Showing posts with label Angkasa. Show all posts
Showing posts with label Angkasa. Show all posts

22 July 2009

Gerhana Matahari Melintas Asia


Gerhana Matahari yang terjadi hari ini adalah yang terpanjang masanya dalam kurun ini. Bermula dari Pakistan dan India merentas Benua Asia sehingga ke China dan Jepun dan tamat di kawasan Pasifik.
Dengan tamatnya gerhana hari ini maka terbuktilah bahawa dakwaan yang kononnya gempa bumi besar yang mengakibatkan Tsunami akan berlaku adalah BOHONG sama sekali. Khabar angin tentang Tsunami ini bertiup kencang selama beberapa bulan sebelumkejadian gerhana ini. Ramai orang yang terkesan dengna berita palsu itu sehingga menyebabkan tindakan yang tidak rasianal dilakukan seperti membeli bahan makanan untuk disimpan dan mencari tempat tinggi untuk lari dari tsunami khayalan itu.
Ramai yang tergangsu emosi kerana terlampau risau dan takut tsunami ala Acheh akan berlaku. Anak-anak tidak dibenarkan pergi sekolah kerana takut sekolah akan dilanda tsunami. Ramai yang bermaaf-maafan juga kerana bimbang maut disebabkan tsunami ini.
Seperti yang Sheikh Sambal tulis semalam, semua kebimbangan dan ketakutan ini tidak berasas. Hari jelas gerhana matahari yang kita lihat merentas asia sangat menakjubkan. Ia adalah salah satu tanda kebesaran Allah swt.
Di bawah ini Sheikh Sambal nukilkan gambar-gambar gerhana Matahari yang datang melawat Asia. Sekali lagi gerhana panjang seperti ini akan berlaku pada tahun 2132. Beruntungllah kepada orang-orang yang dapat melihat fenomena ini.





Berbagai-bagai gaya manusia rantau Asia menikmati keindahan fenomena alam ciptaan Allah.
Baby lihat gerhana, Jepun.

Anjing laut pun tak mahu ketinggalan tengok fenomena alam ini.

Sessi penerangan tentang gerhana matahari di China.

Melihat gerhana matahari di Jepun....canggih.

Gaya hensem sami Hindu tengok kebesaran Allah swt.

Awek Filipina, Chipsmore dan Gerhana.... mmmm..

Satu keluarga Melayu Mindanao tidak lepas peluang menikmati pemandangan gerhana. Solat sunat dah buat ke bang...?

Gelagat koporat Seoul dengan gerhana...

Manakala di Thailand... tiada tali, akar pun berguna...


"Ahh... kaca pun kaca lah..." ni di Hoabeng, China.

Menyaksikan gerhana secara berjemaah di Hong Kong...



Cincin permata alam.....

Gerhana di balik minar masjid di Bangladesh.


Penganut Hindu merayakan gerhana dengan mandi dan berdoa di Sungai Ghanges, India.



Melihat gerhana di Beijing.


Nota: Gambar-gambar di atas di petik dari sumber AP dan Reuters

18 December 2008

Cerita Dari Sebelah Dr. Sheikh Muzaffar Pula

Banyak cerita yang negatif kita dengar dan baca dari berbagai media termasuk Harakah. Paling pedas datang dari posting dan komen-komen dari para bloggers dan forum internet. Sebagai orang Islam kita tidak boleh mengambil berita dan cerita dari sebelah pihak sahaja. Keadilan tidak mungkin tercapai dengan cara ini. Olehitu, marilah kita baca sendiri luahan hati Dr. Sheikh Muzaffar dan timbanglah seadil-adilnya. Yang penting, siasat segala berita yang datang kepada kita terutamanya dari sumber fasik dan samar-samar. Semuga dengan itu tidak teraniaya seseorang atau sesuatu kaum. Wallahu'alam....
Sheikh Sambal.


Luahan hati Sheikh Muszaphar
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my Mon Dec 15, 08 4:13:52 pm MYT
ANGKASAWAN Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor asalnya hanyalah pegawai kerajaan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Impiannya menjadi kenyataan apabila terpilih sebagai rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Namun beberapa bulan selepas menempa kejayaan, impian yang menjadi kebanggaan itu, hampir-hampir tidak bermakna dan sia-sia.
Malangnya Sheikh Muszaphar menjadi 'kambing-hitam' di sebalik kelemahan kerajaan. Teks interbiu diemelkan kepada Sheikh Muszaphar beberapa hari lepas, sewaktu beliau berada di Mekah. Bagaimana pun, penulis amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau, di dalam kesibukan beribadah, beliau sempat membuat sedikit revision dan membalas emel penulis.

Ikuti luahan hati beliau kepada penulis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 26 November lepas.
Apa khabar Sheikh?
Alhamdulillah. Sihat walafiat .
Okey ke diatur berjumpa dengan Harakah?
Saya tak pernah berurusan dengan Harakah. Saya risau juga nak jumpa dengan Harakah.
Saya pegawai kerajaan, saya tak campur urusan politik dan saya tidak mahu dipolitikkan. Bagi saya Program Angkasawan miliki negara dan rakyat harus diberitahu perkara sebenar untuk tidak menjejaskan imej angkasawan negara .
Tapi tak apalah, alang-alang Harakah pun dah tulis macam-macam hal yang agak negatif tentang saya, saya tidak mahu saya dikambing-hitamkan. Jadi amat penting untuk saya menerangkan perkara sebenar .

Banyak isu dibangkitkan tentang Sheikh akhir-akhir ini, Sheikh sedar perkara itu?
Saya sebenarnya terlalu fokus kepada program angkasawan semenjak kembali ke bumi.
Saya telah bermula memberi ceramah kepada sekolah sekolah dan universiti semenjak bulan Mac lagi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan mendapat kepuasan apabila pelajar pelajar khususnya begitu bersemangat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang aeroangkasa.
Saya ingin jelaskan, menjadi angkasawan adalah impian saya sejak berusia 10 tahun. Impian itu kini sudah tercapai. Tetapi saya masih belum puas.
Banyak lagi yang ingin dilakukan dan nampaknya banyak lagi halangan yang terpaksa dilalui.Yang penting diri ini ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai angkasawan negara .
Saya hanya mahu berkhidmat untuk negara dan mengubah minda rakyat Malaysia. Khususnya orang-orang Melayu tentang ilmu sains dan teknologi angkasa. Saya mahu jadi ikon ilmu, saya tak nak campur urusan politik atau jadi mangsa politik.
Tentang kes saya. Saya pun tak faham dengan Mosti. Timbalan Menteri kata, kita berhenti terima aduan dan memulakan penyiasatan. Tetapi Menteri kata tidak, kita masih membuka aduan kerana masih tiada komplen lagi.
Sekarang ini, saya difahamkan ada pihak tertentu mengarahkan pegawai Mosti menghubungi semua institusi dan sekolah yang saya pergi, untuk menyiasat saya ada mengambil duit (bayaran ceramah) atau tidak.
Mereka cuba dapatkan bukti dan sebagainya. It gives me the impression to bring me down. But I hope it?s not true.
Mereka mahu menjatuhkan imej dan maruah saya dengan mendakwa saya seorang kakitangan kerajaan, tidak boleh mengambil wang upah. Saya sedang siasat siapa yang buat kerja ini.
Media pula, tanpa mereka tahu isu sebenar, membuat laporan yang negatif tentang saya.