Di bawah ini disiarkan sepucuk email dari seorang pejuang hardcore PAS berkenaan isu muqabalah yg melanda PAS-UMNO, yang menyebabkan ramai ahli keliru dan tidak sedikit penyokong kini menjauhkan diri.
Asalamualaikum,
Melihat kepada perkembangan terkini politik negara khususnya isu PAS-UMNO ini ana sebagai ahli diperingkat bawahan agak risau dan terasa amat rungsing bila memikirkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pusat dan yang terbaru kenyataan maaf YB Mahfuz kepada ahli dan penyokong PAS menambahkan lagi kerisauan ana tentang parti gerakan Islam yang amat kami kasihi.
Persoalannya kenapa perlu pimpinan PAS merahsiakan perkara tersebut diperingkat awal sehingga Pak Lah nyatakan dalam berita TV barulah maklumat sebenar diperolehi, letih jugak nak membalasa sms serta menjawab soalan-soalan dari kengkawan yg non malay/muslim dan juga dari saudara, sahabat-sahabat yg menyokong Parti Islam terbesar ni kerana kita sendiri tidak dapat maklumat yang jelas dari pimpinan sehingga YB Mahfuz terpaksa buat kenyataan maaf berkenaan isu ini.
Ana lihat pula sekarang semacam ahli serta penyokong PAS sekarang ini seumpama sudah ter`makan’ dgn propaganda media BN yang bagi ana macam `orang hilang akal’ melaporkan berita PAS-UMNO ini sehingga habis semua penganalisis politik, pensyarah diarah untuk membuat kenyataan dengan tujuan mengkucar –kacirkan lagi berita tersebut.
Kerisauan ana bukannya sangat kepada ahli PAS yang `hard-core’ tapi kepada ahli PAS yang masih baru, penyokong-penyokong PAS yang dah mula berjinak dgn PAS terutamanya kaum India, Tionghua serta kaum-kaum yang lain, isu ini jikalau dibiarkan terlalu lama dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan dari pimpinan kita ini membuatkan rakyat makin keliru.
Ana amat berharap dan berdoa semoga isu ini diselesaikan sebaik mungkin dgn secepatnya supaya rakyat tidak terkeliru dan makin berserabut dan ana amat yakin dengan kebijaksanaan pimpinan PAS Pusat yang amat ana hormati dan kasihi dapat membuat yang terbaik.
Semoga pimpinan PAS serta keseluruhan ahli PAS serta seluruh muslimin muslimat sentiasa dilindungi dan diberi petunjuk serta hidayah oleh ALLAH S.W.T untuk berhadapan dengan situasi seperti ini didalam perjuangan untuk memartabatkan Islam dibumi Malaysia ini khususnya.
ALLAHUAKBAR…ALLAHAKBAR…ALLAHUAKBAR….
ABU AIMAN
Beranang
Selangor
1 comment:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/pas_umno_keliru_
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Post a Comment