28 February 2009

Ketuanan Melayu Dah Lama Terhakis!

Ketuanan Melayu (KM) memang termaktub dalam Perlembagaan. Walaupun tidak ditulis terang2 Melayu sebagai tuan tetapi ia dinyatakan secara tidak lansung dalam Hak2 Keistimewaan Orang Melayu (HKOM). Di Malaysia, Perlembagaan adalah kitab hukum yang teragung. HKOM dihormati oleh semua pehak sebagaimana Perlembagaan Malaysia dihormati.

Malangnya HKOM tidak diangkat dengan sepatutnya oleh orang Melayu sendiri. Hak untuk mendapatkan biasiswa dah tiada digantikan dengan hutang (pinjaman pelajaran). Kouta kemasukkan ke universiti kini diganti dengan sistem merit. UKM sepatutnya menjadi Universiti Melayu kini tidak lagi. Tanah Rezab orang Melayu diambil dengan mudah dan tidak digantikan (ini berlaku depan di kampung aku di mana tanah sawah orang Melayu tergadai kepada tauke lombong bijih Cina dan malangnya yg jadi talibarutnya ialah orang kuat umno dan wakil rakyat ketika itu). DEB yang sepatutnya jadi alat untuk menaikkan ekonomi Melayu sebaliknya menjadi alat untuk golongan elit umno dan kroni untuk memenuhkan poket mereka.

Dasar Bahasa Melayu (BM) tidak diangkat bersungguh-sungguh sehingga Bahasa Inggeris lebih agung dari BM. Sejak awal merdeka BM jadi anak tiri. Tulisan jawi dihapuskan dan digantikan dengan rumi. Maka anak-anak orang Melayu tidak lagi berupaya membaca jawi dan jadi buta alQuran. (Ini berlaku di alam Melayu Nusantara) Siapa yang buat perkara ini. Bukan penjajah tetapi pemimpin Melayu tempatan yang telah diprogramkan untuk meneruskan agenda penjajah Kristian Barat. Kini orang Melayu lebih selesa berfikir dalam BI dan menyampaikan luahan pendapat dalam BI juga. Di mana maruah bahasa ibunda kita. Sungguh berjaya Inggeris menjajah kita sehingga lidah kita kini kelu untuk bercakap dalam bahasa sendiri.

Jadi masih adakah lagi KM. Orang yang sanggup mati kononnya untuk mempertahankan KM pun cakap Melayu tak tentu fasih lagi dan cuba periksa bolehkah dia membaca al Quran dengan baik?

Ana letih dengan retorik KM dan HKOM kerana pada hakikatnya ia sudah lama terhakis!



No comments: