24 February 2009

PRK DUN Batang Ai: Ujian Untuk Iban Pendalaman.

ADUN Batang Ai, Seri Aman, Sarawak, Datuk Dublin Unting Ingkot telah meninggal dunia awal pagi tadi pada pukul 1.25am disebabkan serangan angin ahmar (stroke). Mendiang Datuk Dublin, 55, adalah Menteri Muda Pertanian Sarawak di dalam kabinet TS Abdul Taib Mahmud.
DS Anwar Ibrahim amat popular di Sarawak. Baru Sabtu lepas PKR mengadakan majlis makan malam di Bintulu. Malam itu hujan lebat dan tempat majlis itu diadakan sangat terpencil, tetapi beribu orang datang dan kebanyakan yang datang adalah orang Iban. Mereka sanggup basah kuyup mendengar pidato DS Anwar dalam hujan lebat. DS Anwar terpaksa memotong pendek pidatonya kerana hujan tersangat lebat dan takut orang ramai yang tidak mahu berganjak itu akan terjejas kesihatan mereka. Ramai yang terpaksa berjalan sejauh 2km kerana jalan terlalu sesak dengan kenderaan yang terpaksa diletak sepanjang di jalan. Begitulah hebatnya kepopularan DS Anwar di Sarawak.
Maka PRK DUN Batang Ai ini akan menjadi satu ujian untuk PKR/PR dan PRS/BN. Ujian untuk melihat apakah trend pengundi pendalaman Sarawak. Samada masih boleh ditipu oleh BN atau mahu berubah kepada PR. Isu-isu seperti tanah NCR, pampasan Empangan Batang Ai yang masih tersangkut, pembalakan haram dan kemiskinan luar bandar adalah antara isu yang akan menghangatkan PRK ini. Ujian ini adalah besar kesan dan akibatnya kerana ini adalah PRK pemanas kepada PRU Negeri Sarawak pada tahun 2010.
Mari sama-sama kita nantikan apa keputusannya.

No comments: