Batu Caves kini mempunyai satu lagi mercu tanda, replika (patong?) Anwar Ibrahim, selain berhala besar Lord Murugan yang terang menyala di pintu gua.
Berhala Murugan dengan ketinggian 42.7m dibina oleh penganut hindu dengan kos RM2.5juta. Telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Kerjaraya DS Samy Vellu pada 29 Jan 2006.
Replika Anwar Ibrahim dengan ketinggian 12.2m dibina oleh penyokong-penyokong PKR dan penduduk Dun Batu Caves dengan kos sebanyak RM5000 untuk memeriahkan semangat hari raya. ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, bersama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, R Sivarasah (Subang) dan William Leong (Selayang) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis merasmikan pemasangan replika gambar Anwar oleh penduduk Batu Caves pada 28 September 2008.
Maka berkokoklah puak UMNO dan BN mengatakan perbuatan membina replika Anwar itu membazir. Eloklah wang RM5000 itu diberikan kepada fakir miskin yang ramai disekitar Batu Caves. Para alim ulama PAS pula dicuit supaya membising mengutuk perbuatan itu. Sesungguhnya replika itu patong dan patut diharamkan, begitulah hujah juak-juak UMNO itu.
Tetapi hairan, pada hujung Januari 2006 semasa tabir Berhala Murugan di angkat, tiada pula bunyi bising juak-juak ini mengatakan RM2.5juta patut diberikan pada fakir miskin. Dan tiada juga para alim ulama di Jakim disaran untuk memfatwa itu ini. Nampaknya apa saja pasal Anwar salah dan patut dibenteras.
Replika Anwar sebenarnya bersifat sementara selagi permit iklannya hidup tetapi Berhala Murugan adalah kekal sampai bila-bila. Sehingga kini tiada fatwa haram dari mana-mana pihak seperti yang berlaku pada cadangan pembinaan patung gergasi Quan Yin di Sabah. Malah ada yang berbangga bahawa Berhala Murugan telah menjadi satu lagi tarikan pelancung yang ampuh dalam Negara Islam Malaysia (sic).
Kedua-dua patong Anwar(replika) dan Berhala Murugan adalah hasil dari pendewaan manusia pada tokoh. Taksub yang membawa kepada pemujaan. Bezanya Anwar masih hidup dan mahu diberi kepercayaan manakala Berhala Murugan pula 'hidup' dalam kepercayaan.
Anwar lawan Murugan. Siapa menang?.... terpulang kepada kepercayaan anda.
No comments:
Post a Comment