28 February 2009

Raja Lawak Lebih Demokratik Dari UMNO

Gelanggang Raja Lawak (GRL) Astro malam tadi telah memberikan satu persepsi bahawa GRL amat demokratik sifatnya. Pemilihan dilakukan secara kiraan majoriti di mana peserta yang mendapat undian terendah akan keluar.

Dilihat dari segi mutu lawak Jumaat malam lepas kumpulan Sepah adalah yang terbaik manakala Amir pula yang terburuk. Semua panel pengkritik sepakat memberikan Amir ulasan yang sangat negatif. Pastinya dengan mutu lawak yang rendah dan kritikan pedas dari para ahli panel, tentu Amir akan terkeluar.
Tapi yang berlaku adalah para pengundi (baca rakyat) telah memilih untuk Amir terus melangkah memasuki acara akhir minggu depan. Secara peribadi saya mengatakan bahawa persembahan Amir sangat 'hampeh' dan selayaknya beliau keluar. Itu saya kata. Akan tetapi undian SMS (baca suara rakyat) memberikan Amir kuasa untuk memasuki peringkat akhir. Para ahli panel, penerbit Astro dan kebanyak penonton tergamam dengan keputusan tersebut tetapi semua akur bahawa pengundi umum telah bersuara dan Amir tetap melangkah ke acara akhir.
Apa yang berlaku dalam GRL sebenarnya adalah 'keadilan' demokrasi. Walaupun kesan yang buruk akan berlaku namun suara ramai adalah penentu. Malaysia adalah negara demokrasi tetapi suara ramai tidak semestinya jadi penentu. Lihat situasi di Perak. Rakyat mahukan DUN dibubarkan dan pilihanraya DUN diadakan semula supaya mandat baru dapat diberikan kepada mana-mana parti yang menang majoriti. Tetapi BN tidak mahu ini berlaku kerana mereka mahu merampas kuasa dari rakyat. Mereka gunakan segala kuasa yang ada yakni duit, kuasa Sultan dan jentera kerajaan untuk meruntuhkan kerajaan yang sah.
Sekarang keadaan di Perak bertambah huru-hara. Speaker DUN S.Sivakumar telah memanggil sidang tergempar DUN pada 3 Mac . Maka berkokoklah Najib dan juak-juak UMNO mengatakan sidang itu tidak sah kerana tidak dapat perkenan Tuanku Sultan. Najib mengatakan bahawa DUN tidak boleh bersidang kerana kes kesahihan masih di mahkamah. Kita hairan Najib boleh pula melantik (melalui Sultan) MB dan exco Perak yang baru sedangkan kes kesahihan perlucutan jawatan MB Nizar dan exconya baru di failkan di mahkamah. Kenapa tidak menunggu sehingga mahkamah memberikan keputusannya?.
NTV7 telah mengadakan Undian SMS melalui berita '7 Edition' baru-baru ini bertajuk "Apakah Sidang Tergempar SAH?" mendapat respon yang begitu mengejutkan. 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok. Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyat menyebelahi MB Nizar dan exconya. Tetapi Umno dan Najib menyanggah kehendak rakyat.
Ini bermakna Raja Lawak Astro lebih demokratik dari UMNO!!.

2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Depa tu guna pentas raja lawak,depa ni guna pentas raja jugak.

Sheikh Sambal said...

Tapi pentas raja yang depa ni guna lansung tak kelakar!.