Kawasan perairan Teluk Aden memang terkenal dengan lanun. Ini diburukkan dengan suasana perang di Somalia. Melanun dan mengambil tebusan adalah cara yang mudah untuk puak-puak yang berperang itu mendapatkan wang untuk menampung kos perang mereka. Kapal-kapal komersial yang merentasi Teluk Aden untuk keluar masuk ke Terusan Suez memang jadi lauk bagi lanun-lanun ini. Hanya keamanan di Somalia sahaja jawaban kepada masalah ini. Selagi puak-puak ini berperang selagi itulah kita satu dunia akan terkesan dengan hal mereka. Lihat sahajalah episod rampasan ini. Kita tidak senang duduk dibuatnya.
Somalia pernah aman sekejap apabila puak Mujahidin yang digelar Islamic Courts bangkit dan menghalau para warlords yang bersengketa dari Mogadishu. Mereka telah menjalankan undang-undang Islam di Somalia dan negeri telah mula aman. Walaubagaimanapun, seperti di Afghanistan, Amerika tidak senang hati bila melihat Islam memerintah. Amerika melalui bonekanya Eritria, telah menghantar tentera dengan dilengkapi senjata moden untuk menghalau tentera Mujahidin Islamic Courts dari Somalia. Mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Islamic Courts tetapi tidak berjaya menghalau mereka keluar sepenuhnya. Jadi, seperti Afghanistan, Somalia kembali bersengketa.
PBB kelihatan tidak sanggup lagi mendepani masalah di Somalia. Tentera Eritria yang kononnya datang untuk memberikan keamanan kepada Somalia masih berkampung di sana tetapi keamanan yang dijanjikan jauh panggang dari api. Mereka nyata tidak dapat membendung geng-geng perang yang bermaharajalela di sana. Apa yang perlu dibuat adalah PBB harus menggantikan tentera Eritria dan bertindak sebagai tentera pengaman seperti yang dibuat NATO di Kosovo dulu. Setelah geng-geng perang ini dihalau, Islamic Courts mesti dikembalikan untuk memerintah Somalia. Bukankah telah terbukti mereka dapat memberikan keamanan kepada Somalia dengan pemerintahan dan undang-undang Islam. Amerika mesti membetulkan kembali kesalahan mereka. Mereka mesti membenarkan Islam memerintah di Somalia. Hanya itu sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah lanun di Teluk Aden!!
Tetapi mahukah Amerika berbuat begitu...? Tentu tidak, selagi Amerika masih lagi berselekeh dengan Islamophobia!!
No comments:
Post a Comment