Malam tadi Yayasan Amal Cawangn Miri telah mengadakan program kemuncak Bersamamu Palestin. Program yang bermula dari dari 09/01 telah mengadakan roadshow mengenai penderitaan rakyat Palestin di sekolah-sekolah, pusat pengajian tingggi, badan berkanun dan syarikat korporat di sekitar Miri.
Program kemuncak yang diadakan di Masjid At Taqwa, Miri telah dihadiri oleh lebih 1000 orang muslimin dan muslimah tempatan. Walaupun petang itu hujan namun ia tidak mematahkan semangat para jemaah untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di sini. Perasmian majlis dilakukan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Ir. Daud Abd Rahman di ikuti oleh program kutipan derma jihad dari hadirin dikiuti oleh perkongsian pengalaman oleh Dr Hamdan, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza. Ceramah Palestin oleh Prof Madya Dr Hafidzi, Pengarah Palestine Centre of Excelence(PACE) merupakan acara kemuncak di mana hadirin diberikan kupasan sejarah dan apa sebab sebenarnya yang berlaku di Palestin.
Yayasan Amal Miri yang di pengerusikan oleh En Mukhtar Suhaili telah berjaya mengumpul sebanyak RM88,880.00 dalam program roadshow dan kemuncaknya malam tadi. Kutipan itu diagihkan kepada Palestin melalui Yayasan Amal Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak dan juga MERCY Malaysia.
Di samping Palestin, tanggungjawab tempatan juga tidak dilupai. Yayasan Amal juga mengagihkan sebahagian duit kutipan itu kepada mangsa tanah runtuh yang baru berlaku di Kampung Lereng Bukit, Bukit Kanada, Miri. Dalam peristiwa tanah runtuh itu, 7 rumah ranap ditimbus dan 342 orang terpaksa dipindahkan kerana ancaman tanah runtuh dari lereng Bukit Kanada. Peristiwa tanah runtuh ini adalah yang kedua selepas 2 orang pekerja Stesyen Minyak Shell mati tertimbus oleh tanah runtuh yang meranapkan stesyen tersebut 2 minggu lepas. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku pada peristiwa terbaru ini kerana ia disedari awal oleh penduduk kampung tersebut. Hujan lebat selama beberapa hari dan penggondolan bukit disyaki sebab mengapa tanah runtuh itu terjadi.
Kampung di lereng Bukit Kanada telah diduduki sejak 60 tahun lalu dan kejadian tanah runtuh tidak pernah berlaku seteruk kali ini. Adakah ini amaran awal kepada mala petaka yang lebih serius.... walallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment