12 September 2008

RPK Kena ISA Tapi Ahmad 3 Tahun Gantung Dari UMNO

Berita RPK kena tahan ISA tidak memeranjatkan. Malah Selepas JAWI dan geng membuat aduan polis mendakwa RPK menghina Islam, ia seakan amaran awal bahawa beliau akan kena tangkap. Tapi yang ironisnya blog Malaysia Today telah dilepaskan dari gam gajah MCMC. Blog lepas tapi editor blog pulak yang masuk dalam. Jadi MT tak menyengat lagilah bila RPK tiada.
Yang jelas ini adalah seperti suatu penangkapan double standard. Begitulah yang disarankan oleh Sdr Kamarudin Jaafar dlam laporan Harakahdaily hari ini. Jika benar RPK menggugat keselamatan negara kerana menghina Islam, kenapa Ahmad Ismail tidak ditahan juga. Beliau telah dengan terang-terang mengeluarkan kenyataan yang sangat berbau perkauman. Keadaan hormoni kaum jelas tergugat dengan berbagai pihak memberikan kenyataan balas yang pedas dan sampai ada mengoyak gambar pemimpin parti dan juga ugutan bunuh pada wartawan. Bukankah itu juga menggugat keselamatan negara? Kenapa RPK sahaja yang ditahan?
MT adalah blog yang sangat berpengaruh sehingga dapat mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu untuk menyokong Barisan Rakyat dalam PRU12 yang lalu. RPK merupakan duri yang sangat bisa menyucuk-nyucuk kesabaran para penguasa. Beliau dengan berani mendakwa penglibatan pucuk tertinggi BN dalam skandal-skandal besar. Sehinggakan membuat akuan bersumpah.
MT banyak menyiarkan kebobrokan pemimpin negara termasuk polis dan kehakiman. BN jadi tak tentu disebabakan oleh RPK. Jadi dengan adanya laporan polis mendakwa RPK menghina Islam, kerajaan mempunyai asas untuk menahan beliau dibawah ISA. ISA akan menutup mulut RPK sehingga bila pun kta tak tahu kerana sekarang pun ada tahanan ISA yang dah lebih 6 tahun merengkok di Kemunting. Paling tidak pun RPK tak akan bising lagi sehingga PRU 13.
Mungkihkah ada blogger-blogger lain timbul seberani RPK? Kalau adapun mereka dah mula kena kacau polis. Aduh... nampaknya Blogshpere tidak bebas lagi.

No comments: