Kerajaan PR memang benar-benar berusaha mengisi kemenangan Kerajaan PR dengan baik. Pembangunan dibuat bersungguh-sungguh dan kepentingan rakyat diberikan keutamaan tanpa mengira bangsa dan ugama.
Baru-baru ini UMNO terpaksa bersetuju dengan Kerajaan PR bila MB Nizar meluluskan 400 ekar tanah kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina untuk kegunaan mereka bagi diusahakan untuk menampung perbelanjaan mereka. Memang RM30k peruntukan kerajaan setahun amat tidak mencukupi.
Lalu untuk menutup malu (kerana mereka tidak pernah berbuat begitu selama 50 tahun memerintah) UMNO mendesak agar sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) juga diberikan layanan yang sama. Macamlah Kerajaan PR Perak yang diterajui oleh PAS akan mengabaikan SAR. UMNO seperti terlupa merekalah yang bersungguh-sungguh mahu membunuh SAR. Rakyat takkan lupa tindakan mereka memberhentikan peruntukan per kapita kepada SAR. Banyak SAR yang terpaksa gulung tikar akibat tindakan mereka. Berapa ramai anak Melayu Islam yang terpaksa berhenti dan terpaksa menerima aliran sekolah kebangsaan. Berapa ramai pula guru-guru SAR yang terpinggir dan tersiksa oleh sebab tindakan UMNO itu. Semua itu seolah-olah dilupai oleh UMNO dan tiba-tiba menjadi pejuang SAR.
Tak payahlah UMNO nak mengingatkan PR sebab PR dari awal lagi telah menjalankan kewajiban untuk memertabatkan SAR. Lihat tindakan Kerajaan PR di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Peruntukan untuk SAR telah ditambah dan gaji guru-guru KAFA juga dinaikkan. Peruntukan per kapita juga sedang dan akan diberikan semula. Kita sanjung KM P.Pinang Guang Eng, bila yang beliau terlebih dahulu melakukannya.
Kita amat bersyukur kerana diberikan kemenangan oleh Allah swt dan dengan kemenangan ini SAR akan lebih terjamin. Tak payahlah UMNO nak sibuk-sibuk bagi tau kita apa yang perlu kita buat. Kita dah buat pun, malah akan meningkatkan lagi usaha kita ke arah kecermelangan SAR. Apa yang patut UMNO lakukan ialah bertaubat kerana cubaan membunuh SAR dulu...
No comments:
Post a Comment