Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

23 January 2011

"Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!" - Hamka

Kata-kata di atas ku petik dari deskripsi tajuk blog Dr Faisal Tehrani... Memang sesungguhnya aku setuju.. Aku juga adalah seorang Sunni tapi aku cinta pada Ahlul Bayt... 

Kerana Ulama AHlul Bayt lah yang datang ke Nusantara pada abad ke-10 dan seterusnya....lalu mengislamkan nenek moyangku.Sejarah Kerajaan Melayu purba yang bersikap terbuka dan menghormati kedatangan mereka ke dunia sebelah Timur ini telah membuka jalan kepada Islam berkembang pesat di kalangan orang Melayu.

Jika para pendakwah Ahlul Bayt tidak datang mengislamkan nenek moyang kita dahulu, entah apalah agama kita sekarang ini agaknya.

Alhamdulillah....Selawat dan Salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan kaum keluarga keturunannya dan para sahabat ajmain.....

Wasalam

Sheikh Sambal

21 December 2010

Melayu Islam Dan Melayu Syiah

Melayu sememangnya Islam. Sejak Pendakwah Ahlul Bayt datang ke Nusantara mengembangkan da'awah seawal abad ke-9 dan terus rancak dalam abad ke-12, 13 dan seterusnya. Orang-orang Arab datang berda'awah sambil berdagang di Nusantara secara berterusan di daerah bumi Timur ini dan kemuncaknya atas perintah Sharif Makkah, seorang Sayyid dihantar ke Samudra Pasai lalu mengislamkan Raja Pasai ketika itu. Maka bermula zaman kegemilangan Islam di Alam Nusantara. Orang Melayu Samudra (kini Sumatra) berbondong-bondong memeluk Islam.

Tak lama kemudian Raja Melaka pula memeluk Islam juga di tangan seorang pendakwah Ahlul Bayt yang mendarat di perlabuhan pantai Melaka. Maka Melayu Melaka dan segenap daerah jajahannya pun memeluk Islam. Tatkala Islam Islam tidaklah asing sangat keran orang Islam telah ada bermestaution di Melaka dan Kepulauan Melayu.

Orang-orang Arab yang datang dari Hadhramaut kebanyakannya adalah keturunan Sayidina Ali dari jujuran Al Hussein. Mereka berpegang kepada Mazhab Imam Shafie kerana Imam Shafie sendiri adalah ahlul bayt (ibu beliau cucu Hassan Bin Ali Bin Abu Thalib) dan sangat bersimpati dan kasih pada ahlul bayt. Maka Mazhab Shafie pun berkembang ke Nusantara. Jadilah Melayu Islam mazhab Shafie.

Kedatangan gelombang Ahlul Bayt yang pertama berjaya menukar agama datuk nenek Orang Melayu dari kepercayaan anamisme bercampur Hindu dan Budha kepada Islam. Sebatilah Islam dalam masyarakat Melayu dengan gelombang ahlul bayt yang pertama berasimilasi dalam masyarakat Orang Melayu sehinggakan ramai Orang Melayu yang berketurunan ahlul bayt tapi tidak sedar akan hakikat itu kerana sebati dan mesranya darah Melayu dan Arab bercampur dalam tubuh Bangsa Melayu. Reduplah Tanah Nusantara ini dengan ramainya keturunan Nabi berkembang biak tanpa mereka sedar.

Itulah sebatinya makan beratus-ratus tahun. Sebab itulah kadang-kadang kita nampak Orang Melayu macam ada iras-iras Arab tetapi hidungnya kembang... :) Satu-satunya bangsa di dunia yang mempunyai wajah yang berbagai ialah Bangsa Melayu. Dan satunya-satunya bangsa di dunia yang takrifan bangsa dan Islam itu sama ialah Bangsa Melayu. Bila sebut Melayu dia pasti itu Islam dan bila sebut Islam dia itu Melayu.

Olehkerana  rapatnya orang Melayu dengan golongan ahlul bayt, mereka boleh dikira syiah dalam ertikata pencinta keluarga Nabi s.a.w. Tetapi mazhab mereka tetap Shafie kerana Imam Shafie pernah berkata dia rela dianggap Syiah kerana cintanya dia kepada Ahlul Bayt. Begitulah Orang Melayu. Syiah Melayu tidak sampai kepada mentuhankan Sayidina Ali. Syiahnya orang Melayu adalah kerana sayang pada Nabi dan Keturunannya.

Memang banyak syiah yang melampau. Di daerah Timur Tengah dan Benua Asia Selatan melampunh Syiah sesat. mereka sesat kerana jahil dan dhaif. Mengikut sahaja apa kata Pir atau Tok Guru mereka yang punya agenda tersendiri. Juga tidak dinafikan Orang Melayu pun ramai begitu. Kalau tidak masakan ajaran Ayah Pin dan Hasan Anak Rimau boleh berkembang.

Rata-rata Syiah Melayu majoritinya adalah atas sayang dan kasih mereka kepada Ahlul Bayt bukan atas fahaman Syiah Rafidhah yang melampau. Kerajaan nak pantau, pantau yang melampau ini. Tetapi kalau setakat mendengar ceramah di dalam surau atau rumah, apakah rasionalnya mahu ditangkap dan dizalimi. Mereka bukannya berdemo merusuh di jalanan menghentam diri sampai berdarah-darah. Mereka bukan juga pengebom berani mati yang menyusup ke PWTC. Syiah Melayu cuma mendengar ceramah dan menangisi kezaliman ke atas apa yang terjadi pada cucu-cicit Nabi s.a.w