Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

13 October 2008

Nilai Sebuah Darjah 'Datuk"

Pangkat atau Darjah kurniaan selalunya dianugerahkan kepada orang yang sangat berjasa kepada negeri atau negara. Tetapi apa yang dah jadi di Melaka hingga darjah "Datuk" sudah menjadi terlalu murah. Orang yang bukan warga negara dan tiada kena-mengena pada negeri Melaka telah diberikan pangkat Datuk.
Apa sangatlah buat filem sikit tunjuk gambar A Famosa dan Bandar Hilir. Kalau itu ukuran jasa besar Shah Rukh Khan (SRK), semua pembuat filem cereka atau dokumentari mesti diberi pangkat Datuk. Gavin Menzies dalam buku "1421-The Year China Discovered The World", banyak kali menyebut Melaka sebagai pusat perdagangan antara China dan negeri-negeri sebelah Barat dan betapa Melaka adalah asas kepada munculnya Malaysia. Buku Gavin Menzies adalah sebuah buku Best Seller seluruh dunia. Jadi kalau ikut hujah DS Ali Rustam, Gavin amat layak untuk diberikan darjah Datuk.
Siapakah SRK sehingga Tun Khalil Yaakob dan DS Ali Rustam terhegeh-hegeh nak berikan dia 'Datuk'. SRK pun tak endah nak mencemar duli datang ke Melaka untuk menerima darjah kebesaran tersebut. Bukankah ini amat memalukan.
"Dan sekarang dipersilakan En Shah Rukh Khan untuk menjunjung kasih tampil menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk" "Dipersilakan En Shah Rukh Khan...." "En Shah Rukh Khan...di persilakan naik ke pentas..." "Ada..ada?" " ok kalua tak ada silakan wakil naik...ke pentas untuk menerima darjah kebesaran...." 'Wakil...tolong naik...wakil ada?..." Ada...ke tak?"..
Ha ha ha... SRK hairan pun tidak untuk datang ke Melaka dan menerima darjah hebat dari Tun Khalil.
OKlah kita kata SRK banyak jasa pada Melaka. Tapi dari segi akhlak macamana? Aqidah pun bercalar balar. Isterinya Hindu. Lakonannya menjolok mata. Adakah SRK boleh menjadi contoh ikutan remaja di Malaysia (baca Melaka)? Yang oleh meningkatkan jatidiri dan modal insan remaja? Hmmm....hampeh...
Apa lagi nilai yang ada pada "Datuk" dari Melaka? Terlalu mudah dan ramai yang dapat. Jika dibaling seketul batu di tengah-tengah Kuala Lumpur, peluang untuk batu itu kena kepala seorang "Datuk' amat besar dan besar kemungkinan ia dari Melaka.
Sekarang orang perempuan pun boleh dapat "Datuk". Pangkat dah jadi unisex dan nilainya pun hancur. Kenapa tidak dicipta satu pangkat untuk orang perempuan yang bayak jasa? Margaret Tatcher mantan PM Britain yang banyak jasanya pada Britain dan dunia pun tidak diberikan "Sir" oleh Queen Elizabeth. Dia dikurniakan "Baronness" (Baron untuk lelaki). "Sir" tetap untuk lelaki. Sepatutnya begitulah juga gelaran "Datuk".
Saya fikir daripada diberikan 'Datuk" kepada SRK, adalah lebih molek diberikan kepada Lim Guan Eng, anak Melaka yang menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang atau pun Lim Kit Siang yang berdekad memberikan jasa sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.Tapi fikir-fikir balik, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tidak pandai menyanyi dan menari-nari ditepi tasik dan gunung-ganang dalam taman empat musim. Iyalah...mana layak nak dapat "Datuk"!!

10 October 2008

Anwar Lawan Murugan Di Batu Caves




Batu Caves kini mempunyai satu lagi mercu tanda, replika (patong?) Anwar Ibrahim, selain berhala besar Lord Murugan yang terang menyala di pintu gua.
Berhala Murugan dengan ketinggian 42.7m dibina oleh penganut hindu dengan kos RM2.5juta. Telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Kerjaraya DS Samy Vellu pada 29 Jan 2006.
Replika Anwar Ibrahim dengan ketinggian 12.2m dibina oleh penyokong-penyokong PKR dan penduduk Dun Batu Caves dengan kos sebanyak RM5000 untuk memeriahkan semangat hari raya. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, R Sivarasah (Subang) dan William Leong (Selayang) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis merasmikan pemasangan replika gambar Anwar oleh penduduk Batu Caves pada 28 September 2008.
Maka berkokoklah puak UMNO dan BN mengatakan perbuatan membina replika Anwar itu membazir. Eloklah wang RM5000 itu diberikan kepada fakir miskin yang ramai disekitar Batu Caves. Para alim ulama PAS pula dicuit supaya membising mengutuk perbuatan itu. Sesungguhnya replika itu patong dan patut diharamkan, begitulah hujah juak-juak UMNO itu.
Tetapi hairan, pada hujung Januari 2006 semasa tabir Berhala Murugan di angkat, tiada pula bunyi bising juak-juak ini mengatakan RM2.5juta patut diberikan pada fakir miskin. Dan tiada juga para alim ulama di Jakim disaran untuk memfatwa itu ini. Nampaknya apa saja pasal Anwar salah dan patut dibenteras.
Replika Anwar sebenarnya bersifat sementara selagi permit iklannya hidup tetapi Berhala Murugan adalah kekal sampai bila-bila. Sehingga kini tiada fatwa haram dari mana-mana pihak seperti yang berlaku pada cadangan pembinaan patung gergasi Quan Yin di Sabah. Malah ada yang berbangga bahawa Berhala Murugan telah menjadi satu lagi tarikan pelancung yang ampuh dalam Negara Islam Malaysia (sic).
Kedua-dua patong Anwar(replika) dan Berhala Murugan adalah hasil dari pendewaan manusia pada tokoh. Taksub yang membawa kepada pemujaan. Bezanya Anwar masih hidup dan mahu diberi kepercayaan manakala Berhala Murugan pula 'hidup' dalam kepercayaan.
Anwar lawan Murugan. Siapa menang?.... terpulang kepada kepercayaan anda.

07 October 2008

Hindraf: Selamat Hari Raya Pak Lah (uhuk! uhuk! uhuk!)

Pak Lah marah geng Hindraf datang beratus-ratus tapi yang ucap selamat hari raya pada dia cuma seorang.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. -(Utusan Online)
NampaknyaPak Lah tidak faham tentang semangat hari raya yang sebenar. Bagi dia nampaknya hari raya hanya makan kuih , salam, ucap selamat hari raya dan hulur angpau raya.
Hari raya sebenar membawa manusia kembali pada fitrah kejadiannya selepas menjalani proses pembersihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Bagaimana manusia mahu kembali kepada fitrah jika dia dizalimi oleh undang-undang drakonian. Tanpa dakwa bicara orang yang dipenjara tanpa pendakwaan itu terus-terusan tidak mengetahui apa sebenar kesalahannya.
ISA memang tidak ada semangat hari raya. Kebesasan untuk menikmati kehadiran Ramadhan dan Shawal telah dirampas dari mangsa ISA. Mangsa ISA pula bukan sahaja orang yang ditahan tetapi seluruh anggota keluarga dan orang yang disayanginya. Bukan seorang sahaja yang terzalim tetapi jauh lebih ramai. Apakah dosa mereka sehingga disiksa begitu?
Pak Lah marah pada Hindraf kerana tidak mengucapkan selamat kepadanya tetapi lansung tidak kesah pada kesusahan mangsa ISA yang tidak dapat berhari raya. Ada mangsa yang sudah masuk 7 tahun tak dapat menyambut hari raya, itu Pak Lah tak nampakkah? Anak-anak yang menderita kerinduan untuk meyambut hari raya bersama ayah tercinta. Kemiskinan menghimpit kehidupan mereka. Mereka ini tidak pernah dapat menyambut hari raya dengan gembira kerana ayah dipenjara tanpa bicara. Pak Lah tidak terfikirkah tentang penderitaan anak-anak ini? Bayangkan kalau Khairy Jamaludin dipenjarakan tanpa sebab undang-undang. Bagaimana agaknya Nuri dan bayi kecilnya nak menyambut hari raya ini? Tidak sedihkah Pak Lah menatap cucunya beraya tanpa ayah di sisi?
Itulah yang mahu dibawa oleh Hindraf tatkala mengunjungi rumah terbuka PM di PWTC. Tapi Pak Lah dan para menteri pengampunya tidak mahu faham atau buat-buat tidak faham. Bagi mereka hari raya hanya untuk makan dan kumpul angpau!!

18 September 2008

PAS Tahu Senarai Itu

PAS tahu senarai MP lompat
Jimadie Shah Othman Sep 18, 08 11:31am - Malasiakini BM
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu. Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

13 September 2008

Teresa dan Tan Pulak Kena...UPDATE

Adakah ini Operasi Lalang yang baru? Teresa Kok dan pemberita Sinchew Tan Hoon Cheng pun dah kena tahan di bawah ISA. Teresa kena tahan mungkin ekoran dari kehangatan berita tentang petisyen laungan azan di pagi subuh dan pengahapusan tulisan Jawi di Seputih. Itu satu justifikasi walaupun kita tak dapat menerima undang-undang draconian ISA itu.
Tetapi pemberita yang menjalankan tugas membuat liputan berita juaga ditahan ISA adalah amat malang. Kalau berita yang dilapurkan itu memang fitnah dan mala-fide serta menghasut, bolehlah pemberita itu dikenakan tindakan. Tetapi dalam situasi ini dia melaporkan perkara yang memang berlaku dan orang yang dilaporkan itu telah pun didapati bersalah oleh partinya. Orang yang mengocakan api sentimen kaum tidak ditahan tapi orang yang melaporkannya pula yang kena. Amat malang kepada media kita, kebebasan akhbar telah diISAkan dengan penahanan Tan. Ini boleh dikira sebagai satu amaran kepada pemberita-pemberita di luar sana supaya jangan melaporkan sesuatu yang boleh menggugat harmoni penguasa walaupun ia benar.
Adakah penahanan RPK, Teresa dan Tan bersangkut paut dengan 916?. Entahlah semakin dekat dengan 916 semakin rancak politik tanahair berkompang.
...................UPDATE......................15sept08
1) Penahanan RPK dan Teresa dilanjutkan 60hari tapi Tan Hoon Cheng telah dibebaskan semalam
2) Masih belum ada MP yang isytihar keluar dari BN
3) PR akan membuat Rapat Umum anti-ISA serta Hari Malaysia malam ini di Stadium Kelanajaya

12 September 2008

RPK Kena ISA Tapi Ahmad 3 Tahun Gantung Dari UMNO

Berita RPK kena tahan ISA tidak memeranjatkan. Malah Selepas JAWI dan geng membuat aduan polis mendakwa RPK menghina Islam, ia seakan amaran awal bahawa beliau akan kena tangkap. Tapi yang ironisnya blog Malaysia Today telah dilepaskan dari gam gajah MCMC. Blog lepas tapi editor blog pulak yang masuk dalam. Jadi MT tak menyengat lagilah bila RPK tiada.
Yang jelas ini adalah seperti suatu penangkapan double standard. Begitulah yang disarankan oleh Sdr Kamarudin Jaafar dlam laporan Harakahdaily hari ini. Jika benar RPK menggugat keselamatan negara kerana menghina Islam, kenapa Ahmad Ismail tidak ditahan juga. Beliau telah dengan terang-terang mengeluarkan kenyataan yang sangat berbau perkauman. Keadaan hormoni kaum jelas tergugat dengan berbagai pihak memberikan kenyataan balas yang pedas dan sampai ada mengoyak gambar pemimpin parti dan juga ugutan bunuh pada wartawan. Bukankah itu juga menggugat keselamatan negara? Kenapa RPK sahaja yang ditahan?
MT adalah blog yang sangat berpengaruh sehingga dapat mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu untuk menyokong Barisan Rakyat dalam PRU12 yang lalu. RPK merupakan duri yang sangat bisa menyucuk-nyucuk kesabaran para penguasa. Beliau dengan berani mendakwa penglibatan pucuk tertinggi BN dalam skandal-skandal besar. Sehinggakan membuat akuan bersumpah.
MT banyak menyiarkan kebobrokan pemimpin negara termasuk polis dan kehakiman. BN jadi tak tentu disebabakan oleh RPK. Jadi dengan adanya laporan polis mendakwa RPK menghina Islam, kerajaan mempunyai asas untuk menahan beliau dibawah ISA. ISA akan menutup mulut RPK sehingga bila pun kta tak tahu kerana sekarang pun ada tahanan ISA yang dah lebih 6 tahun merengkok di Kemunting. Paling tidak pun RPK tak akan bising lagi sehingga PRU 13.
Mungkihkah ada blogger-blogger lain timbul seberani RPK? Kalau adapun mereka dah mula kena kacau polis. Aduh... nampaknya Blogshpere tidak bebas lagi.

10 September 2008

Running Numbers

Well it seems that the hot date 16 September or 916 has moved. Malaysia wont see a new government on 916 anymore. It could be longer according to DSAI. If it does not happen on 916 it could be on 920. DSAI cited the reasons being most of the MPs has been shipped out to Taiwan to 'learn farming'. They will only be back on 917.
We know that PR has 82 from 222 seats in Parliament. However 1 from that 82 is an independent who we do not know for sure whose side he is even though he was elected under the PAS banner. Lets just assume that he is with PR so PR has 82 and we need another 30 to get a simple majority to rule Malaysia on 916. But 49 of the 140 BN MPs has gone out to Taiwan until 917. So we should still have 91 BN MPs here in this country. But the 49 are mostly from BNBBC who sit in the back benches. Why DSAI concentrate on the BBC is a good question? Now that the 49 BBC has gone away, why doesn't DSAI tackle the 91 MPs who are staying put in Malaysia (may be 1 or 2 are overseas attending functions or on holiday). Anyway, say 90 MPs are here which represent enough number for DSAI to grab them and form a new government.
That is easy said then done. Perhaps DSN (Dato Seri Najib) already knew who would jump over to the other side. So he picked up everyone of them and send them to Taiwan to escape the exodus to PR. But come to think about it, is it not a stupid move. If some MPs want to defect they can do it wherever they are. But perhaps also, while in Taiwan they would not be allowed to contact anybody, making it impossible announce defection. Defection not in style (with media coverage and all) would not do, would it. So the MPs defection while in Taiwan is therefore ruled out.
Then 916 would not happen. This date is a tarikh keramat. 916 is the day Sabah and Sarawak joined Malaya to form Malaysia. Then DSAI cannot from a new government on Malaysia day. So by failing DSAI to form a new government on Malaysia day is an achievement to DSN. At least he can still be the TPM on 916. But now DSAI has mentioned that 916 could be delayed to 920 or any day for that matter. So the rakyat still can have a new Malaysia after 916.
One thing for sure is the humorous rumours that laid out the plan for DSAI to "topple" AAB starting from 905 to 916 is just rumours after all. According to the rumours today 910 AAB is supposed to announce his resignation. Ha.. ha.. ha.. it is very funny indeed.
No matter when the actual date is that DSAI takes over, does not really matter actually. The important thing is that the Rakyat is anxious to have new faces as their ministers. It would be nice to see the likes of DSTGH (Dato Seri TG Hadi) and LKS sit in the Malaysian cabinet. It would be really nice to see Hj Mat Sabu as our Internal Minister looking after the police and all (but he has to be appointed a Senator first).
916 may be off but we have other numbers to go by. DSN may be triumphant when sending the 49 BBC to Taiwan on 908 until 917 but the rakyat can wait for 920, 921, 922, 923, or whatever date it could be. The sight of DSN cowing the 49 BBC away is already a triumph to us..he he he

Apa PASKAL Buat Di Teluk Aden?

Unit Komando TLDM, PASKAL (Pasukan Khas Laut), dengan 3 buah kapal KD Pahang, KD Lekiu dan kapal sokongan KD Sri Inderapura dah sampai di Teluk Aden. TPM Najib walaubagaimanapun menafikan ada tindakan ketenteraan untuk membebaskan dua kapal MISC Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang di rampas lanun. Tugas mereka hanyalah untuk memerhati dan menerima tebusan bila mereka di bebaskan dan mengiringi kapal-kapal tersebut balik bila episod rampasan itu berakhir. Selain 2 kapal MISC Malaysia, 13 kapal lain dari Russia, France, Spain, Holland, Germany, Japan, Nigeria, Thailand dan Iran di serang lanunn sejak dari Februari hingga September. Hairan jugak ya, kalau setakat hendak memberikan rawatan kecemasan dan mengiring balik, askar laut biasa pun boleh pergi. Selalunya, kalau komando yang pergi bukan untuk buat kerja biasa. Tentu ada misi luarbiasa dalam perancangan. Bagaimanapun kita doakan misi mereka berjaya dan semua anak-anak kapal dan muatan selamat.

Kawasan perairan Teluk Aden memang terkenal dengan lanun. Ini diburukkan dengan suasana perang di Somalia. Melanun dan mengambil tebusan adalah cara yang mudah untuk puak-puak yang berperang itu mendapatkan wang untuk menampung kos perang mereka. Kapal-kapal komersial yang merentasi Teluk Aden untuk keluar masuk ke Terusan Suez memang jadi lauk bagi lanun-lanun ini. Hanya keamanan di Somalia sahaja jawaban kepada masalah ini. Selagi puak-puak ini berperang selagi itulah kita satu dunia akan terkesan dengan hal mereka. Lihat sahajalah episod rampasan ini. Kita tidak senang duduk dibuatnya.

Somalia pernah aman sekejap apabila puak Mujahidin yang digelar Islamic Courts bangkit dan menghalau para warlords yang bersengketa dari Mogadishu. Mereka telah menjalankan undang-undang Islam di Somalia dan negeri telah mula aman. Walaubagaimanapun, seperti di Afghanistan, Amerika tidak senang hati bila melihat Islam memerintah. Amerika melalui bonekanya Eritria, telah menghantar tentera dengan dilengkapi senjata moden untuk menghalau tentera Mujahidin Islamic Courts dari Somalia. Mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Islamic Courts tetapi tidak berjaya menghalau mereka keluar sepenuhnya. Jadi, seperti Afghanistan, Somalia kembali bersengketa.

PBB kelihatan tidak sanggup lagi mendepani masalah di Somalia. Tentera Eritria yang kononnya datang untuk memberikan keamanan kepada Somalia masih berkampung di sana tetapi keamanan yang dijanjikan jauh panggang dari api. Mereka nyata tidak dapat membendung geng-geng perang yang bermaharajalela di sana. Apa yang perlu dibuat adalah PBB harus menggantikan tentera Eritria dan bertindak sebagai tentera pengaman seperti yang dibuat NATO di Kosovo dulu. Setelah geng-geng perang ini dihalau, Islamic Courts mesti dikembalikan untuk memerintah Somalia. Bukankah telah terbukti mereka dapat memberikan keamanan kepada Somalia dengan pemerintahan dan undang-undang Islam. Amerika mesti membetulkan kembali kesalahan mereka. Mereka mesti membenarkan Islam memerintah di Somalia. Hanya itu sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah lanun di Teluk Aden!!

Tetapi mahukah Amerika berbuat begitu...? Tentu tidak, selagi Amerika masih lagi berselekeh dengan Islamophobia!!

05 September 2008

Dr Osman Dan Laporannya.

Hari ini keluar lagi cerita liwat. Dr Osman muncul dan membuat sidang akhbar bagi mempertahankan laporan pemeriksaan beliau ke atas Saifool. Beliau tegas mengatakan bahawa prosedur yang beliau lakukan adalah 'per-rectal examination' untuk mengenal pasti apakah Saifool diliwat atau tidak. Bercanggah dengan kenyataan majikannya, PUSRAWI, Dr Osman menegaskan prosedur itu adalah prosedur biasa yang semua doktor WAJIB tahu.


Kita tidak faham kenapa PUSRAWI bersungguh-sungguh mahu menidakkan laporan Dr Osman. Seharusnya PUSRAWI berkelakuan lebih professional dan membiarkan mahkamah memutuskan samada Dr Osman layak atau tidak membuat pemeriksaan liwat. Nampak sangat bukan profesionalisma yang penting tetapi menjaga kepentingan sesetengah pihak yang lebih utama.




Kes liwat dah masuk mahkamah, jadi biarlah mahkamah yang menentukan. Kita dah muak dengan cerita liwat, C4 dan sumpah. Lebih cepat kes ini selesai lebih baik untuk Malaysia. Kita perlu maju ke hadapan bukan menelek buntut Saifool!!






04 September 2008

Humorous Rumours... Percaya? (UPDATED)

Rumours memang banyak di Malaysia...dan sangat popular. Oleh kerana berita kita selalu di tahan-tahan maka rakyat suka mendengar gossip dan hearsay. Tapi banyak berita rumours jadi kenyataan. Contoh yang baik adalah masa Mahathir dan Anwar masing-masing kata hubungan mereka adalah baik sekali setelah keluar cerita kedai kopi kata mereka berkelahi. Tup-tup...tak lama kemudian Anwar kena halau dari kabinet dan UMNO!.
Cerita SMS ni masih lagi peringkat rumours... tapi kita harap akan jadi kenyataan.. Kita tak tau tau siapa yang hantar SMS ni. Walaupun dia kata dari MT PKR tapi MT PKR kata dio orang tak tahu menahu...(mmmm.. iya ka?) Walaubagaimanapun ia satu planning yang boleh berlaku. Kita tunggu sajalah...apa akan berlaku esok dan seterusnya...





Mari tunggu dan lihat...

>>>>>>>>>>>>>>>>>UPDATE<<<<<<<<<<<<<<<<<

Hari ni 5 Sep. - parti komponen BN Sabah& Sarawak masih belum isytihar keluar BN... ha ha ha.......masih percaya?? Tapi ahli MT PKR Badrul Hisham Shaharin menegaskan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September nanti masih berjalan lancar. Tunggu dan Lihat.

25 August 2008

Imam Saksi Sumpah Saiful Mohon Maaf ..pulak!!

Pengakuan Imam Ramlang Porigi bahawa beliau tidak sengaja untuk menjadi saksi sumpah laknat Saiful pada 15 ogos 2008. Program sumpah itu diadakan secara adhoc, kebetulan Imam Ramlang berada di situ untuk menikahkan sepasang pengantin. Habis nikahkan orang beliau ditarik untuk menjadi saksi. WOW! sketsa ini menjadi semakin thrill dan suspense! Apa pulak langkah UMNO seterusnya? Kata pujangga, "satu penipuan akan cuba ditutup dengan seribu penipuan yang lain". Nampaknya Saiful sudah mula dimakan sumpah sendiri. Hidup tak tenteram dan orang makin tak percaya dengan dia.
Apa akan terjadi seterusnya? Mari kita saksikan..... Yang jelas, senjata ampuh BN/UMNO di Permatang Pauh dah jadi rapuh!!

22 August 2008

K.U & Isu Exco Kena Tangkap

K.U talipon aku tengah malam tadi, sedang aku asyik melayan novel "Tunggu Teduh Dulu" oleh Faisal Tehrani. Kacau betul tapi aku tetap layan waghih den nan sorang ni.. "Waghih, apo cerito Perak ni? 2 Exco kono tangkap BPR. Eden ponek kempen kato gomen PR beghosih dari rasuah..tup! tup! exco Perak kono tangkap! apo ni?" Berdesing telinga aku kena bombard dek K.U.
Aku suruh dia bertenang dulu. "bhai..kau tengok la.. macam ado bau politik jo. Ni kempen Permatang Pauh ni..." Aku bagitau K.U. Memang timing BPR buat tangkapan mencurigakan. Ditambah pulak dengan penafian MB Perak bahawa projek yang dilaporkan itu tak wujud dan kenyataan akhbar Tian Chua bahawa exco berdua tu telah diperangkap. Menurut Tian Chua, sedang mereka minum ada orang tak dikenali datang letak beg lalu pergi. Bila exco berdua tu tengok beg BPR terus serbu. Alangkah terperanjatnya dalam beg ada RM100k. "Iyoko...!!" tingkah K.U melongo. "Itulah mamat2 exco tu patut lebih berhati2..jgn ingat awak tu orang biasa lagi...main bukak je apo dopan mato", aku berleter pada K.U.
K.U hairan kenapa mudah sangat BPR serbu exco PKR tu. Laporan keatas ramai menteri dan exco UMNO berlampak tak diendahkan. "apasal lah BPR ni sibuk bona ngan gomen PR.. dulu ado laporan rasuah anak toyol tu tak diendahkan pun... siap dibagi bukti lai.. tak do pun tangkap2...ni kek Perak main ambush2 pulak...lahanat boto!!" dengus K.U sebelum memutuskan bicara malam tadi.
Aku rasa UMNO dah desperate nak tumbangkan gomen PR Perak. Cuba ajak PAS bersatu gagal. Bagi gula2 agar ADUN PR melompat tak jalan. Hantar Ezam pujuk pun tak jalan. Mungkin ini cara terakhir untuk merampas semula Perak. Yang pasti MB Perak dan seluruh kepimpinan PR Perak akan terus melaksanakan amanah rakyat. UMNO/BN sepatutnya berhenti memporakperandakan rumahtangga PR Perak. Eloklah muhasabah diri tu dan bersainglah dengan sihat untuk memaut hati rakyat. Hanya bila rakyat nampak BN lebih baik dari PR, baru BN akan dapan menawan Perak semula. Taktik kotor hanya akan menjauhkan mereka dari kasih sayang rakyat...

19 August 2008

K.U & Sumpah Si Saifool

Waghih aku K.U, hantar sms malam 15 Ogos, " bhai, amacam? bulih pecayo ko si saiful tu?"
Aku balas "jangan percayo bang, fitnah tu" Sekajap saja K.U balas " tapi bhai, dio sumpah pakai Al Quran, dlm masjid lai!"
Aku hantar balik "kok kau den bagi RM5 juta suruh mengaku kono liwat dek Anwar, ndak tak? Duit den letak dopan mato!"
"alamak bhai, berpina mato den...duit boto ko tu! he he he...." K.U balas.
" takkan dio sanggup menipu dlm masjid bhai, siap pogang Quran lagi..tak takut kono panah potir ko?" K.U masih ragu-ragu.
Aku pun balas sms K.U tu dgn ceramah panjang " ala...kek masjid gak ado orang curi kasut, curi tabung masjid, curi sejadah pun ado.. bang, pado orang yang tak beriman, masjid tak do makno.. dio nampak cam tompek dio cari/curi makan jo... balasan tak semesti eh segoro..sok kek akhirat toruk la kono godam...". "dlm Islam tak ado sumpah pogang Quran, itu caro orang Barat..dio bukan bersumpah ikut caro syarie..! lagi pun apasal dio nak bersumpah pulak, dio yang menuduh patut dio bagi bukti bukan bersumpah! Nak short cut la tu... laporan doktor pun kantoi... sapo nak percayo! Bangang!" aku tambah lagi.
"he..he..he... kau memang layak jadi loyar Anwar bhai...loyar buruk..." usik K.U dalam sms yang terakhir.
Aku berfikir sejenak selepas K.U menghantar sms yang terakhir itu. Kalau orang macam K.U yang kuat proPR boleh tercuriga terhadap DSAI bila Saifool bersumpah dalam masjid pegang Quran, apatah orang kampung di Permatang Pauh yang hanya tengok TV3 dan baca Utusan. Nampak gayanya jentera PR perlu berkerja keras untuk menyampaikan berita yang sebenar dan penerangan kepada para pengundi di Permatang Pauh. Walaupun DSAI tetap akan menang tetapi kita mahu majoriti yang lebih besar dari yang diperolehi oleh DSWan Azizah. Majoriti yang begitu akan memberikan mesej yang jelas kepada MP2 BN bahawa inilah masanya untuk beralih kapal !!

11 August 2008

Forum Tamat Awal, Majlis Peguam Gagal?

Forum Memeluk Islam akhir ditamatkan 3 jam sebelum ia sepatutnya tamat. Dari mula lagi kita tahu forum itu akan gagal kerana ia sangat sensitif, menyentuh persoalan ugama Islam oleh orang bukan Islam. Sejak dari kontroversi IFC lagi Majlis Peguam dilihat sangat berdendam dengan Islam. Dalam negara yang majoritinya umat Islam lebih dari 60%, Majlis Peguam amat tidak sensitif. Menganjurkan forum terbuka seperti itu amat tidak bertanggungjawab oleh Majlis Peguam. Apakah yang dimahu oleh Majlis Peguam dalam menganjurkan forum itu? Kestabilan dan keharmonian masyarakat sudah tentun bukan matlamatnya.

Yang saya nampak adalah ini adalah provokasi Majlis Peguam kepada kerajaan dan umat Islam. Test market sebenarnya. PM Abdullah sepatutnya bertegas dalam hal-hal seperti ini. Sejak beliau naik jadi PM ada saja tuntutan-tuntutan yang menyanggah kedudukan ugama Islam terbit. Dari memorandum 10 Menteri bukan Islam, IFC, gerakan mansuh artikel 121A dan sekarang forum memeluk Islam. Kita hairan bila orang Islam nampak radikal sedikit terus sahaja disumbat ke dalam Kemunting kerana menggugat keselamatan negara. Tetapi bila orang bukan Islam berforum secara terbuka menyoalkan hak Islam, tiada apa yang berlaku kecuali nasehat dan gertak-gertak kosong. Bukankah tergugat keselamatan nanti bila orang Islam keluar beramai berdemontrasi menentang forum itu? Apa jadi jika kumpulan -kumpulan Islam itu menjadi tak terkawal dan bertukar ganas. Rusuhan kaum/ugama boleh tercetus. Jika itu berlaku siapa yang harus disalahkan? Majlis Peguam, NGO-NGO Islam atau kerajaan? Bekas-bekas Mujahidin yang pernah memerangi USSR di Afghanistan baru berjumpa dan berbincang dah ditangkap, kenapa tidak para kafir harbi yang berniat jahat tidak diambil tindakan yang sama.

Mungkin Majlis Peguam ada genuine concern tentang banyak hal bila ada saudara baru memeluk Islam. Tetapi buka caranya membincangka isu itu secara terbuka. Majlis Peguam perlu sedar sistem demokrasi Malaysia bukan sebebas Amerika. Penduduk malaysia masih amat sensitif dengan perkara=perkara yang menyentuh ugama dan adat resam mereka. Jadi eloklah dibincangkan dengan cara tertutup dengan pihak yang mempunyai authority dalam hal itu. Jika mahu juga berforum juga maka eloklah ikut saranan TG Nik Aziz agar dilaksanakan perbincangan bagi menilai logik antara Islam dan bukan Islam, dan dialog itu tidak harus hanya memfokus kepada perundangan Islam semata-mata bahkan melihat Islam dan segenap ruang lingkupnya berbanding dengan agama lain.

Mahukah Majlis Peguam menyahut saranan TG Nik Aziz itu? Kita tunggu apa reaksi mereka.




06 August 2008

Harakah: Lebih Kerap Lebih Bagus??

Mulai 15 Ogos ini Harakah, akhbar kesayangan ramai samada ahli PAS atau tidak, akan kembali dengan cetakan 2 kali seminggu, iaitu edisi Jumaat dan Isnin. Apa yang membuat kerajaan berubah hati untuk membenarkan Harakah terbit 8 kali sebulan. Selama ini 2 kali sebulan pun puak-puak UMNO tak tidur malam.? Iya ke?

Janganlah cepat termakan dengan 'jasa baik' Hamid Albar ini. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana penerbitan Harakah 2 kali atau 8 kali sebulan sebenarnya tidak banyak memberi impak lagi. Kalau ia dilakukan 10 tahun dahulu impaknya memang besar dari sekarang kerana dulu cuma ada Harakah. Sekarang telah banyak akhbar politik pro-pembangkang seperti Siasah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain tersebar di seluruh negara, dengan penerbitannya berselang-seli dengan Harakah. Jadi dalam kata lain cuma selang beberapa hari ada saja edisi baru akhbar politik yang terbit. Penambahan Harakah kepada 8 kali sebulan sudah tentunya akan memeriahkan lagi suasana laporan politik tanahair tetapi dengan kesan yang sedikit.

Akhbar politik edisi internet seperti Harakahdaily, Tranungkite, Malaysia Today, Malaysian Insider dan beribu-ribu blogs (tidak ketinggalan Sambal Tumis) dalam internet telah banyak melakar perjalanan politik tanahiar. Tidak dinafikan impak berita internet telah secara lansung menjadi faktor besar kepada kekalahan BN dalam PRU12 yang baru lalu. Jadi dalam suasana berita politik dari sebelah pembangkang yang dapat dicapai dengan mudah oleh khalayak, penerbitan Harakah 2 kali seminggu takkan banyak memberi kesan kepada warga kota dan kawasan sekelilingnya.

Mungkin ada lebih impak kepada warga luar kota tapi ia bergantung kepada pengedaran dan harga Harakah senaskah. Kalau pengedaran kurang berkesan, tidak ramai orang akan dapat membaca Harakah. Begitu juga harganya. PAS perlu menurunkan harga Harakah. Jika harga RM 2.50 senaskah masih diteruskan, bermakna sebulan seseorang pembaca Harakah perlu berbelanja sebanyak RM20.00 sebulan. Satu jumlah yang besar dalam keadaan rakyat Malaysia tercari-cari sumber ekonomi tambahan untuk menampung kenaikan kos seharian. Benar kos operasi dan kos penerbitan telah naik tetapi pengurusan Harakah perlu mencari jalan supaya harga Harakah diturunkan. Mungkin akhbar sisipan 'Fikrah' dalam Harakah perlu dibuang atau dijadikan satu edisi Harakah yang lain.

Ingin saya berikan ingatan buat pihak pengurusan Harakah, bahawa pengisian Harakah perlu lebih berwibawa. Berita yang dibawa oleh Harakah mestilah tuntas dan berauthority. Jika Harakah dibiarkan menyiarkan cerita-cerita pojok dan berbau mala-fide, ia akan jatuh ke tahap akhbar hiburan yang cuma menyelitkan cerita-cerita gosip politik yang tidak dapat dipercayai. Pasukan editorial mesti memastikan berita-berita dalam Harakah adalah benar dan berlandas perkara-perkara yang haq.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian serius oleh pengurusan Harakah ialah iklan-iklan yang disiarkan di dalam Harakah. Olehkerana iklan adalah sumber utama pendapatan setiap penerbitan, kawalan yang longgar akan menyebabkan iklan-iklan yang tidak sesuai akan tersiar. Harakah adalah lidah rasmi PAS, gerakan Islam di Malaysia. Olehitu, iklan-iklan yang disiarkan mesti menepati syara' dan hukum Islami, bukan iklan-iklan yang meronton nafsu shahwat dan khurafat!.

Walaubagaimanapun, TAHNIAH diucapkan kepada Harakah kerana telah berjaya menjadi akhbar politik yang berpengaruh dan kini dengan kekerapan 2 kali seminggu diharap Harakah akan menjadi lebih hebat dalam membimbing minda rakyat. TAHNIAH WA MABRUK!!

29 July 2008

PAS-UMNO....Keliru?

Di bawah ini disiarkan sepucuk email dari seorang pejuang hardcore PAS berkenaan isu muqabalah yg melanda PAS-UMNO, yang menyebabkan ramai ahli keliru dan tidak sedikit penyokong kini menjauhkan diri.

Asalamualaikum,

Melihat kepada perkembangan terkini politik negara khususnya isu PAS-UMNO ini ana sebagai ahli diperingkat bawahan agak risau dan terasa amat rungsing bila memikirkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pusat dan yang terbaru kenyataan maaf YB Mahfuz kepada ahli dan penyokong PAS menambahkan lagi kerisauan ana tentang parti gerakan Islam yang amat kami kasihi.

Persoalannya kenapa perlu pimpinan PAS merahsiakan perkara tersebut diperingkat awal sehingga Pak Lah nyatakan dalam berita TV barulah maklumat sebenar diperolehi, letih jugak nak membalasa sms serta menjawab soalan-soalan dari kengkawan yg non malay/muslim dan juga dari saudara, sahabat-sahabat yg menyokong Parti Islam terbesar ni kerana kita sendiri tidak dapat maklumat yang jelas dari pimpinan sehingga YB Mahfuz terpaksa buat kenyataan maaf berkenaan isu ini.

Ana lihat pula sekarang semacam ahli serta penyokong PAS sekarang ini seumpama sudah ter`makan’ dgn propaganda media BN yang bagi ana macam `orang hilang akal’ melaporkan berita PAS-UMNO ini sehingga habis semua penganalisis politik, pensyarah diarah untuk membuat kenyataan dengan tujuan mengkucar –kacirkan lagi berita tersebut.

Kerisauan ana bukannya sangat kepada ahli PAS yang `hard-core’ tapi kepada ahli PAS yang masih baru, penyokong-penyokong PAS yang dah mula berjinak dgn PAS terutamanya kaum India, Tionghua serta kaum-kaum yang lain, isu ini jikalau dibiarkan terlalu lama dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan dari pimpinan kita ini membuatkan rakyat makin keliru.

Ana amat berharap dan berdoa semoga isu ini diselesaikan sebaik mungkin dgn secepatnya supaya rakyat tidak terkeliru dan makin berserabut dan ana amat yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PAS Pusat yang amat ana hormati dan kasihi dapat membuat yang terbaik.

Semoga pimpinan PAS serta keseluruhan ahli PAS serta seluruh muslimin muslimat sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk serta hidayah oleh ALLAH S.W.T untuk berhadapan dengan situasi seperti ini didalam perjuangan untuk memartabatkan Islam dibumi Malaysia ini khususnya.


ALLAHUAKBAR…ALLAHAKBAR…ALLAHUAKBAR….


ABU AIMAN
Beranang
Selangor

28 July 2008

Saiful Tak Pernah Di Liwat Pun!!!



(Salinan laporan diambil dari Malysia Today)

Melihat dari laporan doktor dari Pusrawi ni memang sah dah DSAI tak bersalah. Patut lah sampai hari ini dakwaan tak dapat dibuat ke atas DSAI. Rupanya pemalsuan bukti tergendala. Begitulah mereka merancang Allah juga merancang, tapi sesungguhnya rancangan Allah lah yang lebih baik...

Semuga dengan terbentangnya laporan ini, usaha PR untuk mengambil alih kerajaan tidak terbantut lagi! Allahu Akbar!!

PAS + UMNO = PAS Baru?

Dan gegak gempitalah suasana politik Malaysia apabila TGNA membuat kenyataan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang berteraskan Islam. Maka berpestalah Media Arus Perdana cuba memutarbelitkan kenyataan itu. Dan seperti biasa, Karpal Singh akan terkejut dan melatah agar di kaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Falsafah TGNA tidak di fahami oleh Karpal Singh. TGNA sebenarnya menyeru orang UMNO agar meninggalkan UMNO dan masuk kedalam PAS. Dasar PAS adalah Dasar Islam jadi kemasukan lebih ramai ahli baru akan menguatkan lagi PAS. Apakah orang UMNO akan berduyun masuk PAS? Suatu yang susah di cerna, bukan? Lalu TGNA langsung melontarkan cadangan agar UMNO dan PAS dibubarkan dan dibentuk satu parti baru yang berdasarkan Islam. Dalam kata lain parti PAS tapi dengan nama yang lain. Dasar dan perjuangannya tetap sama seperti PAS yang asal. Kalau DAP boleh bekerjasama dengan PAS sekarang, apa yang nak ditakutkan dengan "PAS Baru" Kerana segalanya sama dengan ahli yang lebih ramai.

Lagi pun, telah berulang kali dinyatakan oleh TG Presiden bahawa PAS akan tetap bersama PR. Kalau Karpal tidak mempercayai TG Presiden siapakah lagi yang harus dipercayai? Khir Toyo dan media arus perdana? Ha ha ha..

Betulkah Ustaz Nasharudin mengatakan orang Melayu dah mula mempercayai kes liwat DSAI?. Nampak sangat Karpal terlalu mudah mempercayai media UMNO. Apakah yang sebenarnya dinyatakan oleh Ust Nasharudin perlu dipastikan terus dengan beliau bukan mencedok apa kata media!...

24 July 2008

Muqabalah Bukan Muzakarah...ingat tu Pak Lah

TG Nik Abd Aziz Nik Mat kata eloklah ditutup cerita pasal muzakarah UMNO-PAS sebab yang berlaku cuma Muqabalah (pertemuan biasa). Jika muzakarah diadakan ia perlu kepada format tertentu dan diuruskan secara rasmi.
UMNO yang dibelengu masalah sokongan Melayu sekarang nak gunakan PAS atas nama Muzakarah perpaduan Melayu dan Islam untuk menyelamatkan diri. Tapi dulu masa dia menang besar dalam PRU11 2004, pandang kita pun tak mau. Tiap-tiap hari caci kita dalam media.Sekarang sibuk pulak menyonsongkan pipi mintak dicium padahal hidung tak manjung pun.
Bila pimpinan PAS setuju jumpa secara tak rasmi, PM hebohkan muzakarah dah bermula. Dah 3 kali muzakarah berlaku. Eh.. bila pulak ada muzakarah. Yang berlaku cuma muqabalah. Jadi eloklah kita tutup cerita muzakarah ni seperti yang TGNA sarankan. Muqabalah bila-bila boleh berlaku, dalam lif, tengah minum di kantin, lobi Parlimen, rumah kenduri atau pejabat. Kerana ia hanya muqabalah jadi tak usahlah diperbesar-besarkan.

23 July 2008

Kos Selenggara Perdana V6 Executive...RM43,807.49/sebuah/setahun

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive." baca lagi...


..................................

Komen aku;-

1)Kalau setahun kos penyelenggaraan sebuah kereta Perdana V6 Executive lebih RM40 ribu, tentu kereta-kereta itu dibuat tidak mengikut spesifikasi tertentu atau ada sesuatu yang serius yang tak kena model itu. Olehitu semua Perdana V6 patut dipangggil balik ke kilang untuk dibetulkan apa yang silap. Tapi kita tak pernah pulak dengar dari pengguna lain, Perdana V6 banyak masalah. Adat kereta baru, biasanya lepas 5 tahun baru buat hal. Apakah kerajaan Terengganu beli Perdana V6 yang masih lagi pakai enjin Orient? Musahil.

2)MB Terengganu tidak yakin dengan barang buatan tempatan. Mana ada kelas pakai Proton, Mercedes barulah nampak kelas gitu... Aduh, Kalu MB dah berfikiran begitu, tentu rakyat akan ikut. Jangan beli batik Terengganu, batik Indon lebih lawa. Jangan melancong ke Terengganu, melancong ke Siam lebih menarik.. Maka Kerajaan Terengganu(dan Malysia)akan lebih mundur dari sekarang kerana perusahaan tempatan tidak diberikan sokongan sewajarnya.

3)Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah kata “Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” - Kenapa tidak di hantar ke Pusat Servis Proton di Kuala Terengganu? Atau sengaja di hantar ke bengkel-bengkel kroni yang mengenakan harga yang tidak munasabah kerana ada komisyen menanti untuk orang yang berkuasa?

4)Semua kereta baru sepatutnya dihantar ke Pusat Servis Proton kerana masih dalam Warranty. Kenapa ini tidak berlaku? Atau sekurang-kurangnya, dihantar ke bengkel milik kerajaan negeri (kalau ada) atau ke bengkel JKR. Jangan pula kata JKR tak ada bengkel. Nanti pecah perut aku gelak.

5)MB kata RM3.43 dibelanjakan untuk membeli 14 buah Mercedes E200 tersebut bukan dari duit royalti. Hah! Kalau macam tu mesti dari duit pembayar cukai Terengganu. Sudahlah Kerajaan Terengganu di nafikan wang royalti minyak (pembayaran royalti akan hanya disambung semula pada September tahun ini), pendapatan Kerajaan Negeri dari percukaian pula digunakan sewenang-wenangnya untuk para Exco hidup mewah dan selesa. Para pembayar cukai putih matalah. Mana accountability kerajaan negeri? Esok datang pilihanraya undilah lagi!

6)Adakah kereta rasmi kerajaan dilanyak sepuas-puasnya oleh exco terdahulu sehingga menyebabkan banyak kerosakannya yang serius menyebabkan kos maintenancenya melambung tinggi. Jika difikirkan semula di manakah logiknya perkara ini. Exco bukan keluar hutan masuk hutan. Kalau exco perlu bermusafir ke kawasan hulu untuk menjalankan tugas rasmi, tentulah ada kenderaan 4WD untuk kegunaan khas seperti itu. Kerajaan perlu menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

7)Semua pemandu Perdana V6 tersebut mesti dipanggil oleh satu Jawatankuasa Khas untuk diaudit penggunaan kereta-kereta itersebut. Jika pemandu-pemandu itu tidak pandai menjaga kereta, mereka perlu dilatih dan diberikan ilmu penjagaan dan pemanduan kereta secukupnya. Jika tidak nanti, kereta Mercedes E200 yang baru itu pun akan tinggi maintenancenya jika ilmu penjagaan dan pemanduan kereta pemandunya tidak memadai.

8)MB kata Mercedes E200 lebih selamat dan selesa. Iyakah? Perdana V6 tak selamatkah? Proton perlu memberi perhatian khusus tentang hal ini. Bagaimana kita nak menjual Proton kalau ciri keselamatan kereta kita tidak baik. Sia-sialah perlaburan yang berbilion-bilion RM selama ini. Tak apalah... kita boleh pam lebih banyak duit dari perutbumi Terengganu untuk membiayai kos membuat penambahbaikan ke atas Proton. Biar nanti kereta kita setanding dengan kereta luarnegara dari segi keselamatan dan keselesaan.

8) Mengikut laporan Utusan, Kerajaan negeri membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan. Lagilah tidak logik. Kalau kenaikan minyak petrol tinggi
sepatutnya Kerajaan Negeri membeli kereta yang berkuasa rendah, barulah jimak minyak. MyVi atau Viva sudah tentu memberikan penjimatan yang tinggi bukan Mercedes E200. Bayangkan MB pergi kerja pakai Viva! Saya berani jamin yang dia akan menang besar dalam pemilihan akan datang. PAS tak usah harap nak rampas Terengganu. Menteri Besar yang begini sepatutnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.