26 April 2009

PIALA FA: SELANGOR JUARA!!


Stadium Bukit Jalil kembali sesak dengan penyokong Selangor yang memakai baju kuning dan penyokong Kelantan yang memakai baju merah. 80,000 peminat bolasepak dari kedua-dua pasukan sama-sama memeriahkan malam Final Piala FA. Suasana yang gamat di stadium begitu mengujakan penulis yang anya dapat menyaksikannya melalui TV1 RTM. Sudah lah televisyen yang 32 inci rosak, skrin tv 14 inci Sheikh Sambal pula glaring, Walaubagaimanapun acara final malam tadi tetap melekatkan Sheikh Sambal(SS) di depan skrin tv (walaupun kecik).
Tahniah Selangor kerana memenangi Piala FA. Separuh masa pertama dan kedua agak hambar kerana kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati. Agak membosankan sehingga SS sempat memeriksa email dan singgah di beberapa laman sesawang.
15 minit terakhir separuh masa ke-2 sedikit menarik. Mungkin tercetus dari urgency atau kesuntukan masa untuk menang, Kelantan dan Selangor saling berbalas serangan yang cantik. Pun begitu, keputusan seri 0-0 mengakhiri 90 minit permainan dan masa tambahan terpaksa diadakan.
Permainan rancak di dalam masa tambahan di mana Kelantan berjaya membolosi gawang Selangor menerusi tandukan cantik Farhan. Deruan sorakan penyokong Kelantan bagai mahu memecahkan tv kecik SS. Selangor menjadi kaget sebentar tetapi selang beberapa minit Amri Yahya menanduk masuk gol penyamaan setelah mendapat hantaran cantik dari R Surindren. Satu tandukan cantik yang seperti ulang tayang ketika menjaringkan gol semasa melawan Perlis dalam perlawanan separuh akhir tempoh hari.
Dengan kedudukan seri 1-1, Kelantan dan Selangor semakin menggasak untuk mencari mata kemenangan sehinggalah tiupan wisel penamat 120 minit perlawanan. Maka penentu kemenangan adalah dengan sepakan penalti. Jelas di hadapan 80,000 penyokong tekanan kepada penjaga gol amat terasa. Tetapi sebenarnya penendang penaltilah yang lebih tertekan kerana mereka yang menentukan menang atau kalah. Penjaga gol boleh dimaafkan jika tidak dapat menyelamatkan gawang kerana sememangnya tendangan penalti sepatutnya dan kebiasaannya masuk.
Tekanan kepada penendanglah yang banyak menyebabkan tendangan mereka tersasar. Tidak kira pemain tersebut berpengalaman atau orang baru, tendangan penalti sebagai penentu pemenang sangat mengkagetkan. Nama-nama besar bolasepak dunia seperti Beckham bahkan Pele pun pernah tersengguh dengan tendangan penalti.
Maka begitulah halnya dengan Indra Putra dan Zairul dari Kelantan yang tendangan mereka mengenai palang dan tersasar sipi dari palang. Kesemua penendang Selangor berjaya menyumbat gol. Selangor 4 - Kelantan 1.
Sekali lagi tahniah buat Selangor. Lebih manis lagi bila Amri Yahya dimahkotakan sebagai pemain terbaik. Memang. Memang dia layak. Bermula dengan bermain bola di petak-petak sawah di Tanjung Karang, malam tadi dinobatkan sebagai pemain terbaik malam akhir Piala FA. Tahniah Amri! Tahniah Selangor!
MB Khalid Ibrahim sebagai Presiden FAS telah menjanjikan RM15k kepada setiap pemain Selangor jika menang Piala FA. Nampaknya joli sakanlah pemain Selangor. Hampir saja insentif habuan duit begini memyebabkan Selangor hilang pedoman. Lihat bagaimanamana hambarnya mereka di 90mint pertama!.
Walaubagaimanapun, bonus tetap bonus! Dah menang (walaupun dengan sepakan penalti) janji MB tetap dikecapi.
80,000 penyokong bola datang memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil adalah bukti bahawa bolasepak adalah sukan atau permainan nombor wahid di Malaysia. Masih ramai yang sayang kepada bolesepak (termasuk SS) tetatpi mutu bolasepak kita masih merudum. FAM dan Kementerian Belia dan Sukan harus memperbanyakkan inisiatif memperbaiki mutu bolasepak negara.


1 comment:

Anonymous said...

jaringan amri yahya bkn hasil hantaran r.surindren [malahan ejaan nama sebenar adalah r.surendren bkn r.surindren] tetapi hasil hantaran d.surendran.