Showing posts with label Christianity. Show all posts
Showing posts with label Christianity. Show all posts

27 January 2010

Beza PAS dan Umno dalam isu "Allah"

Harakahdaily
http://peguampas.blogspot.com
Saya ingin mulakan tulisan ini dengan mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas istiqamahnya pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang secara jelas menyatakan bahawa Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama lain .
Ustaz Hadi menyatakan “ kita tidak boleh melarang mereka ( bukan Islam ) dari menggunakan nama Allah meskipun Allah bagi mereka bukan seperti yang kita yakini iaitu Tuhan yang Esa.” Bagi saya sikap Tuan Guru Presiden ini melambangkan konsistennya budaya PAS iaitu ilmu mendahului emosi, kebenaran mendahului perasaan.
Jika emosi yang menjadi sandaran pegangan PAS sudah tentu PAS boleh dengan mudah mengerahkan para penyokongnya dan umat Islam negara ini mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menentang keputusan Yang Arif Hakim Lau Bee Lan yang membenarkan akhbar Herald menggunakan kalimah Allah di dalam edisi melayu akhbar tersebut.
Namun, tidak seperti Umno , PAS tidak membuat sesuatu pendirian berdasarkan emosi. Bagi PAS jika ajaran Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh mana-mana manusia di dunia ini maka itu jugalah pendirian parti Islam ini. Ya, mungkin mudah sahaja pendirian seperti ini dimanipulasi oleh mereka yang ingin memanipulasi. Bagi golongan “muta’asibin ( yang taksub ) pendirian PAS ini dianggap satu pendirian yang lunak dan lembut dan sekadar ingin menjaga hati para pengundi bukan Islam.
PAS peka mengambil pendirian sepertimana yang PAS ambil akan mengundang persepsi seperti itu apatah lagi sejak awal Umno memang tidak pernah bercita-cita untuk mendidik rakyat untuk memahami isu ini menurut perspektif yang betul baik perspektif Islam atau perspektif Perlembagaan.
PAS melihat isu ini dari sudut keadilan. Keadilan adalah bersifat mutlak dalam Islam. Ianya bermakna keadilan mesti dilakukan dalam apa juga keadaan dan kepada mana-mana orang. Kehebatan ajaran Islam tentang perspektif keadilan terserlah apabila ia mengarahkan keadilan itu ditegakkan walaupun ke atas musuh. Permusuhan atau perseteruan tidak boleh menjadi alasan untuk mengkrompomi keadilan. Kesediaan Rasullulah s.a.w memotong tangan puteri kesayangannya sendiri jika Fatimah terbukti mencuri memperlihatkan betapa tingginya nilai keadilan yang Islam perjuangkan.
Siapa tidak kenal kebobrokan bangsa Yahudi. Apa yang tidak dilakukan oleh orang Yahudi ke atas para Nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Namun tidakkah kita sedar asbabun nuzul ( sebab turun ayat ) surah Al-Nisa ayat 105 menunjukkan bagaimana Islam membebaskan tuduhan ke atas orang Yahudi yang dianiyai dengan tuduhan palsu oleh orang Islam sendiri.
Tu‘ma ibnu Ubayriq , seorang Islam yang mencuri baju besi tetapi kemudiannya meletakkan baju curi tersebut di rumah orang Yahudi. Meskipun Tu’ma bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak mencuri dan menuduh orang Yahudi itu yang mencuri dan dalam keadaan kaum Tu’ma meminta Rasulullah s.a.w membela Tu’ma namun ayat Allah membebaskan bangsa Yahudi yang dianiyai itu.
Jika emosi dan taksub menjadi taruhan dan sandaran sudah tentu orang Islam yang dibela ( kerana seagama ) dan Yahudi ( berlainan agama dan zalim dengan orang Islam ) dibiarkan terbiar dianiaya.Tetapi itulah Islam. Keadilannya merentasi garisan perkauman dan keagamaan.
Dalam konteks keadilan itulah PAS mengambil keputusan bahawa adalah tidak adil kita melarang orang Kristian dari menggunakan kalimah Allah. Ada hujah yang menyatakan bahawa Allah bagi orang Kristian tidak sama dengan Allah menurut fahaman orang Islam. Jawab PAS betullah tu. Jika dari awal lagi mereka berpendirian seperti kita sudah tentu mereka sudah Islam.
Sebab itu para Rasul diutuskan untuk berda’wa kerana disamping manusia yang kafir mentauhidkan Allah dalam konteks RububiyyahNya iaitu meyakini Allah sebagai Rabb ( Pentadbir / Penjaga ) alam semesta ini mereka tidak mengesakan Allah yang sama sebagai Tuhan yang selayaknya disembah.
Apabila Hakim Lau Bee Lan menyatakan bahawa Allah bukan ekslusif untuk orang Islam sahaja , dari segi Islam di mana silapnya ? Sepertimana kata Yusuf Al-Qardhawi sebaik sahaja kita buka Al-Quran dan membaca Al-Fatihah kita sudah disajikan dengan kalimah “Allahu rabb al-‘alamin” bukan Rabb Al- Muslimin au Rabb al-masihiyyin . Jika dari segi Islam tidak salah adilkah kita untuk menyatakan ianya salah hanya kerana yang menggunakan kalimah itu adalah orang Kristian.
Dalam penghakimannya Hakim Lau Bee Lan menyatakan “adalah tidak munasabah dan tidak rasional bagi pihak KDN kerana dalam satu masa tidak melarang perhimpunan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam ibadat mereka dan aktiviti keagamaan mereka tetapi dalam masa yang sama kalimah yang sama tidak boleh digunakan dalam penerbitan yang tujuannya membantu pengganut Kristian dalam ibadat dan aktiviti keagamaan mereka. Secara jujur saya setuju dengan alasan Hakim itu. Kenapa adanya sikap double standard di situ ?
Siapa yang membaca kesemua 57 mukasurat penghakiman Hakim Lau Bee Lan akan tentu terkejut apabila para peguam akhbar the Herald membangkitkan secara terperinci bersama-sama bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian, peguam KDN dikatakan tidak langsung menyangkal hal tersebut.Sebagai contoh peguam Herald menyatakan sudah 15 abad Kristian dan Arab Muslim telah menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan yang Esa. Bahasa melayu telah menjadi Lingua Franca kepada penganut Katolik sejak berkurun-kurun khususnya yang tinggal di Melaka dan Pulau Pinang dan telah mengamalkan dan ber”sembahyang” dalam bahasa Melayu.
Kalimah God telah diterjemah sebagai Allah dalam “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” yang diterbitkan pertama kali oleh Catholic Bishops Conference of Malaysia pada tahun 1989 . Kamus Melayu-Latin yang diterbitkan sejak tahun 1631 telah menterjemah perkataan “Deus” (Kalimah Latin untuk God ) sebagai “Alla” dalam terjemahan Melayu. Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, kalimah “Allah” telah digunakan secara terus menerus dalam edisi Matthew’s Gospel di Malaysia pada tahun 1629 dan dalam Bible Melayu pertama yang lengkap pada tahun 1733 dan Bible Melayu yang Kedua Lengkappada tahun 1879 sehingga sekarang .
Munshi Abdullah yang dianggap bapa kesusasteraan Melayu telah menterjemah Gospels ke dalam Bahasa Melayu pada tahun 1852 dan beliau telah terjemah perkataan “God” sebagai “Allah”. Telah ada Bible yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu yang wujud sebelum 1957 yang mana terjemahannya telah dibuat oleh British and Foreign Bible Society di mana kalimah “Allah” telah digunakan .
Apabila peguam KDN tidak menyangkal dan mempertikaikan fakta-fakta di atas mengapa kita harus marah apabila Mahkamah memutusakn bahawa ia tidak ada pilihan selain menyatakan bahawa kenapa dengan tiba-tiba sahaja kalimah Allah kini tidak boleh digunakan oleh Herald ?
Perlukan saya beritahu KDN bahawa di dalam perbicaraan Mahkamah kaedah yang dipakai adalah “ apabila sesuatu fakta itu tidak disangkal ianya dikira dipersetujui atau diterima".


.
.

20 January 2010

Komentar Menarik Dari Seorang 'Ex-Kristian'

Di bawah adalah petikan dari komentar yang di buat oleh seorang bernama David Ahmad Muniandy dalam satu artikel dari Bloq Cina Islam. Dari nama, mungkin beliau seorang ex-Kristian.
Nota: Ana edit sedikit untuk memudahkan kita faham apa yang cuba disampaikan oleh David Ahmad Muniandy ini. - Sheikh Sambal

Komentar 1:
Mari hangpa semua baca di bawah ini kata-kata si Paulus itu "Baiklah, aku (Paulus) sendiri tidak merupakan suatu beban bagi kamu, tetapi dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya." (2 Korintus 12:16)
Untuk pengetahuan, Yesus tidak pernah pun membatalkan apa yang terkandung dalam Taurat. Maknanya Jesus bukanlah mahu mencipta agama baru tapi mahu membetulkan akidah kaum Bani Israel yang telah terpesong ajarannya. Dan semua orang tahu pengasa christian adalah Paul. Paul yang banyak menyesatkan orang kristian sekarang.
Nabi Isa(Yesus Kristus) sendiri pun tidak pernah memutar belit kitab Taurat pun, "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku (Yesus) datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk mengenapinya. (Matius 5:17)
Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. (Matius 5:18)
Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. (Matius 5:19)
Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. (Matius 5:20)
Kita lihat bagaimana kristian mengutuk hukum taurat dan ikut jejak langkah Si Paulus.
Kamu tahu, bahwa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh karena melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh karena iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kami pun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh karena iman dalam Kristus dan bukan oleh karena melakukan hukum Taurat.
Sebab: "tidak ada seorangpun yang dibenarkan" oleh karena melakukan hukum Taurat.
(Galatia 2:16)
Kesimpulan:
Hukum Taurat merupakan sebahagian dari ajaran Yesus yang wajib dilaksanakan oleh umatnya (Matius 5:19)
Ya! Ya! Ya! - itulah komen yang keluar dari mulut orang kristian kalau kita beri petikan ayat di atas.
Tapi apa kesannya? Mereka tetap cuba membutakan hati mereka kerana mereka yakin syurga adalah tempat mereka. Sedangkan itu adalah janji2 yang dibuat oleh mereka sendiri. Mereka nyata umat Paulus bukannya Umat nabi Isa a.s.

Komentar 2:
Kristian sendiri pun tak ikut jejak langkah nabi Isa Yesus Kristus seperti mengambil wudhuk, solat, berpuasa dan mengajarkan sujud serta berdoa ketika sedang sujud.
Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, (Matius 6:17)
Maka Ia (Yesus) maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." (Matius 26:39)
Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. (Keluaran 40:31-32)
Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. (Bilangan 20:6)
Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak." Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya: (Kejadian 17:2-3)
Kristian sendiri mengikut sunnah Paulus menyanyi dalam gereja bukan ikut sunnah nabi Isa.
Yesus Kristus dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati. (Efesus 5:19)
Hendaklah perkataan Kristus diam dengan segala kekayaannya di antara kamu, sehingga kamu dengan segala hikmat mengajar dan menegur seorang akan yang lain dan sambil menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu. (Kolose 3:16)
Kesimpulan:
Menyanyi di gereja bukanlah ajaran Yesus, tetapi ajaran Paulus (Efesus 5:19)
Tuhan menciptakan akal untuk manusia untuk berfikir dan mencari kebenaran dan untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Tapi "tuhan" memberikan bible yang banyak memberikan kefahaman yang berbeza2 dari segi asasnya. Lagi bagus kalau "tuhan" tidak berikan manusia akal supaya manusia tak berfikir akan kelemahan kitab tersebut.
Bayangkan anda ingin membeli sebuah buku matematik. Di halaman 13 dinyatakan 2+2=4 dan dihalaman 14 pula dinyatakan 2+2=6. Adakah anda mahu beli dan guna buku tersebut????

Komentar 3:
Jadi apakah bezanya ajaran Kristian Paulus dan ajaran Nabi Isa Yesus Kristus. Sebab ajaran Nabi Isa Yesus Kristus mentauhidkan Allah kepada Bani Israel dan mengutamakan ajaran Kitab Taurat atau Torah dalam Bahasa Ibrani.
Olehitu, Kristian tak boleh guna kalimah 'Allah' kalau mahu guna juga, kenalah ikut sunnah Nabi Isa Yesus Kristus dan kena sebut "Yahwah" sebab "Yahwah" adalah Sang Pencipta dalam Bahasa Ibrani .
Kita umat Islam pula kena ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu kena sebut dalam bahasa Arab kalimah "Allah".

Komentar 4:
Kitab taurat mempunyai sepuluh perintah Allah dan dalam sepuluh perintah Allah itu berpecah-pecah dan berbahagi-bahagi pula kepada berpuluh-puluh jenis perintahnya.
Salah satu bahagian di dalam pecahan yang berpuluh-puluh perintahnya itu, adalah beberapa belas hukuman hudud kepada bani Israel.
Komentar 5:
Rukun Islam kata percaya kepada kitab-kitab iaitu Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Quran. Maka kita wajib percaya akan keempat-empatnya. Cuma kita perlu tahu bahawa Kitab Injil yang berada di pasaran sekarang adalah kitab yang bercampur aduk antara ayat yang benar dengan ayat yang palsu, itu sahaja.
Rukun Islam menyuruh kita percaya kitab suci Al-Quran dan dengan Al-Quran wujud maka terputuslah kesemua kitab-kitab yang terdahulu kerana Taurat, Zabur dan Injil termaktub dalam Al-Quran.
Kalaulah kitab injil tulin secara tiba-tiba wujud di depan mata kita, kita tetap kena ambil air wuduk pegang kitab injil tulin dan simpan seperti kita pegang Al-Quran. Aku percaya kitab Injil tulin masih simpan dalam gereja pusat di Vatican cuma mereka tak heboh kalau heboh satu dunia sudah Islam.

Sheikh Sambal:
Allah SWT mengutuskan Rasul s.a.w dan kitab al Quran, maka terputuslah semua amalan agama samawi. Semua ajaran dari Zabur, Taurat dan Injil terbatal degan datangnya Al Quran.
Maka adalah tanggung jawab kita, Orang Islam, untuk menyampaikan risalah Nabi Muhammad s.a.w kepada mereka semua. Jika tidak nanti, mereka akan menarik orang Islam (yang tidak menjalankan kerja da'awah dan tabligh kepada mereka) untuk sama-sama menjunam ke Neraka.
.
.
.

15 January 2010

Sana Boleh Sini Tak Boleh... 1 Malaysia?

Semalam lagi satu gereja kena baling tong cat di Kota Tinggi. Kali ni cat merah. Polis kata mereka sedang menyiasat. Apa motif dan siapa buat. Nampaknya PPIM dan 150 NGO Islam dan RELA yang kata nak buat kawalan keselamatan ke atas gereja-gereja di Malaysia, tak berdaya menghalang 'budak-budak nakal' dari menyerang tempat ibadat orang Kristian itu.
Nampak kecoh penggunaan kalimah ALLAH masih panas walaupun kerajaan merayu agar semua pihak bertenang. TPM pula bertekad untuk mengatasi isu ini secepat mungkin tetapi nampak gayanya kita tidak nampak ia berkurang.
Masyarakat semakin resah kerana ada saja kes baru yang berkait dengan isu ini. Semalam juga pejabat peguam The Herald dipecah masuk dan mereka mengesyaki ia ada kena mengena dengan kes kalimah ALLAH ini.
Hari ini Borneo Post melaporkan bahawa kerajaan membenarkan pula kalimah ALLAH digunakan oleh orang Kristian di Malaysia Timur. DS Nazri Aziz dalam interbiu ekslusif dengan akhbar-akhbar Sarawak/Sabah mengatakan kebenaran diberi kepada Sarawak dan Sabah kerana penggunaan kalimah ALLAH telah digunakan oleh kaum pribumi Kristian sejak dahulu lagi. Ia telah jadi tradisi masyarakat di sana.
Eh...boleh pulak... habis tu kalau orang Sabah dan Sarawak berkunjung ke Semenanjung, mereka tidak boleh pula pakai kalaimah itu. Tak ke lebih pening dan mengelirukan lagi. Lebih-lebih lagi, bukankah Mahkamah telah mengarahkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH dihentikan dulu sementara proses rayuan diputuskan. Tiba-tiba Nazri boleh pula memberi kebenaran. Mana lebih berkuasa Nazri atau Mahkamah?
Atau sebenarnya kebenaran ini bermotif politik? Sementelah Sarawak akan mengadakan pilhanraya negeri pada bila-bila masa maka dibenarkanlah orang Kristian di sini untuk menggunakan kalimah ALLAH. Kalau tidak nanti tak dapat undi orang Kristian yang majoriti di sini kerana rata-rata Kaum Dayak berugama Kristian. Jadi, kalau bukan motif politik apa lagi?.
Adakah orang-orang Melayu Islam di Sabah dan Sarawak lebih kuat iman mereka dan takkan terpengaruh dan terkeliru dengan dakyah Kristian yang menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan dan sembahyang mereka? Orang-orang Melayu Islam Semenanjung pula akan tergugat iman mereka?
Mana semangat 1 Malaysia. Sini tak boleh sana boleh. Sahlah ungkapan 1 Malaysia cuma mainan propoganda sahaja.
Kita patut jadikan isu ini sebagai peluang kepada kita Islam untuk menerangkan keindahan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Adakan forum dan seminar. Panggil ulamak-ulamak Islam dan Kristian dan lain-lain agama untuk duduk semeja dan berwacana. Buka kepada khalayak umum. Kita pasti dengan penjelasan yang terang dan baik akan menimbulkan minat dan tarikan untuk mereka memeluk Islam.
Selagi ada serangan dalam bentuk fizikal atau kenyataan dalam media, keamanan akan lebih tergugat dan orang bukan Islam akan lebih takut dan menjauhkan diri dari Islam. Lebih buruk kalau mereka menyerang balas.
..
..

11 January 2010

Kan Tok Guru Dah Kata....

Tok Guru dah nasihat supaya semua golongna bertenang dan bawak berbincang. Ulama-ulama Islam dan Cendikiawan Kristian elok duduk berbincang cari penyelesaian dan titik kefahaman terbaik tentang isu kalimah "ALLAH". Itulah pendirian yang diambil opleh PAS dan Pakatan Rakyat.
UMNO tak mahu dengar. Digerakkan seluruh NGO pengampunya untuk berarak dan menyemarakkan kemarahan orang Melayu Islam. Orang Melayu ni pulak ramai yang emosional. Ikut suruhan dan hukum-hakam Allah tak mahu tapi bila tang berarak untuk menunjukkan dialah orang paling sayang Allah dialah nombor wahid. Bertakbir sana sini bawak plakad dan kain rentang mengajak orang Kristian berkonfrontasi.
Dulu diaraknya kepala lembu. Warning orang Hindu jangan kurang ajar. Sekarang berarak pula keliling negeri warning orang Kristian jangan pakai nama ALLAH. Macam-macam tulis atas kain rentang. Menteri pula tak halang. "Kalau mereka nak berdemo dalam kawasan masjid kita tak boleh halang" kata Hishamuddin. Najib pula sokong.
Eh... kalau UMNO buat demo boleh. PAS berdemo untuk rakyat marhein tak boleh pula, walaupun dalam kawasan masjid. Ingat dulu masa Demo BERSIH, FRU kejar pendemo sampai dalam Masjid Negara, dengan kasu-kasut dan gas pemedih mata.
Tup-tup... meletup bom petrol dalam gereja di Lembah Kelang pada hujung minggu lepas. 4 buah gereja kena serang. Hishamuddin kaget. Dia kata itu cuma kejadian terpisah (isolated). Hairan, 4 serangan yang isolated itu berlaku pada hari yang sama. Modus operandi pun sama. Isolated? Semalam 2 buah gereja di Taiping pula kena baling cat. (Berita lanjut sini.)
Bagaikan orang tersentak dari mimpi ngeri, UMNO/BN mengelabah. Baru dia sedar suasana agama sentitif. Orang yang emosional telah bertindak. Kalau begini pekancung asing yang membawa banyak tukaran wang asing akan menjauhkan diri dari Malaysia. Pelabur-pelabur pula akan menarik semula pelaburan mereka. Yang baru-baru nak berjinak dengan kita terus lari. Maka berbuih-buih pula mulut mereka mengutuk serangan-serangan itu.
Najib pun ishtihar beri peruntukan kilat RM500k untukdibina semula gereja di Desa Melawati yang terbakar. Hah! Marah sangat pada orang Kristian, bom api gereja mereka, akhirnya mereka yang dapat peruntukan besar buat gereja baru. Surau nak bina pun liat nak dapt peruntukan sebanyak itu.
PPIM pula segera menggerakkan 150 NGO Islam dan RELA untuk menjaga keselamatan gereja-gereja Kristian. Baru minggu lepas PPIM lantang menyatakan marah pada orang Kristian jangan sekali menggunakan nama ALLAH dalam akhbar mereka. Bunyi marah mereka bagaikan mahu berperang. Hari ini bersedia pula jadi jaga untuk gereja.
Dan keluarlah hadis dan ayat-ayat Al Quran bahawa rumah-rumah ibadat tidak boleh diganggu. Ini semua selepas gereja-gereja itu diserang. Kenapa tak baca dulu sebelum menyimbah minyak petrol ke atas api kemarahan Orang Melayu terhadap Mahkamah Tinggi yang membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah ALLAH? Memang tabiat orang-orang ini sudah terhantuk, baru tengadah!
Apapun, kita tetap mengatakan pada mereka, "tulah..kan Tok Guru dah bagi tau. Tapi tak nak dengar... sekarang baru sibuk cuba memujuk oarang yang dah mengamuk..."
..
..

03 March 2009

Penggunaan Perkataan 'Allah".....Kenapa Tidak?

Apalah yang nak di kecohkan dengan penggunaan nama 'Allah' oleh orang Kristian... luak ke Allah kalau Kristian guna nama 'Allah'. Orang Islam tidak perlu emosional dengan keputusan ini. Islam itu teguh. Sekadar puak Kristian nak guna perkataan 'Allah' itu tiada apa kesan pun pada Islam. Cuma orang Melayu saja yang mahu perkataan 'Allah' itu jadi hak persendirian. Apa? Allah cuma Tuhan orang Melayu?

Sejak zaman jahiliah lagi orang kafir Quraish sudah memanggil Tuhan yang di langit itu Allah manakala tuhan berhala yang berlambak di Baitullah itu adalah perantaraan antara mereka dengan Allah Tuhan Pencipta sekelian alam. Bahkan ini dibuktikan dengan ayat-ayat Quran berikut:-

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).


Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ana faham, ada orang Melayu yang nanti keliru mana satu ugama aku ni. Tapi kalau dah sampai tahap itu maka bukan masalah terminologi tapi masalah ilmu ugama orang Melayu 'Islam' itu sendiri. Pada kita bertegang leher mempertahankan bahawa perkataan 'Allah' itu hanya untuk Melayu, bukankah elok kalau segala tenaga dan sumber itu difokuskan kepada memperbaiki dan memperkuatkan aqidah orang Melayu 'Islam' tersebut.

Terlalu rapuhkah pegangan kita sehingga perkataan 'Allah' yang digunakan oleh Kristian mampu menggigilkan kita? Takut anak-anak kita keliru?

Tak payah kerajaan tu benarkan perkataan 'Allah', sekarang pun sudah terlalu ramai orang Melayu yang keliru! Tak percaya pergi tengok di pusat bandar KL nun...melambak ada.




26 January 2009

I Have A Story To Tell

While making visits to a friend's blogs (YACOP'S BLOG) I encountered a really interesting story about a journey of an atheist lady to Islam. Please do spend a few minutes to join her journey to Islam.

Sheikh Sambal

-------------------------------------------------------------------------------------------------


"Things are made clear through their opposites"........proverb

"Nothing makes Truth stand out more clearly than Falsehood!" I embraced Islam 6 months after I arrived in the US, thanks to my encounter with Christianity!

I was born in India and grew up among people who worshipped many gods and goddesses- the Hindus. At every street and corner in India, you will find temples housing idols of wood, stone, ivory, even gold and silver.

I do not come from a Hindu family. My parents do not believe in God. They are atheists. They taught me there was no such thing as God. As a child, I believed whatever my parents told me. I looked up to them and believed they knew everything. I thought they were perfect. As I grew older however, I realized that my parents did not know everything. They were certainly not perfect. And they made mistakes.

At some point, several questions about life began to arise in my mind. I'm sure these questions arise in the minds of most people at some time or other:

What is the meaning and purpose of life?
Why is man faced with the predicament to choose between good and evil?
Why do people die?
What happens after death?

My parents did not have the answers to these questions.

I began to think independently and eventually, after deep contemplation and reflection I came to the conclusion that God did exist! In fact, God was the only reality!

There is order and perfection in nature which cannot possibly be the result of chance. There can be no design without a Designer, and no creation without a Creator. We human beings are products of creation, not chance, accident or evolution.

It was obvious to me that there was only one Creator. There could not be more than one since that would cause a division or split in power and consequently result in chaos and disorder. Isn't there a saying that goes, "Too many cooks spoil the broth"? or See the quote from Quran:

"If there were, in the heavens and the earth, other gods besides Allâh, there would have been ruin in both! But glory to Allâh, the Rabb of the Throne: (High is He) above what they attribute to Him." (21: 22)

So, I began to believe in God. I also believed in accountability for my actions. Our actions are the only things we can control. Nothing else besides that lies in our power. Since God created us with the freedom to choose between right and wrong, it was evident to me that it mattered a lot what I chose to do or how I chose to act. Deep down inside I knew that one day I would have to give an account for all my deeds. God has all power, and He has the ability to reward and to punish. So I greatly feared God.

I believed in God, but I did not have a religion. I used to think it didn't matter what religion a person belonged to as long as that person was good. Now, there is something seriously wrong with that kind of thinking. Anyway, I had no understanding then, and all I cared about was finding a God-fearing man to be my husband. Being a monotheist, I was willing to marry a Christian, a Muslim or a Bahai.

I met my husband under the most peculiar circumstances. He was a Christian. And he was from America. We had known each other for only three days. But he proposed to me. I thought he was very honest and had his heart full of the fear of God. We got married. Two weeks later, he had to go back to the US. He couldn't take me with him. It was a year and a half before I got my visa to go to the US.

America is very different from India. It took me a while to adjust to the American lifestyle. My husband was a very devout Christian. He was a member of the Worldwide Church of God. He read the Bible regularly, frequently, almost fanatically! He used to observe the Sabbath and attended the Seventh Day Adventist Church. I went to church with him several times. I also read the Bible and found a lot of things in there that supported what I believed about God. I liked the proverb "The fear of God is the beginning of wisdom". I met many nice people at church. I even made some very good friends. I was particularly attached to an elderly couple. I was pretty happy with the way things were going........until I went to California to visit my in-laws.

It was when I was travelling in the metro train, on my way to Los Angeles, that some people entered the train and passed slips of paper to the passengers. I looked at the piece of paper in my hand and read it with utter disbelief. I have carefully preserved that piece of paper. This is what it said:

WHAT MUST I DO TO BE SAVED?

The answer to this question is, absolutely nothing! The only requirement is to believe what God has said in His word, and He says, "Believe on the Lord Jesus Christ, and thou shalt be saved". Only believe? Yes, that's all! Believe means to trust completely in what God has said concerning salvation. What do we have to believe? That Christ died for our sins, and that He was buried, and that He rose again the third day. Christ died to give us eternal life. If you desire to have eternal life make the following prayer:

Heavenly Father, I know that I am a sinner and that I have a need to be forgiven. I now receive Christ Jesus as my Lord and Savior. Thank You for having forgiven my sins. In Jesus name. Amen. John 1:12 But as many as received Him, (Jesus) to them gave He (God) power (authority) to become the sons of God, even to them that believe on His name.

This little slip of paper changed my entire life! My heart was screaming that this simply could not be true! It was so evidently false that I was surprised that anyone actually believed in it! This was the beginning of my first real acquaintance with modern Christianity.

I was completely overwhelmed with amazement to learn some of the fantastic beliefs of modern Christians. The following is a list of beliefs which made absolutely no sense to me:

1. That Jesus is God.
2. That Jesus is Lord and our Savior, who came down to earth in the form of man to die for our sins.
3. That God is three in one.......a concept called the Trinity.

None of the above beliefs are supported by the Bible! Jesus never claimed to be God. He never said that he had come to die for our sins. And you can scour the Bible from cover to cover. You will not find the word Trinity in it!.

Several questions arose in my mind about the above mentioned beliefs.
Why would God personally need to come down to earth if He has all power?
If He wants to get something done, all He needs to do is say the word and it is done! Jesus was a man. If he was God, then how could he die? Can God die? Furthermore, if Jesus was really God in the flesh, who did he pray to? Did he pray to himself?! If Jesus is God, how can we even think of God subjecting Himself to the temptation of the devil? How can the devil offer Jesus the kingdoms of the world, if everything in the heavens and earth all belong to God? Besides, wasn't it God who created the devil?! If the Trinity is indeed an important article of faith, why does not Jesus preach this
trinity?

It doesn't take a lot of intelligence to understand that the Creator cannot become His creation, or part of His creation. Even if God could become His creation, why would He want to do that?!! And if it is true that God became Jesus and did indeed die for our sins (which sounds like a very drastic step to me), then the world as we know it today should be free of sin. If it is not free of sin, then what was the point in dying for our sins? What did it accomplish?!

I was staring at first-class Falsehood. I knew it was false right to the very core.

(Please read more here....)