Mulai 15 Ogos ini Harakah, akhbar kesayangan ramai samada ahli PAS atau tidak, akan kembali dengan cetakan 2 kali seminggu, iaitu edisi Jumaat dan Isnin. Apa yang membuat kerajaan berubah hati untuk membenarkan Harakah terbit 8 kali sebulan. Selama ini 2 kali sebulan pun puak-puak UMNO tak tidur malam.? Iya ke?
Janganlah cepat termakan dengan 'jasa baik' Hamid Albar ini. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana penerbitan Harakah 2 kali atau 8 kali sebulan sebenarnya tidak banyak memberi impak lagi. Kalau ia dilakukan 10 tahun dahulu impaknya memang besar dari sekarang kerana dulu cuma ada Harakah. Sekarang telah banyak akhbar politik pro-pembangkang seperti Siasah, Sinar Harian, Suara Keadilan dan lain-lain tersebar di seluruh negara, dengan penerbitannya berselang-seli dengan Harakah. Jadi dalam kata lain cuma selang beberapa hari ada saja edisi baru akhbar politik yang terbit. Penambahan Harakah kepada 8 kali sebulan sudah tentunya akan memeriahkan lagi suasana laporan politik tanahair tetapi dengan kesan yang sedikit.
Akhbar politik edisi internet seperti Harakahdaily, Tranungkite, Malaysia Today, Malaysian Insider dan beribu-ribu blogs (tidak ketinggalan Sambal Tumis) dalam internet telah banyak melakar perjalanan politik tanahiar. Tidak dinafikan impak berita internet telah secara lansung menjadi faktor besar kepada kekalahan BN dalam PRU12 yang baru lalu. Jadi dalam suasana berita politik dari sebelah pembangkang yang dapat dicapai dengan mudah oleh khalayak, penerbitan Harakah 2 kali seminggu takkan banyak memberi kesan kepada warga kota dan kawasan sekelilingnya.
Mungkin ada lebih impak kepada warga luar kota tapi ia bergantung kepada pengedaran dan harga Harakah senaskah. Kalau pengedaran kurang berkesan, tidak ramai orang akan dapat membaca Harakah. Begitu juga harganya. PAS perlu menurunkan harga Harakah. Jika harga RM 2.50 senaskah masih diteruskan, bermakna sebulan seseorang pembaca Harakah perlu berbelanja sebanyak RM20.00 sebulan. Satu jumlah yang besar dalam keadaan rakyat Malaysia tercari-cari sumber ekonomi tambahan untuk menampung kenaikan kos seharian. Benar kos operasi dan kos penerbitan telah naik tetapi pengurusan Harakah perlu mencari jalan supaya harga Harakah diturunkan. Mungkin akhbar sisipan 'Fikrah' dalam Harakah perlu dibuang atau dijadikan satu edisi Harakah yang lain.
Ingin saya berikan ingatan buat pihak pengurusan Harakah, bahawa pengisian Harakah perlu lebih berwibawa. Berita yang dibawa oleh Harakah mestilah tuntas dan berauthority. Jika Harakah dibiarkan menyiarkan cerita-cerita pojok dan berbau mala-fide, ia akan jatuh ke tahap akhbar hiburan yang cuma menyelitkan cerita-cerita gosip politik yang tidak dapat dipercayai. Pasukan editorial mesti memastikan berita-berita dalam Harakah adalah benar dan berlandas perkara-perkara yang haq.
Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian serius oleh pengurusan Harakah ialah iklan-iklan yang disiarkan di dalam Harakah. Olehkerana iklan adalah sumber utama pendapatan setiap penerbitan, kawalan yang longgar akan menyebabkan iklan-iklan yang tidak sesuai akan tersiar. Harakah adalah lidah rasmi PAS, gerakan Islam di Malaysia. Olehitu, iklan-iklan yang disiarkan mesti menepati syara' dan hukum Islami, bukan iklan-iklan yang meronton nafsu shahwat dan khurafat!.
Walaubagaimanapun, TAHNIAH diucapkan kepada Harakah kerana telah berjaya menjadi akhbar politik yang berpengaruh dan kini dengan kekerapan 2 kali seminggu diharap Harakah akan menjadi lebih hebat dalam membimbing minda rakyat. TAHNIAH WA MABRUK!!
No comments:
Post a Comment