Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

02 February 2009

Yayasan Amal Miri: Program Bersamamu Palestin Berjaya.

Malam tadi Yayasan Amal Cawangn Miri telah mengadakan program kemuncak Bersamamu Palestin. Program yang bermula dari dari 09/01 telah mengadakan roadshow mengenai penderitaan rakyat Palestin di sekolah-sekolah, pusat pengajian tingggi, badan berkanun dan syarikat korporat di sekitar Miri.
Program kemuncak yang diadakan di Masjid At Taqwa, Miri telah dihadiri oleh lebih 1000 orang muslimin dan muslimah tempatan. Walaupun petang itu hujan namun ia tidak mematahkan semangat para jemaah untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di sini. Perasmian majlis dilakukan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Ir. Daud Abd Rahman di ikuti oleh program kutipan derma jihad dari hadirin dikiuti oleh perkongsian pengalaman oleh Dr Hamdan, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza. Ceramah Palestin oleh Prof Madya Dr Hafidzi, Pengarah Palestine Centre of Excelence(PACE) merupakan acara kemuncak di mana hadirin diberikan kupasan sejarah dan apa sebab sebenarnya yang berlaku di Palestin.
Yayasan Amal Miri yang di pengerusikan oleh En Mukhtar Suhaili telah berjaya mengumpul sebanyak RM88,880.00 dalam program roadshow dan kemuncaknya malam tadi. Kutipan itu diagihkan kepada Palestin melalui Yayasan Amal Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak dan juga MERCY Malaysia.
Di samping Palestin, tanggungjawab tempatan juga tidak dilupai. Yayasan Amal juga mengagihkan sebahagian duit kutipan itu kepada mangsa tanah runtuh yang baru berlaku di Kampung Lereng Bukit, Bukit Kanada, Miri. Dalam peristiwa tanah runtuh itu, 7 rumah ranap ditimbus dan 342 orang terpaksa dipindahkan kerana ancaman tanah runtuh dari lereng Bukit Kanada. Peristiwa tanah runtuh ini adalah yang kedua selepas 2 orang pekerja Stesyen Minyak Shell mati tertimbus oleh tanah runtuh yang meranapkan stesyen tersebut 2 minggu lepas. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku pada peristiwa terbaru ini kerana ia disedari awal oleh penduduk kampung tersebut. Hujan lebat selama beberapa hari dan penggondolan bukit disyaki sebab mengapa tanah runtuh itu terjadi.
Kampung di lereng Bukit Kanada telah diduduki sejak 60 tahun lalu dan kejadian tanah runtuh tidak pernah berlaku seteruk kali ini. Adakah ini amaran awal kepada mala petaka yang lebih serius.... walallahu a'lam.

09 January 2009

QUNUT NAZILAH - Untuk Palestin

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.
اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya :
"Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMu dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMu."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka. Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka. Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu.
Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Amin...Amin...Amin...Ya Rabbal a'lamiiin..
Last edited by msee on Fri Jan 09, 2009 3:22 am

31 December 2008

Palestine Humanitarian Crisis

ISLAMIC RELIEF USA- ON CURRENT PALESTINIAN CRISIS.
Click here to view Palestine Aid Distribution Slideshow
Click here to read about Islamic Relief's efforts in its continued aid to Gaza

Current Crisis

• "The situation is absolutely disastrous." - United Nations official (CNN)

• First day of the Gaza crisis was the bloodiest in over 40 years (BBC)

• Over 310 killed and 1,400 injured in first two days alone

• Hospitals not able to cope with the injuries; desperate for supplies

• Severe shortage of food, fuel and other staple needs; majority of families rely on candles for lighting due to power blackout

• Aid groups say current humanitarian situation in Gaza the worst in 30 years (CNN)

• "The children are terrified. Adults are unable to provide them with security or warmth.


Hospitals are stretched out of the limits. We need blood and medicine and surgical equipment." -Dr. Eyad El-Sarraj, Head of Gaza's Mental Health ProgramDonate now to help the victims!Islamic Relief's Response:

• $126,000 worth of medical supplies provided to hospitals in Gaza within 48 hours of the crisis

• Another $250,000 worth of aid to be provided in the following few days
• A multi-million dollar emergency appeal has been launched
• Already established office and staff in Gaza able to respond quickly
• Islamic Relief is arranging for a coordination meeting with the United Nations' World Health organization (WHO) and all other NGOs operating in Gaza.