Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

07 August 2009

Demo Jalanan Termahal Atau Peluang Untung Yang Dilucutkan??

Dah beberapa hari Sheikh Sambal tak kemaskinikan blog ini. Tiada alasan apa-apa cuma terlampau banyak fikir dalam kepala hingga tak tau mana satu yang nak ditulis, jadi langsung tak tertulis.

Hari ini SS nak tulis apa yang terbuku dalam kepala SS.

Menteri Wilayah Raja Nong Chik kata Demonstrasi pada hari sabtu lepas adalah yang termahal, iaitu menjangkau RM200 juta. OOoomak aaaaii....!!! Banyak tu! Kalau bagi SS sure tak payah kerja sampai 7 keturunan.

Soalan pertama datang ke kepala otak SS ialah... dari mana Raja Nong Chik dapat jumlah tu? Hari Sabtu demo, hari Ahad dah bagi anggaran RM200juta. Buat anggaran memang boleh tapi biarlah yang 'berpelajaran' (educated estimate). Biar ada asas sikit seperti jumlah kedai yang tutup, kerugian yang dihadapai dan berapa lama masa ia berlaku.

Apa yang sebenarnya Raja Nong nak buat ialah mensensasikan kerugian yang kononya disebabkan oleh demonstrasi tersebut. Betul apa yang SS fikir... selepas Raja Nong keluarkan statement begitu, semua media dalam Malaysia mensensasikan isu rugi RM200 sebagan-bagannya.

Maka adalah Persatuan Penjaja UMNgok meenghantar memorandum kepada PM agar bisnis mereka dilindungi dari demo jalanan. Ada juga UMNgok pelawak yang memfailkan tuntutan kerugian beratus juta kepada penganjur demo. Bodo!!

Sebenarnya Demonstrasi Jalanan boleh dan akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada bisnis di tempat demo itu dijalankan, dengan syarat lembu-lembu kepala merah ditambat di balai-balai. Jangan kasi keluar.

Jika polis menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan secara benar (bukan tembak pemedih mata, pancut air berkamikal, tangkap orang sana-sini dll..) semua bisnis di sekitar KL akan mendapat keuntungan besar berbanding dari hari biasa!!.

Bgaimana ini mungkin. Ha ha...begini...

Pada hari itu para pendemo dari segenap pelusuk negara datang ke KL. Katalah 100 ribu orang datang. Katalah setiap seorang akan berbelanja untuk makan minum sebanyak RM10. Maka bisnis makan minum/restoran di KL akan mendapat durian runtuh sebanyak RM1juta.

Perhimpunan aman ini sepatutnya bermula pada pukul 2ptg dan selesai memberi memorandum di Istana Negara pada pukul 4ptg. Ok. Akan ada kesesakan lalu lintas sebab jalan dari TAR ke Istana akan ditutup. (Di sinilah polis sepatutnya memainkan peranan bagi mengurangkan kesesakan dengan mengarah tafik ke jalan-jalan alternatif). Tetapi KL memang dah biasa sesak...disebabkan jalan tutup oleh macam-macam festival di KL sana.

Seusai demo dan penghantaran memorandum pada pukul 4 ptg ke manakah orang-orang yang datang untuk berdemo itu pergi? ha ha...betul. Tentulah mereka akan bertaburan di seluruh KL untuk membeli-belah. Kan bulan raya dah nak dekat, maka masa inilah sesuai untuk membeli-belah barang-barang dan pakaian untuk persiapan hari raya.
Katalah 80,000 yang datang orang Melayu dan setiap seorang akan membelanjakan RM100 untuk membeli belah persiapan raya. Maka, RM8juta nilai transakasi akan berlaku. Itu RM100, kalau RM500 ringgit, amacam? Sudah tentu Indon yang jual kain di Arked TAR tu tersenyum sampai ke telinga. Sudah tentu mereka minta lagi banyak demo diadakan di tempat mereka!!.

Bagaimana pula teksi, bas dan LRT? Sudah tentu semuanya akan mendapat tempias daripada 100,000 pendemo yang datang ke KL.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak kedai ditutup awal kerana takut terkena pancut dan gas pemedih mata lembu kepala merah. Juga takut kedai mereka dijadikan tempat perlindungan oleh mereka yang lari dari buruan lembu-lembu tersebut. Jadi siapakah yang sebenarnya menyebabkan kerugian kepada para peniaga di sekitar Kuala Lumpur? Lembu atau pendemo?

Dan bukankah Najib dan kerajaan BN/KDN yang mengarahkan polis bertindak ganas pada hari tersebut. Maka merekalah yang patut disaman bukan GMI atau mana-mana organisasi atau individu yang menyertai demo pada hari Sabtu, 1 Ogos lepas. Pendemo itu hanya datang untuk menghayati hak demokrasi mereka sambil membeli-belah di Kotaraya Kuala Lumpur.

I rest my case....
Sheikh Sambal.

21 January 2009

Presiden Obama Lulus Ujian Pertama

Presiden Obama lulus ujian pertama. Beliau serius mahu menutup Kem Guantanamo Bay. Baru beberapa jam mengambil alih Rumah Putih, beliau telah mengeluarkan arahan agar semua perbicaraan dalam Mahkamah Tentera terhadap para tahanan Guantanamo dihentikan. Pihak pendakwa mengatakan bahawa tindakan itu dilakukan demi Keadilan. (Berita Yahoo News)
Dari mula lagi kita tahu Kem Guantanamo Bay membunuh hak kemanusiaan. Walau apa pun alasan Bush, penahanan orang tanpa bicara adalah satu kezaliman peringkat tertinggi. Alhamdulillah Presiden Obama mahu membaiki keadaan. Obama juga harus membebaskan semua tahanan serta merta dan mereka harus dibayar gantirugi di atas segala kesusahan yang berlaku kepada mereka.
Amerika kini mengalami perubahan dasar yang besar. Malaysia juga mesti mengubah dasarnya mengenai penahanan ISA. Malaysia juga perlu bertindak sehala dengan Amerika dengan membebaskan semua tahanan ISA serta merta. Jika betul mereka bersalah, maka bicarakan di Mahkamah supaya keadilan dapat ditegakkan.

25 November 2008

PPIM Jangan Jadi Alat!

Penulis sangat terperanjat dan sedih dengan tindakan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menyokong agar undang-undang zalim ISA dikekalkan di Malaysia ini. Semalam PPIM bersama-sama dengan 32 NGO Melayu (yang membentuk Majlis Pemuafakatan Ummah atau PEWARIS) berarak Wisma Sejarah ke Balai Polis Jalan Ampang untuk membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang memainkan isu-isu perkauman.

Presiden PPIM Datuk Dr. Ma'amor Osman yang juga merupakan Setiausaha Agung PPIM mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan supaya mengekalkan penggunaan ISA bagi menjamin keharmonian negara ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat. "ISA masih relevan dan melalui ISA, keharmonian negara dapat dikekalkan, dan dalam prinsip Islam pencegahan adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pewaris di Wisma Sejarah semalam.

Sangat menyedihkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Islam sangat lantang juga memperjuangkan akta zalim ISA. Tidak tahukah Dr. Maamor dan PPIM bahawa orang Islamlah yang paling lama di kurung tanpa bicara dalam kem tahanan Kemunting? Sepatutnya Dr. Maamor memperjuangkan nasib para tahanan Islam yang telah di tahan tanpa bicara ada yang sudah merengkok di sana selama 8 tahun. Sedarkah Dr. Maamor bahawa bukan sahaja orang yang kena tahan sahaja merana, keluarga mereka juga sangat terseksa. Ada anak-anak mangsa ISA yang terpaksa berhenti sekolah kerana terlalu miskin disebabkan pencari rezeki atau 'bread winner' mereka diambil dari mereka.
Nasib penjenayah yang dipenjarakan mungkin lebih baik dari segi 'ketidakpastian' kerana mereka telah dibicarakan di mahkamah dan mereka tahu apa salah mereka dan berpapa lama mereka di penjara. Berlainan dengan tahanan ISA kerana mereka tidak pernah dibicarakan secara adil di mahkamah dan mereka ditahan tanpa ada had waktu. Terpulang kepada Menteri Dalam Negeri untuk melepas atau terus menahan mereka. Ketidaktahuan mengenai sampai bila mereka ditahan itulah yang menyeksakan. Jika benar mereka yang ditahan itu mengancam negara, ayuh bawa mereka ke mahkamah untuk diadili.
Islam adalah agama yang sangat adil dan Dr Maamor sangat arif tentang hal ini. Mengapalah tidak diperjuangkan agar mangsa-mangsa ISA itu dapat keadilan?.
Apa yang saya nampak, PPIM kini telah dijajah oleh UMNO untuk meneruskan agenda politik perkauman mereka. Dengan ISA mereka mahu menyekat kehendak rakyat Malaysia untuk mendapatkan keadilan. Sesiapa sahaja yang dilihat boleh menggugat keselamatan mereka maka ISA akan digunakan. Mungkin ISA ada baiknya tetapi keburukannya jauh lebih teruk. Seperti arak, arak ada kebaikannya yakni boleh digunakan sebagai bahan perubatan tetapi keburukannya sangat besar sehingga Allah mengharamkannya dan dihukumkan najis. Sehingga begitu sekali.
ISA merosakkan institusi suci keluarga, menghalang keadilan, menyekat da'wah, menyiksa para tahan secara fizikal dan mental, menyeksa ahli keluarga mangsa sehingga ada ibu yang terpaksa bekerja sebagai GRO untuk menampung perbelanjaan mereka anak beranak dan berbagai lagi perkara buruk yang timbul disebabkan oleh ISA. Jika memakai konsep yang sama, keburukan lebih banyak dari kebaikan, maka penulis menegaskan disini bahawa ISA itu HARAM.
Olehitu sebagai sebuah organisasi Islam, PPIM juga patut mengharamkan ISA dan bukan membenarkan diri menjadi alat dan bersubahat.


07 October 2008

Hindraf: Selamat Hari Raya Pak Lah (uhuk! uhuk! uhuk!)

Pak Lah marah geng Hindraf datang beratus-ratus tapi yang ucap selamat hari raya pada dia cuma seorang.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. -(Utusan Online)
NampaknyaPak Lah tidak faham tentang semangat hari raya yang sebenar. Bagi dia nampaknya hari raya hanya makan kuih , salam, ucap selamat hari raya dan hulur angpau raya.
Hari raya sebenar membawa manusia kembali pada fitrah kejadiannya selepas menjalani proses pembersihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaimana manusia mahu kembali kepada fitrah jika dia dizalimi oleh undang-undang drakonian. Tanpa dakwa bicara orang yang dipenjara tanpa pendakwaan itu terus-terusan tidak mengetahui apa sebenar kesalahannya.
ISA memang tidak ada semangat hari raya. Kebesasan untuk menikmati kehadiran Ramadhan dan Shawal telah dirampas dari mangsa ISA. Mangsa ISA pula bukan sahaja orang yang ditahan tetapi seluruh anggota keluarga dan orang yang disayanginya. Bukan seorang sahaja yang terzalim tetapi jauh lebih ramai. Apakah dosa mereka sehingga disiksa begitu?
Pak Lah marah pada Hindraf kerana tidak mengucapkan selamat kepadanya tetapi lansung tidak kesah pada kesusahan mangsa ISA yang tidak dapat berhari raya. Ada mangsa yang sudah masuk 7 tahun tak dapat menyambut hari raya, itu Pak Lah tak nampakkah? Anak-anak yang menderita kerinduan untuk meyambut hari raya bersama ayah tercinta. Kemiskinan menghimpit kehidupan mereka. Mereka ini tidak pernah dapat menyambut hari raya dengan gembira kerana ayah dipenjara tanpa bicara. Pak Lah tidak terfikirkah tentang penderitaan anak-anak ini? Bayangkan kalau Khairy Jamaludin dipenjarakan tanpa sebab undang-undang. Bagaimana agaknya Nuri dan bayi kecilnya nak menyambut hari raya ini? Tidak sedihkah Pak Lah menatap cucunya beraya tanpa ayah di sisi?
Itulah yang mahu dibawa oleh Hindraf tatkala mengunjungi rumah terbuka PM di PWTC. Tapi Pak Lah dan para menteri pengampunya tidak mahu faham atau buat-buat tidak faham. Bagi mereka hari raya hanya untuk makan dan kumpul angpau!!