Apalah yang nak di kecohkan dengan penggunaan nama 'Allah' oleh orang Kristian... luak ke Allah kalau Kristian guna nama 'Allah'. Orang Islam tidak perlu emosional dengan keputusan ini. Islam itu teguh. Sekadar puak Kristian nak guna perkataan 'Allah' itu tiada apa kesan pun pada Islam. Cuma orang Melayu saja yang mahu perkataan 'Allah' itu jadi hak persendirian. Apa? Allah cuma Tuhan orang Melayu?
Sejak zaman jahiliah lagi orang kafir Quraish sudah memanggil Tuhan yang di langit itu Allah manakala tuhan berhala yang berlambak di Baitullah itu adalah perantaraan antara mereka dengan Allah Tuhan Pencipta sekelian alam. Bahkan ini dibuktikan dengan ayat-ayat Quran berikut:-
Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
Ana faham, ada orang Melayu yang nanti keliru mana satu ugama aku ni. Tapi kalau dah sampai tahap itu maka bukan masalah terminologi tapi masalah ilmu ugama orang Melayu 'Islam' itu sendiri. Pada kita bertegang leher mempertahankan bahawa perkataan 'Allah' itu hanya untuk Melayu, bukankah elok kalau segala tenaga dan sumber itu difokuskan kepada memperbaiki dan memperkuatkan aqidah orang Melayu 'Islam' tersebut.
Terlalu rapuhkah pegangan kita sehingga perkataan 'Allah' yang digunakan oleh Kristian mampu menggigilkan kita? Takut anak-anak kita keliru?
Tak payah kerajaan tu benarkan perkataan 'Allah', sekarang pun sudah terlalu ramai orang Melayu yang keliru! Tak percaya pergi tengok di pusat bandar KL nun...melambak ada.

2 comments:
Kudos to your thinking brothaa.I like it. Okay this is my point of view, mcmn nak explain ek....ermm...okay...mcm ni..Sebagai contoh, perkataan "TUHAN" merupakan ayat yang sangat umum. Maksud tersirat "TUHAN" ini bergantung dengan sesorang individu yang menggunakan perkataan tersebut.
Situasi 1
"Manusia patut takut akan TUHAN" (kl ayat ni diucapkan kaum cina yg bukan Islam kpd rakan Melayu Islam nya....maka rakan melayu dia ni kena fikir bhw TUHAN yg dimaksudkan itu merujuk kepada "ALLAH", sebab bg org Islam hanya ALLAH adalah TUHAN yg patut mereka sembah. Tak kan lah dia nak pikir kwn dia tu merujuk kepada benda lain atau tuhan agama buddha)
Jadi kesimpulan saya adalah, kalau sekali pun Kerajaan Malaysia buang atau melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam kebaktian orang kristian, sebagai individu saya tidak sesekali tergugat dan merasa keimanan saya dirampas. After all I know my relatinship with my GOD and nobody can judge me except HIM. Keimanan bukan terletak pada kebendaan, bukan pada bangunan bukan pada celaan orang tapi dari dalam hati sanubari, yakin percaya sepenuh hati bahawa SIAPA YG KITA SEMBAH & SIAPA YG KITA PERCAYA. Orang kata jati diri itu penting!! Mcm cermin mata, saya pakai jenama Gucci, Si sambal tumis pakai jenama Gucci juga...tp tak kan lah degree cermin mata kita orang sama???? Guna jenama sama jer tp tuan punya cermin mata saje tau hakikat sebenar lain-lain...kan kan nenek kan...
cheers.

Post a Comment