17 February 2009

Darah Lebih Pekat Dari Air

Semua media cetak dan elektronik bising mengutarakan laungan UMNO yang menuduh YAB Nizar dan para penyokongnya derhaka. Tidak kiralah berapa banyak kali UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu tetapi isu 'derhaka' PR akan dicanang oleh mereka sampai bila-bila. Ini kerana UMNO akan dapat kelebihan politik (polical milage) dari isu ini. Mereka berkata begitu semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja.
Apa yang penulis nak kemukakan adalah perihal Kerabat Di Raja lain seperti Selangor dan Kedah tampil mempertahankan perilaku Sultan Perak. Bak kata peribahasa Inggeris, "Blood is thicker then water". Sultan Selangor bertitah murka kepada pihak yang menentang Sultan Perak dan Persatuan Kerabat Di Raja Kedah pula telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyelar pihak yang tidak setuju dengan Sultan Azlan Shah. Ini pun boleh difahami kerana Sultan mestila mempertahankan Sultan yang lain.
Tetapi apabila Raja Petra Kamarudin (RPK) juga tampil mempertahankan Sultan Perak, maka kita sedikit terkejut kerana RPK biasanya akan mendaulatkan Perlembagaan dan Undang-Undang lebih dari segala-galanya. Sekarang tahulah kita sungguh-sungguh bahawa sememangnya DARAH ITU LEBIH PEKAT DARI AIR.

No comments: