Selamat Harijadi Malaysia!! Hari ini Malaysia terbentuk dengan kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura (2 tahun kemudian Singapura memilih untuk mencarta hidupnya sendiri). 16 September 1963 hari Malaysia lahir. Hari ini sepatutnya kita raikan dengan penuh semangat persekutuan. Hari ini Malaysia sudah berumur 45 tahun. Sudah cukup matang dan amat dewasa untuk membuat keputusan sendiri.
Berbagai pengalaman pahit manis telah kita hadapi. Perubahan keadaan sosio ekonomi yang hebat telah berlaku dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri dan kini sesak dengan teknologi maklumat. Alam maya telah menjadi sumber kekuatan dan boleh menggoncang kuasa.
Berbagai pengalaman pahit manis telah kita hadapi. Perubahan keadaan sosio ekonomi yang hebat telah berlaku dari sebuah negara pertanian menjadi negara industri dan kini sesak dengan teknologi maklumat. Alam maya telah menjadi sumber kekuatan dan boleh menggoncang kuasa.
Adakah kita bertambah baik dengan banyak perubahan yang berlaku. Perubahan ketara dalam masyarakat, ekonomi, alam sekitar dan pemikiran. Kita perlu muhasabah diri kita. 45 tahun kita Malaysia, adakah kita benar-benar lebih baik dari dari dulu. Dulu kita lebih miskin tetapi Masyarakat kita sangat utuh dengan sifat-sifat terpuji. Sekarang kita lebih berada tetapi bagaiman sifat-sifat kita? Adakah pembangunan yang kita hadapi benar-benar berbaloi dengan 45 tahun sejarah kita Malaysia?.
Banyak perkara yang kita sepatutnya lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Kita mempunyai hasil sumber asli dan industri yang lumayan dan kalau kekayaan ini dibahagikan dengan adil kita sebetulnya tidak patut mendengar rintihan anak yang tidak dapat ke sekolah kerana ibu bapanya tidak mampu membayar dan membeli itu-ini. Rancangan Bersamamu TV3 juga tidak perlu ada jika kemewahan negara diagihkan secara adil.
Telah 45 tahun kita jadi Malaysia, selama itu jugalah kita melihat negara kita diteraju oleh kumpulan elit yang sama. Setiap kali pilihanraya berbagai janji ditabur dan memberi harap kepada rakyat. Tabur banyak-banyak tunai sikit-sikit. Sehinggakan rakyat meluat dan kita lihat 8 Mac lalu bila rakyat memberikan kata putus. Maka adalah kita lihat usaha-usaha untuk berubah tetapi angin perubahan itu agak lambat dan tersekat. Rakyat mahukan angin segar bukan angin yang dikitar semula seperti angin aircond.
Untuk mendapatkan angin segar kita perlu buka pintu dan tingkap. Biar angin dari luar yang segar dan banyak oksigen masuk ke dalam untuk mengisi paru-paru kita yang sesak dengan berbagai keperitan. Bila banyak oksigen segar kita akan dapat berfikir dengan lebih baik. Itulah yang Malaysia perlukan. Angin baru.
Olehitu, hari ini kerajaan yang ada harus membuka pintu dan tingkap dan membenarkan angin segar Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan. Hanya dengan angin baru PR sahaja Malaysia akan lebih cemerlang dari semua segi. Bukan dengan angin hapak BN yang menyesakkan. Selamat Hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia Baru.
No comments:
Post a Comment