23 July 2008

Kos Selenggara Perdana V6 Executive...RM43,807.49/sebuah/setahun

Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6

Oleh NOR AZIAH JAAFAR

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.

“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive." baca lagi...


..................................

Komen aku;-

1)Kalau setahun kos penyelenggaraan sebuah kereta Perdana V6 Executive lebih RM40 ribu, tentu kereta-kereta itu dibuat tidak mengikut spesifikasi tertentu atau ada sesuatu yang serius yang tak kena model itu. Olehitu semua Perdana V6 patut dipangggil balik ke kilang untuk dibetulkan apa yang silap. Tapi kita tak pernah pulak dengar dari pengguna lain, Perdana V6 banyak masalah. Adat kereta baru, biasanya lepas 5 tahun baru buat hal. Apakah kerajaan Terengganu beli Perdana V6 yang masih lagi pakai enjin Orient? Musahil.

2)MB Terengganu tidak yakin dengan barang buatan tempatan. Mana ada kelas pakai Proton, Mercedes barulah nampak kelas gitu... Aduh, Kalu MB dah berfikiran begitu, tentu rakyat akan ikut. Jangan beli batik Terengganu, batik Indon lebih lawa. Jangan melancong ke Terengganu, melancong ke Siam lebih menarik.. Maka Kerajaan Terengganu(dan Malysia)akan lebih mundur dari sekarang kerana perusahaan tempatan tidak diberikan sokongan sewajarnya.

3)Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah kata “Penyenggaraan kereta-kereta itu terbuka untuk dilakukan di mana-mana bengkel kerana tidak semua daerah di Terengganu mempunyai pusat servis Proton,” - Kenapa tidak di hantar ke Pusat Servis Proton di Kuala Terengganu? Atau sengaja di hantar ke bengkel-bengkel kroni yang mengenakan harga yang tidak munasabah kerana ada komisyen menanti untuk orang yang berkuasa?

4)Semua kereta baru sepatutnya dihantar ke Pusat Servis Proton kerana masih dalam Warranty. Kenapa ini tidak berlaku? Atau sekurang-kurangnya, dihantar ke bengkel milik kerajaan negeri (kalau ada) atau ke bengkel JKR. Jangan pula kata JKR tak ada bengkel. Nanti pecah perut aku gelak.

5)MB kata RM3.43 dibelanjakan untuk membeli 14 buah Mercedes E200 tersebut bukan dari duit royalti. Hah! Kalau macam tu mesti dari duit pembayar cukai Terengganu. Sudahlah Kerajaan Terengganu di nafikan wang royalti minyak (pembayaran royalti akan hanya disambung semula pada September tahun ini), pendapatan Kerajaan Negeri dari percukaian pula digunakan sewenang-wenangnya untuk para Exco hidup mewah dan selesa. Para pembayar cukai putih matalah. Mana accountability kerajaan negeri? Esok datang pilihanraya undilah lagi!

6)Adakah kereta rasmi kerajaan dilanyak sepuas-puasnya oleh exco terdahulu sehingga menyebabkan banyak kerosakannya yang serius menyebabkan kos maintenancenya melambung tinggi. Jika difikirkan semula di manakah logiknya perkara ini. Exco bukan keluar hutan masuk hutan. Kalau exco perlu bermusafir ke kawasan hulu untuk menjalankan tugas rasmi, tentulah ada kenderaan 4WD untuk kegunaan khas seperti itu. Kerajaan perlu menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

7)Semua pemandu Perdana V6 tersebut mesti dipanggil oleh satu Jawatankuasa Khas untuk diaudit penggunaan kereta-kereta itersebut. Jika pemandu-pemandu itu tidak pandai menjaga kereta, mereka perlu dilatih dan diberikan ilmu penjagaan dan pemanduan kereta secukupnya. Jika tidak nanti, kereta Mercedes E200 yang baru itu pun akan tinggi maintenancenya jika ilmu penjagaan dan pemanduan kereta pemandunya tidak memadai.

8)MB kata Mercedes E200 lebih selamat dan selesa. Iyakah? Perdana V6 tak selamatkah? Proton perlu memberi perhatian khusus tentang hal ini. Bagaimana kita nak menjual Proton kalau ciri keselamatan kereta kita tidak baik. Sia-sialah perlaburan yang berbilion-bilion RM selama ini. Tak apalah... kita boleh pam lebih banyak duit dari perutbumi Terengganu untuk membiayai kos membuat penambahbaikan ke atas Proton. Biar nanti kereta kita setanding dengan kereta luarnegara dari segi keselamatan dan keselesaan.

8) Mengikut laporan Utusan, Kerajaan negeri membuat keputusan pembelian itu dengan mengambil kira kenaikan harga minyak petrol dan nilai terpakai yang tinggi dalam pembelian kereta berkenaan. Lagilah tidak logik. Kalau kenaikan minyak petrol tinggi
sepatutnya Kerajaan Negeri membeli kereta yang berkuasa rendah, barulah jimak minyak. MyVi atau Viva sudah tentu memberikan penjimatan yang tinggi bukan Mercedes E200. Bayangkan MB pergi kerja pakai Viva! Saya berani jamin yang dia akan menang besar dalam pemilihan akan datang. PAS tak usah harap nak rampas Terengganu. Menteri Besar yang begini sepatutnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.

No comments: