setia dan mengenang budi. Susah bagi mereka untuk membelakangi orang yang menabur budi kepada mereka.
3. Orang Iban suka minum Langkau (sejenis arak tempatan). Semasa tempoh kempen, mereka bukan sahaja dapat minum bahkan dibuat mandi berendam pun boleh. Jadi mereka yang hidup ringkas ini , bila di beri duit dan Langkau, rasa terhutang budi meningkat tinggi. Jadi budi itu dibayarlah seperti yang dikehendaki oleh para pemimpin BN yang turun padang.
4. PKR /PR sendiri berbalah-balah tentang calon yang sesuai dan saling bersaingan untuk menunjuk sapa lebih baik. Akhirnya kerja kempen pun tergendala oleh kerana perbalahan itu.
5. Pemimpin PKR tempatan menjual maruah mereka untuk menyertai BN atau pun berkempen memenangkan BN secara halus. Mana mungkin PKR tidak terjejas jika para pimpinan tempatan sudah beralih kem. Inilah yang terjadi seperti yang dikesahkan oleh Richard kepada Matt.
6. PKR/PR gagal melakukan penerangan yang jelas bagi menangkis tohmahan lawan kerana jentera pilihanraya yang lemah. Lagi pun ada lagi 2 PRK sedang berjalan serentak di Semenanjung. Jentera pusat tebahagi kepada 3. Ini menjadikan PKR/PR sedikit lemah.
Walaubagaimanpun, Batang Ai tetap memberi mesej kuat kepada BN Sarawak bahawa PKR akan memberikan saingan yang sangat hebat dalam PRU DUN akan datang. Apa yang PKR dan PR perlu lakukan adalah meneruskan kempen penerangan dan melakukan jelajah kampung ke kampung, rumah panajng ke rumah panajang untuk memikat hati kaum-kaum di pendalaman Sarawak.
Kepada Matt dan Richard, teruskan perjuangan . Aku pasti kalian akan berjaya akhirnya!!! Takbir!!
No comments:
Post a Comment