Semasa Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh hendak menurunkan tarif air atau sekurang-kurangnya mengekalkan tarif sekarang, para kapitalis (rujuk golongan koporat) tidak mahu tunduk dan mahu meneruskan rancangan mereka untuk menaikkan tarif air mengikut perjanjian konsesi. Begitulah yang berlaku sekarang.
Kerajaan PR Selangor cuba mengambil alih empat pemegang konsesi air termasuk semua aset mereka-empangan, kilang rawatan air dan sistem perpaipan. Ini adalah untuk memastikan harga air tidak naik dan rakyat tidak tambah tertekan dengan kenaikan baru. Harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor sebanyak RM5.71 tidak mahu diterima oleh Puncak Niaga dan geng-geng kapitalisnya.
Adakah tawaran ini terlalu rendah atau ada tawaran baru yang lebih menarik? Di sinilah pula Kerajaan Persekutuan datang menjengah dengan sifatnya sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) . Baru-baru ini SPAN telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan berunding terus dengan para pemegang konsesi air untuk mengambil alih. Kerajaan Selangor mahu mengambil alih kerana mahu mengawal harga dan kualiti air tetapi kita sangat curiga dengan niat SPAN.
Dulu kerajaan ambil alih MAS tapi harga bukan ikut pasaran tetapi ikut harga yang Tajuddin ambil dulu. Maknanya geng kapitalis ini tidak akan rugi. Inikah yang akan berlaku dengan isu air di Selangor?. Kerajaan Persekutruan yang penuh dengan otak kapitalis UMNO takkan membiarkan mereka dan kroni mereka rugi. Bahkan untung besar. Yang rugi hanya pembayar cukai dan rakyat jelata. Ini cara otak kapitalis.
Kapitalis walau di mana mereka berada atau apa juga warna kulit mereka, tujuan mereka hanya untuk membuat untung. Segala yang lain tidak penting. Bagi kapitalis DUIT adalah TUHAN.
No comments:
Post a Comment