Showing posts with label Health Alerts. Show all posts
Showing posts with label Health Alerts. Show all posts

18 August 2009

Bila Topeng Jadi Barang Kawalan...

Kabinet akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan harga yang patut bagi topeng penutup hidung dan mulut dan akan menjadikan topeng itu sebagai barang kawalan. Begitulah hebatnya penangan Selsema Babi H1N1. Topeng dah jadi setaraf dengan gula, roti, beras dan lain-lain bahan keperluan penting masyarakat.

Topeng peunutup hidung/mulut (surgical mask) ini dulu harganya cuma RM0.40 sahaja sekeping, kini melambung tinggi harganya hingga sampai RM5 sekeping. Asalnya babi punya angkara topeng bodo ni pun boleh naik pangkat jadi bahan kawalan. Sehingga menteri-menteri kabinet terpaksa bermesyuarat untuk berbincang bagi mengawal harga dan pasaran topeng ini. Patutlah babi haram dalam Islam...(lihat posting SS tentang Angkara Babi)

Tak lama lagi mungkin akan dilahirlah sebuah syarikat GLC diberikan AP Khas untuk mengimpot topeng dan kerajaan akan memberikan status halal dan dicop 1Malaysia di atas topeng itu. Nama GLC itu mungkin saja "Syarikat Topeng Negara" atau STN. Dan kita tentunya mahu kerajaan berhati-hati terhadap pembelian saham syarikat STN oleh syarikat asing. Kita tidak mahu lagi kes Bernas terjadi pada STN.

Mana tahu Temasek Holding akan beli 50% saham STN. Bukankah liberalisasi yang dicanang PM Najib membolehkan ini berlaku. Kalau Temasek Holding sudah pegang saham yang besar dalam STN apa akan jadi pada kepentingan rakyat Malaysia untuk mendapatkan topeng. Nanti Temasek sesuka hati saja menyekat topeng diimpot masuk Malaysia. Ini boleh sahaja berlaku kerana Singapura kan sentiasa mencari pasal dengan kita.

Bayangkan kalau topeng tak ada atau mencukupi dalam pasaran, nanti lebih ramailah rakyat Malaysia mati kerana terkena virus selsema babi H1N1. Semua disebabkan STN jatuh ke tangan Temasek!. Aduh... mudah sekali Singapura nak ganyang kita!.

Permintaan topeng semakin bertambah dari hari ke hari. perniagaan topeng sangat lumayan. Elok juga STN menjenamakan topeng yang dipasarkannya sebagai Topeng 1Malaysia. Ungkapan 1 Malysia sangat popular sekarang. Tentu sahaja STN akan dapat menjual Topeng 1M dengan mudah. Bayangkan keuntungan yang akan STN dapat. Dengan keuntungan STN nanti, boleh sahaja menaja program melancong sambil belajar menteri ke Disneyland dan Eropah. Belajar bagaimana topeng muka 1M boleh dijual di sana pula. Satu misi MITI yang sangat teruja.

Jika ada saingan dari jenama lain, naikkan saja cukai dan levi. Jenama 1M katalah RM3 tapi jenama lain kan terpaksa dijual pada harga RM8.
(Oh ya... kalau anda ke Bangkok boleh saja mendapatkan topeng jenama yang sama pada harga RM0.40 )

Hai...topeng oh topeng.. angkara selsema babi kini kau berpotensi jadi mesin pembuat duit pula..

Mmmm... siapakah yang akan jadi CEO Syarikat Topeng Negara?? Anda jawab sendiri...





08 July 2009

RWMF: Risiko Penularan Besar Selsema Babi


Rainforest World Music Festival (RWMF) akan bermula esok di Kampung Budaya, Damai, Kuching. Di jangka lebih 20,000 orang yang rata-rata pelancung asing akan menghadiri pesta muzik ini. Tahun ini adalah tahun ke-12 pesta muzik tradisional dari kawasan hutan hujan seluruh dunia. Selain itu ada juga persembahan muzik tradisi dari tempat-tempat seperti Amerikas, Eropah, India dan China.

Setiap tahun pengunjung datang untuk menikmati RWMF di Kuching. Kini ia telah menjadi satu tarikan pelancung yang dimanipulasi sungguh oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menarik tukaran wang asing yang lumayan.

Dalam keadaan Selsema Babi menular secara exponential, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih bertanggungjawab, iaitu membatalakan RWMF!. Bukankah kemasukan Selsema Babi H1N1 ke Malaysia disebabkan oleh para pelancung atau rakyat kita yang balik dari negara-negara yang menghadapi penularan serius penyakit ini.

Kerajaan baru-baru ini menyuruh para pelajar Malaysia supaya tidak balik ke Malaysia kerana takutkan penularan Selsema Babi yang lebih teruk. Tetapi bila ada kepentingan kewangan (pertukaran wang asing dari para pelancung), sanggup pula mengambil risiko untuk menggalakkan para pelancung datang untuk meramaikan RWMF di Kuching.
Sedangkan pelancung yang datang pada kadar biasa pun ramai pembawa H1N1 bolos lalu menjangkiti orang tempatan, inikan pula dengan kedatangan pelancung secara beramai-ramai pada satu masa. Sarawak setakat ini telah ada 16 confirmed cases Selsema Babi. Kita takut selepas RWMF ini kes-kes baru Selsema Babi akan melonjak tinggi.
Apa persiapan Sarawak untuk menghadapi kemungkinan ini? Yang kita tahu persiapan yang sedang lancar di buat ialahpersiapan untuk mengaut duit dari para pengunjung RWMF!.



03 July 2009

Angkara BABI!!

Rajuk DAP di Kedah dah sampai ke puncak. Katanya PAS Kedah tak bagi layanan baik pada dia. Bila Kerajaan PAS Kedah robohkan tempat sembelihan BABI maka DAP tak tertahan lagi lalu merajuk keluar Pakatan Rakyat. Walaupun DAP Pusat tak kata apa lagi DAP Kedah buat keputusan sendiri keluar PR. Mana tidaknya, tempat sembelihan binatang yang DAP suka makan kena roboh!. Memang DAP Kedah kata perobohan pusat penyembelihan BABI itu bukan sahaja sebabnya DAP Kedah melenting. Ada banyak isu lain (Apa??!!). Tapi BABIlah pemangkin yang membuatkan DAP Kedah tak tahan lagi engan PAS.


Bukan setakat DAP Kedah yang disakat BABI, bahkan satu dunia sekarang kena sakat. Swine Flu atau Selsema BABI atau nama kelirunya Influenza A (H1N1) mengganas dihampir seluruh pelosok dunia. Asalnya dari BABI yang kena selsema, virus H1N1 yang menyerang BABI itu bertukar (mutate) menjadi sejenis virus yang boleh menjangkit kepada manusia. Berbeza dengan virus SARS (Selsema Burung), virus yang berasal dari BABI ini berupaya untuk berjangkit dari seorang manusia kepada manusia lain. Selsema Burung susah dikawal kerana burung boleh terbang kemana sahaja tetapi penulran antara manusia kepada manusia yang lain tidak berlaku. Ia habis di situ sahaja.


Tidak dengan BABI. Selagi kita tak jumpa vaksin untuk Selsema BABI ini maka manusia akan tetap disusahkannya. BABI selsema manusia pulak yang sengsara.

Dulu BABI juga yang buat hal di Bukit Pelanduk. Mula-mula JE, kemudian terbit Nipah Virus. Nipah virus ini disahkan timbul di kawasan ini. Tempat lain tak ada, sebab ternakan BABI terlampau huru hara di sana. Tiada penjagaan kebersihan yang sepatutnya. Najis dan kumbahan BABI bergelumang seadanya dan disalurkan terus sungai. Nyamuk gigit BABI dapat virus dan gigit pula manusia hantar virus. Manusia sakit lalu mati. Satu Malaysia kecuh. Maka Tun Abdullah Badawi (masa tu TPM) pun diarah untuk mengawal suasana.

Mat Sabu kata 'Badwi di negara Arab jaga unta tapi badawi di Malaysia jaga BABI'. Berjuta BABi di Bukit Pelanduk (Bukit Babi sepatutnya....sic) pun dibunuh untuk selamatkan manusia. Negeri Sembilan Darul Khusus nyaris ditukar nama jadi Darul Khinzir!.

Dulu penulis pernah terbaca berita akhbar tentang satu kejadian di sebuah ladang sawit di Sarawak. Seorang pekerja Indonesia magti dirodok oleh seekor BABI hutan jantan (Wild Boar). Kawannya sempat memanjat pokok. Dari atas pokok itu dia lihat bagaimana kawannya dirodok-rodok oleh BABI jantan tersebut. Habis perut terburai. Dah tu BABI tu dengan pelahapnya memakan isi perut mangsanya. Nampaknya bukan buaya saja makan orang!

Kerajaan PR Negeri Selangor yang baru mengambil alih negeri beberapa bulan yang dulu pun hampir goyang oleh sebab isu BABI. Walaupun UMNO punya cadangan asal untuk meladang-modenkan penternakan BABI dengan kroninya jadi tonggak utama, kerajaan PR yang dituduh mahu memBABIkan kawasan orang Melayu!. Hampeh!!

Itulah hikmahnya Allah haramkan memakan BABI penajis mughalazah. Masalah BABI selesai kalau orang tak makan BABI lagi. Tak ada penyakit yang pelik-pelik dan dunia akan jadi lebih bersih dan harum.

Bolehkah ini berlaku? "Tentu saja", kata guruku. "Kalau satu Malaysia masuk Islam. Tak ada lagi orang yang nak makan BABI, tak adalah BABI diternak lagi maka segala masalah yang berkait dengan binatang ini pun hapus..."

Mmmm...... Impian 1 Malaysia...






29 April 2009

Reaksi Kearajaan Terhadap Babi Bila Kena Selsema

Di Malaysia , kerajaan akan menyuntik Vaksin H1N1 kepada semua babi di ladang-ladang. Peruntukan khas telah dibuat dan Vaksin H1N1 untuk babi pun dah sedia. Begitulah makluman yang diberikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dalam Buletin Utama malam tadi.
Sayang sungguh kita kepada babi-babi di Malaysia ini. Sudahlah ladang babi akan dimodenkan dan ditingkatkan hygenenya dan dipusatkan dalam satu ladang kelompok yang besar supaya pentadbiran babi-babi ini lebih teratur dan lancar. Begitulah yang dirancang oleh Kerajaan BN Selangor sebelum jatuh dan diteruskan implementasinya oleh Kerajaan PR selepas menang PRU12 lepas. Sayang sungguh kita kepada babi! Kini bila babi kena selsema maka dia dulu di suntik vaksin (selepas para petugas negara dipintu2 masuk negara ).
Sepatutnya kini lebih jelas bagi kita kenapa Allah mengharamkan daging babi. Bagi orang yang berfikir sudah tentu ini adalah mesej yang jelas supaya lebih menyakini Islam dan masuk Islam. Apa lagi yang hendak ditunggu. Tiada lagi alasan bahawa Islam itu sekadar agama ikutan sahaja tanpa beda dengan yang lain. Pandemik selsema babi ini bisa saja menjadi asbab untuk mereka yang tidak yakin dengan Islam supya berfikir semula dan menerima Islam sebagai cara hidup.
Di Mesir lain pula reaksi Kerajaan Husni Mubarak. Walaupun di Mesir ramai juga orang bukan Islam yang mahu makan daging babi namun Kerajaan Mesir terus sahaja memulakan usaha untuk membunuh babi-babi di semua ladang-ladang yang ada. Prioriti Mesir adalah untuk menjaga manusia bukan menjaga babi. Itu dia. baru betul!
Tetapi usaha Mesir ini mungkin sudah agak terlewat kerana kini selsema yang asalnya dari babi menjangkit kepda manusia, telah mencapai tahan yang mana virus ini boleh berjangkit antara manusia ke manusia. Berlainan sedikit dari selsema burung, selsema babi bila sudah menjakiti manusia akan mudah pula menjgakiti orang kain. Selsema burung hanya jangkitan dari burung kepada manusia dan berhenti.
Pervention is better then Cure! Jadi itulah yang dibuat oleh Mesir, lalu dibunuhlah segala babi disana, walaupun agak terlambat. Mesir jadikan pandemik ini sebagai alasan untuk membenteras babi di sana. Di Malaysia kita nampaknya lebih rasional. Kita beri ubat pada babi supaya sihat. Kerana kita sayang pada babi-babi kita. (ahaks!!!!)

p/s Kalau nak doa untuk jauhkan bala selsema babi, lihat sini http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/04/doa-mendepani-selesema-babi.html


Selsema Babi / Swine Flu

Nak tau lebih lanjut tengok sini ....
http://almuradey.blogspot.com/2009/04/pandemic-flu-swine-influenza.html

24 December 2008

White Coffee (Oldtown Kopitiam) Non-Halal

December 23 @ 22:30:00 MYT
Oleh msgediks"

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-
Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)

"Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari."
Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam
mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya
ialah:-

20 December 2008

IJN: AKU SOKONG SIME DARBY KALAU...

Institut Jantung Negara (IJN) yang dimiliki 99% oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan mahu dijual kepada Sime Darby Bhd. (lihat sini) YB Mahfuz menyanggah hasrat kerajaan untuk menjual IJN, tapi aku sokong. Aku sokong kalau kerajaan dan Sime Darby bersetuju dengan syarat-syarat di bawah;
1. Cas yang dikenakan kepada pesakit mesti lebih murah dari sekarang. Kita lihat ramai orang yang tidak berkemampuan terpaksa merayu kepada orang ramai untuk membantu menampung kos perubatan ke atas ahli keluarga mereka. Aku selalu mendapat emel yang diforward oleh rakan-rakan, siap dengan gambar yang menyanyat hati, rayuan untuk menampung kos pembedahan dan perubatan yang berpuluh malah beratus ribu ringgit. Jadi, kalau Sime Darby nak beli IJN, masalah kos yang meroket tinggi ini perlu diatasi. Sime Darby yang selama ini memerah untung dari tanahair kita sepatutnya memberi semula kepada masyarakat. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab sosial mereka, menolong pesakit jantung yang tidak mampu.
2. Kerajaan mesti memastikan IJN menjadi pusat penyelidikan perubatan jantung yang ulung selepas Sime Darby mengambil alih. Jika ini tidak dipersetujui oleh Sime Darby, maka batalkan saja segala rundingan. Kalau dulu kerajaan mengutamakan penyelidakan jantung, kini Sime Darby meti meningkatkan lagi usaha itu. Jika gagal berbuat demekian, tendang Sime Darby keluar. Kerajaan mesti pastikan ada klausa dalam perjanjian jual beli yang membolehkan kerajaan mengambil alih semula IJN jika Sime Darby tidak melakukan seperti yang kita mahu.
3. Kebajikan para pekerja perubatan mestilah diutamakan. Ini termasuklah para doktor, jururawat, juruteknik dan semua orang yang bekerja dalam IJN. Gaji mereka ditanggung oleh Sime Darby termasuk kebajikan tanggungan mereka. Kadar gaji semestinya mengikut kadar pasaran kini. Malah, Sime Darby mesti memastikan para pekerja IJN mendapat rawatan percuma di IJN.

Itu saja syarat aku. Kalau Sime Darby setuju, aku SOKONG 100 peratus pembelian IJN dari Kementerian Kewangan Diperbadankan.

26 June 2008

Chocolate Can Help Keep You Cancer Free

Enjoy your chocolate with less guilt — a study at the Lombardi Comprehensive Cancer Center, which is affiliated with Georgetown University Medical Center, has found that a synthetic chemical based on a compound found in cocoa beans slows the growth of cancerous tumors and speeds their destruction.
“We have all heard that eating chocolate is good for you; this study suggests one reason why that might be true,” said researcher Min Kim, Ph.D. “This chemical seems to be safe, which makes sense because it has a structure similar to a natural product in cocoa beans, the same beans used to make chocolate,” he says.
Even better, the concentrations of the chemical tested in the study weren’t excessive. “The effective concentrations were considered similar to what a person might eat or use,” he says.
Kim and his team of researchers found that the chemical, known as GECGC, was effective against colon, cervical, and one line of leukemia cells. Growth of colon cancer cells was cut in half, and the chemical damaged most of the tumor cells.
GECGC was most effective against fast-growing cancers and was so effective against colon cancer, and didn’t harm normal cells that Kim says the chemical “could serve as a promising therapeutic for colon cancer.”

...(courtesy from Newsmax.com Health Alerts)

Drugs Doctors Won’t Take — And Neither Should You

Although the Physician’s Desk Reference sits on the desk of almost every doctor, it may be dusty from neglect. And if your doctor continues to prescribe the same drugs year after year without checking out his PDR or keeping up with breaking research on newly discovered dangers for commonly-prescribed drugs, your doctor could accidentally send you home with a prescription that could be deadly. Some old, formerly trusted drugs are so dangerous doctors say they wouldn’t take them. Are the deadly drugs in your medicine cabinet? Here’s a list of drugs docs say they wouldn’t take:

1.Advair.
When used regularly, an ingredient in Advair called salmeterol can increase the severity of asthma attacks. Researchers estimate it may contribute to as many as 5,000 deaths related to asthma in the U.S. each year. In 2006, the FDA added a “black box” warning to Advair, the organization’s highest warning. Safer alternatives include inhaled corticosteroids or inhaled corticosteroids coupled with a leukotriene modifier such as Singular to help control inflammation and the production of mucous.
Avandia. Recent studies have shown that Avandia, which is an oral medication used to control type 2 diabetes, increases the risk of a heart attack. People who took Avandia (also known as rosiglitazone) for a year increased their risk of heart failure by 109 percent and heart attack by 42 percent. A safe, cheaper alternative to Avandia is metformin (One brand is Glucophage). You might also speak to your doctor about taking statin drugs to lower your cholesterol or the vitamin B niacin, which can raise good (HDL) cholesterol levels as it lowers bad (LDL) cholesterol.

2.Celebrex.
Once prescribed to treat inflammation and pain, especially for those with arthritis, studies have shown that people who take 200 mg of Celebrex twice a day more than double their chances of dying from cardiovascular disease. In addition, Celebrex is linked to liver damage, kidney problems, and gastrointestinal bleeding. Although nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) such as ibuprofen could be safer alternatives, they, too, have been liked to intestinal bleeding. Consider acupuncture instead. German scientists found that treatments twice a week were twice as effective as conventional treatment plans, including drugs, physical therapy, and exercise.

3.Ketek.
Although an effective antibiotic for respiratory infections, Ketek puts patients at a higher risk of severe liver problems than other antibiotics. If you have a severe infection, such as pneumonia, and your doctor prescribes Ketek, ask for a safer alternative such as doxycycline or Zithromax.
Nexium and Prilosec. Researchers are investigating a link between these acid-reflux medications and heart attacks, but there are more reasons to avoid these two meds. They reduce acid so effectively that you may have an elevated risk of pneumonia (from bacteria and viruses that stomach acids would have killed) and an increased risk of bone loss. Instead, try Pepcid AC or Zantac 150.
Also, losing weight can keep excess belly fat from putting pressure on the valve that lets stomach acid leak into your esophagus.

4.Pseudoephedrine.
This decongestant, which has been linked to stroke and heart disease, can raise your heart rate and blood pressure – potentially dangerous for people with high blood pressure or heart disease. In addition, pseudoephedrine can increase symptoms of glaucoma and benign prostate disease.

...(courtesy from Newsmax.com Health Alerts)