Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

09 July 2012

Seloka Hati Panas... (khas buat sang penguasa)

Lama sudah tidak ke ladang,
Tinggi rumput dari padi,
Dah lama tidak celoteh panjang,
Kununnya sibuk dengan kerja parti?

Buah keranji dalam perahu,
Bawa sekilo tak cukup juga,
Hebahkan maklumat supaya tahu,
Bahaya umno tak kira siapa..

Rumah panjang banyak pintu,
Tuai rumah senyum meleret,
Datang ziarah nak beri tahu,
Mari berubah menolak penipu...

San Miguel dan Petron pilihan dia,
Untungnya banyak tidak terkira,
Hasil usaha restu ayahanda,
Kantung gemuk hati gembira..

Pendalaman Sibuti jalannya teruk,
Hujan jadi bubur panas berabuk,
Peruntukan gomen ada buat jalan masuk,
Jalan tak jadi poket sendiri taruk..

Bila PBB/BN berjanji manis belaka,
Lima tahun sekali datang tunjuk muka,
Bila dah menang balak kena kerja,
Marahlah Penan.."aku hantar gengster"

Rumah si miskin menitik airmata,
Rumah Sang YB mahligai dalam kota,
Rakyat merintih kasihan dipinta,
'Kalau kau taukeh baru aku bela' YB kata..

PRU 13 tak lama lagi tiba,
Perang sudah mula mari siap sedia,
Isu memang banyak ada sini sana,
Yang penting maklumat sampai pada semua....


Sheikh Sambal
08-Julai-2012
23:57hrs



25 March 2011

PAS Lawan BN di Senadin!

SMS dari Ustaz Nasha petang tadi menggembirakan Warga PAS Miri. Kini pasti sudah PAS akan meletakkan calonnya di DUN N65 Senadin. Da para duat nampaknya dimakbulkan Allah yang Maha Esa.

Sheikh Sambal turut bersyukur dengan kemenangan pertama ini, iaitu meletakkan calon PAS di kubu BN. Ramai juga akan bersyukur dengan perkembangan ini. Tentunya pencinta Islam di daerah sini. DAP pun telah berjanji akan turut berkempen untuk memenagkan calon PR/PAS. Penduduk Senadin pastinya kini berpeluang untuk memberi mandat kepada PAS/PR untuk mewakili mereka dalam DUN Sarawak. 

PAS sejak 2 tahun lepas telah turun ke lapangan di DUN Senadin. Menjenguk keperitan penduduk di Tudan, Kg. Sealine, Kg Wireless, Permyjaya, Kg Muhibbah & Kg Masjid Kuala Baram. Mereka ini kebayakannya mengundi BN apda pilihanraya ke 9 pada 2006. Janji BN untuk meningkatkan taraf hidup mereka hanya tinggal janji.  Jurang kemiskinan mereka amat jauh dibandingkan dengan para taukeh di Luak Bay.

Taib dan BN/SUPP kini akan digegarkan oleh PAS/PR di Senadin. Jentera PAS/PR telah memulakan langkah perjuangan. Kemenangan adalah pasti. Jika menang undi wakil kita akan jadi YB. Kalau kalah undi pun masih menang juga di sisi Allah dan PAS akan lebih dikenali di Negeri Kenyalang ini.

Para pejuang, ayuh kita ke medan. Ini perang pilihanraya. Ini jihad kita. Kalau kta mati dalam jihad ini, mati kita mati SHAHID.

 Sheikh Sambal.

20 March 2011

PAS Ajak Rakyat Sarawak Buat Perubahan!

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.
“Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.
“Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,” katanya yang juga ahli Parlimen Marang.
Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.
Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.
“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,” katanya.
Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.
Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan  rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.
“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,” katanya

DUN Bubar Esok - Perang Pilihanraya Sarawak Bermula..


CM Taib Mahmud dijangka akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak esok. Maka bermulalah peperangan merebut kerusi DUN Sarawak. BN seperti biasa akan meletakkan calon-calon mereka di semua kerusi. Kalu dahulu lawan BN boleh diangggap tiada, tetapi sejak pilihanray 2006  dulu, PR telah mula menapak di Sarawak. 

DAP memang sudah bertapak lama dan mempunyai penyokong di kawasan bandar-besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. PKR telah pun ada satu kerusi di DUN Sarawak. PAS telah lahir di Sarawak sejak akhir 90an tetapi kurang mendapat sokongan. Tetapi sejak PRU 2008, PAS Sarawak mula mengorak langkah yang lenih teratur.

Kini PAS Sarawak telah mempunyai kawasan (bahagian) di Kuching, Batang Lupar, Bintulu dan Miri. Dalam pilihanraya 2006, PAS hampir menang di Beting Maro. Cuma kalah 800 lebih undi sahaja. Akhir-akhir ini sokongan terhadap PAS semakin bertambah. Bahkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) pun telah dilancarkan di Miri oleh Timbalan Presiden Pas Ust Nasharudin Mat Isa. Keahlian DHPP di Miri sahaja hampir menjangkau 100 orang dan semakin bertambah menjelang pilihanraya.
Parti Dayak, SNAP pun telah hidup semula dengan keputusan Mahkamah tempoh hari. SNAP adalah parti yang telah lama di Sarawak. Jika PAS, PKR dan DAP berasal dari Semenanjung, SNAP adalah parti tempatan. Hubungan yang mantap antara semua parti-parti dalam PR akan memberi saingan hebat kepada BN.
BN kini perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi. Jika dulu ramai calon BN boleh menang percuma, kini tidak lagi. Berbekalan banyak isu penyelewengan, janji kosong dan tanah NCR, PR akan berpotensi untuk melumpuhkan BN dan seterusnya memegang tampok pemerintahan Sarawak. Rakyat terutamanya yang berada di luar bandar telah mula celik terhadap hak mereka. Janji pembangunan yang dibawa oleh BN saban kali pilihanraya sudah tidak dipercayai lagi oleh penduduk tempatan.

Sarawak yang sepatutnya lebih kaya dari Selangor dengan hasilbumi dan kekayaan semulajadi adalh negeri ke-4 tercorot miskin dalam Malaysia. Pergilah ke kampung2 disekitar mana bandar, anda akan dapati suasana kehidupan seperti Semenanjung tahun 60an- 70an. Tiada api letrik, tiada air paip dan jalan kampung yang hanya tanah merah. 

Penduduk Sarawak terpaksa membayar harga yang amat mahal dengan mengundim BN.Taraf kehidupan yang dibawah taraf kemiskinan tegar dan kos keperluan harian yang juga mahal. Tidak disyaki lagi semua kekayaan itu dipunggah oleh pemimpin Bn dan kroni mereka. Lihatlah kekayan mereka. Amat melebihi gaji yang mereka terima. Syarikat2 kroni mendapat segala habuan dari pemimpin yang korup.

Kini rakyat Sarawak akan berpeluang untuk mengajar pemimpin2 yang korup ini. Jangan undi lagi BN. Beralihalah kepada Pakatan Rakyat. Contohi Kedah, P. Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak. Mereka berani memangkah kepada perubahan. Undilah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR dan SNAP).

Selamat berkempen dan mengundi kepada perubahan. 

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


10 March 2011

Pilihan Raya Negeri Sarawak - April!

Sah dah! Semalam (9/3) pembantu SPR telah dilantik dengan rasminya dan mereka akan mula bertugas pada 25/3 ini. Maknanya, awal April lah PRU Sarawak. Takkanlah buat lantikan sekarang tapi pembantu SPR ini akan menunggu sampai Jun baru nak setel pilihan raya. Tentulah cepat lantik cepat kerja cepat siap. Maka khabar angin yang mengatakan 9 April adalah tarikh pilihan raya DUN Sarawak semakin sah.

Janggut Bang Taib pun semakin panjang. Memang begitulah setiap kali hendak menentukan tarikh pilhan rayaBang Taib akan simpan janggut. Macam tanda dunia nak kiamat.SImpan janggut tu macam alamat besarlah, selain dari pak-pk menteri sibuk turun kampung dan hutan bertanya khabar.

Konvensyen BN Sarawak hujung minggu lepas pun bengkeng semacam jer Bang Taib. Tu pun satu lagi petanda besar. Dah biasa pilhan raya macam makan kacang sambil tabur pada ayam bagi ayam makan sebelum tangkap sembelih. Behitulah pilhan raya Sarawak sebelum ini. Rakyat digula-gulakan sebelum mereka dikerah undi BN dann selepas itu dah menang mampus pi lah kat hang! Tanah NCR pun kena rampas. Kununya untuk kemajuan rupanya untuk kembungkan poket sendiri dan kroni.

Kalau baca Borneo Post dan klebanyakan akhbar Cina, PAS akan bertanding di 6 kawasan. Inilah kali pertama PAS akan meletakkan calon di 6 kawasan DUN, yakni, Stupong (Kuching), Sebuyau, Sadong Jaya, Beting Maru, Jepak (Bintulu) dan Senadin (Miri). Walaupun PAS dikira parti baru di Sarawak, tetapi gerak kerja mereka terutamanya di Senadin dan Jepak, amat memberansangkan. Setiap minggu ada sahaja orang besr PAS yang datang. Lepas sorang, sorang. Ada yang datang berkumpulan dan ada juga yg datang solo. PAS tempatan tetap memberikan layanan yang sepatutnya, yakni, menggunakan mereka yang datang untuk menjadi penceramah di masjid-masjid, surau-surau, tempat2 awam dan juga di ceramah umum.

Kalau Bang Taib mengishtiharkan tarikh pilhan raya pada bila-bila masa pun sekarang, PAS dan jenteranya sudah bersedia.Pakatan Rakyat telah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah pembahgian tempat bertanding dan calon.calon. Di Miri, setakat ini DAP mmenyatakan hasrat beliau untuk bertanding di semua kawasan DUN termasuk Senadin. Dari segi gerakerja akar umbi PAS memang mantap di Senadin tetapi DAP pula mantak dalam gerakerja poltik. Hanya wibawa calon-calon sahaja yang akan menentukan parti mana yang akan bertanding. PAS ada 6 bakal calon yang terdiri dari peguam, peniaga, jurutera dan juga calon wanita. Keputusan akhir akan ditentukan oleh mesyuarat peringkat negeri.

Kita tak kesahlah sapa yang bertanding nanti. Yang pentingnya satu lawan satu. Kita tak akan bagi BN menag percuma. Kita akan bagi mereka sakit dalam pilhan raya kali ini.

Cukup-cukuplah tu Bang Taib. Rakyat dah meluat dah... udah lejuk dah...!! Rakyat Sarawak mahu Ketua Menteri baru selepas pilhan raya DUN kali ini dan dia bukan orang BN...amiinn...


Sheikh Sambal.

19 February 2011

Senang Je Nak Capai 'Negara Berpendapatan Tinggi' = Saman Berbunga!

Salah satu cara paling senang untuk meningkatkan pendapatan negara ialah pungut duit dari rakyat. Selain cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, GST dan macam-macam lagi, saman adalah alat paling efektif untuk menambah pendapatan negara.

Kerajaan Najib sangat faham tentang sikap orang-orang Malaysia. Mereka suka memandu ke sana ke mari. Pemilik kereta di Malaysia pula adalah antara peratus yang tertinggi di dunia.Bila memandu kereta tentu ada perlangagaran undang-undang yang sedia banyak. Dari yang besar seperti perlukan lesen memandu sampailah kepada perkara kecil seperti memakai talipinggang keledar di tempat duduk belakang.

Kini Rejim Najib telah jumpa lagi satu cara untuk menaikkan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Saman. Beberapa hari lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menyatakan Kerajaan akan MENYELARASKAN kadar kompaun bermula pada 1 Mac 2011. Biasanya bila selaras maksudnya kadar akan naik. Bukan itu sahaja, kalau lambat bayar, saman itu akan meningkat jumlahnya. Macam skim bunga pinjaman Ah Long Bukit Beruntunglah.

Seperti biasa kerajaan akan menggunakan alasan yang lunak untuk menjustifikasikan kenaikan kadar baru tersebut. Katanya "matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya". Hahahaha..... kelakar sungguh. Siapa percaya ini maka dia mesti percaya Kak Rosmah masih dara.

"Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai." katanya. Kata aku pula, "dah orang tak cukup duit nak belanja dapur, yuran sekolah, duit minyak dan bil api dan air, camana nak bayar saman ekor dan macam2 jenis  yang berjela-jela!"

"Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar," katanya di sini hari ini. Makan nasi dengan saja cari kesalahan orang sama ke Datuk? Orang makan nasi nak hidup, kau cari salah orang nak menginiaya orang (membunuh cara perlahan-lahan)

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Tu dia...tanpa malu-malu lagi Rejim Najib menekan orang ramai. Mentang2lah pemilik kereta di Malaysia berjuta-juta, sedikit kenaikkan dan ditambah pula dengan KADAR BUNGA yang tinggi, senanglah Malaysia jadi Negara Berpendapatan Tinggi.

Negara lain capai taraf pendapatan tinggi dengan berniaga dan bekerja lebih baik dan bijak mengatur kewangan, tapi Najib ambik jalan mudah jer...nak ambik duit pertukaran asing payah, ambil jer duit rakyat! 

Cara terbaru;  saman yang berbunga!! 



Sheikh Sambal



06 October 2010

Masa Untuk Berubah...Orang Sarawak, Pangkah Biar Betul!

Masanya telah amat dekat. Orang Sarawak semakin punya kekuatan untuk berubah. Tok Uban akan meleraikan teka-teki pilihanraya negeri tak lama lagi. Khabar angin yg bertiup kencang menyatakan bulan sebelas selepas perhimpunan agung Umno. Seerentak dgn DUN Galas. Mungkin. Paling tidak Taib rasa orang Kelantan segan sikit nak tolong PR Sarawak sbb sibuk di Galas, Gua Musang. Kenapa selepas Perhimpunan AGung Umno? Sbb Najib nak kempen dgn mantap selepas perhimunan agungnya. Juga selepas pembentangan Bajet 2011, sbb Najib akan htr byk gula-gula sebagai peluru kapur ke Sarawak.

Silakan...mari kau bawak segala peluru kapur atau ori. Pasukan PR sudah bersedia utk menentang BN/PBB habis-habisan di Sarawak ini.

Tadi dalam Berita TV3, Menteri Kerjaraya Syaziman, sibuk tabur gula-gula pada masyarakat sekitar Bandar Miri. Jalan-jalan raya sekitar Bandar Miri katanya byk yg teruk berlubang dan tak sempurna. Maka turunlah duit dari kayangan utk menurap semula jalan-jalan yang teruk tu. Untunglah orang yg duduk bandar. Dah ada jalan raya elok, dicantikkan lagi. Mayarakat di kampung-kampung sekitar Miri spt Bekenu, Bakong, Lambir, Kuala Baram dan Kelulit, pakailah jalan tanah merah berlumpur waktu musim hujan dan berdebu pada musim panas.

Nampak sangat cuba mengula-gula orang-orang Cina di Bandar Miri. Tu takut SUPP kalah lah tu. Peruntukan yang sepatutnya pergi membina prasarana di kawasan pendalaman yg hidup dhaif,digunakan untuk kepentingan politik sempit BN. Woi, Syaziman, ko pergilah naik kereta masuk kampung. Kalau pakai Viva lagi bagus...biar tercabut tayar tu. Jangan naik helikopter. Kang yang ko nampak hanya balak dan RM jer.....(eh..hutan pun byk dah gondol ...mana ada balak lagi...hu hu hu)

Tentukanlah keutamaan. Bukan buat projek maggi mee saja. Ini tidak...bila nak pilihanraya barulah nak bawak kemudahan dan kemajuan ke tempat2 yg dulu tak pernah ko pikir pun. Pasang janji banyak-banyak. Biar orang kampung tertunggu-tunggu bila sebenarnya janji akan tertunai...cerita pasal janji pilhanraya BN memang terer..tengok entri lama saya di sini

Letih dan sedih melihat kekurangan dan kedhaifan kawasan pendalaman..Bumi Kenyalang Yang Bertuah  ini....tapi Bandaraya nya jalan dah elok diturap lagi.....demi mengambil hati...orang SUPP...


Sheikh Sambal

03 September 2010

Tok Uban Testing The Market

Recent announcement by Tok Uban to step down if the people do not want him was merely a test on his acceptance by the people. That was what the Editor of Sarawak Tribune, Paul Si, accused our beloved Tok Uban of doing. And he has now been suspended since. He..he..he... that is the price of poking Taib Mahmud on the wrong side.

However, looking into Sarawakian newspapers nowadays, you'll see various groups either political or social are voicing their tremendous support to Taib. So, it seems that what Paul Si said is so true after all. The market now is reacting to Taib's calculated announcement and everybody is trying their best to chuckle Taib's ego and announce their unnerving support for his leadership. One of the first group to announce their support to Taib was pemuda PBB of Sibu. Now nearly everyday they shall be groups from various quarters are asking Tok Uban to stay on to steer Sarawak flagship.

Taib is a veteran politician who knows how to control his lots. The fear of not being chosen to become a candidate in the coming state election is enough tool to garner support from his BN old ship. By playing with this tool and the recent market testing, Taib would know who is loyal to him and who is about to make trouble. From here on, he'll manuevere his driving into the political midts of the ruling Titanic.

So far, he seems to get the intended result he wants, that is the open supports from various sections in BN/PBB. How true that is, depended on the day when the election bells are rang and when the result start pouring in....

Until then let us watch how the old guard is playing out his strategies in staying on to his precious seat. All da best Tok Uban.

09 August 2010

Chua Soi Lek terlampau

Nasrudin Hassan 


Merujuk kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah semalam (6 Ogos), jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah. 

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas study casenya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar. 

Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara-negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan Umno yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka. 

Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding Umno yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka. Sehingga satu ketika dulu Umno kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah. Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah. 

Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata, "di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara". 

Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana Umno dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi. 

Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini. 

Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka. 

Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism. 

Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus Umno walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam, tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

11 May 2010

Sibu: Masanya Nak Mintak Macam-Macam

Inilah masanya penduduk Sibu akan mendapat berbagai imbuhan dan janji manis. Pak Menteri itu dan ini sibuk merasmi sana dan sini. Ada saja jabtan kerajaan membuat majlis yang mesra rakyat. Tiba-tiba Pak Menteri menjadi terlalu penyayang dan lumayan pemurahnya. Ada saja sumbangan untuk apa saja persatuan.
Dan baru kita ketahui rupa-rupanya kerajaan ada banyak duit.

Naik taraf Lapangan Terbang Sibu RM150j(sini), projek tebakan banjir RM1b(sini), sumbangan RM500k kepada SMKA Sibu dan berbagai lagi. Itu belum kira berbagai projek 'mee segera' di sekitar Parlimen Sibu. Tak sempat sebut nak apa dah nak bagi. Mana prosedur biasa yang sepatutnya diikut? Demi untuk menang maka gula-gula pilhanraya ditabur sini sana. Ada-ada saja 'keperluan rakyat yang didahulukan'.
Ini maknanya kerajaan kita memang kaya tapi rakyat akan dapat menikmatinya kekayaan dengan segera bila  ada pilihanraya. Adakah kita perlu menunggu wakil rakyat kita mati baru dapat macam-macam? Kenapa tunggu wakil rakyat mati dulu baru janji-janji pilhanraya dulu disegerakan?

Oh ya... sekarang juga masanya kita akan lihat ramai ahli parti pembangkang baru sedar mereka rupanya salah sokong. Ada saja ahli parti pembangkang hantar borang mahu menyertai BN. Dulu tak sedar salah sokong ...sekarang baru nampak perjuangan pembangkang tidak membawa makna. Apa yang dia nampak sebenarnya? RM? Maka berbondong-bondonglah ketua itu ketua ini dan pengikutnya masuk BN (sini).

Patutnya rakyat Sibu buat macam saranan Tok Guru di Kelantan. "Bagi duit ambik, bagi kain pakai tapi undi tetap PAS!" Apa saja yang diberi ambil dan nikmatilah kerana itu memang rakyat punya, tetapi undilah untuk perubahan. Majoriti orang Sibu ialah orang Cina. BN bukan pilihan orang Cina di mana-mana sekarang. maka BN akan membuat berbagai janji dan sumbangan untuk mendapatkan undi kaum ini. Mereka kini anak emas, jadi jangan lepas peluang...


Sheikh Sambal.

28 April 2010

ANALISIS PRK P094

Artikel ini aku kutip dari Blog Dr Hamirdin. Satu analisis yang menarik untuk dibaca dan diambil ikhtibar darinya. Semua rakan PR perlu meniliti kelemahan (dan kekuatan) dari peristiwa PRK Hulu Selangor untuk dijadikan sebagai panduan kepada 'peperangan' yang lebih besar pada PRU ke-13 nanti. Dan PRK yang paling dekat ialah PRK Sibu, Sarawak. Harap PR ambil perhatian....

...........>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<................

Assalamualaikum,
Sebagai kumpulan yang telah terbiasa dengan kekalahan dalam pilihanraya raya, saya rasakan tiada apa apa kejutan yang berlaku dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor. Cuma analisis yang dibuat ini adalah daripada rakan, dan diharap pihak rakan yang lain perlu melihatnya sebagai teguran, bukan kutukan.

Hulu Selangor adalah tempat tradisi calon India, jadi kita perlu raikan keadaan ini. Sekiranya PKR meletakkan seorang calon orang India warganegara Malaysia, [di sini saya gunakan istilah Indsia bermaksud orang India warganegara Malaysia, berbeza dengan orang India di India dan lain lain] maka masyarakat Indsia akan ada representasi dalam parlimen, samada BN menang atau pun PR yang menang. Ini tidak diraikan oleh PKR.
Sebahagian masyarakat Indsia memberikan ketaatan mereka kepada MIC. Yang tidak memberikan ketaatan mereka kepada MIC memberikan pula ketaatan kepada Hindraf. Apa yang diperlukan oleh PKR ialah mendapatkan restu daripada Hindraf agar calon yang mereka letakkan, yang bukan terdiri daripada orang Indsia, direstu oleh Hindraf ini, dan dengan itu undi kumpulan ini boleh pergi kepada PKR.

Sudah tentu untuk mendapatkan restu ini, Hidraf akan meletakkan harga, tetapi, kalau kemenangan ingin diraih, maka kemenangan tersebut perlu dibayar dengan harga. Kadang kadang harga itu mahal, tetapi semuanya boleh dirunding semula selepas kemenangan dicapai.



Apabila Hindraf tidak memberi restu, maka PKR tidak dapat undi secukupny daripada kelompok yang menentukan menang atau kalah.

Jentera pilihanraya PKR juga adalah lemah. Jentera pilihanraya yang kuat ialah jentera PAS. yang tidak memerlukan pelincir kewangan dan gigih bekerja. Tidak memberi kepercayaan penuh kepada jentera PAS untuk membantu gerakerja adalah satu sifat ego yang merugikan.

Perlu diingat, PKR tidak punya jentera yang mantap. Tetapi PKR punyai pengundi. PAS punyai jentera yang mantap, tetapi pengundi yang terhad. DAP juga tidak punya jentera pilihanraya, tetapi punyai pengundi yang sedia mematuhi isyarat pemimpim mereka. Jelas, ketiga komponen ini saling memerlu antara satu dengan yang lain. Oleh itu, central command perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan ini dan bersedia menggunakan apa yang ada ditangan.

Menangani prk sebuah kawasan parlimen memerlukan jentera yang ramai. Ditolak prk Permatang Pauh, ini adalah satu satunya prk parlimen yang ditandingi oleh PKR, dan jelas, kelompongan dari segi tenaga kerja menggugat peluang untuk menang. Apabila perkampungan pengundi Cinsia (saya gunakan istilah ini untuk orang Cina warganegara Malaysia) dikepung oleh ganster BN, central command PRK tidak punyai tenaga untuk menuetralkan keadaan, dan dengan itu, sebahagian pengundi Cinsia tidak keluar mengundi kerana tidak mahu menyusahkan diri berhadapan dengan gangster BN.



Bagaimana pula dengan jentera PKR yang dineutralkan oleh BN dengan menghulurkan wang kepada mereka? Inilah yang menjejaskan prestasi pada hari pembuangan undi.


.