Sememangnya Elizabeth Wong mempunyai jiwa dan prinsip yang hebat. Kesanggupannya meletak jawatan adalah di luar jangkaan suasana politik Malaysia. Beliau tidak melakukan kesalahan sebaliknya kehidupan peribadi beliau dicerobohi. Laporan polis telah dibuat dan sekarang kita menanti tindakan polis untuk menyiasat dan seterusnya membawa samseng yang melakukan kesalahan itu ke muka pengadilan.
Walaupun Liz Wong boleh memilih untuk terus mendokong jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, tetapi untuk menutup mulut pencacai UMNO yang beriya-iya mendesak supaya Liz Wong meletak jawatan. Apa sangatlah kesalahan Liz Wong bila gambarnya diambil semasa dia sedang tidor. Lainlah jikalau dia berposing sakan dalam keadaan yang menjolok mata. Jadi bila Liz Wong sanggup meletakkan jawatan kerana cerita gambarnya tersebar, maka dia telah meletakkan satu precedent bahawa mana-mana ahli politik yang tercalar peribadinya mesti meletak jawatan.
Tercalar peribadi di sini tidak termasuk sesuatu yang berbau seks sahaja tetapi apa juga skandal dari segi undang-undang dan juga moral. Skandal rasuah pemimpin BN terlalu banyak diperkatakan tetapi kenapa mereka tidak mahu letak jawatan. Semalam seorang menteri Jepun baru dikatakan kelihatan mabuk di persidangan antara bangsa mengambil langkah untuk meletak jawatan. Katanya dia baru lepas makan ubat yang menyebabkan mengantuk. Mungkin dia betul tetapi kerana maruahnya telah dipersoalkan, maka dia letak jawatan. Lain pula halnya dengan pemimpin BN. Sah terbabit dalam video lucah pun masih mahu jadi pemimpin. Yang rasuah lagilah berlambak tidak mahu berundur walaupun ada berpuluh laporan Polis dan BPR. Alasannya, selagi tidak didapati bersalah maka selagi itu dia suci.
Liz Wong diceroboh peribadinya, gambar diambil semasa tidor dan disebarkan. Dia tidak melanggar mana-mana undang-undang tetapi kerana tidak mahu menjadi beban kepada parti dan masyarakat maka maka letak jawatan. Satu sifat yang terpuji dan melakar standard peradaban yang perlu diikuti oleh mana-mana ahli politik.
Tetapi iya lah, itu Liz Wongadalah politikus yang berprinsip. Di negara kita ini terlalau ramai politus yang prinsipnya hanya kepentingan diri. Beban bukan untuk dia pikul tetapi orang lain. Dia cuma mahu pikul duit!. Entah bilalah kita boleh jadi macam Jepun atau Korea.
2 comments:
Banyak orang bertelanjang.Apa salah tidoq bertelanjang,masa itu kita tak sedar.Orang tarik kain,kita tak sedar,orang ambil gambar,kita tak sedar.
Masa berak kita sedar,masa kencing kita sedar,masa mandi kita sedar,dan banyak orang bertelanjang masa tu .Cuba pikiaq apa salahnya dan tak salahnya.
Masa bersetubuh dengan isteri,banyak orang bertelanjang.Apa itu juga salah ?
Mai tanya semua orang,sapa tak buat begitu.Sikit sangat.
Jangan bimbang kita semua akan bertelanjang di padang mahsyar nanti.
UMNO sedang giler memainkan isu ini... tapi akan menjerat diri sendiri.
Betul kata enta, ana setuju 100%.
Post a Comment