03 February 2009

Tahun Baru Cina, Banjir Dan Bencana Runtuh

Sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak baru-baru ini agak sederhana kerana musim tengkujuh berda dikemuncaknya. Setiap hari hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa tempat. Banjir yang melanda Kuching kali ini adalah yang terburuk sejak 20 tahun dan ada tempat yang dilanda banjir sampai dua kali dalam masa dua minggu.
Walaupun hujan setiap hari, semangat masyarakat Cina merayakan tahun baru mereka tidak luntur. Malam tahun baru, bingit dengan bunyi letupan mercun dan bunya api di sana-sini. 10 minit sebelum dan 30 minit selepas tengah malam langit bergemelarpan dengan pancaran bunga api yang berwarna-warni. Suasana begini tidak kita dapati di Semenanjung kerana implementasi pengharaman mercun dan bunga api lebih ketat. Tidak di Sarawak. Yang hairannya, tidak ada seorang pun kanak-kanak atau orang dewasa dimasukkan ke hospital kerana cedera bermain bunga api. Kalau di semenanjung, waktu dekat hari rayalah banyak berita budak-budak putus jari dan pecah muka kerana bermain bunga api buatan sendiri. Mungkinkah kerana kesan dari pengharaman bunga api menyebabkan budak-budak kita membuat bunga api atau mercun sendiri? Atau memang orang kita kreatif tak bertempat? Suatu kajian perlu dibuat untuk merungkai apa dan kenapa ini berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan.
Dalam suasana sambutan Tahun Baru juga kita dikejutkan dengan 2 bencana tanah runtuh yang berlaku di Miri. Yang pertama meranapkan sebuah stesyen minyak Shell dan 2 orang pekerja mati tertimbus(beberapa hari sebelum raya Cina) dan yang kedua meranapkan 7 buah rumah. Tidak ada kemalangan pada kali kedua itu tetapi 342 orang kampung dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Itu yang berlaku di Miri. Tetapi apa yang berlaku di Perak lebih hebat lagi. Selepas YB ADUN Bota lompat ke PKR, UMNO nampak sangat mahu runtuh. Tiba-tiba pulak 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP hilang. Ribut khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka akan melompat ke BN. Maka Kerajaan PR Perak pula nampak macam mahu runtuh.
Percaturan Najib dan Anwar menggegarkan Perak pada 9 skala Richter. Pada masa tulisan ini dibuat, SPR masih bermesyuarat untuk memutuskan samada perletakan jawatan ADUN Behrang dan Changkat Jering boleh diterima atau tidak. Kalau sah, Anwar menang. Kalau tidak, maka Najib ada peluang untuk meruntuhkan Kerajaan PR Perak jika dia dapat seorang lagi ADUN kaki lompat. Tetapi dalam pada itu, kedengaran juga ada 5 ADUN BN akan melompat ke PR.
Suasana huru hara tidak kurang menariknya di Negeri Sembilan. Menteri Besar N9 Dato' Seri Mohamad Hassan telah memanggil semua ADUN BN berkampung dan meminta mereka memberikan aku janji taat setia kepada BN, Najib dan Pak Lah. Nampaknya suasana runtuh meruntuh panas di N9. Kalau tiada angain masakan pokok bergoyang. Tentu MB N9 sedang dilanda igauan ngeri sekarang ini. Sama-samalah kita tunggu kesudahan Drama Runtuh di Perak dan Negeri Sembilan.

2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

pandai kau buat analogi!

Sheikh Sambal said...

Dah Tok Guru nya Tuan Prof. he he he....